Thursday 23 February 2012

Bab 13



Selepas kejadian tempoh hari,Syahmi tidak henti-henti mengacau Nysa.Nysa makin lama makin bersalah dengan tindakannya.Syahmi juga setiap hari akan menunggu kepulangan Nysa di hadapan universitinya.Hati Nysa yang dulu tidak mahu bersama Syahmi lagi sudah makin lama makin terbuka menerima Syahmi.
"Nysa"Syahmi memanggil Nysa sewaktu Nysa berjalan melepasi kereta kepunyan Syahmi.Nysa berpaling dan mengoyak senyuman yang paling manis untuk suaminya.
"Ya?"Nysa bertanya lembut.Dia menatap wajah Syahmi lebih dekat.Sesungguhnya rindunya kepada lelaki itu tidak pernah pudar.Malah semakin lama semakin tinggi rindunya kepada suaminya.Tetapi ego Nysa yang tinggi melangit tidak membenarkannya untuk berlembut dengan Syahmi.Dia takut Syahmi akan memijak kepalanya.Dia takut Syahmi akan mencintai perempuan lain selainnya.Amat takut Nysa jika itu berlaku kepada dirinya.
"Boleh tak Nysa temankan aabang makan tengah hari?"Syahmi bertanya lembut.Dia berjalan mendekati Nysa.Dia memandang setiap inci wajah Nysa.Wajahnya yang bujur sirih,bulu matanya yang lentik dan hidungnya yang sedikit mancung selalu muncul dalam mimpi Syahmi membuatkan Syahmi tidak keruan setiap kali bertentang mata dengan Nysa.
"Jangan harap lah!Tak sudi aku!"Nysa membentak Syahmi.Dia terus berlari menjauhi Syahmi yang cuba untuk mendekatinya.Tapi apakan daya,dia berlari tidak lah selaju Syahmi kerana langkah Syahmi yang panjang membolehkannya mengejar Nysa.Tangan Nysa sekarang berada di dalam genggaman Syahmi.Nysa meronta-ronta supaya tangannya dilepaskan tapi kekuatan seorang pastinya lebih kuat daripada kaum wanita.
"Lepaskan tangan aku"Nysa memohon kepada Syahmi.Syhami tetap tidak melepaskan genggaman tersebut malah lebih kuat cengakamannya sehingga membuatkan Nysa terjerit kesakitan.
"Aku takkan lepaskan tangan kau selagi kau tak ikut aku"Syahmi berkata kepada Nysa tegas.Nysa menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
"Kau tak nak eh?"Syahmi bertanya.Nada suaranya sedikit kendur berbanding tadi.Nysa hanya menggeleng sambil cuba melepaskan cengkaman kuat daripada Syahmi.
"Oh kau tak nak...."Syahmi berkata.Tanpa diduga Syahmi mengangkat Nysa.Nysa menjerit-jerit ketakuatan.Dia berasa sperti diawangan.Dia gayat.Syahmi mengangkat Nysa sehingga ke dalam kereta dan meletakkan Nysa kasar pada kerusi sebelah pemandu.Nysa cuba untuk melarikan diri tetapi Syahmi lebih tangkas menahan pintu.Nysa mendiamkan dirinya.Dia berasa penat dan lelah.Dia menyandarkan badannya pada kerusi kereta.Dia melelapkan matanya.Kedengaran pintu pemandu dibuka dan ditutup semula.Dia tahu Syahmin sudah berada di dalam kereta sekarang.
"Senyap pun kau"Syahmi berkata puas.Dia meramas kepalanya sebelum mencucuk kunci dan menghidupkan enjin.Syahmi mengeluh.Nysa di sebelahnya dipandang sekilas.Kelihatan wajah Nysa pucat lesi.Dia menjadi gelabah.
"Nysa.Awak tak apa-apa?"Syahmi berkata lembut.Dia melihat Nysa tersandar lemah pada kerusi kereta.Nysa masih mendiamkan dirinya.Nysa sudah menjadi gelisah.Dia menggoncang-goncang badan Nysa beberapa kali.Masih tiada respon.
"Nysa"Syahmi menmanggil Nysa.Nysa masih senyap tidak berkutik.
"Nysa jangan main dengan abang Nysa"Syahmi berkata lagi.Nysa masih di atas kerusi tidak memandangnya.Syahmi menjadi tidak keruan.Dia terus memandu keretanya ke hospital.
......................................................................................................
Nysa berasa kepalanya sangat berat.Dia mendengar namanya  dipangil-panggil.Dia cuba untuk membuka matanya tetapi terasa berat dan lampu yang menyinari tidak dapat ditahan oleh matanya.Dia akhirnya menyambung kembali tidurnya.
.......................................................
"Nysa....Nysa....bangunlah"Syahmi berkata lemah.Dia tidak sanggup melihat Nysa yang terbaring lemah.Tapi sedihnya itu dapat diubati dengan berita yang baru diterimanya tadi.Gembiranya tidak dapat digambarkan lagi.Begitu cepat sekali.Dia tiba-tiba terlihat Nysa menggerakkan tangannya.Syahmi menggenggam tangan Nysa erat.Nysa perlahan-lahan membuka matanya untuk melihat gerangan yang menggenggam tangannya erat.Dia melihat Syahmi memandangnya dengan senyuman yang lebar.Dia pula melihat sekeliling.
"Kat mana ni?"Nysa bertanya.Badannya terasa begitu lemah.Dia cuba untuk bangun.tetapi tidak boleh.Akhirnya meminta pertolongan Syahmi untuk mendudukkannya.Bantal diletakkan di kepala katil.Nysa meletakkan badannya di atas bantal tersebut.Dia memandang Syahmi.
"Nysa sekarang kat hospital.Tadi Nysa pengsan masa dekat dalam kereta Syahmi"Syahmi berkata mesra.Nysa berasa curiga melihat wajah Syahmi yang berseri-seri seperti disuluh lampu picit.
"Kenapa muka Syahmi?Mesti ada sesuatu ni?"Nysa bertanya kepada Syahmi.Wajah Syahmi yang dah sedia gembira lagi gembira kelihatan.Dia mengangkat kening memandang Nysa.Nysa mengangkat bahu.Syahmi tersenyum.Dia mengingati kembali kata-kata doktor kepadanya sebentar tadi.
"Kenapa dengan isteri saya?"Syahmi bertanya cemas.Dia melihat doktor tersebut seperti tenang.
"Dia tak apa-apa.Tetapi...."doktor tersebut tidak menghabiskan kata-katanya.Syahmi menundukkanwajahnya.Di dalam hatinya pula sudah menyumpah seranah dirinya kerana memaksa Nysa mengikutnya tadi.
"Tetapi dia mengandung.Tahniah encik!!!Isteri encik mengandung.Dah 3 minggu"doktor tersebut berkata.Syahmi mengangkat muka memandang doktor tersebut.Dia terjerit kesukaan.
  Dia memandang wajah mulus isterinya.Dia melihat isterinya yang kebingungan dengan kegembiraan dirinya kini.
"Nysa nak tahu tak sebab apa Nysa pengsan?"Syahmi bertanya kepada Nysa.Nysa mengangguk.Dia sememangnya ingin mengetahui sebab dia pengsan.Taku-takut dia ada penyakit kronik.
"Nysa pengsan sebab..."Syahmi sengaja berbuat begitu untuk menarik minat isterinya.Wajah isterinya tidak sabar kelihatan
"Sebab apa?"Nysa mendesak Syahmi.Dia sudah tidak sabar ingin mengetahui sebab dia pengsan.Dia berharap agar dia tidak menghidap penyakit yang kronik.Dia masih belum bersedia untuk meninggalkan suaminya dan dunia ini.Dia maih belum puas.
"Sebab Nysa mengandung!!"Syahmi menjerit kesukaan.Nys terkesima.Terkaku terus pergerakannya.Dia memandang Syahmi.Matanya terbeliak.
"Ye ke?!"Nysa sudah menjerit.Syahmi mengangguk.Nysa terus memeluk suaminya erat.Dia berasa gembira dengan kehadiran bayi dalam perutnya.
"Abang Nysa nak minta maaf dengan abang dengan apa yang Nysa pernah lakukan dekat abang.Sebenarnya Nysa tak layan abang sebab hari masa abang pergi Johor,Nysa call abang.Lepas tu Nysa dengar ada seorang perempuan jawab.Nysa tanya dia ni siapa?Dia cakap dia isteri abang.Betul ke abang ada isteri lain?"Nysa bertanya lemah.Dia sudah bersedia mendengar jawapan daripada bibir Syahmi.Syahmi menggeleng.Dia memandang Nysa tajam.
"Tak.Handphone abang hari tu hilang masa abang dekat site.Abang cari tak jumpa-jumpa.Rasanya tu orang lain"Syahmi berkata bersungguh-sungguh untuk menyakinkan isterinya bahawa itu bukan isterinya.Dia hanya mempunyai seorang isteri iaitu Nysa.
"Ya?"Nysa bertanya meminta kepastian.Dia sebenarnya masih ragu-ragu dengan kenyatan suaminya tadi.Syahmi mengangguk laju.Terus Nysa menyembamkan mukanya pada dada bidang milik Syahmi.Dia melepaskan tangisannya di situ.
"Nysa minta maaf dah salah faham dengan abang"Nysa berkata dengan sedu.Syahmi mengeratkan pelukannya.
"Abang maafkan.Dah tok sah lah dok nangis.Tak cantik dah isteri abang ni"Syahmi memujuk Nysa.Nysa tergelak kecil.Dia mengemaskan pelukannya.
Bersambung.................

No comments:

Post a Comment