Thursday 29 March 2012

Hanya Dirimu Bab 9




  Rania duduk di kerusi yang terletak dibawah pokok sebuah pokok rending.Dia cuba mengawal kemarahannya.Tangannya dikepal.Marahnya pada Aryana tidak dapat dibendung dari dahulu lagi.Ada sahaja jawapan yang Aryana akan jawab bagi melawannya.

“Geramnya aku!Kau tahu tak,kalau tak sebab kau sekrang mesti Aryan dah milik aku,Aryana!!”Rania membentak kuat.Dia berasa ingin sahaja dia menampar pipi mulus milik Aryana tetapi jika dilakukan begitu jatuhlah reputasinya yang sedang tinggi menjulang.

“Aryana,aku akan pastikan Aryana tu milik aku.Kau akan menyesal sebab dah rampas Aryan daripada aku.Dia tu milik aku dari dahulu lagi.Kau yang potong line!Argh!”Rania menjerit kuat.Dia menendang tanah yang berpasir.Pasir tersebut masuk ke dalam mata Rania menyebabkan Rania menjerit kuat.Dia menenyeh matanya.Orang ramai yang melihat aksi Aryana hanya tersenyum sinis.

……………………………………………………………….

  Aryan dan Aryana sudah sampai ke rumah.Penat lelah kuliah tadi masih terasa.Mereka berbaring di atas sofa.Aryana berbaring di atas peha Aryan manakala Aryan duduk.

“Fuh!Penatnya”Aryan berkata.Dia memejamkan matanya bagi mengurangkan penat.Bukan hanya disebabkan kuliah malah tadi mereka berkejar-kejaran satu sama lain semasa di universiti bagi mendapatkan tempat duduk.Gelagat mereka yang seperti keanak-anakan mendapat perhatian orang yang lalu.Semua hanya tergelak kecil melihat mereka.Sungguh bahagia dirasakan.

“Aryan!”Aryana memanggil Aryan.Hilang semua lamunannya sebentar tadi.Sengih yang menghiasi bibirnya juga berganti.Keningnya terangkat.

“Apa?”Aryan bertanya.Dia masih belum puas mengingati perkara yang berlaku.Indah dirasakan hidupnya dengan Aryana yang menyerikan hidupnya.Tidak disanga mereka akan berbaik.Disangkanya mereka akan bercerai selepas beberapa bulan tetapi kini sudah masuk 5 bulan mereka berkahwin dan hubungan mereka dirasakan semakin baik dari hari ke hari.

“Tengok!Mengelamun balik.Cakap sorang-sorang pulak aku!”Aryana berkata marah.Dia memeluk tubuh tanda protes.Aryan yang tersentak memandang Aryana.Dia tersenyum dengan gelagat Aryana memprotes.

“Ya!Aku sorry ok.Apa kau cakap tadi?”Aryan bertanya kembali.Dipandang wajah Aryana yang bersih tanpa jerawat dimukanya.

“Tak nak!Aku merajuk!”Aryana berkata.Dia memalingkan badannya membelakangi Aryan.Dia masih memeluk tubuh.Aryan tersenyum nakal.

“Ok!Kalau kau tak nak….”Aryan meberhantikan kata-katanya.Dia terus menggeletek Aryana.Aryana apalagi,terjerit kegelian lah dia.

“Ok…ok..stop…Geli ni!”Aryana berkata dengan sisa gelak.Dia memandang Aryan.Aryan memandang Aryana.Maing-masing menyembunyikan senyuman.Kemudian ketawa terburai daripada mulut masing-masing.

……………………………………………………….

  Hari ini Aryan dan Aryana pergi ke universiti seperti biasa.Aryana dan Aryan berjalan menuju ke dewan kuliah tetapi dipertengahan jalan dia diganggu dengan kehadiran seseorang yang tidak dijangka.

“Hai!”seseorang menyapa mereka.Aryan dan Aryana yang sedang berjalan berhenti.Mereka memalingkan badan mereka.Dilihatnya seorang lelaki yang berbadan tegap berdiri dihadapan mereka.Aryan dan Aryana masing terbeliak mata mereka.Tidak disangka dia disini.Di hadapan mereka.

“Hai!”Aryan dan Aryana berkata serentak.Masih terkejut dengan kehadirannya di sini.

“Lama tak jumpa kan?”lelaki itu bertanya.Dia tersenuym manis kepada pasangan sejoli ini.Aryana menelan liur.Dia pasti Aryan akan cemburu besar dengan kehadiran dia disini.

“Ha ah.Lama sangat tak jumpa kan.Kau sihat?”Aryana bertanya sekadar menjawab.Dia hanya senyum bagi memberikan jawapan.Aryana mengenggam tangan Aryan erat.Dia tahu Aryan sedang terbakar dengan kehadiran dia disini.Diharapnya dia hanya bersabar sahaja.

“Ok lah.Kami gerak dulu”Aryana berkata.Dia terus berjalan sambil memimpin tangan Aryan.Aryan hanya mengekori Aryana.Dia tahu Aryana memahami perasaannya sekarang.

………………………………………………………

  Aryana menjadi risau melihat keadaan Aryan.Dari tadi lagi Aryan hanya mendiamkan diri tidak berkutik.Selepas sahaja bertemu Aiman di universiti,Aryan terus sahaja menjadi seorang yang pendiam.Dia tidak langsung bercakap dengan Aryana.Mukanya serius apabila dipandang.Senyuman tidak menghiasi bibirnya sperti selalu.

“Aryan.Kenapa dengan awak?”Aryana bertanya.Dia memandang Aryan risau.Aryan hanya menyangkan muka tanpa perasaan.Aryana menjadi sedih dengan respon yang diberikan Aryan.

“Aryan.Apa salah saya ni?”Aryana bertanya nlagi.Dia cuba menahan kolam airmatanya daripada pecah.Aryan buat tidak dengar.Dia hanya memandang televisyen dihadapannya.Aryana menjadi semakin sedih.Entah kenap perasaan ini datang.

“Awak marah sebab Aiman tu ke?Saya tak tahu pun dia datang kat universiti kita ni”Aryana berkata serak.Dia tidak tahan.Dia terus bangun dan menuju ke tandas.Dia cuba menaahan airmatanya daripada mengalir tetapi dia tidak kuat.Dia tidak kuat dengan perangai Aryan yang tidak mahu melayannya seperti selalu.Dia menangis sepuas hati di dalam tandas.Aryan yang diluar bersalah dengan tindakannya tadi.Dia tidak sepatutunya berbuat begitu kepada Aryana.Aryana tidak bersalah.Aryana diselubungi perasaan bersalah kini.

………………………………….

  Setelah Aryana puas menangis,dia membasuh mukanya.Dia keluar dan menuju ke katil untuk tidur.Selepas  menangis tadi,tenaganya hilang.

  Dia membaringkan dirinya diatas katil empuk itu.Dia cuba memejamkan matanya.Kantuknya menjengah dan membawanya ke alam mimpi yang akan menghilangkan derotanya yang seketika tadi.

……………………………………………….

  Aryan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik Aryana.Dia membuka dan menutupnya perlahan.Jalannya  terjengket-jengket menuju ke katil Aryana.

  Pabila sudah sampai,dia memandang wajah Aryana walaupun lampu di dalam bilik dalam keadaan samar-samar.Wajah Aryana yang tenang seperti air di kali.Wajahnya juga kelihatn cantik dan tidak berkerut seperti selalu.Marah sahaja kerjanya.Betul lah kata mama bahawa muka sebenar seseorang boleh dilihat ketika tidur.Walaupun segarang mana seseorang itu tetapi jikalau tidur mukanya yang sebenar akan kelihatan juga.

Aryan pun menaiki katil.Dia membaringkan dirinya disebelah Aryana.Pinggang Aryana yang ramping dipeluknya erat.Dia mencium rambut wangi Aryana.

“Aryana.Aku minta maaf sebab abaikan kau tadi.Aku tak sengaja.Aku sebenarnya cemburu dengan Aiman.Aku takut dia ambil kau daripada aku.Aku syang kau sangat-sngat.Tidak dapat dibayangkan jika kau jatuh ke tangan dia.Aku minta maaf sangat-sangat,saying”Aryan membisikkan maaf ketelinga Aryana.Dieratkan lagi pelukannya dan makin lama makin berat matanya.Akhirnya dia tertidur dengan pelukan yang erat.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment