Friday 9 March 2012

Hanya Dirimu Bab 3.




Aryana bangun daripada tidurnya yang sungguh lena.Badannya terasa panas seperti di peluk erat oleh seseorang.Pelukannya lembut dan erat.Seperti pelukan ibunya.Tiba-tiba rindu kepada ibunya yang disayangi.Aryana pun membuka mata.

Aryan melihat wajah Aryan yang hanya beberapa inci daripada mukanya.Jika tergerak sedikit pasti akan tersentuh bibir dengan biri.Aryan menjadi marah.Dia cuba memboloskan diri daripada pelukan erat Aryan tetapi tidak boleh malah pelukan Aryan makin erat dirasakan.

Marah Aryana membuak-buak.

“Aryan!!!”Aryana menjerit.Aryan disebelah terus melepaskan pelukannya.Aryan bangun dan kelihatan dia masih mamai dengan keadan sekarang.

“Apa ni jerit pagi-pagi buta ni?Nak tidur pun tak lena.Ish!Kacau”Aryan berkata malas.Dia membaringkan kembali badannya yang tadi berdiri tega kerana jeritan singa Aryana.Aryana sudah tidak tahan.Dia terus menarik comfeter.Aryan yang baru sahaja membaringkan badan tergelongsor turun.Dia memisat-misat matanya.

“Apa dia Aryana?Pagi-pagi buta dah kaca aku?”Aryan berkata.Dia memandang Aryana.Dia menguap sedikit.

“Eh!Dia yang buat aku bangun pagi-pagi buta ni.Kau pergi peluk aku tadi kenapa?Sedap-sedap je”Aryana berkata.Aryan kelihatan kebingungan.Dia tidak mengetahui perara tersebut.Jika dia mengetahui dia terpeluk si Aryana ni mesti sudah lama dia menjauhkan diri.

“Aku mana nak perasan.Aku tidur lah”Aryan mempertahankan diri.Dia tidak mahu dipersalahkan melulu tanpa usul periksa.Aryana menjadi bengang.Dia menarik dan melepaskan udara.Beri sikit oxygen kepada badan.Dia kemudian pergi ke bilik air untu membersihkan dirinya dan meninggalkan Aryan yang terpinga-pinga dengan kelakuan Aryana.

……………………………………..

Aryana turun ke bawah selepas selesai mandi.Dia menjenguk ke dapur untuk mencari Aunty Sally.Di dapur tiada.Dia mencari di bilik pula.

“Aunty Sally!”Aryana memanggil.Dia masuk ke dalam bilik.Dia melihat sekujur tubuh yang berbalut dengan selimut sedang tidur dengan nyenyaknya.Aryana pelik dengan perangai Aunty Sally.

‘Dah buang tabiat ke?’Aryana berteka-teki di dalam hati.

‘Takkan lah.Tak mungkin nya.Semalam ok je.Mesti ada sesuatu ni’kepala Aryana terus bermain dengan teka-teki.Dia pun mendekatkan dirinya ke Aunty Sally.Dia menggoncang-goncangkan badan Aunty Sally.

“Aunty.Bangun aunty.Dah pagi ni”Aryana cuba membangunkan wanita tersebut.Wanita tersebut tersedar dan memisat-misat matanya.

“Ada apa?”Aunty berkata lemah.Aryana dengan perangai auntynya yang lemah gemalai.Selalunya punyalah semangat sampai Aryana juga terikut-ikut dengan perangai auntynya yang seorang ini

“Aunty kenapa tak bangun lagi?Selalunya dah bangun”Aryana berkata lembut.Sebenarnya pelik dengan kelambatan Aunty bangun.

“Oh.Aunty demam ni.Dari semalam lagi”aunty berkata lemah.Aryana pun memegang dahi aunty.

‘Mak aihh!Punya lah sejuk.Macam tak demam je’Aryana berkata di dalam hati.Tidak pula dia menyuarakan pendapatnya ke auntynya itu takut tergores pulak hati.Orang tua lah kata kan.

