Wednesday 26 October 2011

Bab 2

 Keesokan harinya,di sekolah Sakinah demam tapi ibu aku terus memaksa Sakinah untuk aku ke sekolah.Aku terpaksa ke sekolah juga.Di dalam kelas badan Sakinah badan begitu panas dan kepalanya juga pening.
      Ketika Sakinah sedang berjalan di koridor untuk mengambil ubat pening.Kebetulan di dalam kelas tidak ada orang kerana pada waktu rehat.Tiba-tiba kepala Sakinah pening.
 "Kenapa dunia ni macam berpusing?"tanya Sakinah di dalam hati.
       Badannnya juga menjadi tidak seimbang dan dia mula rebah.Kebetulan Syafiq lalu di kawasan koridor kelas dan dia terlihat Sakinah yang hampir jatuh itu dia pun menagkap Sakinah.Sakinah yang perasan terus membuka mata tetapi tidak sesegar yang selalu.Dia melihat mata Syafiq dan mereka bertentang mata.Kemudian Sakinah cepat-cepat mengalihkan matanya dan ingin bangun tetapi tidak boleh.Badannya begitu lemah.Syafiq menolongnya untuk bangun.
 "Awak kenapa Sakinah?Awak tak sihat ke?"tanya Syafiq.
 "Tak adalah saya sihat aja"jawab Sakinah.
 Tanpa persetujuan Sakinah tiba-tiba Syafiq memegang dahi Sakinah."Eh awak demam ni"Syafiq berkata dengan nada yang terkejut.
  "Tak saya tak apa-apa"jawab Sakinah.Dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan Syafiq dan bapanya.Dia takut ibunya tahu dan mncubitnya.
   Sakinah pun berjalan keluar koridor.Dia menggagahkan dirinya juga untuk berjalan.Tetapi dia berjalan tidak teratur.Terhuyung -hayang dia berjalan.Selepas rehat pula,dia tidur.Cikgu yang juga tidak perasan.Syafiq yang melihatnya begitu memberikan bahunya untuk Sakinah menyandarkan kepalanya.
   "Panasnya kepala dia ni!"Syafiq berkata.Memang kenyataan itu lah yang dirasa di dahi Sakinah.
   "Sakinah!Bangun!".Dia membangunkan Sakinah beberapa kali tetapi Sakinah tidak menyedarkan diri.Dia pun bangun dan memberitahu guru yang mengajar.Guru tersebut mengarahkan Syafiq untuk membawa Sakinah ke bilik kesihatan.

  Sakinah membuka matanya perlahan-lahan.
"Aku kat mana ni?"tanya Sakinah.Syafiq masuk dengan membawa segelas air dan roti.
  "Dah sedar dah awak.Awak kat bilik kesihatan ni.Lepas ni saya ingat saya nak call ayah awak."Syafiq berkata.Muka tampak begitu ceria.
  "Jangan!!"Sakinah berkata.
  "Kenapa?Awak kan demam.Awak kena di bawa ke klinik."jawab Syafiq.
  "Tak boleh sebab nanti ibu tiri saya akan marah dan cubit saya"terang Sakinah.Tanpa disedari airmatanya gugur.Syafiq memberinya sapu tangan untuk dilap airmtanya.
   "Kalau boleh saya tahu kenapa ibu tiri awak cubit awak?"tanya Syafiq
   Sakinah terpaksa menceritakan hal mak tirinya kerana sudah terlepas cakap.Dia juga berasa bersalah juga.
   "Oh ok saya faham"Syafiq berkata.
   "Awak jangan cerita kat sesiapa tau.Itu rahsia saya.Ayah saya pun tak tau"Sakinah berkata lagi
   Tiba-tiba Nysa datang.Dia kelihatan begitu risau.
   "Awak tak ape-ape ke?"tanya Nysa dengan risau
   "Saya tak ape-ape.Awak tak payah risau.

Di rumah aku tetap harus melakukan tugasan harian ku walaupun aku demam.Aku tidur begitu awal pada malam itu

Peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan lagi tetapi aku tidak melakukan satu pun persiapan tidak dilakukan.Haya sekadar belajar satu jam sehari namun Suri telah dihantar ke tuisyen sana sini.Keadaan ayah pula semakin lama semakin teruk.Sekarang ayah tidak bekerja dan dia tidak boleh bergerak.Keadaan ayah makin teruk.
   "Ayah tak apa-apa ke?"tanya Sakinah apabila kelihatan ayah batuk teruk.
   "Tak,ayah tak apa-apa.Sakinah boleh tak hari ni tidur dengan ayah."tanya ayah.
   "Boleh"jawab Sakinah.Sakinah pun tidur di dalam pelukan ayah pada malam itu.
.........................................................
  Keesokan harinya ketika Sakinah sedar daripada tidur dia terlihat ayah ayah yang masih lena.Dia pun mengejutkan ayah.
   "Ayah!Bangun!"Sakinah membangunkan bapanya.Berkali-kali dia berbuat begitu.Bapanya masih tidak menyedarkan dirinya.Dia memegang badan bapanya.Badannya sejuk.Dia memanggil ibunya.
   "Kenapa panggil ni?"tanya ibu.
   "Ayah.......ibu"sambil suaranya teresak-esak.
   "Kenapa dengan ayah?"tanya ibunya cemas.
   "Ayah dah meninggal dunia"Sakinah menjawab sambil airmata membasahi pipiny yang gebu itu.
   "Jangan nak main-main dengan mak.Biar mak periksa ayah"maknaya berkata.
   Airmata ibunya mengalir laju.
"Abang!!!abang!!!"ibunya berteriak.

Ramai orang membanjiri rumah.Tidak henti-henti orang datang untuk melihat ayah.Datang juga Syafiq di situ bersama keluarganya.Baru aku tahu yang Syafiq sekeluarga adalah kawan rapat ayah.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment