Friday 27 July 2012

Hanya Dirimu Bab 11

Aryana berjalan senang menuju ke dewan kuliahnya.Pagi ini dia bangun seperti orang yang sangat bahagia.Aryana juga tidak faham dengan dirinya tetapi dia suka dengan dirinya kini.

"Aryana!"Aryan memanggil Aryana lantang.Pelajar yang lalu-lalang hanya memandang mereka sambil berbisik.Aryana yang mendengar serta-merta memalingkan wajahnya mengadap Aryan dibelakangnya.Wajah dan nafas Aryan yang tidak menentu telah jelas menunjukkan Aryan berlari.

"Ada apa?"Aryana bertanya selamba.Dia kembali mengorak langkah untuk meninggalkan Aryan.Aryan yang menyedari itu berjalan bagi menyaingi langkah besar Aryana.

"Kau ni tak tunggu pun aku.Penat aku tercongok kat sana tadi tunggu kau"jelas Aryana sambil wajahnya menunjukkan reaksi marah.Aryana yang pelik berhenti melangkah dan memandang wajah Aryan.

"Bila masa aku suruh kau tunggu?"Aryana bertanya.Aryan yang mendengar Aryana berkata begitu menepuk dahi.

"Lah!Kau tak ingat ke kau suruh aku tunggu kau semalam kat sekolah?"Aryan bertanya.Wajahnya berkerut memandang Aryana tanda dia tidak puas hati dengan reaksi yang diberikan oleh Aryana.Aryana cuba mengingati janjinya semalam.

~Flashback~

"Aryan!"Aryana memanggil Aryan.Aryan yang sedang makan dengan lahapnya tadi tersedak.Terkapai-kapai tangan mendapatkan air.Aryana yang perasan Aryan tersedak mengambil air yang terletak di atas meja dan diberikan kepada Aryan.Aryan minum sir tersebut dengan rakusnya.Apabila sudah reda sedaknya tadi dia memulakan bicara.

"Kau ni!Nak panggil aku pun agak-agak lah.Nasib aku tak..."belum sempat Aryan menyambung percakapannya Aryana sudah memotong terlebih dahulu.

"Arwah kat sini"Aryana berkata sambil tersenyum sinis.Aryan yang mendengar menjeling.

"Aku bukan nak cakap arwah tapi aku nak cakap mati"Aryan berkata.Aryana yang mendengar jawapan daripada Aryan tergelak.

"Hey!Mati dengan arwah sama je lah"Aryana berkata dengan sisa-sisa gelak yang belum mati.Aryan hanya mendiamkan diri.

"Apa-apa je lah.Kau panggil aku kenapa?"Aryan bertanya.Keningnya terangkat tanda dia sedang bertanya.

"Weyh!Aku tahulah kening kau tu tebal tapi tak payah lah nak angkat-angkat.Geli aku.By the way,aku panggil sebab nak cakap yang esok kau tunggu aku depan sekolah.Aku ada perkara nak bincang dengan kau something"Aryana berkata.Aryan hanya mengangguk kerana mulutnya kini sudah penuh dengan makanan.Aryana yang melihat perilaku Aryan menolak belakang badan Aryan dan sekali lagi Aryan tersedak.Dia mencapai air di atas meja itu dan terus minumnya.Aryana yang sudah bersedia untuk berlari memulakan pecutannya sebaik sahaja Aryan bangun daripada kerusi.

"Aryana!!Jangan nak lari!"Aryan berkata dan mulalah adegan hindustan di dalam rumah itu.

~End of flashback~

"Ha ah lah!Baru aku ingat!"Aryana menjerit.Dia terlupa akan janjinya itu.Aryan yang mendengar hanya menggelengkan kepala.Dia sudah mengagak Aryana pasti melupakan janjinya.

"Tapi tak pe lah.Aku terlupa nak cakap apa dengan kau"Aryana berkata sambil tersengih.Aryan membulatkan matanya dan kakinya sedia mengejar Aryan.

"Aryana!"Aryan berkata dan serentak dengan itu Aryan mengejar Aryana yang sudah jauh melarikan diri.Mereka kelihatan sungguh bahagia tetapi disebalik kebahagian mereka,terdapat kemarahan daripada seseorang yang sedang melihat mereka disebalik dinding.

...........................

Rania berjalan dengan punggungnya digerakknya kekiri dan kekanan.Dia kini berada di club.Kelihatan ramai yang sedang terloncat-loncat menari menghayati rentak music.

"Hai"Rania memulakan bicara apabila terlihat seorang jejaka yang sedang duduk bersendirian.Lelaki yang perasan akan kehadiran seseorang disebelahnya menoleh.Sebaik sahaja dia menoleh,mereka berdua menjerit serentak.Tidak menyangka pertemuan ini akan berlaku di antara mereka.

"Kau!"mereka berkata serentak.Nasib baik club itu bising,jika tidak pasti ramai yang memandang mereka.

"Kau buat apa dekat sini?"lelaki tersebut bertanya.Rania mendapatkan kerusi.Sebaik sahaja dia duduk,dia memesan air.

"Aku datang nak merehatkan minda lah.Kau pulak buat apa dekat sini?"Rania bertanya.Dia memandang penampilan lelaki itu.Daripada atas ke bawah dia memandang.

'Boleh tahan jugak dia ni'Rania berkata di dalam hati.Tetapi apabila baharu sahaja dia ingin menyimpan hasrat untuk menggoda lelaki itu,lelaki itu lebih cekap memahami maksud pandangan Rania.

"Aku suka orang lain.Jangan nak goda aku.Aku tak layan"lelaki itu berkata.Rania hanya tersenyum sinis.

'Haih!Terlepas aku'Rania berkata.Rania mengambil minuman yang dipesannya tadi apabila pelayan tersebut meletakkan gelas minumannya di atas meja.Dia menyisip air tersebut.

"Jom menari nak?"lelaki tersebut bertanya.Rania yang sedak menyisip air tadi tersedak.Dia berhenti menyisip dan memandang lelaki tersebut.

"Biar betul?"Rania bertanya.Bagai ulam pucuk dicita dia pun menerima pelawaan itu apabila lelaki tersebut mengangguk mengiakan .Mereka berjalan bersama ke tempat yang menempatkan manusia yang menari dan mereka menari dan menari tanpa sedar diri mereka sudah melakukan dosa sedikit demi sedikit.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment