Monday 6 February 2012

Kau Tercipta Untukku



 "Kring!Kring".Jam loceng Sarah berdering untuk membangunkan Sarah darpada tidurnya yang nyenyak .Beberapa deringan telah berlalu namun tiada sesiapa yang menutupnya.namun begitu, deringan tersebut akhirnya senyap apabila jeritan nyaring milik Puan Amirah mengejutkan pemilik jam loceng tersebut.Sarah yang masih mengantuk menutup jam loceng tersebut kerana berasa serabut dan tidur semula. Kepenatan yang dihadapinya sememangnya menyebabkan dirinya tidak dapat bangun. Tetapi ini semua salahnya juga. Siapa suruh tidur lambat malam semalam tengok cerita korea. Setelah beberapa ketika, Sarah pun bangun dan menoleh ke jam yang berada di laci berdekatan dengan katilnya. Terbuntang luas mata Sarah apabila mendapati bahawa jarum pendek sudah menunjukkan jam 7 . Sarah yang masih terkejut terus ke tandas. Terkocoh-kocoh Sarah menyiapkan diri. Sarah tidak mahu lambat pada hari pertama persekolahnnya sebagai pelajar tingkatan 5 .Tahun terakhir persekolahannya ingin digunakan sebaik mungkin bagi mencipta kenangan yang terindah bersama rakannya . Dia tidak mahu merosakkan rancangannya itu dengan kelambatannya pada hari pertama persekolahan.

    Setelah Sarah selesai menyiapkan diri dan peralatan sekolah, dia pun turun ke dapur untuk menemui ibunya yang sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk keluarganya. Badan langsing Puan Amirah dapat dilihat oleh Sarah. Dia terus menuju ke Puan Amirah dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.Walaupun dia tergesa-gesa untuk ke sekolah, dia tidak pernah lupa untuk menyalami tangan ibunya.

"Hai… baru bangun ke? Adik kamu semua dah pergi sekolah. Kamu seorang je yang tinggal. Tu lah.. ibu dah cakap dah tidur awal . Ni tidak, tidur lambat sebab tengok cerita kamu tu ha. Tengok dah lambat. Siapa suruh. Haih kamu ni" leter Puan Amirah kepada Sarah. Sarah yang sedang menghulurkan tangan itu hanya tersengih sahaja mendengar leteran ibunya. Sudah terbiasa dengan siap ibunya yang satu ini. Dia tahu ibunya amat menyayangi dirinya sehingga ibunya ini sanggup berleter walaupun sudah berkali-kali dia melakukan perkara yang sama.

"Sorry lah ibu. Aca memang nak tidur awal malam semalam tapi tak sedar. Syok sangat tengok cerita korea tu. Pelakon dia dah lah kacak, sasa. Haih ibu…. kalaulah Sarah dapat jumpa orang macam tu memang Sarah akan kajwin dengan dia. Memang dreamy sungguh muka dia ibu. Ibu tahu tak… "Belum sempat Sarah menyambung coletehnya, dia sudah disergah oleh ibunya.

"Tak nak pergi sekolah ke? Dah pukul 7:30 dah ni. Aca ni kalau cerita takkan habis sampai esok. Dah- dah. Pergi cepat. Dah lambat pun masih banyak celotehnya " marah Puan Amirah. Tangan yang dihulur oleh Sarah disambut dan diberikan jugak ciuman di pipi Sarah.

"Macam ni… Sarah memang dah lambat sangat. Aduhai! Okay lah ibu. Aca pergi dulu. Bye! Assalamualaikum! " Sarah berkata dan melambai ke arah ibunya. Setelah itu, Sarah dengan pantasnya lari ke sekolah. Dia amat bersyukur kerana sekolah berada tidak jauh daripada sekolahnya.

   Sebaik sahaja dia sampai di sekolah, dia dapat melihat ramai kawannya yang baru sampai. Sarah pun terus menuju ke arah rakannya. Nafasnya yang termengah-mengah dan jantungnya yang berdegup pantas cuba ditenteramkan sambil dia berjalan ke arah rakannya, Fatimah.

"Timah! Lajunya kau jalan. Tahulah lambat " jerit Sarah yang masih termengah-mengah itu. Kepenatan yang dirasai sememangnya membuat percakapannya menjadi tersekat-sekat. Peluh juga sudah membasahi ke seluruh badannya.

"Eh! Aca…. kau pun lambat. Kau bukannya selalu datang awal ke? Yang lambat ni kenapa pulak? Kalau aku ni memang dah selalu lambat. Kalau kau lambat…. macam ada something happen je. Yang nafas kau termengah-mengah ni apahal? Kau ada asma ke? Kalau ada... " celoteh Fatimah yang membuatkan Sarah pening segera dipintas.

"Kau ni cakap madam train. Tak sempat aku nak cakap kau potong. Sabarlah. Aku memang lambat hari ni. Tak pelik tau. Aku tengok cerita korea kau suruh aku tengok tu lah. Tajuk cerita dia yang Emergency Couple tu " kata Sarah kepada Fatimah. Fatimah mendengar kata- kata Sarah terus mengalihkan pandangannya kepada Sarah. Jeritan kegembiraan dapat terpantul daripada mulut Fatimah.

"Kau dah tengok?! Best kan? Lelaki dia tu.. Ya Allah. Memang kacak sungguh. Dengan mukanya, rambut dia. Lagi- lagi badan dia yang berketak. Memang cair lah aku tengok dia " Fatimah berceloteh dengan teruja.

"Tahu pun. Song Ji Hyo tu memang sesuai sungguh dengan lelaki tu. Memang aku ship lah diorang berdua tu. Walaupun mula- mula aku macam tak nak je tengok cerita tu sebab Song Ji Hyo berlakon dengan orang lain tapi bila dah masuk episode yang dia jadi intern dekat hospital tu aku macam dah tertarik tau nak tengok. Di tambah lagi dengan pelakon- pelakon dia yang memang cantik dan kacak tu…aku memang dah jadi cair macam ais krim " kata Sarah yang bercerita dengan rancaknya kepada Fatimah. Sepanjang perjalanan ke kelas, itulah yang diceritakan oleh mereka berdua.

  Sesampainya mereka di kelas, mereka berjalan menuju ke meja yang sudah menjadi milik mereka sejak dahulu lagi. Namun begitu, niat mereka untuk duduk di tempat itu tergendala apabila Sarah mendapati musuh ketatnya sedang duduk di tempatnya dengan senyuman sinis yang bermain di bibirnya. Keningnya diangkat seolah-olah mencabar Sarah.

"Apa kau buat dekat sini? Dekat tempat aku ni hah?! " jerit Sarah dengan nyaringnya. Mukanya yang tadinya ceria bertukar menjadi marah. Kulitnya yang putin menjadi merah dan matanya yang sudah sedia bundar menjadi terbeliak menunjukkan kemarahan yang sedang dialami.  Jeritan milik Sarah ini telah menyebabkan kelas 5 Amanah senyap. Segala percakapan dan perbuatan murid-murid di kelas itu bagai terhenti. Mereka semua ke belakang kelas dan berbaris kerana mereka tahu apabila pergaduhan di antara Sarah dan musuhnya itu akan menyebabkan kelas huru-hara . Mereka hanya bersedia di belakang seandainya perkara yang tidak diingini berlaku.

"This will end really bad " kata salah seorang murid di kelas itu dengan penyapu di tangannya. Bersedia bagi menghadapi sesuatu yang dahsyat.

  Musuh Sarah yang berada di tempatnya itu hanya gelak. Gelak dan terus gelak.

"Ada aku kesah? Ni tempat kau ke tempat syaitan ke? Yang penting aku nak duduk sini. Lagipun, tempat ni merupakan tempat kau yang DULU kan?! Yang dulu jangan dikenang katanya. The past is ini the past bukan? Yang kau nak sibuk ungkit yang in the past tu kenapa? Bukan sudah terang- terang perumpaan itu menunjukkan bahawa yang lepas itu harus ditinggalkan dan dijadikan kenangan buat diri sendiri? Aca…..Aca…. Cetek sungguh pemikiran kau " kata musuhnya itu, Danial.

   Danial Ashriq bin Danial Farid. Nama yang cukup indah apabila pertama kali didengari oleh Sarah. Di fikiran Sarah, lelaki ini dianggap sebagai seorang yang baik, berbudi bahasa, kacak dan bersopan santun. Sikap lelaki tersebut apabila pertama kali ditemuinya di sekolah rendah dahulu juga tidak membuatkan dia berasa jengkel . Malah, pada pertemuan pertama mereka , mereka dapat berkenalan dengan baik dan bercakap dalam keadaan yang normal. Mereka juga dikatakan mempunyai chemistry yang tinggi sehingga mereka ini menganggap satu sama lain sebagai best friend.

   Perhubungan yang begitu akrab di antara Sarah dan Danial sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Mereka ini seperti cincin dengan permata, begitu serasi dan mereka ini hampir di salah tafsir oleh guru-guru mereka sebagai kekasih sekolah. Hal ini kerana, dimana ada Sarah, di situ juga ada Danial. Mereka ini seperti belangkas. Sememangnya rapat. Dengan perhubungan mereka yang seperti ini, sememangnya tiada sesiapa pun yang akan terfikir bahawa mereka akan menjadi musuh ketat seperti sekarang ini. Persoalan ini sering bermain di fikiran semua murid dan mereka tahu puncanya semua ini tercetus.

   Segala pergaduhan ini bermula apabila Danial, rakan baik Sarah itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh semua orang malah guru- guru di sekolahnya.

  20 Ogos. Tarikh keramat bagi Sarah yang dilahirkan pada tarikh itu. Hari lahirnya yang ke-12 ini akan menjadi sesuatu yang indah buat dirinya kerana pada tahun itu, hari lahirnya dapat disambut dengan rakan baiknya yang baharu, Danial. Kegembiraan dan keterujaan yang dihadapi oleh Sarah dapat dirasai sejak hari sebelumnya. Wajah Sarah yang putih dan berseri- seri merupakan bukti keterujaan yang dihadapi dan Danial mempunyai kejutan yang akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya. Kejutan ini telah dicetuskan olehnya sebelum dia bertemu Sarah lagi. Dia hanya menunggu masa yang sesuai bagi dirinya untuk menjalankan kejutannya yang satu itu. Dia sememangnya sudah tidak sabar untuk melihat reaksi Sarah.

"Hey Aca!" tegur Danial yang berlari anak bagi mendapatkan Sarah yang sedang berjalan untuk ke kelas dengan wajahnya yang cukup ceria dan berseri- seri sehingga boleh menyinari seluruh tempat itu. Senyuman manis dilemparkan oleh Danial kepada Sarah yang memberhentikan perjalanannya bagi menunggu Danial.

"Hey Danial " sambut Sarah dengan cerianya. Senyuman Danial itu tadi dibalasnya dengan senyuman yang lebar sehingga sampai ke telinganya. Matanya juga kelihatan bersinar- sinar melihat kehadiran Danial yang telah dinanti- nantikan oleh Sarah sejak semalam lagi. Hilang segala keresahan yang dihadapinya. Dia amat merindui Danial. Danial yang semalam dikhabarkan sakit membuatkan hatinya tidak tenang. Sepanjang waktu persekolahan malah di rumah juga dia sentiasa berada dalam keadaan yang resah dan gelisah memikirkan keadaan Danial yang sedang sakit di rumahnya. Ada juga dia berhasrat ingin melawat Danial tetapi tidak dapat dilakukannya kerana dia tidak mempunyai nombor telefon malah alamat rumah Danial. Keresahan yang dihadapi itu sehingga terbawa- bawa ke tidurnya sehingga mengganggu lenanya.

"Ceh! Happynya someone tu. Mentang- mentang hari ni hari lahir dia " kata Danial dengan cerianya apabila dia sudah di samping Sarah yang menantinya dengan sabar. Wajahnya kelihatan ceria dan kesan sakit juga tidak kelihatan. Sinar matanya yang kelihatan lain tidak dapat dikesan oleh Sarah yang sungguh gembira pada hari itu.

"Mestilah happy. Siapa tak happy ? Hari yang bersejarah dalam hidup seseorang adalah pada hari lahir dia bagi pendapat aku. Jadi, kau dah sihat? Tak ada apa- apa serius kan? Kau demam ke? Selsema? Batuk? " tanya Sarah bertalu- talu. Kerisauan jelas kelihatan pada wajahnya. Matanya pula tertancap kepada wajah Danial yang kelihatan sihat dan ceria tanpa sebarang tanda- tanda sakit. Danial yang perasan akan kerisauan yang hadir pada wajah Sarah hanya melemparkan senyuman yang menampakkan giginya. Kepalanya pula digelengkan.

"Sakit sikit je. Pening sikit. Aku je yang tergedik tak nak datang sekolah. Terima kasih sebab risaukan aku dan aku bukannya tak nak bagitahu kau, tapi aku tak ada nombor kau. Nak cari kau pun aku rasa tak larat. Sorry tau. Kesian kau risaukan aku sampai ada eye bags "kata Danial sambil menunjukkan eye bags milik Sarah yang jelas kelihatan. Walaupun Sarah kelihatan ceria tetapi eye bags yang kelihatan ketara di bawah matanya sememangnya tidak dapat disembunyikan. Sarah yang mendengarnya hanya menundukkan kepalanya tanda malu. Pipi Sarah yang tadinya putih perlahan- lahan menjadi merah jambu. Jari- jarinya pula sibuk memintal- mintal bajunya. Tabiat yang akan dilakukan oleh Sarah jika dia berasa gentar atau malu.

"Hish kau ni…mana ada aku sampai tak tidur. Elok je aku tidur. Eye bags ni? Memang dah lama ada lah. Kau je yang tak perasan. Jangan nak perasan aku risaukan kau sampai tak tidur malam " kata Sarah menangkal kenyataan Danial. Jari telunjuknya diletakkan pada eye bags yang berada di bawah matanya bagi menguatkan lagi kenyataannya tadi. 

"Hahahaha. Yelah. Aku percaya " kata Danial dengan nada yang seakan- akan masih tidak mempercayai kata- kata Sarah. Tekaannya sebentar tadi sememangnya benar. Dia sudah lali dengan sikap Sarah walaupun hanya beberapa bulan menjadi rakannya. Kegelisahan dan tabiat Sarah jika dia mengalami masalah sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya. Hanya gelengan sahaja yang dilakukan olehnya dalam diam jika Sarah menipunya. Danial sememangnya suka meneliti sikap Sarah.

"Whatever " kata Sarah bagi menutup malunya. Tangannya diletakkan di bahu ala- ala pelakon yang sering dilihat di dalam drama di kaca televisyen. Dia juga menukar cara berjalannya kepada cat walk. Danial yang melihatnya hanya tergelak. Bersama- sama mereka berjalan menuju ke kelas.

Di kelas…..

"1! 2! 3! Happy Birthday to you! Happy Birthday to you! Happy Birthday to Sarah! Happy Birthday to you! " nyanyian selamat hari lahir dalam bahasa Inggeris dapat didengari sebaik sahaja Sarah menjejakkan kakinya di dalam kelas 6 Bakau. Sarah yang terkejut hanya berdiri kaku di hadapan kelasnya. Matanya jelas terpancar kegembiraan. Segala yang berlaku seperti mimpi bagi Sarah. Dia tidak menyangka bahawa rakan- rakannya mengingati hari lahirnya. Sebaik sahaja selesai nyanyian tersebut, sebuah kek yang dibawa oleh Danial muncul daripada celah- celah murid. 

"Selamat Hari Lahir, Sarah " kata Danial dengan senyuman lebar. Kek yang berada di tangan Danial diletakkan di atas meja. Kek tersebut sememangnya cantik dan kelihatan menyelerakan. Sarah yang hampir menitiskan air mata berasa sungguh terharu. Tangan Sarah menggapai pisau yang terletak di tepi kek tersebut dan memotong kek tersebut seperti yang biasa dilakukan oleh semua orang. 

"Terima kasih sangat. Saya memang tak sangka kalian ingat akan hari lahir saya " kata Sarah yang sudah kehilangan kata- kata. Sejujurnya, inilah kali pertama rakan sekelasnya menyambut hari lahirnya. Tidak pernah sebelum ini dia mendapat sambutan seperti ini. Dalam kegembiraan Sarah, ada sepasang mata jahat yang memandang mereka dengan senyuman sinis yang tertungging di bibirnya. Dia berpuas hati kerana segala perancangannya berjalan dengan lancar. Rancangannya yang terakhir akan dijalankan sejurus berakhirnya sekolah dan Sarah akan mendapat apa yang sepatutnya layak buat dirinya.

Keesokan harinya….

 Sarah bangun dengan senyuman yang lebar di bibirnya. Dia masih tidak percaya dengan peristiwa yang berlaku semalam. Semalam, setelah berakhirnya sekolah, Danial mengajak Sarah ke rumahnya. Kemudian, di tumah Danial, mereka bercerita tentang diri masing- masing atas kehendak Danial walaupun kebanyakannya sudah diketahui oleh Sarah. Sarah juga ada memberitahu Danial tentang rahsia terbesarnya yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa . Dia amat mempercayai Danial yang sudah menjadi rakan baiknya. Tidak terlintas di fikirannya Danial akan membelakangi dirinya. Rahsianya ini adalah mengenai dirinya yang dilahirkan tanpa bapa kerana bapanya melarikan diri meninggalkan ibunya setelah mendapat tahu ibunya mengandung. Dia tidak pernah sekali pun melihat wajah bapanya.

Setelah bersiap, Sarah pun ke sekolah. Sesampainya di sekokah, Sarah berasa agak janggal dengan sikap murid- murid di sekolahnya. Hal ini kerana, sebaik sahaja dia sampai di sekolah, bisikan dan jelingan dapat dilihat. Pandangan menjijikan juga dilemparkan kepada dirinya. Dia berasa amat pelik dan tidak sedap hati. Namun begitu, dia hanya mengabaikan mereka dan terus ke dewan. Sesampainya dia di dewan, alangkah terkejutnya Sarah apabila mendapati poster yang menyatakan bahawa dia merupakan anak luar nikah terpampang di hadapan dewan. Sudah terjawab segala persoalan yang bermain di mindanya. Dia tidak menyangka ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti ini dan dia sudah dapat menyangka siapa. Hanya dialah yang tahu tentang rahsianya yang satu ini. Tiada lagi orang lain yang mengetahui rahsianya ini. Sarah berjalan dengan pantas bagi mencari orang yang telah melakukan semua ini iaitu Danial. Satu- satunya rakan yang Sarah percaya telah membelakangi dirinya.

Sebaik sahaja kelibat Danial apat dilihat oleh Sarah, dia terus menerjah Danial. Matanya yang sudah berair tidak dilap. Wajahnya yang merah menahan malu juga tidak dihiraukan. Tujuannya yang mahu menemui Danial harus dilaksanakan. Dia mahu mengetahui sebab mengapa Danial sanggup berbuat begini kepada dirinya setelah segala yang dilalui oleh mereka.

" Danial! Kau ni kenapa hah? Aku percaya kau dengan rahsia aku. Aku percayakan kau sepenuh hati aku. Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup buat macam ni dekat aku? Apa salah aku Danial? " tanya Sarah dengan linangan air mata. Matanya tepat menatap mata jahat milik Danial. Raut sedih jelas dapat dilihat.

"Yang kau percaya aku sangat kenapa? Kenapa aku sanggup buat semua ini? Kenapa?! Aku buat semua ini sebab mak kau. Mak saudara kau telah merampas ayah aku dari sisi aku dan mak aku. Bapa aku sanggup ceraikan mak aku sebab dia nak kahwin dengan mak saudara kau. Kenapa aku pilih kau? Sebab perempuan tu tak ada anak dan kau yang rapat dengan dia. Mak saudara kau pun tak adalah cantik sangat. Nak cakap baik pun mak aku lagi baik. Disebabkan bapak saudara kau yang menceraikan mak aku, kami hidup merempat kau tahu tak. Tak ada duit. Nasib baik mak aku dapat mencari kerja untuk menyara aku dan adik- adik aku. Dapat cari rumah walaupun tak adalah cantik sangat. Lama- kelamaan mak aku dapat gaji yang lebih lumayan dan kami berpindah ke sini.Akhirnya aku dapat bersekolah dan mendapati kau pun bersekolahdi sini. Semua yang terjadi aku dah rancang sejak dari awal lagi. Kau ni bukan sesiapa bagi aku. Kau ni hanya menyusahkan orang je ! "kata Danial dengan sinis. Wajahnya yang tadi tenang kini kelihatan sungguh menakutkan. Segala urat yang berada di muka dan tengkuknya jelas dapat kelihatan bagi menunjukkan amarah yang ada.

Sarah yang mendengarnya hanya terkaku di situ. Tiada perkataan yang dapat diucapkan. Linangan air mata menjadi semakin deras. Sarah sememangnya terkejut dengan penyataan Danial. Dia tidak menyangka bahawa dia yang merupakan anak tiri milik ibu saudaranya. Sejak peristiwa ini, Sarah tidak bercakap dengan Danial. Jika mereka bercakap hanya perkataan yang menyakitkan hati sahaja yang keluar. Sikap mereka juga berubah menjadi sesuatu yang yang bertentangan dengan diri mereka.

"Kau cakap pemikiran aku cetek? Bukan pemikiran kau ke yang cetek. Dah sah- sah aku yang selalu duduk tempat ni. Lagipun ni barisan perempuan. Kawasan yang sepatutnya hanya perenpuan yang dudk. Yang kau duduk sini ni dah tukar jantina ke? Jadi perempuan pula " kata Sarah dengan sinis mengembalikan paku keras kepada Danial. Tangannya pula diletakkan di pinggangnya manakala matanya mencerlung memandang Danial.

"Biarlah aku nak duduk tempat perempuan pun. Aku memang suka perempuan. Diaorang kan memang tercipta untuk kaum adam. Jadi tak salah lah aku duduk sini " kata Danial dengan angkuh walaupun dia sebenarnya sudah hilang kata- kata. Dia memarahi dirinya sendiri dalam diam atas kesalahan yang dilakukan untuk duduk di tempat Sarah.

"Amboi! Gatalnya! Kau tahu tak kalau duduk dekat- dekat boleh membawa kepada maksiat. Kau tak belajar ke dekat sekolah dulu. Itu lah sibuk sangat kejar perempuan kan sampai pelajaran pun ditinggalkan. Tsk….tsk.. " kata Sarah sambil mengelengkan kepalanya. Pergaduhan di antara Danial dan Sarah berlanjutan sehingga guru kelas mereka, Puan Sakinah masuk dan meminta Danial kembali ke tempatnya. Sarah yang gembira dengan kemenangannya hanya senyum dengan angkuh di hadapan Danial yang malu setelah diperli oleh Puan Sakinah yang menyatakan bahawa Danial merupakan seorang pondan kerana ingin duduk di barisan perempuan.

 "Baik kelas! Selamat kembali ke sekolah. I hope you're having a really good holiday. Jadi, sekarang ni kita terus kepada pemilihan ketua dan penolong kelas since masa pun dah suntuk . So, any suggestion? " kata Puan Aliya kepada murid- murid kelas 5 Amanah. Sebaik sahaja soalan tersebut terpancul daripada mulut Puan Aliya, bisikan dan cadangan dapat didengari. Pelbagai cadangan diberi tidak kurang juga bantahan murid- murid. Kelas yang tadinya tenang dan senyap menjadi huru- hara. Puan Aliya yang berada di hadapan kelas hanya dianggap sebagai patung.

"Kelas! Kalau nak bagi cadangan angkat tangan boleh? Kalian ni dah tingkatan lima. Tolong ubah sikap tu sikit. Malulah dengan adik- adik yang tingkatan 1. Kamu semua ni yang patut dijadikan teladan bukan kamu yang buat perangai. Tak matang langsung? " kata Puan Sakinah . Perlian yang diselitkan jelas dapat difahami oleh murid- murid 5 Amanah. Mereka termalu sendiri dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka sebentar tadi.

