Thursday 1 March 2012

Bab 16-end-



Baru sahaja Nysa keluar daripada kelasnya dia mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali.Pada mulanya dia tidak mahu mengangkat panggilan tersebut tapi apabila ia ditelefon banyak kali dan Nysa tidak tahan bunyi yang keluar,dia terus mengangkat.
"Helo"Nysa memulakan percakapan.Dalam hatinya membara kerana orang ini menelefon tak tahu nak berhenti.
"Helo.Kau dengar sini.Aku nak kau pergi Hotel Bestari dekat Port Dickson sekarang.Kalau kau nak mak dan ayah kau hidup datang secepat mungkin"berkata seorang perempuan di hujung talian.Nysa terpaku.Dia terkejut apabila orang tersebut membabitkan ibu dan bapanya.Orang yang Nysa amat sayangi.
"Dan kau jangan nak menggatal pergi telefon polis ataupun suami kau.Kau datang seorang.Kalau aku tahu kau telefon diaorang,nyawa mak dan bapak kau terancam"orang tersebut menyambung lagi.Selepas itu dia terus menutup telefon sebelum sempat Nysa menanyakan soalan.Nysa dengan perasaan khuatir terhadap keselamatan ibunya terus berlari pergi mendapatkan keretanya walaupun berlari tidak boleh kerana kadungannya.Dia mencucuk kunci kereta dan terus memecut keretanya ke tempat yang harus dituju iaitu Port Dickson.
..................................................................................
Sebaik sahaja sampai di destinasinya,dia mendapat lagi panggilan daripada orang tadi.Orang tersebut menyuruh Nysa pergi ke bilik 123yang terletak di tingkat 2 hotel.Nysa dengan cepatnya berlari ke arah lif dan menekan punat 2.
 Nysa keluar daripada lif dengan terburu-buru dia mencari bilik 123.Dia terlihat bilik yang bernombor 123 dan dihadapan bilik tersebut terdapat seorang lelaki.Nysa menyapa lelaki tersebut.
"Saya disuruh untuk datang ke sini"aku berkata seperti yang disuruh oleh orang tersebut sebelum dia ke sini.Lelaki yang berada di hadapan pintu itu berdiri dan mengikat tangan Nysa.Nysa merota-ronta dilepaskan.
  Nysa dibaling ke lantai bilik apabila sudah sampai.Dia melihat seorang perempuan berdiri di hadapannya.Dia cuba mengamati wajah perempuan tersebut.Dia cuba mengingati.
'Tak salah pernah jumpa'Nysa berkata di dalam hati.Apabila dia cuba mengingati,tiba-tiba dia teringat pada perempuan yang teringin dijodohkan dengan suaminya.'
Salina!'Nysa menjerit di dalam hati.Salina yang dihadapannya kini memakai baju yang cukup seksi dan menyeksa pandangan Nysa.Dia ingat lagi pada pertemuan pertama mereka,Nysa melihat Salina sungguh sopan tetapi sekarang penampilannya cukup berbeza.Jauh berbeza dengan yang dahulu.
"Dah puas tenung aku?"Salina bertanya.Nysa yang tadi asyik memandang Salina tersentak.Dia menundukkan kepalanya.Tidak berani bertentang mata dengan Salina.Wajah Salina ketika ini sungguh bengis.Tiba-tiba Nysa teringat ibu bapanya yang diculik oleh Salina.
"Mana ibu bapa aku?"Nysa bertanya kasar.Salina ketawa jahat tiba-tiba.Salina memandang pelik.
"Mana ada ibu bapa kau kena culik lah bongok?!Tu hanya perangkap je supaya kau datang sini"Salina berkata.Aku merenungnya tajam.Aku cuba untuk melepaskan diri tetapi belum sempat Nysa mehu menggerakkan badannya,Salina sudah menyuruh orang upahannya menrik Nysa.Nysa hanya ikut dalam keterpaksaan.
......................................................
 Kini Nysa di pantai Port Dickson.Pantai ini sunyi.Tiada langsung orang.Nysa diletakkan di pasir tetapi tangannya masih kuat di pegangan lelaki tersebut.Aku melihat Salina sibuk berkata di dalam tersebut.Tersungging senyuman sinis di bibirnya.
"Kau tunggu sini"Nysa berkata kepada aku dan orang suruhannya.Aku hanya akur kerana dileherku diletakkan pistol.
  Setelah lama menunggu tiba-tiba kelihatan susuk badan seorang lelaki yang dikenali oleh Nysa.Dia cuba mengenali lelaki tersebut.Lama kelamaan lelaki tersebut dekat dengan Nysa.Nysa dapat mengecam muka lelaki tersebut.
"Syahmi!"Nysa menjerit.Ingin saja sekarang dia berlari memeluk Syahmi tetapi hanya angan-angan.Dia hanya dapt melihatnya dengan linangan airmata yang keluar dari tubir matanya.
"Datang pun kau"Salina berkata.Syahmi kelihatan termengah-mengah.Mungkin penat berlari.
"Aku datang sebab nak selamatkan isteri aku.Bukan datang sebab kau lah!"Syahmi menjerit ke arah Salina.Salina gelak kuat.Dia mengeluarkan botol daripada dalam poketnya.Botol tersebut diberi kepada orang suruhannya.Dia meletakkan botol tersebut di mulutku.Aku sudah menggelabah.
 "Kau nak kadungan dalam isteri kau mati ke ataupun kau ikut cakap aku?"Salina bertanya.Syahmi sudah cemas dengan keadaan ini.
 "Kau jangan apa-apa kan isteri aku.Aku ikut cakap kau"Syahmi berkata.Nysa sudah menelan liur.Pahit dirasanya.Dia pasti Salina akan meminta sesuatu yang diluar jangkaan.
........................................................
"Aku mintak kau kahwin dengan aku"Salina berkata.Syahmi kelihatan terkejut dengan permintaan gila Salina.Salina berjalan mendekati aku.
"Kalau kau tak nak ikut..."Salina berkata sambil memetik jarinya.Botol di mulutku makin dekat dan cecair di dalam makin dekat dengan mulutku.Aku sudah berdoa di dalam hati.Adakah ini pengakhiran perjuanganku untuk mempertahankan kadunganku?Syahmi sudah gelabah.
"Ok!Aku ikut!"Syahmi menjerit kuat untuk memberhentikan pergerakan orang suruhan Salina.Salina tersenyum sinis.Setelah itu botol tersebut dibaling ke dalam laut.Aku diletakkan di pasir.Orang suruhan Salina juga telah melepaskan aku.Aku sudah berlinangan dengan airmata.Syahmi kelihatan serba salah.Tiba-tiba aku mendengar tembakan.Aku memjamkan mata.
Bang!Bang!
Aku membuka mata setelah keadaan menjadi senyap.Kelihatan Salina yang ketakutan.Orang suruhan Salina yang berlumuran.Aku mencari kelibat Syahmi.Tiba-tiba aku terpandang sekujur badan tidak jauh dari situ.Aku mendekati badan tersebut.Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat Syahmi yang berlumuran darah.Tanganku menjadi terketar-ketar.
"Syahmi"aku memanggil Syahmi.Tiada tindak balas daripadanya.Dia hanya diam disitu.Aku sudah menangis lagi.Aku menggoncang badan Syahmi tetapi Syahmi tetap kaku.Aku cuba memeriksa nadinya.Tidak terasa nadi.Badannya juga sejuk.Aku sudah menjerit memanggil namanya.
"Syahmi!Syahmi!"aku memanggil Syahmi.Sesungguhnya aku tidak bersedia dengan pemergian Syahmi.Tiba aku terasa usapan lembut di belakangku.Aku menoleh.Aku terkesima melihat wajah dibelakangku kini.
"Nysa"panggilnya lembut.Airmataku meleleh lagi.Aku memeluknya erat.
..............................................................
"Awak"Nysa memanggil lembut.Dia menoleh.Ditangannya kelihatan seorang bayi comel yang sedang nyenyak tidur.Nysa baru sahaja bersalin melahirkan anak sulongnya semalam.
"Comel kan anak kita bang?"Nysa bertanya.Lelaki tersebut mengangguk tanda steuju.Dia meletakkan bayi tersebut dan memeluk pinggang Nysa.Nysa hanya tersenyum.Dia senang dibuat begitu.
"Abang ni pandailah"Nysa berkata.Syahmi hanya tersenyum dengan kenyataan isterinya.Dia teringat kembali kepada kejadian dahulu....

"Syahmi!Bukan awak dah mati ke?"Nysa bertanya setelah melepaskan pelukannya.Syahmi tersenyum.Dia pun menceritakan yang terjadi.
"Macam ni,kawan abang ni ada upah penyiasat kerja dengan Salina.Dia ambil tahu semua benda.Dia laporkan kat abang yang sayang akan kena culik.Abang pun ambil keputusan untuk klonkan diri abang kerana abang takut nanti dia nak bunuh abang.Abang ambil seseorang yang pernah bersalah.Dia pun dengan sukarelanya nak jadi abang.Dia pakai topeng abang.Abang ajar dia semua benda.Dia pun seorang yang cepat belajar.Jadi senanglah.Dia buat seperti yang abang suruh.Tepat jangkaan abang yang dia akan ditembak"Syahmi menerangkan panjang lebar.Nysa memeluk suaminya erat.
"Terima kasih abang"Nysa berkata.Syahmi hanya mengangguk sambil mengusap lembut belakang Nysa.

"Terima kasih abang"Nysa berkata.Syahmi mengangguk.
Salina.Cerita pasal Salina,Salina sekrang dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana stress.Dia menjadi stress selepas kejadian yang berlaku.
"Sayang,abang harap rumah tangga kita akan kekal bahagia sampai ke akhir hayat"Syahmi berkata sambil mengusap lembut rambut Nysa.
"Nysa pun harap bang"Nysa berkata.Syahmi mengeratkan pelukannya.Kini hidup mereka aman dan bahagia.
-Tamat-                        

No comments:

Post a Comment