Wednesday 15 February 2012

Cinta Teddy Bear.



Kelihatan seorang gadis sedang berjalan ke arah seorang lelaki yang kacak.Gadis tersebut memakai baju gown labuh yang begitu sesuai dengan tubuhnya.Warna putih amat sesuai dengan mukanya yang putih kemerah-merahan.Gadis tersebut berjalan sambil tersenyum gembira.Lelaki tersebut kelihatan begitu kacak memakai tuxedo dan rambutnya yang dikemaskan.Dia menghulurkan tangannya untuk disambut oleh gadis tersebut.Gadis tersebut menyambut tanggannya.Sekarang mereka berada dalam kedudukan sedia untuk menari.Mereka pun memulakan tarian mereka.Mreka menari mengikut irama lagu yang lembut.
"Awak"lelaki tersebut memanggil.
"Yes"perempuan tersebut menjawab.
"I love you"lelaki tersebut berkata dengan suara yang romantik.Gadis tersebut tersenyum bahagia.
"I....."belum sempat gadis tersebut membalas....
"Weyh Elyana!"Aida memanggil rakan baiknya.Elyana tersentak.Hilang semua lamunannya.
"Ish!Apa dis?Kacau je aku tengah dok syok berangan pasal si Syafiq tu"Elyana berkata geram.
"Eleh ko ni sibuk dengan si Syafiq dia tu je.Eh ko kena ingat.Syafiq tu dah bertunang tau"Aida berkata.Elyana hanya mencebik.
"Dia bertunang je.Bukan kahwin pun"Elyana tidak mahu mengalah.
"Kau ni nak ke orang panggil ko perosak hubungan orang?"Aida berkata sambill tersenyum sinis.
"Of course lah tak nak!"Elyana berkata.
"Tau pun tak nak.Dah jangan dok berangan.Dia tak suka ko pun.Ko yang terhegeh-hegeh"Aida berkata.
"Ya!Saya dengar cakap doktor Aida ni"Elyana berkata.Aida mencebik.
"Tau pun.Doktor cakap semua betul tau.Fakta"Aida berkata riak.
"Eleh.Dah jom lah balik.Dah lambat dah"Elyana berkata.Dia sempat menjeling jam yang berada di tanggannya.
"Ha ah lah.Jom"Aida berkata.Aida merupakan rakan serumah Elyana dan juga rakan baiknya.Mereka sudah menjadi kawan baik sejak sekolah rendah lagi.Mereka pun menaiki kereta dan meluncur meninggalkan kawasan hospital tempat Aida kawan Elyana bekerja.
.............................................................................................
"Aida!"Elyana memanggil Aida.Aida terkejut.
"Oh mak kau.Ko ni suka buat aku terkejut.Nasib aku tak ada heart attack.Kalau tak....dah lama aku arawah"Aida berkata.Elyana mencebik.
"Aku nak bagitahu something ni"Elyana berkata riang.
"Apa?"Aida bertanya.
"Aku dapat tawaran bekerja dekat tempat orang jual teddy bear!"Elyana berkata sambil terlompat-lompat.Macam monyet pun ada.
"Alahai.Kenapa lah tempat orang jual tedy bear.Sempitlah rumah"Aida berkata.
"Biarlah.Kan aku minat"Elyana menjawab.Aida semestinya tahu bahawa Elyana amat meminati teddy bear.Hampir penuh katilnya dengan teddy bear yang dibeli Elyana kerana terlalu minat.
"Menjawab je kerja ko kan?"Aida berkata.
"Biarlah"ujar Elyana.Aida yang malas mahu bertengkar mengambil majalah yang tersusun kemas di atas meja untuk dibaca.
"Malas lah tu nak berdebat.Heehehehehe"ujar Elyana.Aida hanya meneruskan pembacaannya.
................................................................................
"Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di kedai teddy bearnya.Dia masuk ke dalam kedai tersebut.
"Assalamualaikum kak"Elyana memanggil seorang kakak yang sedang duduk mengadap komputer.Perempuan tersebut mengagkat wajahnya.
"Sarah!"Elyana berkata.Dia sebenarnya terkejut apabila terlihat teman baiknya di sekolah menengah dahulu.
"Ya Allah!Elyana!Lama tak jumpa kau"Sarah berkata.
"Tahu pun.Kau pergi mana selepas SPM?Rindu aku.Nasib ada Aida tau"Elyana berkata.Dia buat-buat merajuk.
"Sorrylah.Aku kena pergi tengok nenek aku meninggal"Sarah berkata.
"Dah tu kenapa tak call?"Elyana masih tidak puas hati.
"Telefon aku hilang lah.Aku mana ingat nombor ko"Sarah berkata.Elyana ketawa.
"Tak apa lah.Aku tak kesah sangat lah"Elyana berkata.
"Betul ni?"Sarah meminta kepastian.Elyana mengagguk untuk meyakinkan Sarah.Sarah melepaskan keluhan lega.
"How's life?"Sarah bertanya.
"Macam ni lah"Elyana berkata.
"Kau kerja sini ke?"Sarah bertanya.
"Aku akan bekerja kat sini"Elyana berkata.Dia menekan perkataan 'akan'.
"Ye?!"Sarah terkejut.Elyana mengagguk.
"Maknanya kita akan bekerja tempat yang sama lah?"Sarah bertanya.
"Mestilah"Elyana menjawab.Sarah memeluk Elyana.
"Mesti best kita kerja satu tempat.Gembiranya aku"Sarah berkata riang.Elyana hanya tersenyum melihat gelagat rakannya yang sudah lama tidak ditemui itu.
........................................................................
Hari ini Elyana memulakan tugasnya.Tugasan yang diberikan senang.Kacang putih je bak kata Elyana.Elyana mengenakn baju yang baru diterimanya semalam.Dia kelihatan sungguh cantik berbaju kerja tersebut.Dia melihat pelanggan pertamanya masuk ke dalam kedai.Dia mengingati kembali kata-kata rakan baiknya apabila bertemu pelanggan.
"Ko mesti senyum kat dia.Tanya dia,dia nak apa?Ingat!Pelanggan mesti diutamakan dan apa pelanggan kata semuanya betul!Ingat!"dia mengingati kata-kata Sarah semalam.Dia pun mengoyakkan senyuman kepada pelanggan pertamanya.
"Selamat datang!"Elyana berkata riang tapi dalam hatinya berdebar tak sudah.
"Hmm..."lelaki tersebut berkata.Disebelahnya kelihatan seorang budak perempuan yang sedang memeluk tubuh.Mungkin merajuk fikir Elyana.
"Encik beli teddy mana satu?"Elyana berkata.
"Adik nak beli mana satu?"lelaki tersebut bertanya kepada adiknya.Budak tersebut memusingkan badannya ke belakang tanda protes.
"Adik tak nak sebab tadi abang marah adik!"adiknya berkata.Abangnya merengus kasar.Aku yang melihat sudah tidak selesa.Aku pun berjalan kearah budak tersebut.Lelaki itu hanya memandang.
"Adik....kenapa adik merajuk ni?"Elyana bertanya kepada budak tersebut.
"Tadi abang marah kita.Dia cakap....dia cakap mama kita dah tak ada"budak tersebut berkata tersekat-sekat.Terdengar esakan kecil.
"Dah lah.Tak mau lah nangis.Nanti tak cantik kalau nangis.Muka cemberut macam beruk tau"aku memujuk.Kelihatan budak tersebut senyap.
"Ye ke?"dia bertanya.Aku mengangguk.Dia pun terus mengelap mukanya dengan bajunya.
"Dah ok dah.Tak mau nangis-nangis lagi tau"Elyana berkata.
"Kakak.Adik nak teddy yang warna putih tu"budak tersebut berkata riang.
"Ok.Nama adik apa?"Elyana berkata sambil berjalan untuk mengambil patung yang diminta.
"Nama kita Hani.Kak pulak?"Hani berkata.
"Adik boleh panggil kakak kak Yana"Elyana berkata.
"Ok"Hani berkata.Aku pun membalut teddy tersebut dan memberikannya kepada Hani.Lelaki tersebut menghulurkan duitnya selepas aku menyebut bayarannya.
