Wednesday 22 February 2012

Bab 10

    Nysa menjadi gelisah.Dia sudah tidak dapat membendung rasa rindunya kepada suaminya ,Syahmi. Suaminya sudah masuk tiga minggu dan empat hari tidak menelefonnya.Dia terlalu risau akan keselamatn suaminya disana.Dia pun tanpa berlengah lagi menelefon suaminya.
Tit!Tit!Lama telefon barulah di angkat.
"Helo"suara perempuan kedengaran.Nysa tersentak.Dia melihat kembali kepada siapakah dia menelefon.Tertera nama Syahmi di telefonnya.
"Helo....Ni siapa?"Nysa bertanya.Dia menjadi berdebar-debar.
"Ni isteri dia lah"perempuan tersebut berkata.Nysa tersentak.Terkejut,terpegun semuanya ada pada dirinya kini.
"Isteri?Isteri siapa?"Nysa bertanya tergagap.
"Isteri Syahmi lah.Muhammad Syahmi"perempuan tersebut berkata kasar.Terdengar rengusan kasar daripadanya.Nysa sudah terjelepuk mendengar kata-kata daripada mulut perempuan tersebut.Setitik demi setitik airmatanya gugur tanpa di tahan lagi.
"Kalau tak ada apa-apa I tutup dulu"perempuan tersebut berkata setelah lama Nysa tidak berkata apa-apa.
"Eh!Jap!"Nysa berkata.Dia ingin meminta kepastian keberadaan suaminya kini.
"Apa lagi?"dia bertanya.Perempuan tersebut merengus kasar.
"Mana Syahmi?Saya nak bercakap dengan dia"ujar Nysa.Dia berharap dapat bercakap dengan suaminya.Dia ingin meminta penjelasan.
"Syahmi?Tengah mandilah.Tu lah sebab I yang jawab"perempuan tersebut berkata.Makin deras airmata Nysa menuruni pipi gebunya.
"Ok....lah.Nan....nanti cakap....dia ya....yang saya te...lefon"Nysa berkata tergagap.Sebaik sahaja Nysa berkata begitu.Talian tersebut terus ditutup.Nysa menangis keseorangan di biliknya.Dia tidak menyangka bahawa pemergian suaminya ke Johor ada lah ingin menemui isterinya di sana.Begitu ramaikah isterinya?Tidak pedulikah dia kepadaku?Kenapa dia bermain kayu tiga dibelakangku?Banyak persoalan bermain di mindanya.
...............................................................
"Nysa"Fatin memanggil Nysa.Nysa berpaling.Wajahnya kelihatan cengkung.Terdapat garisan hitam dibawah matanya.Tanda dia tidak cukup tidur.
"Apa?"Nysa bertanya lemah.
"Makan lah"Fatin berkata.Di tangannnya terdapat pinggan yang berisi nasi dan lauk.
"Letak je lah kat situ.Nanti aku makan"Nysa berkata lemah.Dia kembali memandang pemandangan di hadapannya.
"Kalau aku letak nanti kau tak makan"Fatin berkata.Dia berasa risau melihat keadaan Nysa.
"Aku makan lah.Tak payah lah risau"Nysa berkata.Fatin pun meletakkan pinggan di atas meja.Terdengar keluhan terbit daripada bibirnya.Fatin berlalu pergi.Sudah seminggu Nysa berkeadaan begini.Dia tidak mahu makan.Hanya minum sahaja.Itupun jika terlalu dahaga.Fatin juga sudah mengetahui perkara yang terjadi.Fatin juga tidak menyangka Syahmi akan melakukan perkara tersebut terhadap Nysa.Fatin ingat lagi sewaktu Nysa memberitahunya tentang kejadian tersebut.
"Nysa!Kenapa ni?"Fatin bertanya.Nysa sewaktu itu sudah duduk di atas katil sambil memeluk lutunya.Fatin pula baru balik daripada kuliah.Dia pelik melihat rumahnya yang diterangi cahaya.Dia naik dan melihat Nysa dalam biliknya.Nysa kelihatan sedang menangis.
"Sy...Syah....mi"Nysa berkata tergagap.
"Kenapa dengan dia?"Fatin bertanya.Dia yakin Syahmi sudah melakukan sesuatu kepada Nysa.Kalau tidak mesti Nysa tidak akan seperti ini.
"Dia...dia..."Nysa tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia menangis lagi.Esakan halus kedengaran.Fatin memeluk Nysa.
"Kenapa?Apa Syahmi dah buat"Fatin bertanya lembut.Dia ingin mengetahui perkara yang sebenarnya.
"Dia .......dia.....ada ....is...isteri lain"Nysa berkata.Suaranya tergagap.Makin deras airmatanya turun.Esakannya juga makin kuat kedengaran.
"Dah.....dah...macam mana kau tahu?"Fatin bertanya satelah tangisan Nysa reda.
"Tadi aku telefon.Lepas tu suara perempuan yang jawab.Aku pun macam tak caya je.Kenapa denagr suara perempuan.Dalam fikiran ni dah fikir yang suami aku tu jadi perempuan.Aku cek lah nama kat telefon aku.Takut salah.Tapi tu memang nombor Syahmi.Aku tanya lah siapa?Dia jawab dia tu isteri Syahmi.Aku macam tak caya gila.Aku tanyalah mana Syahmi.Dia....dia cakap sy....sy....syahmi man...mandi"Nysa berkata tergagap.Jelas raut wajah Fatin bertukar.
"Ya ke?"Fatin bertanya tidak percaya.Dia memandang Nysa tajam.
"Ya lah.Takkan kau tak caya?"Nysa bertanya.
"Aku percaya lah"Fatin berkata.Tapi hakikatnya dia masih tidak percaya yang Syahmi akan melakukan perkara tersebut kepada Nysa.'Dia harus menyiasat perkara ini'Fatin berkata di dalam hati.
.................................................................................................................
Nysa ke universiti dengan wajah yang cengkung dan kusam.Dia berjalan lemah menuju ke dewan kuliahnya.
"Weyh Nysa"Fatin berkata.Dia sebenarnya risau melihat keadaan kawan baiknya yang tidak terurus.Badannya juga semakin kelihatan susut.
"Apa?"Nysa bertanya lemah.Nysa sudah duduk di atas kerusi di sebelah Fatin yang kosong.
"Kau ok ke?"Fatin bertanya.
"Aku ok je.Dah tak payah nak risaulah"Nysa berkata.
"Kalau kau tak ok balik je lah.Rehatkan diri tu.Kesian aku tengok kau.Tak terurus.Tak bergaya.Semua hilang"Fatin berkata penuh simpati.
"Aku cakap aku ok aku ok lah"Nysa berkata geram.Dia terus memandang ke hadapanDia berpura-pura menumpukan perhatin.Fatin mengeluh.
...................................................................................
Nysa mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah Fatin.Dia tidak mahu Syahmi berada disisinya sekarang.Hanya mahu bersendirian dan menenangkan fikirannya yang kusut.
"Weyh Fatin"Nysa berkata sewaktu telefon bimbit Fatin berangkat.
"Ya Nysa.Apa hal kau telefon aku?"Fatin bertanya.Dia sedang makan.
"Aku sebenarnya nak...nak"Nysa berkata tergagap.Dia takut untuk menyatakan hasratnya.Takut Fatin akan memarahinya.
"Nak apa?!"Fatin menyergah Nysa.
"Nak pindah rumah kau"Nysa melatah.Fatin ketawa mendengar suara Nysa yang seperti terkejut.
"Tau pun.Melatah"Fatin berkata.
"Ish!Kau ni"Nysa berkata.Dia turut tergelak mengingati reaksi spontannya itu.
"Kau nak pindah rumah aku ya?"Fatin bertanya setelah ketawa di antara kami reda.
"Ha ah.Boleh tak?"Nysa bertanya.
"Boleh je.Tapi kenapa?"Fatin bertanya.Dia sebenarnya pelik.Tiba-tiba saja mahu pindah kerumahnya.
"Aku nak lari daripada bertemu dengan Syahmi"Nysa berkata lemah.
"Hmm yelah kau pindah esok"Fatin berkata.Nysa berasa gembira.Andaiannya sama sekali meleset.Dia tidak menyangka Fatin memberi keizinan.
"Terima kasih Fatin.Aku sayangkan kau.Muah!!"Nysa berkata.
"Sama-sama!Muah!"Fatin berkata.Sengaja ingin mengusik.Nysa ketawa.Akhirnya kedua-duanya ketawa riang.
Bersambung........

No comments:

Post a Comment