Wednesday 22 February 2012

Bab 11


Hari ini merupakan hari kepulangan Syahmi daripada Johor.Syahmi berasa sangat rindu kepada isterinya,Nysa.Ketika di sana,dia mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang mengingati isrerinya yang ditinggalkan disini.Rindunya sudah tidak dapat dibendung.Syahmi menelefon Nysa sebaik sahaja sampai di KLIA.Dia menggunakan telefon baharu kerana telefon asalnya hilang.Dia mengingati nombor telefon Nysa.
Titt!Titt!
"Maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...".Sudah beberapa kali Syahmi cuba menelefon nombor Nysa tetapi tidak diangkat langsung.Syahmi berasa pelik.
"Takkan sibuk sangat kot?"Syahmi berfikir.
"Mungkin tengah belajar kot"Syahmi menyedapkan hatinya.
"Takkan kot.Kalau dia tengah sibuk belajar selalunya dia akan akan jugak"
"Mungkin lecturer tengah mengajar kot"
"Tak kot.Sekarang kan tengah hari"
"Mungkin je kan?"Syahmi bersoal jawab dengan dirinya sendiri.Dia pun terus menahan teksi dan menuju ke rumahnya.
......................................................................
"Assalamulaikum!!"Syahmi menjerit memberi salam.Sudah hampir sejam dia memberi salam tetapi tiada seorang pun yang membuka pintu.Dia berasa geram.
"Ada orang tak?!"Syahmi menjerit lagi.Dia melihat banyak jiran melihat ke arah Syahmi.Syahmi hanya menunduk.Dia sudah tidak tahan.Dia ingin berlalu pergi.Belum sempat Syahmi membawa lari kakinya,dia mendengar namanya dipanggil.Dia pun menoleh.
"Ada apa mak cik?"Syahmi bertanya sopan.Dia melihat seorang makcik yang memakai baju kurung dengan corak bunga pada bajunya.Tudungnya pula berwarna biru disesuaikan dengan baju kurungnya yang berwarna putih.Makcik tersebut kelihatan anggun walaupun sudah tua umurnya.Itu sudah pasti apabila melihat wajahnya.
"Anak nak cari Nysa ya?"dia bertanya.Aku mengangguk.Macam tau-tau aja desis Syahmi.
"Dia sebenarnya dah pindah keluar daripada rumah.Sebelum dia keluar,dia ada beri saya surat ni.Dia kata untuk anak Syahmi"Makcik berkata.Wajahnya kelihatan tenang.Sperti tiada perasaan memberitahu berita ini kepada Syahmi.Syahmi terkejut.Matanya terbeliak memandang mak cik tersebut.
"Pindah?!"Syahmi menjerit.Dia terkejut bukan kepalang lagi.Syahmi menggelengkan kepalanya.Dia tidak percaya.
"Ya nak.Minggu lepas,masa mak cik tengah menyapu halaman rumah mak cik,mak tengok dia yang macam tergesa-gesa nak keluar.Mak cik tengok dia ada bawa kotak.Makcik pun tanyalah dia sebab rasa pelik.Buat apa dia bawa banyak kotak keluar.Mak cik tanya ada apa dalam kotak,dia kata ada pakaian dia.Dia kata nak pindah keluar"makcik Senah berkata.Syahmi pelik.
"Ye ke?"Syahmi bertanya.Dia sudah berjalan menghampiri mak cik yang berada di hadapan rumahnya.Diluar pagar.
"Ya.Dia tak beritahu ya?"makcik berkata.Dia pelik.
" Tak,dia bagitahu apa-apa pun"Syahmi berkata pelik.
"Awak ni suami dia ke?"mak cik bertanya.Syahmi mengangguk.Mak cik berasa pelik.Kenapa seorang isteri tidak memberitahu suaminya bahawa dia ingin keluar?Bukan ke patut isterinya memberitahu suaminya jika ingin keluar?Kalau tidak,akan berdosa bukan seorang isteri jika tidak mengkhabarkan kepada suaminya tentang pemergiannya?desis mak cik.
"Oh.Tak apa.Ambil dulu surat ni.Ada kunci sekali"makcik Senah berkata.Dia cuba memberikan senyuman menyembunyikan kepelikkan.Sampul dan kunci bertukar tangan.
"Terima Kasih"Syahmi berkata.Dia sudah tidak sbar ingin membuka surat yang berada dalam genggamannya sekarang.
"Saya masuk dulu.Assalamualaikum"makcik Senah berkata.
"Waalaikummussalam"Syahmi menjawab.Syahmi membuka pintu rumahnya.Dia duduk di atas sofa mengadap televisyen.Tanpa berlengah lagi,dia terus membuka surat itu.