 Setelah kelas kembali tenang, cadangan untuk calon ketua dan penolong kelas dibuka semula. Terdapat begitu banyak cadangan yang diberikan. Ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai memegang jawatan ketua dan penolong kelas yang boleh dianggap sebagai jawatan yang agak tinggi. Tanggungjawab sebagai ketua dan penolong sememangnya berat kerana guru banyak bergantung kepada mereka jika guru- guru memerlukan sebarang pertolongan. Jika sikap ketua dan penolong yang tidak ambil peduli tentang tugasan mereka dan hanya mementingkan diri mereka sendiri, pastinya guru- guru juga yang akan mengalami kesulitan pada masa hadapan kelak. Tiba- tiba, ada satu suara yang mencadangkan dua nama yang tidak pernah dijangka oleh sesiapa di dalam kelas itu.

"Saya mencadangkan Danial sebagai ketua dan Sarah sebagai penolong cikgu " kata Raju. Sebaik sahaja semua murid di kelas 5 Amanah mendengar cadangan tersebut, kelas yang tadinya bising menjadi senyap. Hanya bunyi kipas yang berpusing sahaja yang dapat didengari. Semua terkejut mendengar suara Raju. Raju merupakan seorang murid yang pendiam dan tidak banyak bergaul dengan orang. Jika Raju berbicara, pasti kata- katanya itu penting dan selalunya bernas. Cadangan Raju selalunya yang terbaik untuk kebaikan semua. Jika terdapat sebarang persetejuan yang memerlukan kata putus, guru- guru pastinya akan memanggil Raju untuk memberikan kata putus dan selalunya kata putus yang dicadangkan oleh Raju merupakan yang terbaik. Tiada sesiapa yang boleh menyoal keputusan Raju.

"Bagus juga cadangan awak Raju. Sarah tu memang nampak lah dia ni bertanggungjwab dan Danial tu boleh diperbaiki sikit- sikit lah sikap dia. Boleh dipertimbangkan cadangan awak tu Raju " kata Puan Sakinah. Tiba- tiba hentakan yang kuat dapat didengari.

"Apa?! " jeritan Danial dan Sarah bergema ke seluruh kelas. Mungkin juga ke seluruh sekolah. Wajah mereka yang tadinya ceria bertukar menjadi terkejut. Dalam sekelip mata sahaja wajah mereka menjadi merah menyala mungkin menahan marah dan mata mereka terbeliak kerana terkejut. Danial dan Sarah yang tadinya duduk terus bangun untuk membantah cadangan Raju. Mereka tidak ambil peduli siapa Raju dan Puan Sakinah kepada mereka. Misi mereka untuk membantah keputusan cikgu dan Raju perlu dilakukan.

"Raju dan Cikgu! Saya tak boleh kerja dengan Sarah. Saya dengan dia ni macam anjing dengan kucing. Kalau kami bekerja bersama, pastinya akan menyusahkan semua cikgu. kami ni tak ada chemistry lah cikgu. Kalau kami kerja bersama pastinya kerja tersebut tidak akan dapat diselesaikan Lagipun, siapa nak kerja dengan singa betina ni? " kata Danial dengan nada yang tegas tetapi niat tersiratnya jelas dapat difahami oleh Puan Aliya. Tangan Danial yang tadinya diletakkan di atas meja diangkat dan jarinya menunjukkan ke arah Sarah  dengan gaya seakan- akan mengejek.

"Cikgu dan Raju. Saya terpaksa bersetuju dengan kata- kata Danial. Segala yang berlaku selama kami di sekolah ini tidak membuktikan lagi ke bahawa kami ni musuh dan tkami tidak akan dapat bekerjasama seperti yang sepatutnya dilakukan oleh ketua dan penolong kerana kami ni musuh. Saya ni memang tak boleh tahan dengan Danial ni cikgu. Dia dah lah busuk. Lagipun, siapa nak kerja dengan lelaki yang pemalas macam dia ni? " kata Sarah dengan tegas. Matanya tajam memandang mata cikgu bagi menunjukkan ketegasannya dalam hal ini. Dia sememangnya tidak mahu bekerja dengan Danial kerana dia tahu dia perlu merapatkan jurang persahabatannya yang telah lama dibuang. Kata- kata Danial dan Sarah sebentar tadi hanya mendapat anggukan daripada Puan Aliya. Wajahnya kelihatan seperti cuba menerima kata- kata mereka dan menimbang keputusannya.

"Hmmm..betul juga kata kamu berdua tapi semua tu kan boleh dipupuk. Chemistry dan kerjasama antara kamu berdua ni boleh diperbaiki. Saya dah buat keputusan untuk memberikan jawatan ketua kepada Danial dan penolong kelas kepada Sarah. Tiada bantahan boleh dibuat. Faham ? Keputusan saya muktamad " kata Puan Aliya dengan nada yang tegas. Matanya tepat memandang Danial bersilih dengan Sarah seperti meminta persetujuan. Nada dan pandangan yang diberikan oleh Puan Aliya membuatkan Sarah dan Danial menelan liur. Hanya anggukan lemah sahaja yang dapat diberikan. Segala kata- kata yang ingin dizahirkan seperti tersekat di kerongkong.

" Bagus! Terima kasih kelas! " kata Puan Aliya sebaik sahaja persetujuan daripada Danial dan Sarah diperoleh sejurus selepas loceng sekolah berdering.

…………………………………………..

" Macam mana sekolah hari ni?"tanya Puan Amirah sebaik sahaja Sarah melabuhkan punggungnya di atas kerusi untuk menjamu selera. Sebaik sahaja soalan tersebut terpancul daripada mulut ibunya, segala perbuatan serta- merta berhenti.

"Ibu jangan tanyalah. Bengang betul Aca "kata Sarah dengan wajah cemberut. Mulutnya muncung sedepa mengalahkan galah. Puan Amirah yang melihatnya hanya ketawa.

" Kenapa anak ibu ni? Apa yang jadi dekat sekolah tadi? Ceritalah dekat ibu mana tahu kalau- kalau ibu boleh tolong " kata Puan Amirah kepada Sarah. Wajahnya dilembutkan manakala badannya dirapatkan kepada Sarah untuk mendengar ceritanya.

"


 


"Assalamualaikum ibu!"Sarah memberi salam.
"Waalaikummussalam.Aca nak makan apa?"ibu Sarah bertanya.Aca merupakan nama timangan yang diberikan oleh keluarganya.
"Tak pe lah.Tak nak lah.Aca nak minum je lh"Sarah menjawab.Dia mengambil cawan dan menuang sedikit milo.
"Ok mak pergi belakang kejap"ibu sarah berkata seraya berjalan pergi ke dapur.Sarah begitu ayik dengan minumannya sehingga tidak perasan bahawa abangnya duduk di sebelahnya.
"Ha!!"abangnya menyergah Sarah.
"Oh mak kau!"Sarah melatah.Abangnya gelak kuat apabila mendengar Sarah yang kuat melatah itu.
"Ish!Abang ni.Terkejut Sarah"Sarah berkata kepada abangnya Syafiq.
"Dah tu.Asyik sangat dengan air milo dia tu.Abang datang pun tak perasan"Syafiq membela diri.Sarah mencebik.
"Buat lah mulut itik tu,nanti abang ambil getah lepas tu ikat.Biar padan muka"Syafiq berkata.Sarah pon menarik muncungnya.Dia amat mengenali abangnya.Abangnya jika berkata begitu,dia akan melakukannya juga.Pernah sekali abangnya mengikat mulutnya dengan getah sewaktu kecil dahulu.Dia serik jika diperlakukan begitu.
"Tau takut"Syafiq berkata.
"Mana ada takut"Sarah berkata sambil menjelirkan lidah kepada abangnya.
"Blek....blek"Sarah mengejek abangnya.
"Eee..."Syafiq berkata lalu mengejar Sarah.Sarah yang melihat abangnya sudah berdiri,apalagi cabut lah.Mereka berlari-lari satu rumah.
"Hey.Apa ni?!"Kak Linda sudah mencekak pinggang.Kak linda merupakan isteri Abang Syafiq.
"Kak,tengok abang ni.Dia nak pukul Sarah"Sarah mengadu kepada Kak Linda.Dia tahu,Kak Linda pasti membelanya.
"Abang!Apa ni?Dah besar.Kahwin pun dah.Macam budak-budak"Kak Linda berkata sambil berpeluk tubuh tanda merajuk dan protes.
"Ala...sorry lah ayang.Abang janji tak buat lagi.Boleh lah ayang!"Syafiq berkata lalu memeluk pinggang isterinya.Abang Syafiq berkahwin awal.Dia berkahwin ketika berusia 22 kerana dia ingat Kak Linda yang berkahwin.Ceritanya begini.....
 "Abang jom"Sarah mengajak abangnya ke hari perkahwinan abang Kak Linda.
"Tak nak lah.Abang tak sanggup"Syafiq berkata lalu baring di atas tilam dan memejamkan mata.Sarah pelik.'Tak sanggup pasal apa?'Sarah berkata di dalam hati.
"Ok.Sarah gi dulu"Sarah berkata dan berlalu turun ke bawah.
"Beberapa minit kemudian........
"Agaknya Linda dah akad nikah dengan lelaki yang dia cinta kot"ujar Syafiq di dalam hati.
 "Tapi aku rasa tak lagi kot.Sempat rasanya saya nak cakap kat dia"Syafiq berkata.
Dia tergerak untuk pergi.Syafiq pun menukar baju dan membawa keretanya ke rumah Kak Linda yang berada tidak jauh dari situ.Ketika abang Syafiq sampai,dia terpegun melihat Kak Linda yang cantik berbaju kurung.
"Aku tekad!"Syafiq berkata.Dia pun berjalan menuju ke arah Kak Linda yang sedang sibuk bercakap dengan tetamu yang hadir.
"Linda"abang Syafiq memanggil Kak Linda.
"Syafiq!Awak datang pon.Ingat awak tak datang"kak Linda berkata sambil tersenyum.Tiba-tiba,abang Syafiq melutut.Kak Linda terkejut.
"Awak tolong!Janganlah kahwin"Syafiq berkata.
"Eh!Awak jangan nak merepek kat sini boleh tak?Malu lah.Bangunlah Syafiq!"Linda sudaj]h malu kerana ramai orang menyaksikan aksi tersebut.
"Saya takkan bangun.Saya cintakan awak!Awak janganlah kahwin dengan orang lain"Syafiq berkata.
"Eh!Awak,bukan saya lah yang kahwin"Linda berkata.
"Dah tu kalau bukan awak siapa?"Syafiq bertanya.
"Abang saya lah"Linda berkayta.Syafiq pun bangun.Dia melihat orang ramai melihat mereka.Tak ketinggalan keluarga Syafiq dan keluarga Linda.Syafiq menjadi malu.
"Syafiq ni salah faham lah"ayah Syafiq berkata.Syafiq hanya menunduk.Dia berasa malu.
"Bang!"ibu Syafiq memanggil ayah Syafiq.
"Nampaknya,kahwin jugak anak abang ni kan?Berbesan pulak dengan si Limah ni"ibu Syafiq berkata.
"Ye lah Timah"ibu Linda mencelah.Linda dan Syafiq hanya menundukkan wajahnya.
"Awak!"Syafiq memanggil Linda.
"Apa?"Linda menjawab.
"Saya cintakan awak.Awak sudi tak kahwin dengan saya?"Syafiq bertanya.
"Mestilah"Linda menjawab malu-malu.
"Alhamdulillah".
"Abang,Aca nak gi universiti dulu tau"Sarah berkata.
"Hmm.Yelah"Sarah pun bersalaman dengan abang Syafiq,kak Linda dan ibunya.
...............................................................
Selepas pendaftaran,Sarh pun berjalan ke biliknya.Dia melihat,partner biliknya belum hadir.Dia pun mengambil katil yang tepi dinding.Dia pun menyusun baju-bajunya di daalm almari yang tersedia.
Sedang dia mengema baju-bajunya,dia mendengar ada orang yang membuka pintu bilik.Dia pun menoleh dan melihat dada seorang perempuan yang manis bertudung sedang berdiri memandangnya.
"Hai"dia menegur Sarah.
"Hai"Sarah menjawab.
"Nama saya Nur Syafinaz.Awak boleh panggil saya Sya.Awak?"Syafinaz bertanya.
"Saya Siti Sarah Aliya.Panggil Sarah je"Sarah berkata.
Selesai Sarah dan Syafinaz menyusun baju,mereka pon turun ke dewan kerana sudah dipanggil.
Apabila mereka sampai di dewan,mereka diberi taklimat.Ketika Sarah dalam perjalanan pulang,
tiba-tiba dia terlanggar seorang senior....
bukkk