"Terima kasih Yana"lelaki tersebut berkata dan keluar daripada kedai.Elyana hanya tersenyum.Hatinya terasa bahagia.
............................................................
Elyana pun balik ke rumah setelah penat bekerja pada hari pertamanya.Ni baru hari pertama dah penat gila kalau dah berbulan-bulan surely aku akan pengsan.Ramai sangat pelanggan yang datang.
"How first day?"Aida bertanya setelah Elyana masuk ke rumah.Dia merebahkan badannya ke sofa.
"Penat giller.Pelanggan banyak sangat"Elyana berkata lemah.Dia memejamkan matanya.
"Kesian...penat ya?Malam ni nak makan apa?Aku masak"Aida berkata.Elyana terus bangun.Jelas terpancar kegembiraan diwajahnya.
"Betul?!"Elyana bertanya.Aida mengangguk.
"Aku nak makan mee goreng special"Elyana berkata.Sememangnya masakan Aida memang sedap.
"Ok"Aida berkata.
"Aida!"Elyana memanggil Aida.Aida menoleh.Keningnya terangkat.
"Aku nak cerita something ni"Elyana berkata riang.
"Apa?"Aida bertanya.Dia ingin tahu.
"Tadi kan pelanggan pertama aku tu kan dia datang.Lelaki tau.Dia bawa adik dia.Then aku tengok muka dia.Fuyoo.Kalah Syafiq tu.Hensem giller beb"Elyana berkata bersungguh-sungguh.Aida mencebik.
"Eleh.Entah-entah dah kahwin"Aida berkata.
"Hmm...ya tak ya jugak"Elyana berfikir.
"Dah lah aku nak pergi masak mee special tu.Ko nak telur ke daging?"Aida bertanya.
"Telur!"Elyana berkata.Aida pun berlalu pergi ke bawah.Elyana tersenyum sendiri mengingati peristiwa dia bertemu dengan lelaki idamannya itu.
...................................................................
"Kini sudah dua bulan Elyana bekerja di kedai tersebut.
"Weyh Elyana"Elyana yang mendengar namanya dipanggil mendongak.
"Yes?"Elyana bertanya.
"Bos nak jumpa ko"gadis tersebut berkata.Elyana pun bangun dan menuju ke pejabat bosnya.Sebelum masuk,dia mengetuk pintu.Setelah mendapat arahan,baru dia masuk.
"Ada apa bos?"Elyana bertanya.
"Maca, ni.Hari tu sepatutnya Syasya yang pergi karnival teddy ni.Tapi Syasya terpaksa balik kampung,boleh tak awak tolong ganti Syasya"bosnya berkata.Straight to the point  bos aku ni desis Elyana.
"Hmmm...bila bos?"Elyana bertanya.Hatinya sidah lompat bergembira.
"Besok"jawab bosnya ringkas.Elyana pun mengagguk.
"Baiklah bos.Saya akan gantikan Syasya.Tapi nak kena buat apa?"Elyana bertanya.
"Nanti Sarah akan terangkan semuanya.Awak boleh keluar"bos berkata.Elyana tersenyum riang.
...............................................................
Sekarang Elyana sudah berada di karnivall teddy bear ini.Dia hadir ke sini hanya disuruh membuat pemantauan bagaimana penjual-penjual menjual barang jualan mereka.Elyana pun berjalan disekeliling karnival.Dia melihat ramai orang datang membali patung di karnival tersebut.
Sedang Elyana sibuk memerhati orang....tiba-tiba dia dilanggar seseorang.
Bukk!
"Aduh!Sakitnya!"Elyana berkata.
"Sorry"lelaki tersebut meminta maaf.Au memandang mukanya.
"Awak!"mereka berkata serentak.
"Sorry tau Yana.Tertolak.Saya tengah cari Hani.Dia hilang!"lelaki tersebut berkata.Aku terkejut.
"Hilang?!Ok jom kita cari tapi sebelum tu saya nak panggil awak apa?"Elyana bertanya.
"Panggil je Zakwan"Zakwan memperkenalkan namanya.Aku tersenyum.
"Ok jom cari Hani"aku berkata.Kemudian kami berjalan bersama-sama mencari Hani.
"Hani!Hani!"aku menjerit memanggil nama Hani.Sedang sibuk aku mencari Hani,aku melihat ada satu sudut ramai orang sedang mengerumuni sesuatu.Aku mengajak Zakwan ke sana.Terkejut bukan kepalang apabila melihat Hani yang berlumuran darah.Aku menuju ke arahnya.
"Hani!"aku memanggil Hani tapi tiada respon.Aku mencempungnya.Zakwan mengambil Hani daripadaku dan membawanya ke kereta.Aku mengikutinya.
.....................................................................
"Ni ko punya pasallah!"aku mendengar dan melihat Zakwan sedang dimarahi oleh ibunya.Zakwan hanya menekur memandang lantai.
"Tu lah.Aku cakap tak payah kau degil nak bawak jugak budak kecill tu.Tengok apa dah jadi!"ibunya memarahinya lagi.Aku berasa simpati dengan Zakwan.Setelah ibunya pergi,aku menuju ke arah Zakwan.
"Ibu saya selalu marah kat saya.Apa salah saya sampai ibu saya tu benci sangat kat saya?"Zakwan berkata.Setitis demi setitis air matanya gugur.
"Tu ibu tiri ke?"aku bertanya.Dia mengangguk.
"Tak apa...saya kan ada.Saya akan membantu awak supaya mak awak tak benci kata awak"Elyana berkata.
"Macam mana awak nak tolong?"dia bertanya.Aku terkelu.
"Apa kata kita kahwin?"dia bertanya.Aku terkejut.
"Kahwin?"aku bertanya.
"Ya kahwin.Kalau kita kahwin kan lagi senang.Kalau awak sudila"dia berkata lemah.
"Umur awak berapa?"dia bertanya.
"24"aku menjwab ringkas.
"Saya 25"dia berkata.Suasana menjadi diam seketika.
"So,macam mana?"dia bertanya.
"Saya kahwin dengan awak"aku berkata.Aku mengingati kata-kata ibu supaya membawa calon kalau tidak dia ingin mengahwini Elyana dengan jirannya yang seperti perempuan.Zakwan tersenyum.
...................................................................
Dengan sekali lafaz,Elyana sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Zakwan bin Dato Ramli.Elyana tidak percaya bahawa dia mengahwini anak dato yang terkenal.
Ketika pembatalan wuduk,aku menyalami tangannya apabila sudah menyarungkan cincin.Dia juga mencium dahiku lembut.
"Terima kasih kerana kahwin dengan saya"Zakwan berkata.
Sepanjang majlis dijalankan,Zakwan tidak melepaskan tangan Elyana.Dia memegang erat tangan Elyana.Dan senyuman juga tidak lekang daripada pipi.Selesai majlis....
"Fuhh...pntnye"Elyana mengeluh.Dia membaringkan badannya.Dia melelapkan matanya dan tidak sampai seminit,dia sudah terlena kerana terlalu penat.
..........................................................
Elyana tersedar apabila dia terasa dia memeluk sesuatu yang keras.Siaa pulak ni?Elyana berteka teki di dalam hati.Dia pun membuka matanya.Terlayar waja suaminya dihadapannya kini.Dia terkejut.Dia cuba untuk bangun tetapi pelukan suaminya itu terlalu erat.Dia melihat jam.Jam menunjukkan pukul 2 pagi.
"Dah bangun?"Zakwan bertanya.Elyana terkejut.Dia memandang suaminya.
"Nak pergi tandas"Elyana berkata.
"Oh"Zakwan melonggarkan pelukannya dan Elyana pun pergi ke tandas.Selesai ke tandas,dia keluar dan menuju ke katinya semula.Dia membaringkan tubuhnya.
"Awak"Zakwan memanggil Elyana.
"Apa?"Elyana bertanya.
"Boleh tak malam ni saya peluk awak?"dia bertanya.
"Kenapa?"aku bertanya.Soalannya yang tadi aku biarkan.
"Saya rindu nak peluk badan wanita.Saya nak peluk tubuh ibu saya,mesti tak adapat.Mak kandung saya pun dah meninggal.Saya nak sangat peluk mereka tapi sayangnya tak dapt.Jadi...jadi.."suaranya menjadi tersekat-sekat.Terdengar esakan kecil.
"Hei!Kenapa ni?"aku bertanya.
"Saya rindukan mak saya.Saya menderita hidup dengan mak tiri saya"dia berkata.Aku mengelap airmatanya.
"Dah tak mau lah lelaki menangis.Saya akan cuba jadi isteri terbaik untuk awak.Saya akan cuba mengubati rindu awak pada ibu awak"aku berkata-kata bersungguh-sungguh.Dia kemudian memeluk aku erat.Terasa hembusan nafasnya di leherku.
"Terima kasih"dia berkata.Dia pun mengeratkan lagi pelukannya.
.........................................................................
Pada hari ini,Elyana dan Zakwan bercadang untuk berjalan-jalan pusing Kuala Lumpur.Ketika Zakwan sedang mandi,tiba-tiba telefon bimbit Zakwan menjerit minta diangkat.Elyana yang sudah tidak tahan pun mengangkat telefon tersebut.
"Helo.Baby you kat mana?Penat I tunggu kat rumah ni?Bila you nak datang tengok I?"kedengaran suara perempuan di hujung.Elyana sudah panas.
"Helo?Siapa ni?"Elyana bertanya.
"You siapa?Mana baby I?Zakwan mana?Mana Zakwan?!"perempuab tersebut bertanya.Elyana sudah menjadi pilu.Dia tidak menyangka suaminya yang tercinta main kayu tiga.Tanpa berlengah lagi,Elyana terus memutuskan talian.Sebaik sahaja suaminya kwluar daripada bilik air,terus diterjah suaminya.
"Abang!"Elyana menjerit.
"Abang ada perempuan lain kan belakang Yana?"Elyana bertanya.Zakwan tersnetak.Dia menggeleng.
"Tu bukan girlfriend abang.Ti ex-girlfriend abang lah"Zakwan berkata.Dia mendekati Elyana.
"Jangan dekat.Aku benci kau!"Elyana menjerit.Elyana pun terus memcapai tudungnya dan mengambil kunci kereta.Dia tuturn ke bawah.
"Yana!Yana nak pergi mana?"Zakwan memanggil Elyana.Elyana berlari tanpa menoleh.Dia membuka kereta.Ketukan di cermin tidak dihiraukan.Dia mencucuk kunci dan memulakan pemanduannya.Tujuannya sekarang hanya satu iaitu rumah Aida.
.........................................................................................
"Assalamualaikum!"Elyana memberi salam.
"Waalaikummussalam!"Aida menjawab.AIda membuka pintu kayu.Dia melihat Elyana sedang menangis.
"Kenapa ni?"Aida bertanya.Dia menarik Elyana untuk masuk ke dalam rumah.
"Zakwan...dia main kayu tiga.Dia perempuan lain belakang aku"Elyana berkata.
"Ye ke?!"Aida terkejut.Terbeliak matanya.
"Ye"jawab Elyana lemah.Dia kemudiannya menangis di dalam pelukan Aida.
"Dah jangan menangis"Aida memujuknya.
.......................................................
"Elyana!"Aida memanggil Elyana.Elyana pun menuruni tangga.
"Apa?"Elyana bertanya.
"Ni ada call untuk kau"Aida berkata.Kemudian telefon bertukar tangan.
"Helo"Elyana memulakan percakapannya.
"Helo.Elyana!"kedengaran suara Zakwan dihujung talian.Suara yang amat dirinduinya.
"Nak apa?!"Elyana bertanya kasar.
"Abang nak jelaskan segala-galanya"Zakwan berkata.
"Aku tak ada masa lah"Elyana berkata lagi.
"Bagi abang 5 minit je.Tak lama"Zakwan meminta masa.
"Ok cepat sikit"Elyana mengalah.
"Sebenarnya yang cakap kat telefon tu sebenarnya tunang abang dulu.Yana ingat tak yang abang kata yang abang dulu pernah ada tunang.Tunang abang tu kacau abnag setiap hari bila dia tahu abang kahwin dengan Yana.Dia akan telefon dan berkata macam-macam yang menggelikan kat abang.Abang tak layan.Dan kebetulan masa abang tengah mandi tu sayang yang jawab,dia ambillah kesempatan tu nak rosakkan hibungan kita.Abang baru tahu tadi.Dia dah meninggal sebab kemalangan kereta.Abang harap Yama percaya apa yang abang cakap.Kalau Elyana dah maafkan abang,buka lah pintu supaya abang dapat jemput Elyana pulang rumah.Kalau tak nak maafkan abang lagi,abang akan tunggu sampai Elyana maafkan abang.Assalamualaikum"Zakwan berkata.
"Waalaikummussalam"Elyana menjawab dalam hati.Dia menyelak sedikit langsir.Dia melihat Zakwan sedang duduk di bawah terik matahari menanti Elyana.Elyana hanya membiarkan Zakwan
Setela sejam kemudian.
Kedengaran rintik-rintik hujan mula membasahi bumi.Elyana bangun daripada baring.Dia menyelak langsir dan terkejut bukan kepalang dia apabila melihat Zakwan masih disitu.Dia berasa sangat bersalah.Dia pun menuruni tangga dan membuka pintu rumah.Dia menuju ke arah Zakwan.
"Zakwan"dia memanggil Zakwan.Tiada respon.
"Zakwan"dia memanggi lagi.Tiada juga respon.Elyana pun terus menggoncang Zakwan.Alangkah terkejutnya apabila Zakwan terkulai di atas pehanya.Elyana pun tanpa membuang masa,mencari kunci kereta Zakwan dan memapah Zakwan untuk masuk ke dalam kereta.Elyana membawa kereta Zakwan kerumah mereka.
Sesampainya dirumah,Elyana memapah Zakwan masuk ke biik.Dia menukar baju Zakwan yang basah.Dia kemudian memegang dahi Zakwan.Panas!Elyana pun turun ke bawah.Dia naik ke atas dengan membawa basin yang mengandungi air dan tuala.Dia membasah kan tualan dan meletakkannya di kepala Zakwan.
"Yana...Yana"Zakwan memanggil Elyana.
"Ya abang"Elyana menjawab.
"Abang kat mana ni?"Zakwan bertanya.Matnya meliar memandang sekeliling.
"Dekat rumah kita lah"Elyana menjawab.
"Oh.Jadi Yana dah maasfkan abang lah?"Zakwan berkata lemah.Elyana tersenyum.
"Dah"Elyana menjawab.Setitis demi setitis air matanya gugur.
"Kenapa ni?"Zakwan bertanya.
"Maafkan Yana abang.Yana dah banyak susahkan abang.Yana dah lawan cakap abang.Yana tak percaya abang"terdengar esakan kecil daripada Elyana.Zakwan bangun dan memeluk Elyana.
"Yana tak salah.Abang dah lama maafkan Yana.Yana tak salah.Yana tak pernah ada salah pun"Zakwan berkata.Yana makin kuat menangis.
"Te...terima...ka..ka..sih abang"Elyana berkata dalam sendu.
"Dah tak mau sedih-sedih ni"Zakwan lalu mengeratkan pelukannya.Dan malam ini merupakan permulaan baru bagi mereka.
.................................................................................
"Ibu!"seorang budak kecil memanggil ibunya.
"Ya Aina!"Yana menjawan.Dia melihat anak kecilnya itu berlari ke arahnya.
"Ibu tengok abang.Dia tadi marah Aina"Aina berkata.
"Tak apa.Nanti ibu pukul abang"Yana berkata.Aina pun berlari kembali kerah abangnya.Tiba-tiba dia terasa peluka di pinggangnya.
"Ibu janji belikan teddy untuk Aina?"Aina bertanya.Aku hanya mengagguk.
"Abang.Tengok anak kita tu.Bergaduh je"Elyana berkata.
"Eleh macam mak dia ni.Keras kepala"Zakwan berkata.Hidung Yana dicuit.
"Kalau kena apa je mesti teddy bear"Elyana berkata geram.
"Macam mak dia jugak"Zakwan berkata.Mereka kemudian ketawa.Ibu Zakwan telah menyesal dengan tindakannya memarahi Zakwan tanpa menyiasat dahulu.Bahagia kehidupan mereka kini.
-Tamat-

No comments:

Post a Comment