Thursday 23 February 2012

Bab 12


 Sudah penat Syahmi menjelajahi Kuala Lumpur untuk mencari isteri kesayangannya.Kakinya sudah lenguh berjalan dari kedai ke kedai.Dia juga tidak ketinggalan dia juga ada menelefon beberapa kenalan Nysa yang dia kenal.Tapi responnya semua tidak tahu di mana isterinya berada kini.Dia menyandarkan badannya pada kerusi.Dia mengeluh.
"Mana isteri aku?"
"Apa aku dah buat?"
Syahmi bersoal jawab dengan dirinya.Dia pelik sebenarnya.Mengapa isterinya pindah?Adakah kerana dia tidak menelefonnya sepanjang tempoh pemergiannya ke Johor.Aku rasa tidak mungkin.Pasti ada sesuatu yang membuat isterinya keluar daripada rumah ini.AAku mesti ambil tahu.Dia terus mencapai kunci keretanya dan memandu ke universiti di mana isterinya belajar.
.........................................................................
Sudah 30 minit Syahmi berada di luar universiti menanti Nysa keluar.Manakala Nysa pula....
"Weyh!Kau buat apa?"Fatin bertanya kepada Nysa.Baru tadi dia keluar,terus dia melihat Nysa sedang terhendap-hendap di tiang universiti.
"Tak ada apa-apa"Nysa berkata menyembunyikan kegelisahannya.Fatin juga pelik melihat Nysa yang gelisah semacam.Fatin tanpa berlengah lagi terus memanang ke arah depan universti.Dia terkejut melihat Syahmi yang sedang menyandarkan badannya pada badan keretanya yang berwarna hitam legam.Syahmi kelihatan sedang memandang sekeliling universiti.
"Syahmi!!"Fatin terjerit sedikit kerana terkejut melihat kehadiran Syahmi ke universitinya ini.Nysa yang ditepinya hanya menekur memandang lantai yang kosong.Dia tidak mampu memandang wajah Fatin yang terbeliak memandangnya.
"Dia datang sini sebab apa?"Fatin bertanya kepada Nysa.Nysa hanya mengangkat bahu.Dia tidak tahu sebab kehadiran Syahmi ke sini.Dia juga tidak meminta Syahmi datang ke sini.Dia tidak mahu memandang wajah yang dirinduinya walaupun itu kata hati.Jikalau kata mulut dia membenci lelaki yang bergelar suaminya itu.Adakah benar??
"Buat apa dia datang sini setelah apa yang dia buat kat kau.Dia tidak sedar ke yang dia tu telah buat engkau sakit hati sampai tak makan beberapa hari?"Fatin berkata geram.Sempat lagi dia menyakat aku.Lengan bajunya juga disenteng hingga ke paras siku.Geram benar kelihatan daripada wajah Fatin.
"Aku pun tak tau sebab dia datang.Aku tak mintak pun.Dia hanya akan merosakkan pemandangan je.Mood aku pun rosak"Nysa berkata geram.Itu hanya di mulut.Kalau di hati dia amat gembira dengan kehadiran suaminya yang tercinta kini.Dia amat merindui wajah kacak suaminya,belai kasih dan pelukan hangat daripadanya.
"Dah jom lah kita gerak.Buat sakit mata je aku tengok"Fatin berkata.Dia memang pantang melihat wajah Syahmi setelah kejadian yang berlaku kepada Nysa.Tengok pun dengan perasaan meluat!Fatin sudah mula mengorak langkah untuk meninggalkan Nysa.Nysa terus menahannya.
"Macam mana kita nak jalan?"Nysa bertanya.
"Jalan macam tu je lah"Fatin berkata selamba tanpa menghiraukan perkara yang akan berlaku.
"Weyh kereta kita kan dekat sana.Nanti kalau Syahmi perasan kita orang macam mana?"Nysa bertanya.Dia sebenarnya takut ingin mengadap muka suaminya itu.Takut dia tidak dapat membendung rindu kepada suaminya yang sudah sarat.
"Ha ah.Ya tak ya juga"Fatin berkata.Dia berfikir sejenak.
"Tak apa.Aku memang nak jalan depan dia.Nak cakap sikit dengan dia pasal masalah kau ni"Fatin berkata selamba.Dia terus menyambung langkahnya meninggalkan Nysa.Dia tidak mahu keluar daripada tempat penyembunyiannya.Tapi kalau tidak dia mahu balik dengan menaiki apa?Nysa berfikir.
Tanpa berfikir panjang,dia terus keluar dan mengejar langkah Fatin yang sudah jauh.
"Nysa!!"Syahmi memanggil Nysa.Nysa sudah kaku.Pergerakannya yang tadi laju tiba-tiba terhenti.Syahmi berjalan mendekati Nysa yang membelakanginya.
"Nysa.Lama abang cari Nysa"Syahmi berkata setelah sudah berada di belakang Nysa.Nysa hanya senyap.Dia tidak sanggup memandang wajah suaminya.Fatin pula sudah jauh meninggalkannya di belakang.
"Kenapa Nysa tinggalkan abang?Abang buat apa kat Nysa?Abang salah apa?"Syahmi bertanya sayu.Dia memeluk bahu Nysa.Nysa tersentak.Dia tidak menyangka Syahmi akan melakukan begini setelah apa yang dibuat kepadanya.
"Awak tak lakukan apa-apa pun.Saya cuma nak sendirian je.Nak tenangkan fikiran saya.Tu je"Nysa berkata.Hilang semua kata-kata mesranya kepada suaminya.Dia juga dapat merasa deruan nafas suaminya di pipinya.Sesungguhnya dia amat merindui pelukan hangat suaminya.
"Dah tu.Kenapa awak nak pindah?Awak tau tak saya kesorangan kat rumah?"Syahmi berkata seakan-akan merajuk.Nysa berasa bersalah.Belum sempat Nysa berkata-kata,Fatin sudah datang menyergah Syahmi.
"Kau tak tau kau dah buat apa kat Nysa?!"Fatin menyergah Syahmi kuat.Pelukannya juga sudah terlerai.Kini Syahmi memandang wajah merah Fatin.Mungkin menahan marah.
"Kau tak payah berpura-pura kau tak tau lah"Fatin berkata.Dia mencerlung memandang Syahmi yang berdiri disamping Nysa.
"Apa yang awak cakap ni?Saya betul-betul tak fahamlah"Syahmi bertanya meminta kepastian.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau tak tau ek?Meh sini aku terangkan.Isteri kau yang dekat Johor tu gi angkat call Nysa.Kau ada isteri lain kan?"Fatin bertanya kepada Syahmi.Syahmi pelik.
"Bila masa pulak?"Syahmi bertanya pelik.Peliknya yang tadi ditambah lagi dengan pelik ini.
"Buat tak tau pulak"Fatin mencebik.Syahmi menjadi geram.
"Apa yang aku tak faham?!Isteri mana yang kau maksudkan?Aku cuma ada seorang isteri.Kau nak merepek ni apahal?!"Syahmi mula menengking Fatin.Dia pelik dengan kenyataan yang dibuat oleh Fatin sesuka hati tanpa menyiasat dahulu.
"Dah lah.Aku pergi dulu.Jom Nysa"Fatin berkata dan terus menarik tangan Nysa.Nysa terkejut.Dia cuba melepaskan cengakaman Fatin tetapi Fatin lagi kuat daripadanya.Akhirnya dia mengalah dan memandang Syahmi di belakang hingga hilang daripada pandangan.
.............................................................................................
"Apa kau buat ni Fatin?"Nysa bertanya kepada Fatin ketika sampai di rumah.Dia menghempaskan semua barangnya ke atas sofa.Dia berasa geram dengan perlakuan Fatin yang tidak meminta kepastiannya dahulu.
"Aku buat semuanya untuk kau.Aku nak dia sedar.Tu je lah"Fatin berkata.Dia sebenarnya geram dengan Syahmi yang memperlaku sahabatnya tanpa memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.
"Tau lah tapi aku tengok kesian kat dia"Nysa berkata penuh simpati kepada Syahmi.
"Tak apa.Nanti aku pasti mesti dia akan minta maaf dengan kau.Kau jangan risaulah"Fatin berkata.Nysa hanya tersenyum tawar.Dia memikirkan apa yang berlaku kepada hubungannya dengan Syahmi pada masa akan datng.
Bersambung......

No comments:

Post a Comment