"Aduh!"Sara menyeringai kesakitan.
"Awak sorry tau"lelaki tersebut meminta maaf.
"Tak apa"Sarah berkata.Dia ingin bangun tapi kakinya sakit.
"Ouch!"Sarah menjerit kesakitan.Lelaki tersebut mendapatkan Sarah yang jatuh kembali.
"Awak tak apa-apa ke?"lelaki tersebut bertanya.
"Kaki saya.....sakit"Sarah berkata tersekat-sekat.
"Meh!Saya papah awak"lelaki tersebut berkata dan memapah Sarah berjalan ke kerusi yang berdekatan.
"Bagi saya tengok kaki awak tu"lelaki tersebut meminta.Sarah meletakkan kakinya di atas riba lelaki tersebut.Lelaki tersebut mengurut kakinya.
"Cuba awak bangun"lelaki tersebut berkata.Sarah pun bangun,tetapi kakinya tetap sakit tapi sudah berkurangan.
"Terima kasih"Sarh mengucapkan terima kasih.
"Tak apa"lelaki tersebut berkata.
"Nama awak apa?"lelaki tersebut bertanya.
"Siti Sarah Aliya.Panggil Sarah je"Sarah menjawab.
"Oh.Sedap nama.Saya Muhammad Zafran.Panggil Zafran je"Zafran berkata.
"Ok.Saya pergi dulu"Sarah berkata lalu berjalan menuju ke biliknya.
..................................................................................
Kini Sarah sudah habis belajar.Hubungannya dan Zafran semakin renggang kerana berlaku salah faham.Ia berlaku begini....
"Sarah!"Sarah menoleh dan melihat Zafran sedang berlari ke arahnya.Dia tidak mahu bertemu dengan Zafran.Sarah pun berlari tapi apakan daya,langkah Zafran besar dan boleh menyaingi langkah Sarah.
"Sarah!Kenapa dengan awak ni?"Zafran bertanya.Kini dia sudah berhenti di hadapan Sarah.
"Tak ada pape lah"dalih Sarah.
"Saya tau kenapa awak lari daripada saya.Awak cemburu pasal Syahirah tu kan?Awak..come on lah...saya takkan suka dia lah"Zafran berkata.
"Ah!Saya tak percaya"Sarah berkata.
"Awak percaya lah saya"Zafran merayu.
"Saya tak percayakan awak lah!!!"Sarah menjerit dan berlalu pergi.
   Ketika Sarah berlari melepasi Zafran yang melutut itu,dia teringatkan peristiwa yang telah membuang kercayaannya terhadap Zafran.
"Hai.Boleh saya berbicara dengan Sarah?"kedengaran suara seorang perempuan di hujung talian.
"Ya saya Sarah"Sarah menjawab.
"Hah?!Kau Sarah kan?Aku nak bagi amaran kat kau.Jangan sesekali kau mendekati atau bercakap dengan Zafran lagi"suara perempuan yang lembut tadi bertukar menjadi keras.
"Saya tak dekat dengan dia lah"Sarah menjawab dengan nada perlahan.
"Ah!Ye lah tu.Kau jangan dekat dengan die.Dia tu dah pernah terlanjur dengan aku lah.Kau jangan lah dekat dengan dia.Kau akan menyesal"perempuan tersebut bebicara.Sarah tersentak.'Dia dah pernah terlanjur'Sarah berkata di dalam hati.
"Saya tak percaya lah"ujar Sarah.
"Ya.Saya takkan tipu.Lagipun apa faedahnya"perempuan tersebut berbicara lagi.
"Saya tak percaya!!"Sarah menjerit.Sememangnya dia tidak percaya bahawa Zafran telah terlanjur.Sedang dia memikirkan kebenaranya,dia mwndapat 'message'.Dia pun membuka pesanan tersebut.
"Ni ada gamabar sebagai bukti".Sarah pun mendang ke bawah pesanan tersebut.Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Zafran dengan perempuan tersebut.Dia mengalirkan airmata.Dia betul-betul tidak menyangka perkara ini berlaku.
Sehingga kini,Sarah masih membenci Zafran.
................................................................
"Sarah"Syafinaz memanggil Sarah.
"Apa?"Sarah bertanya sambil memandang Syafinaz.Kepalanya berdenyut-denyut.
"Kau tak pape ke?"Syafinaz bertanya.
"Kepala aku sakit"Sarah berkata.Syafinaz pun meletakkan tangannya ke dahi Sarah.
"Panasnya !.Jom aku hantar kau gi klinik"Syafinaz berkta.Sarah hanya mengangguk.Dia menyarungkan tudung dan menaiki kereta.
Sesampainya di klinik.....
"Siti Sarah Aliya"seorang jururawat memanggil Sarah.Sarah pun masuk ke dalam bilik doktor ditemani oleh Syafinaz.Sarah duduk di atas kerusi.
"Cik sakit apa?"doktor tersebut bertanya.Dia tidak memandang Sarah.Dia masih sibuk dengan kerjanya.
"Demam"Syafinaz tolong menjawabkan.Doktor tersebut mengangkat muaknya dan Sarah  terkejut melihat doktor tersebut adalah Zafran tetapi dia cepat-cepat menukarkan riak wajahnya supaya Zafran tidak mengesyaki yang dia sebenarnya terkejut dengan kehadirannya.
"Sarah"Zafran memanggil Sarah.Sarah hanya senyap.
"Ok sekarang kita check suhu badan"ujar Zafran berbicara setelah beberapa ketika senyap.Suaranya kedengaran dia mengawal gentar.
"Hmmm...tinggi ni.Ok saya bagi ubat....."Zafran yang bercakap setelah selesai membuat pemeriksaan.Sarah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Zafran kerana dia begitu asyik melihat wajah Zafran.Dia amat merindui lelaki tersebut.
"Ok boleh keluar"Zafran berkata.Sarah pun keluar bersama Syafinaz.
"Weyh kau nampak tak tadi?Tu bukan Zafran ke?"Syafianaz bertanya.
"Hmm"Sarah menjawab.
Selepas mengambil ubat,mereka balik ke rumah.
............................................................
"Apa ibu cakap!"bergema satu rumah dengan jeritan Sarah.
"Ala ibu cuma cakap,mak ada terima lamaran seseorang.Dia tu baik,sopan santun dan berbudi bahasa pulak tu.Ibu suka"ibu Sarah berkata.Abangnya dan Kak Linda yang duduk di kerusi hanya mendiamkan diri.
"Ala ibu...tak nak lah ibu"Sarah berkata sambil melutut di kaki ibunya.Dia mengalirkan airmata>
"Ibu tak kira"ibu Sarah berkata dan terus pergi.Sarah yang duduk di situ hanya menangis.
...........................................................
Dengan sekali lafaz sahaja,aku sudah menjadi isteri kepada Muhammad Zafran.Lelaki yang kubenci.Rupa-rupanya dia lah yang meminang aku.Benci betul.
 Sepanjang majlis berlangsung,Zafran tidak pernah sesekali melepaskan jari-jemari Sarah.Sarah kadang-kadang menjadi rimas.
"Fuhh...penatnya"Sarah mengeluh.Dia pun baring.Tiba-tiba dia terasa ada seseorang memeluk pinggangnya.Sarah terus bangun.Dia melihat Zafran di sebelahnya.
"Awak ni kenapa?"Sarah berkata.
"Kenapa apa?Saya ada buat salah ke?"ujar Zafran.
"Kenapa lah awak paksa saya kahwin dengana awak.Saya tak nak"Sarah membentak.
"Sarah,saya betul-betul mencintai awak.Awak je yang tak tahu"Zafran berkata.
"Sayang?!Simpanlah sayang awak tu.Saya perlukan lah"Sarah berkata.
"Awak tolong lah.Saya boleh jelaskan tentang kisah dahulu tu"Zafran berkata.
"Saya tak nak dengar pun"ujar Sarah lalu berjalan menuju ke almari untuk mandi.
"Awak tu semua dirancang awak.Syahirah sengaja buat macam tu supaya hubungan kita terputus"ujar Zafran.Aku tersentak.Aku menoleh.
"Ye ke?"Sarah bertanya.
"Ye lah.Saya dapat tau daripada kawan dia tu"ujar Zafran bersungguh-sungguh.
"Hmm..."aku berkata dan berlalu ke tandas untuk mandi.
.................................................................................
Selesai Sarah mandi,dia melihat Zafran yang sedang baring di atas katil.
'Hmm macam mana aku nak tidur'ujar Sarah di dalm hati.
Sarah pun berjalan menuju ke katil dan tidur.Dia meletakkan bantal peluk di tengah-tengah supaya menjadi penghadang.
Tidur Sarah terjaga apabila merasakan ada sesuatu melingkari pinggangnya.Dia membuka selimut dan melihat Zafran sedang enak memeluk pinggangnya.Sarah cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal kerana pelukannya terlalu kuat.Akhirnya Sraah mengalah dan tidur di dalm pelukan Zafran.
..................................................................
Kini telah masuk dua bulan mereka duduk bersama.Mereka berpindah rumah selepas hari perkahwinannya.Hubungan antara Sarah dan Zafran juga semakin membaik.
"Ish!Mana Zafran ni?"Sarah berkata.Sarah sebenarnya takut kepada dentuman kilat di luar.Tiba dia mendengar Zafran memanggilnya.
"Zafran!!"Sarah memanggil.Tiada respon.Dia berasa takut dan menangis.
"Sarah!Kenapa ni?"ujar Zafran.Sarah yang mendengar suara Zafran terus memeluk erat Zafran.Dia berasa takut.
 "Saya...saya...takut"Sarah berkata dalam sendu.
"Syyy...dah tak mau nangis-nangis ni"ujar Zafran sambil mengeratkan lagi pelukannya.Zafran pun mencium dahi Sarah.Sarah hanya membiarkannya.Kemudian bibirnya beralih ke hidungnya dan akhirnya ke bibir Sarah.Sarah membalas ciuman tersebut dan malam ini merupakan malam permulaan bagi suami isteri ini
......................................................................
"Abang!"Sarah memanggil Zafran.
"Ya ada apa?"Zafran bertanya.
"Abang gembira tak kalau kita jadi ayah dan ibu?"Sarah bertanya kepada suaminya.
"Mestilah.Kenapa?"Zafran bertanya.Dia masih sibuk dengan pembacaannya
"Macam mana kalau kita akan jadi ayah dan ibu?"Sarah bertanya.Zafran memandang isterinya.Sarah hanya menganggukkan kepalanya.
"Yes!Aku jadi bapak!"Zafran berkata.
"Abang janganlah jerit kuat sangat.Malu dengan jiranlah"Sarah berkata.Zafran hanya tersengih.
..........................................................................
"Abang!Abang!"Sarah mengejut suaminya.Zafran pun bangun.
"Kenapa?"Zafran bertanya.
"Air ketuban pecah bang"ujar Sarah.
"Apa?!"Zafran pun mencempung isterinya ke kereta dan membawa isterinya ke hospital.
Setelah beberapa jam kemudian...
"Tahniah encik.Anak dan isteri encik selamat.Encik mendapat anak kembar.Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan"ujar doktor tersebut.Zafran terkejut.Dia tidak mengetahui bahawa iterinya menganudng kembar.
"Terima kasih doktor"ujar Zafran.
................................................................................
Sarah pun membuka matanya.Dia melihat Zafran tersenyum ke arahnya.
"Sayang dah sedar?"ujar Zafran.
"Sayang tau tak yang kite dapat kembar?"Zafran bertanya.
"Ye ke?Macam tak snagka pulak"Sarah berkata.
"Abang nak tengok baby"ujar Srah.Zafran pun memberikan bayi didalam dukungannya kepada Sarah.Sarah mengacah bayi tersebut.
"Sayang"panggil Zafran.
"Hmm..."Sarah menjawab sambil memandang Zafran.
"Terima kasi sebab sayang dah lahirkan anak kita.Abang harap kita akan selamanya"ujar Zafran kepada Sarah.
"Sayang pun harap yang kita akan kekal selamanya"ucap Sarah
                                                         
                                                              -Tamat-

No comments:

Post a Comment