Suamiku,
Maaf kalau saya berpindah tak minta izin.Saya sayangkan Syahmi walaupun saya indah.Saya nak tenangkan fikiran saya.Awak jangan risau.Saya tak apa-apa.Awak pun tak payahlah cari saya.Jangan call atau cari saya sebab awak tak akan jumpa saya.Saya minta maaf sekali lagi.Awak pun tau kan sebab saya pindah?

Isterimu,
Nysa Sakinah.

"Sebab apa Nysa pindah?"
"Sebab dia benci kau kot"
"Benci?Sebab apa?"
"Sebab kau tak call dia?"
"Call?"
"Ya lah.Kau kan dah janji dengan dia kau akan call dia selalu"
"Ha ah lah.Macam mana aku boleh lupa!"
"Tu lah kot..."Syahmi bertanya dirinya sendiri.Syahmi terus mendaki tangga dan menuju ke biliknya.Dia membuka almari.Dia melihat almari kosong.Hanya tinggal beberapa pakaiannya yang ditinggalkan di rumah.Dia atas meja solek juga tiada barang Nysa juga sudah tiada.Hanya tinggal minyak wanginya.Syahmi terjelepok di atas permaidani biliknya.
"Kenapa?!!!"Syahmi menjerit.
"Kenapa tinggalkan Syahmi?"Syahmi bertanya lagi.Dia mengambil salah satu bantal dan menciumnya.
"Syahmi cintakan Nysa.Apa salah Syahmi?"Syahmi bertanya lagi kepada dirinya.Dia nekad.Dia nekad ingin mencari Nysa walaupun hingga ke lubang cacing sekali pun.
.......................................................................
"Ba!!"Fatin menjerkah Nysa.
"Oi mak kau mati kena sepit"Nysa melatah.
"Ish kau ni.Nasib aku tak ada sakit jantung,kalau tak dah lama aku ni jadi arwah kat sini.Tak ke naya kau"Nysa menyambung.Fatin hanya tersengih.Dia dudk di sbelah Nysa.Dia meihat Nysa sedang membelek majalah.
"Kau tau kan hari ni Syahmi balik?"Fatin berkata.Nysa mengangguk.Dia tidak memandang wajah Fatin.
"Kalau kau tau kenapa kau tak pergi jemput dia?"Fatin berkata.Nysa hanya mengangkat bahu.
"Ish!Kau pun tau kan?Aku tak nak jumpa dia"Nysa berkata setelah Fatin enyap memandangnya.Lama.
"Kenapa pulak?Oh!Sebab dia dah sakitkan hati kau?"Fatin meneka.Nysa mengangguk lemah.Fatin memang sengaja ingin berbuat begitu kepada Nysa.
"Kau nak jadi macam budak-budak ke?Jangan lah bersikap childish macam ni lagi.Kesian dia tunggu kau"Fatin berkata.Nysa menurunkan majalahnya.Dia memandang wajah Fatin yang berada disbelahnya.
"Macam mana kau tau dia tunggu aku?"Nysa bertanya.
"Tadi aku nak pergi ambil barang kau tu yang kau suruh aku ambil.Aku nampak dia tengah duduk depan rumah kau.Asyik bagi salam.Kesian aku tengok dia macam orang tak waras"Fatin berkata bersungguh-sungguh.Nysa tersenyum sinis.
"Ya?Padan lah muka.Biar lah dia"Nysa berkata.Fatin hanya menggeleng.
"Haih apa nak jadi dengan kau ni?"Fatin bertanya.Nysa hanya mendiamkan diri.Dia pun sebenarnya rindu akan suaminya ini.Tidak terkata.Tapi dia sudah menanam azam supaya tidak mempercayai suaminya lagi.Kini.Dan selamanya.
Bersambung......

No comments:

Post a Comment