“Oh!Aunty nak apa-apa ke?Nak bubur?”Aryana bertanya.Berpura-pura baik supaya aunty tidak nampak kecurigaan di setiap perilakunya.

“Aunty sebenarnya rindulah bunyi kanak-kanak kat rumah.Aunty nak rumah ni meriah.Bila lah Aryana nak mengandung”aunty berkata lemah.Terlepas keluhan daripada bibir munggilnya.Aryana menjadi serba tidak kena.Dia takut rahsianya dan Aryan yang disimpan kemas akan terbongkar.

“Err..mungkin tak ada rezeki lagi kot”Aryana menjawab kegelisahan.Dia pun terus meminta diri untuk ke bawah.Aunty Sally yang di dalam bilik hanya tersenyum dengan perangai anak saudaranya yang kegelisahan apabila cepu emas ditanya secara tiba-tiba.Sengaja dia berbuat demikian untuk melihat reaksi Aryana yang kegelisahan mencari jawapan untuk soalan yang diajukan.

........................................................

Aryan,Aryana dan Aunty Sally tergesa-gesa ke hospital apabila diberitahu bahawa mama dimasukkan ke hospital.Tidak menyempat mereka ingin makan tengah hari diluar apabila dapat panggilan daripada papa yang mama dimasukan ke hospital.

Sesampainya di hospital,mereka terus ke billik yang menempatkan mama.Nombor yang dihantar oleh papa apabila mereka menanyakan keadaan mama.Sebenarnya tak adalah parah cuma mereka yang terlebih risau dengan keadaan mama.

Tuk!Tuk!

Mereka mengetuk pintu sebelum masuk.Terjengul wajah mama yang pucat seperti tiada darah.Mama sedang makan bubur yang disuapkan oleh papa.

“Mama!”ak terus memeluk mama.Mama membalas pelukan Aryana sambil tersenyum manis walaupun dalam keadaan sedang sakit.

“Kenapa datang juga?Kan mak dah kata yang mama tak sakit sangat.Menyusahkan Aryana je,Cuma jatuh dalam bilik air je.Tu pun nak risau juga”mama berkata setelah pelukan terlerai.Aryana tersenyum.Dia kemudian meramas tangan mak yang sejuk.Mungkin kerana bilik yang sejuk dengan aircond.

“Tak apalah mama.Aryana pun rindu kat mama.Tak sempat nak jenguk mak.Dah sibuk dengan universiti”Aryana berkata bagi nmenyedapkan hati mama.Mama tersenyum mendengar kata-kata Aryana.

“Hm..ye lah.Mak tak kisah.Mak sebenarnya bosan juga bila Aryana tak ada.Tak ceria rumah.Lainlah kalau Aryana nak bagi mak cucu”mama berkata.Aryana tersentak.Soalan yang sama ditanyakan kembali.Kali ini jawapan yang sama juga ke?

“Tak ada rezeki lagi mama.Mngkin dalam masa yang terdekat insyaallah”Aryan berkata.Secara tidak langsung dia telah membuat janji kepada mama.Janji yang mesti ditunaikan dalam masa terdekat!

“Oh!Kalau macam tu mak yakin mesti tahun depan mak dapat cucu daripada korang berdua.Tak sabarnya!”mama berkata gembira.Terpancar kebahagiaan di wajah mama.Aryana menjadi serba tidak kena dengan kenyataan dan janji yang dibuat oleh Aryan.

Aryana hanya tersenyum bagi menyembnyikan kegelisahan yang bertandang.Tiba-tiba dia merasa tangannya di genggam erat oleh seseorang.Dia melihat tangannya digenggam oleh Aryan.Dia memandang wajah Arya.Aryan tersenyum penuh makna ke arahnya.Aryana tidak mampu mentafsir senyuman tersebut.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment