Friday 10 February 2012

Aku Menunggumu...

Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di Mawar Holding.Dia baru sahaja diterima kerja.Dia terlalu gembira kerana pertama kali di interview telah diterima bekerja di syarikat itu.Dia mahu kerja di syarikat ini kerana sahabat baiknya juga kerja di sini. Ada lah geng bak kata gadis yang baru menginjak usia 24 tahun ini.
"Boleh saya berjumpa dengan Encik Umayr?"Umayra bertanya kepada penjaga kaunter.
"Boleh saya tahu anda siapa?"ujar penyambut tetamu tersebut.
"Saya Nur Umayra Amira"Zara menjawab.
"Oh jap ye cik"ujar penyambut tersebut seraya membuat satu panggilan.Selesai membuat panggilan tersebut,dia berkata"Cik selamat datang bekerja di syarikat kami.Bos sedang tunggu di biliknya.Sila naik ke tingkat 10 cik"."Terima kasih"Umayra berkata lalu berjalan ke lif dan menekan lif ke tingkat 10.Dalam otaknya ligat memikirkan kemungkinan penampilan dan perangai bosnya itu.
'Hensem ke hodoh'
'Tua ke muda'
'Cerewet ke baik'itulah yang difikirkan oleh Umayra.Dia bimbang jika bosnya itu seorang yang garang tapi menurut rakannya itu bosnya itu seorang yang serius dan garang.Cerewet tu ada lah sikit-sikit.
Ting!
Pintu lif berbunyi.Dia menuju keluar daripada lif dengan hati yang berdebar-debar.Umayra berjalan menuju ke pejabat yang bertulis Encik Umayr.Depan pintu bilik Encik Umayr,Umayra melihat seorang perempuan yang sarat mengandung sedang duduk mengadap komputer.Dia pun menegur wanita tersebut.
"Puan.Ini bilik Encik Umayr kan?"Umayra bertanya untuk memastikan kebenaran.Wanita tersebut pun mengangkat muka.Dia tersenyum.
"Ye ni bilik Encik Umayr.Cik ni siapa?"tanya wanita tersebut ramah.
"Saya setiausaha baru Encik Umayr"jawabku sambil tersenyum ke arahnya.
"Oh cik lah yang akan gantikan saya.Saya Nur Faizah.Saya setiausaha Encik Umayr yang lama.Boleh panggil saya kak Izah.Encik Umayr ada kat dalam.Jap ye cik Umayra"kak Izah berkata lalu menelefon dan kemudian dia menyuruh Umayra masuk.Aku berdebar-debar.Aku tidak dapat melihat wajah Encik Umayr kerana ia duduk membelakangi kerusi.
"Silakan duduk"Encik Umayr memulakan bicara setelah lama mendiamkan diri.Umayra pun mengambil tempat di hadapan Encik Umayr.
"Nama awak Nur Umayra Amira?"Encik Umayr bertanya.
"Ya"jawabku ringkas.
"Sedap nama awak.Ejaan nama awak macam ejaan nama saya"ujar Encik Umayr.Dia pun memusingkan kerusi mengadap Umayra.Umayra pun memandang muka Umayr.Umayr terpegun melihat wajah bosnya ini.Kacak,pemakaiannya kemas dan berkaca mata.Kulit mukanya putih melepak.
"Dah puas ke cik Umayra tengok muka saya?"ujar Encik Umayr.Umayra tersentak.Dia pun menundukkan mukanya kerana malu.
"Ok baiklah.Awak akan bekerja di sini.Jadi saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya ketika bekerja di bawah saya Cik Umayra"ujar Encik Umayr lalu menghulurkan tangan.Umayra tidak menyambut.
"Kenapa?"ujar Encik Umayr.
"Bukan muhrim"Umayra menjawab.
"Oh ok"ujar Encik Umayr lalu menurunkan kembali tangannya.
"Awak ikut saya"ujar Encik Umayr seraya berjalan menuju ke pintu.Aku hanya membontoti langkahnya ke pintu.
"Kak Izah"Encik Umayr memanggil.
"Ya Encik Umayr"Kak Izah menjawab.
"Kak Izah tolong ajarkan apa yang patut.Besok Kak Izah dah boleh rehat.Saya takut Kak Izah terberanak kat sini pulak"ujar Encik Umayr.
"Ya lah Encik Umayr.Saya tahu lah"ujar Kak Izah.Sekepas itu Encik Umayr pun masuk ke dalam pejabatnya.
"Ok cik Umayra.."Ujar kak Izah.
"Panggil saya Umayra je lah.Tak payah lah cik....cik ni.Tak biasa saya"aku berkata.
"Oh.Baiklah Umayra.Kerja dengan Encik Umayr ni senang je.Pagi-pagi kena sediakan kopi atas meja dan surat khabar.Lepas tu bila dia masuk,dia akan panggil Umayra masuk.Umayra bagi lah tahu jadual dia.Selain tu juga,Umayra kena juga menyusun jadual Encik Umayr.Faham?"ujar kak Izah.Aku mengangguk.
"Ok terima kasih"aku berkata.
"Kak Izah nak pergi tandas jap tau.Nanti kak Izah tunjukkan lagi"ujar kak Izah lalu berjalan ke tandas.Umayra duduk di situ memandang sekeliling pejabt.Pejabat ini cantik dekorasinya.Simple and elegant.
 Sedang sibuk Umayra mendang sekeliling pejabat,tiba-tiba datang seorang perempuan.Pakaiannya seperti tak cukup kain dan menjolok mata mata siapa yang melihat.
"Umayr ada tak?"perempuan tersebut bertanya.
"Ada...."belum sempat Umayra menghabiskan kata-katanya perempuan tersebut telah berjalan masuk ke dalam bilik.Aku tak sempat menghalangnya.
"Cik.....cik"aku memanggil.Aku mengejarnya tetapi dia sudah masuk.Kelihatan muka Encik Umayr merah.Mungkin marah.
"Maaf Encik Umayr,tadi saya dah halang tapi...."belum sempat aku menghabiskan kata-kata Encik Umayr telah memotong.
"Ish awak ni buat kerja macam mana?Awak jadi setiausaha kenalah bisas buat kerja-kerja macam ni!"Encik Umayr menjerkah Umayra.Umayra tersentak.
"Tapi Encik Umayr...."kata-katanya kali ini juga dipotong lagi.
"Awak boleh keluar"Encik Umayr berkata.Umayra pun keluar dengan muka yang menebal.Dia rasa terlalu malu apabila baru hari pertama bekerja telah dijerkah begitu.
"Kenapa ni Umayra?"kak Izah bertanya.
"Tadi ada perempuan tu masuk,lepas tu saya tak sempat nak tahan...."belum sempat Umayra menghabiskan ceritanya,Kak Izah sudah memotong .
"Tu perempuan memang!"kak Izah berkata dalam nada yang geram.
"Kenapa kak Izah?"Umayra bertanya.
"Tak ada apa-apa lah.Nah!Bca ni"kak Izah menghulurkan satu fail kepada Umayra.
"Fail apa ni?"aku bertanya.
"Fail syarikat"jawab kak Izah ringkas.
..........................................................................................
Hari ini merupakan hari kedua berkerja di syarikat Mawar Holding.Hari ini dia memulakan tugas yang telah dipelajari semalam.Pertama menyediakan kopi.Lepas itu meletakkan surat khabar atas meja.
"Assalamualaikum Encik Umayr"Umayra memberi salam kepada Encik Umayr yang baru melepasi tempatnya.
"Waalaikummussalam.Masuk bilik saya sekarang"Encik Umayr memberi arahan kepada Umayra.Umayra pun mengambil buku dan pen.Dia mengetuk pintu dan masuk setelah di beri kebenara.
"Baiklah.Apa jadual saya hari ini?"Encik Umayr bertanya sambil membuka komputer ribanya.
"Hari ini ada meeting dengan tuan Mahmod......."aku hanya menerangkan apa yang patut.
"Ok terima kasih.Ermm...Umayra.Semalam yang saya jerkah awak tu saya minta maaf ya.Saya masa tu tengah kusut"Encik Umayr berkata.
"Tak apa Encik Umayr"ucapku.
"Umayra.Kalau perempuan semalam tu datang lagi,boleh tak awak masuk dalam bilik ni.Masuk je tau.Lagi satu,jangan panggil saya Emcik Umayr.Panggil Umayr je boleh?"ucapnya.
"Boleh Encik Umayr...ops.....Umayr"kataku sambil tersengih.Umayr hanya tersenyum.
"Kalau tak ada apa-apa Umayr,saya keluar dulu"aku berkata.
'Kenapa dia suruh aku panggil Umayr?Kenapa dia suruh aku masuk dalam pejabat dia bila perempuan tak cukup kain tu datang?'desis Umayra.
'Ah!Banyak pulak fikir.Dah fokus.....fokus Umayra!Chaiyok!'Umayra memberi semangat kepada dirinya.Dia pun membuat kerja yang perlu dibuat.
..................................................................................................
Kini sudah masuk sebulan Umayra bekerja di Mawar Holding.Ramai kawan yang telah dibuat oleh Umayra.Kebanyakannya semua baik dan peramah.Hanya ada beberapa sahaja yang tidak berapa dekat dan tidak meyukai Umayra.
"Tak makan ke Umayra?"rakan sepejabat atau lebih mesra kawan rapatnya dan juga teman serumahnya.
"Malas lah Cik Lydia oi.Aku banyak kerja.Kau belikan untuk aku boleh tak?"aku berkata.
"Boleh je.Kau nak makan macam biasa.Nasi goreng kampung dan ayam goreng?"Lydia bertanya.Aku hanya mengangguk.
"Aku gerak dulu.Betul kau tak nak ikut"Lydia bertanya untuk kepastian.Aku hanya menggeleng.Aku menyambung kembali kerjaku.
"Tak makan ke Umayra?"Umayr bertanya.
"Tak lah Umayr.Umayra ada banyak kerja.Umayr tak makan ke?"aku bertanya.
"Tak lah.Saya pun ada banyak kerja.Umayra tak lapar ke?"dia bertanya lagi.
"Tak lah.Lagipun saya suruh Lydia belikan makanan untuk saya"aku menjawab.
"Patutlah kawan baik yang belikan.Ok lah saya nak masuk dulu.Nanti kalau awak ada lebih makanan tu atau awak tak habis kan bagi saya ya.Saya tak kesah kongsi makanan dengan awak"Umayr berkata lalu berjalan masuk ke dalam pejabatnya.
"Dia tak kesah ke?"Umayra berteka-teki.
.............................................................................
"Umayr ada tak?"seorang perempuan bertanya.Umayra mengangkat muka dan melihat perempuan tak cukup kain itu di sini.
"Ada"jawbku ringkas.Dia terus meluru masul.Aku pun masuk juga kerana aku mengingati kata-kata Umayr sebulan yang lalu.Sudah sebulan jugalah perempuan tak cukup kain tu tak datang pejabat ni.Aku terus masuk dan berdiri di sebelah Umayr atas arahannya.
"You buat apa kat sini Sally?"jerkah Umayr.Jelas terpancar kemarahan daripada riak wajahnya itu.
"I datang nak tuntut janji.I dengar you kata you dah tunang.Mana tunang you?Kan I pernah kata kalau you tak tunjuk your tunang,you kena jugak kahwin dengan I"Sally berkata.
"I kan cakap I memang ada tunang.Ni tunang i"Umayr menarik Umayra lalu memeluk bahunya.Dagunya di letakkan diatas bahu Umayra.Umayra merasa geli dengan perilaku bosnya.
"Mana cincin tunang?Tak nampak pun"Sally bertanya.Umayr pun mengangkat tangan dan tangannya.Aku melihat jariku terdapat satu cincin yang elok terletaletak di atas jariku.Aku terkejut.
'Bila masa dia letak cincin ni kat jari aku'desis Umayra.
"Sekarang dah ada buktikan kan?Now get out!"Umayr berkata.Sally merengus.Dia menghentak-hentak kakinya dan keluar dari pejabat Umayr.Pintu di hempas kuat.Aku terus keluar daripada pelukannya.
"Umayr!Apa awak buat?"aku bertanya.Seribu persoalan bermain di mindaku.
"Tak buat apa-apa.Saya cuma cakap yang saya tunang dengan awak"Umayr berkata.
"Tapi bila masa awak letak cincin ni kat tangan saya?Saya tak perasan pun.Dan bila masa saya ni tunang awak?"bertalu-talu soalan aku ajukan kepadanya.
"Ok.Saya letak cincin tu masa awak tengah sibuk duk mengadap muka dia yang cantik 'sangat' tu.Awak isteri saya dalam masa sebulan lagi"dia berkata.
"Eh!Bila masa saya nak kahwin dengan awak.Tak hingin saya"aku berkata.
"Awak tak boleh tolak.Mak awak dah terima.Dia cakap awak sendiri yang setuju"Umayr berkata.Aku fikir sejenak.Kemudian aku teringat kata-kata ibu sewaktu baru seminggu aku masuk kerja.
"Umayra.Ada orang pinang Myra untuk anak dia.Myra terima ya nak?"umi Myra berkata.
"Oh.Umayra terima je kalau mak dah suka"Myra berkata.Umayra tepuk dahi apabila mengingatkan kembali kata-katanya.
"Jadi awak lah yang meminang saya?"aku bertanya kepada Umayr.
"Ya saya lah tu"katanya.
"Kenapa saya?Kita kan baru kenal masa saya masuk kerja"aku berkata.
"Tak lah.Saya dah lama kenal awak"katanya.
"Bila masa?"aku bertanya.
"Nanti dah kahwin saya akan cerita semuanya"Umayr berkata.Aku pun berjalan keluar.Dalam kepalaku bermain beribu-ribu soalan.
......................................................................
Hari ini merupakan hari pernikahannya dengan Umayr.Dia tidak menyangka akan berkahwin dengan bosnya sendiri yang dia baru kenal.Di dalam bilik aku berdebar-debar walaupun aku tidak ingin perkahwinan ini terjadi.
"Jangan risau"umi berkata.Aku hanya tersenyum.Dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Umayr Amir.Ayahku yang menikahkan aku dengan dia.
Sewaktu acara membatalkan wuduk,Umayr berjalan menghampiriku dan dia menyarungkan cincin kejariku.Aku juga melakukan perkara yang sama.Seleas itu dia pun mencium dahiku lama.Banyak lensa-lensa kamera.Selepas itu kami ke meja dan makan dan kami juga melayan tetamu yang hadir.Tetamu yang hadir begitu banayak sampai lenguh kaki Umayra yang pakai kasut tinggi ini.
"Fuhh..penatnya"Umayra berkata sambil berbaring di atas katil.Dia makin lama makin lena kerana kepenatan melayan tetamu.Umayra tersedar apabila terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya.Dia memusingkan badannya dan melihat suaminya sedang lena tidur.Dia ingin bangun untuk ke tandas.Dia cuba untuk bangun tetapi tangan suaminya yang melingakri pinggangnya makinerat.
"Nak pergi mana?"Umayr bertanya.
"Pergi tandas lah"aku berkata.Dia kemudian melepaskan lingkaran di pinggangku dan aku berjalan menuju ke tandas.Di dalam tandas,aku baru perasan bahawa baju aku telah ditukar.
"Umayr!Awak ke yang tukar baju saya?"aku bertanya.
"Ye lah dah awak tidur pakai baju kahwin.Tak rimas ke?"dia berkata.Aku jadi malu.Maknanya dia telah melihat semuanya.
"Dah tak payah nak malu.Sini"dia menepuk katil menyuruh aku duduk.Aku hanya akur.
"Umayr.Saya nak awak cerita pasal yang awak dah lama kenal saya tu.Bila awak kenal saya?"Umayra berkata.
"Ingat tak ramyun?Samseng sekolah?Yang suka ejek awak budak hingusan?"dia bertanya.Aku teringat kembali sewaktu persekolahanku.Ketika aku berumur 13 tahun dan dia 15 tahun.
"Umayra!"cikgu Bakar memanggil nya.
"Ya cikgu?"Umayra bertanya.
"Tolong hantar buku ini ke pejabat"cikgu Harun berkata  sambil memberikan bertimbun-timbun buku kepada Umayra untuk Umayra bawa ke pejabat.Dalam perjalanan Umayra ke pejabat tiba-tiba...
Bukk!
"Aduh sakitnya"Umayra mengaduh.
"Sakitnya"Umayr mengaduh.
"Eh ko ni buta ke?"jerkah Umayr.
"Eh tolong sikit.Dah kalau diri sendiri yang buta nak tuduh orang pulak"jerkahku kembali.
"Argh!Budak hingusan"Umayr mengejek.Umayra mencebik.Dia kembali buku-buku tersebut dan membawanya ke tempat cikgu Bakar.
........................................................................
"Eh!Budak hingusan!Sini jap!"Umayr memanggil Umayra.
"Eh apasal panggil aku hah Ramyun?"aku bertanya.
"Kau tau tak?Si budak Iqram tu mintak couple dengan  kau.Dia nak jumpa kau kat belakang sekolah"Umayr berkata.Umayra berfikir.Iqram...Iqram.
"Iqram budak paling hensem kat sekolah kita ni?!"Umayra menjerit.Umayr menutup telinganya.
"Yes.Dia!"Umayr menjawab.
Pada pukul 12.Seperti yang dijanjikan......
Umayra pun berjalan menuju ke belakang sekolah.Dia mencari kelibat Iqram.Seorang lelaki yang tinggi lampai,berkaca mata dan berkulit hitam manis.Rambutnya dipacakkan sedikit.Dia kelihatan sungguh tampan begitu.Sedang Umayra berjalan dia terlihat kelibat Iqram.Dia pun berjalan ke arah Iqram.
"Hai"ujar Umayra.
"Eh!Ko siapa?"Iqram bertanya.
"Eh buat-buat tak tahu pulak.Dia yang suruh saya jumpa dia,dia buat-buat tak tahu"Umayra berkata.
"Bila masa saya nak jumpa awak.Saya kat sini nak jumpa orang lain lah.Saya pun tak kenal siapa awak ni.Saya rasa awak salah orang kot"Iqram berkata.Aku menjadi malu.Aku sudah agak siapa yang melakukan ini.Aku terus meluru ke kelas Umayr.Kebetulan dalam kelasnya cikgu tidak masuk.
"Ramyun!!!"aku memanggilnya.Umayr pun berpaling.Mukanya pucat.
"Kau tipu aku!Sanggup kau.Pernah ke aku tipu kau hah?!"Umayra marah.
"Aku...aku.."Umayr kehilangan kata-kata.Semua yang berada di dalam kelas itu semua memandang ke arah mereka.
"Aku apa?!Kau memang...lelaki semua sama je.Suka mempermainkan perempuan!"aku menjerit dan meninggalkan Umayr yang merah padam mukanya.Muka menahan marah.Sejak itu,aku membuat keputusan untuk berpindah.
"Ramyun"aku memanggil suamiku.
"Ya.Awak dah ingat?"dia bertanya.Aku memandangnya.Perasaan benci mula hadir.Aku menjauhkan diri daripadanya.Dia makin mendekat.
"Jangan dekat!"aku menjerit.
"Awak saya sorry pasal tu.Saya tak bermaksud pun nak tipu awak"dia berkata.
"Dah tu apa?!Ha?!"Umayra menjerit lagi.
"Tu sebenarnya semua rancangan Iqram.Dia musnahkan persahabatan kita.Dia sendiri yang cakap dekat saya yang dia minat awak.Saya tak tipu"dia berkata lemah.Aku mendang mukanya.
"Betul ni?"aku bertanya.
"Ya.Awak percayakan saya kan?"dia bertanya sambil berjalan mendekatiku.Kemudian dia memelukku.
"Ya"aku menjawaab.
"Sejak awak pindah sekolah saya jadi tak banyak cakap dan saya rasa bersalah sangat.Then bila saya tengok resume awak interview,saya terus ambil awak bekerja.Saya nak tebus kesalahan saya.Saya cintakan awak"dia berkata sambil mencempungku ke katil dan meletakkanku.
"Jadi awak tunggu saya lah selama ni?"aku bertanya.
"Mestilah.Saya sanggup tunggu awak walaupun beribu tahun.Awak tetap di hati saya"dia berkata.Aku terus memeluknya.
"Terima kasih sebab menunggu saya.Saya pun cintakan awak.Dah lama"aku berkata.
"Awak saya pun tunggu benda lain jugak"dia berkata.Aku pelik.
"Apa?"aku bertanya.
"Bila lah awak nak buat anak untuk saya?"dia bertanya sambil tersenyum nakal.Aku berfikir sejenak.
"Nakal nya awak ni.Gatal!"aku berkata.Kemudian kami melayari bahtera cinta yang kami cipta selama bertahun-tahun.
                                                         -Tamat

No comments:

Post a Comment