Thursday 8 March 2012

Cintaku Pada Seorang Pengajar Bab 1


Iman memperlahankan langkahnya walapun dia mengetahi bahawa dirinya sudah terlambat ke sekolah.Dia sengaja membuat begitu.Dia tahu tak ada yang akan marah kan dirinya.
Sesampainya di kelas dia memberi salam dan dengan selambanya masuk.Cikgu yang mengajar hanya memandang dan menyambng kembali pengajarannya.Mesti anda tertanya-tanya mengapa Iman tidak dimarahi.Ini kerana Iman merupakan seorang pelajar yang nakal tetapi pelajarannya tidak terjejas malah dia merupakan pelajar harapan.Dia seorang yang brutal,rakannya pula semuanya juga merupakan tomboy gitu.

“Page berapa weyh?”Iman bertanya.Rakan di sebelahnya memandangnya.Dia mengangkat kening sedikit.

“Oh!Page 12.Kan sengaja lambat kan?”rakannya atau teman rapatnya.Namanya Aisyah.Selalunya dipanggil Cyah oleh semua murid dan guru.Dia jga merupakan pelajar harapan sama seperti Iman dan perangai memang sekepala dengan Iman.Tak ada beza diaorang.Berkawan sejak tadika lagi.Malah ibu bapa Iman sudah rapat dengan Aisyah.

“Hehehehe.Macam tak tahu aku.Syok!Ambil angina sikit!”Iman berkata.Dia kemudian menumpukan kepada pengajaran guru dihadapan.Aisyah disebelah sudah faham dengan perangai Iman.Apabila dia menyepikan dirinya maknanya dia sedang cba menumpukan perhatian.
…………………………………………………….
Kring!Kring!

Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat.Aisyah dan Iman berjalan beriringan menuju ke pagar sekolah.

“Weyh!Tadi aku ada dengar dah ada cikgu yang ganti cikgu Salmiah.Cikgu tu tak salah lelaki.Aku dah tengok muka dia.Bpak hensem beb!”Aisyah berkata teruja.Iman disebelah hanya mendengar.Dia tidak mahu ambil tahu pun tentang cikgu baru atau lama.Hensem atau cantik.Baginya apa yang diajari sudah masuk akal sudah mencukupi.

“Hm..Aku tak kisah lah muka macam mana pun.Takkan kau tak tau aku punya perinsip macam mana kot?”Iman bertanya.Aisyah disebelah hanya tersengih.

“Aku tau kau tak kisah tapi dia masuk esok.Aku rancang kita kenakan dia nak?”Aisyah bertanya.Iman disebelah sudah tersenyum.Otaknya mula bertukar kearah kejahatan.Pelbagai cara sdah terpahat diotaknya.

“Ok!Esok kita datang awal.Kita cek dulu cikgu tu masuk bila baru kita jalan kan projek nak?”Iman memberi cadangan.Aisyah disebelah hanya mengangguk.

“Tapi apa rancangan kita?”Aisyah bertanya.Iman disebelah sudah tersenyum kejahatan.Dia membisikkan rancangan tersebut ketelinga Aisyah.Berkerut-kerut kening Aisyah cuba memahami rancangan Iman.Dia kemudian tersenyum mendengar rancangan Iman.Kemudian mereka gelak.Sepanjang perjalanan balik,mereka hanya gelak dengan rancangan yang bakal mereka jalankan esok.
…………………………………………………………
Iman dan Aisyah terhendap-hendap berjalan masuk ke bilik guru.Mereka sebenarnya tidak dibenarkan mask tetapi kerana ingin menjayakan rancangan jahat mereka,Aisyah dan Iman sanggup.
Iman terus berjalan ke papan yang menempatkan jadual guru dan yang menggantikan kelas.Dia mencari nama guru yang akan mereka kerjakan.Nama yang baharu.
Sedang Iman sibuk mencari nama,tiba-tiba dia terpandang nama seseorang yang lain.Yang tidak pernah didengar disekolah ini ataupun yang di sebt oleh guru-guru.Dia membaca nama tersebut.

“Iman Qaiser”

Iman tersentak.Nama yang hampir dengan namanya.Serta merta dia teringat kepada lelaki yang bernama Iman Qaiser sewaktu dahulu.Lelaki yang dua tahun tua daripadanya.Lelaki yang telah membuat dirinya menjadi seorang brutal.Tiba-tiba dirinya teringat peristiwa yang tidak pernah dilupakan oleh dirinya….

~Flashback~

Sekarang Iman baharu sahaja berumur 10 tahun.Baru semalam harijadinya disambut.Dia berasa sangat gembira apabila ibu dan ayahnya membuat keputusan untuk menyambut harijadinya yang 10.
“Weyh Iman!”Panggil seorang budak lelaki.Tak lain tak bukan Iman Qaiser.Lelaki yang amat dibenci oleh Iman.Tetapi benci-benci Iman pun dia ada hati pada lelaki yang amat diminati oleh satu sekolah.

“Apa?”Iman bertanya malas.Dia menatap wajah Iman Qaiser yang kacak.Jauh berbeza dengan dirinya yang selekeh dan comot.Perangai pun menggedik lah kan katakan.

“Ikut aku jap.Nak tunjuk hadiah harijadi ka”Iman Qaiser berkata.Iman menjadi gembira dan riang mendengarnya.Dia tidak meyangka.Tanpa berfikir panjang,dia ters mengikut Iman Qaiser.Dia membawa Iman ke stor.

Apabila sampai di stor,Iman Qaiser mengunci pintu stor.Iman disitu hanya tersenyum riang.Dia tidak sabar ingin melihat hadiah yang bakal diberikan oleh Iman Qaiser.Lelaki yang diminatinya.Iman Qaiser mendekati Iman.Dia kemudian menolak Iman sehingga Iman jatuh.Iman tersentak.Dia menjadi takut melihat wajah bengis Iman Qaiser sekarang.

“Kenapa ni?”Iman bertanya gentar.Iman Qaiser mendekatkan wajahnya ke wajah Iman.Iman tertunduk.Tiba-tiba Iman Qaiser mencengkam kuat rahangnya.Iman kesakitan.Dia cuba untuk melepaskan cengkaman Iman Qaiser tetapi,cengkamannya tangannya semakin kuat mencengkam.

“Auch!”Iman mengaduh sakit apabila Iman Qaiser meletakkannya di lantai stor.Iman Qaiser kemudian menendang perut Iman.Iman meronta-ronta kesakitan tetapi tidak dihiraukan oleh Iman Qaiser.

Setelah selesai,dia meninggalkan Iman dalam kesakitan,Iman bangun dengan perlahan-lahan.Dia berjalan ke pejabat.Walapun kakinya sakit tetapi digagahnya juga.Dia memberitahu kepada guru yang berada di pejabat tersebut.

Di rumah pula,dia meminta ibu dan ayahnya memindahkannya ke sekolah lain.Ibu bapanya bersetuju apabila Iman memberitahu cerita yang sebenarnya.Bukan bagi lagi tapi digalakkan.Sebelum dia bertukar sekolah,dia mendengar cerita Iman Qaiser di hukum teruk oleh guru disekolah.

“Iman!Iman!”Aisyah memanggil Iman beberapa kali.Iman tersentak.Hilang semua kenangan yang menyakitkan dahulu.Dia memandang Aisyah sambil mengangkat kening.Aisyah menunjukkan ke jamnya.Aisyah memandang jam dan mula mengorak langkah untuk meninggalkan pejabat.Dalam fikirannya melayang ke Iman Qaiser.Lelaki yang telah menderanya dahulu.Dia takut untuk menemui lelaki itu.Takut perkara dahulu terjadi kembali.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment