Wednesday 29 February 2012

Bab 15


"Argh!!"Salina menjerit kemarahan.Dia baharu sahaja melihat kemesraan di antara Syahmi dan Nysa.Hatinya begitu membara.
"Kenapa apa yang aku nak buat kat dia orang selalu tak jadi?Kenapa?!"Salina menjerit meminta kepastian.Dia berdendam.Berdendam dengan Syahmi dan Nysa.Semua ini disebabkan Syahmi.....
"Salina!"ibu Salina memanggil Salina yang sibuk mengemaskan meja kerjanya.Dia baru sahaja habis menyiapkan kerjanya.Dia menuruni tangga dan mendekati ibunya.Dia memeluk ibunya daripada belakang.
"Ada apa ibu panggil Salina tadi?"Salina bertanya lembut.Dia duduk di sebelah ibunya dan memandang ibunya.Wajah tua itu walaupun sudah tua tetapi masih tetap berseri-seri.
"Ibu panggil ni nak tanya Salina.Salina dah ada boypren tak?"ibunya berkata.Salina tergelak kecil apabila ibunya menyebut perkata 'boyfriend'.
"Mana nak ada.Dah Salina dengan kerja.Mana nak sempat nak cari boypren"Salina berkata.Dia mengikut cara ibunya berkata.Ibunya mencebik apabila cara percakapannya di tiru.Tetapi itu hanya seketika.Muncung di bibir ibunya sudah ditarik ditukar dengan senyuman penuh makna.Salina memandang ibunya pelik.
"Tak ada?Betul ni?"ibunya bertanya meminta kepastian.Salina mengangguk.
"Ibu tanya ni sebab ada orang merisik kamu.Dia kata nak meminang kamu untuk anak dia"ibu Salina berkata.Salina yang tadinya melihat pemandangan di taman terus terarah kearh ibunya.Matanya terbeliak memandang ibunya.
"Betul ke ibu?"Salina bertanay.Dia tidak percaya.
"Ya.Mak Syahmi tu yang datang merisik kamu.Dia kata untuk anak dia yang Syahmi tu lah.Dia kata Syahmi tu dah tua tadi tak kahwin-kahwin.Tu yang dia merisik kamu.Kamu nak teriama ke?"ibunya bertanya.Salina sudah gembira.Dia mengangguk bersungguh.Dia amat mencintai Syahmi.Sejak zaman persekolahan lagi,Syahmi sudah terpahat dalam hatinya.Cinta yang tumbuh terhadap lelaki itu tidak boleh ditahan.Sudah beberapa kali Salina cuba menafikannya dengan berkata dia bukan untuknya tetapi makin di tahan makin membara cintanya terhadap Syahmi.
  Ibu Salina kelihatan gembira dengan persetujuan anak gadisnya.Dia memang berharap Salina bersetuju kerana dia amat menyenangi Syahmi jika dia menjadi menantunya.Dia mengenali Syahmi daripada Syahmi kecil lagi.Perwatakan Syahmi yang suka membantu orang menjadikan hati ibunya tertarik."Betul Salina terima?"ibunya bertanya meminta kepastian.Salina mengangguk.Wajah anak gadisnya ditatap.Sungguh gembira anaknya ini.Dia sudah mengetahui perasaan Salina terhadap Syahmi.Dia tahu daripada cara anaknya memandang Syahmi.Pandangan penuh kasih sayang.

   Tetapi kegembiraan itu tidak berkekalan lama apabila ibu Syahmi datang meminta perkahwinan mereka dibatalkan.Alasan yang diberi ialah kerana Syahmi sudah mempunyai teman hidup yang dicarinya.Ibu Salina kecewa tetapi dia dapat terima kenyataan bahawa anaknya tidak ditakdirkan untuk Syahmi.Dia reda tetapi tidak kepada Salina.Salina mengamuk sakan apabila mengetahui Syahmi membatalkan perkahwinan di antara dia dan Syahmi.Perkahwinan yang sudah lama diimpikan oleh Salina.Sejak itu,Salina mula berdendam dengan Syahmi.Dia sudah bertekad bahawa Syahmi dan Nysa tidak akan bahagia.Dia mengacau hubungan rumah tangga mereka.
...............................................................
  Nysa baring lesu di atas tilam.Dia berasa sungguh penat apabila sudah mengeluarkan semua isi di dalam perutnya.Tiba-tiba dia teringat ibunya.Ibu yang telah mengandung dan melahirkannya.Dia terfikir.Adakah begini kesengsaraan ibunya ketika mengandungkan dirinya selama 9 bulan?Selalu mual dan pening?Dia menjadi sebak apabila mengenangkan pengorbanan ibunya yang tidak pernah mengabaikannya walaupun sesaat.Sungguh berharga pengorbanan ibunya terhadap dirinya.Jika tidak kerana ibunya dia tidak akan lahir ke bumi ini.Jika tidak kerana ibunya juga dia tidak akan hidup jika makanan tidak diberi.Dia menjadi sebak.Airmatanya mengalir daripada tubir matanya.
"Sayang"Syahmi memanggil Nysa.Nysa cepat-cepat mengesat airmatanya.Dia memandang Syahmi.Dia terkejut apabila Syahmi sudah berada di hadapannya.
"Sayang menangis ke?"Syahmi bertanya.Dia berasa pelik apabila tadi ketika dia sampai di rumah isterinya tidak menyambutnya.Dia berasa cemas apabila mencari isterinya di dapur dan ruang tamu kelibat isterinya tidak kelihatan.Apabila dia naik dan menuju ke biliknya dia melihat Nysa sedang menangis.
 "Tak adalah"Nysa menafikannya.Syahmi memandang Nysa penuh curiga.
"Jangan nak tipu abang"Syahmi berkata lalu duduk di sebelah isterinya.Tangan isterinya di usap lembut.Wajah pucat isterinya ditatap penuh kasih sayang.
"Yelah.Nysa menangis sebab teringat ibu yang mengandungkan Nysa.Begitu besar pengorbanan ibu kan?Dia sanggup mengandungkan Nysa selama 9 bulan.Jaga Nya.Bagi Nysa makan"Nysa berkata sebak.Dia menyembamkan mukanya kedada bidang Syahmi.Dia melepaskan tangisannya di situ.Syahmi mengusap lembut belakang isterinya.Perangai Nysa banyak berubah sejak Nysa mengandungkan zuriat kepada Syahmi.Dia sensitif.Sikit-sikit menangis.
"Dah ok dah?"Syahmi bertanya apabila tangisan Nysa berhenti.Nysa yang tadinya mengangkat kepala terus sahaja menyembamkan kembali mukanya kedada Syahmi.Syahmi ketawa melihat keletah isterinya.
"Abang"Nysa memanggil suaminya.Syahmi memandang Nysa.Keningnya terangkat.
"Macam mana dengan orang yang nak khianat kita tu?"Nysa bertanya.Syahmi mengalihkan tangannya ke pinggang isterinya.
"Abang dah suruh kawan abang tolong siasat"Syahmi berkata.Dia memandang permandangan malam yang semakin pekat.Lampu-lampu di pejalan kaki juga sudah terang bercahaya.
"Jadi macam mana?"Nysa bertanya tidak sabar.Ingin sahaja dia memukul orang yang telah mengkhianati mereka nanti apabila sudah ditemui nanti.
"Tak ada berita lagi"Syahmi menjawab ringkas.
"Ok lah tu.Aang nak tahu tak?Tadi Nysa asyik muntah je"Nysa berkata manja.Syahmi tersengih.Isterinya ini memang pandai memujuk dirinya.
"Kesian dia.Baby...baby...jangan lah buat mama macam ni...kesian mama"Syahmi berkata sambil memegang perut Nysa yang masih kempis.Nysa tergelak kecil.
"Dah lah abang.Pergi mandi sana.Bucuk"Nysa berkata.Dia melihat Syahmi mencebik.Kemudian dia menjelirkan lidah.
"Eleh.Busuk-busuk abang pun orang tu nak jugak dia peluk abang"Syahmi berkata bersahaja.Nysa menggeletek Syahmi.Syahmi gelak kegelian.Kemudian Syahmi menggeletek kembali Nysa.Mereka sama-sama ketawa.
........................................................................
"Helo"Salina berkata apabila sudah bersambung.
"Ya.Ada apa cik?"seorang lelaki berkata dihujunh talian.
"Saya nak awak bunuh Nysa.Syahmi pun ok juga.Bunuh diaorang.Jangan bagi dia orang hidup.Pastikan mati.Ikut perancangan yang haritu yang telah aku buat tu.Jangan salah sikit pun.Mati yang aku nak dengar.Faham tu?!"Salina berkata keras.Dia mengarahkan orang upahannya memulakan tugas yang dinantikan olehnya.
"Baik cik.Saya akan pastikan"lelaki tersebut berkata.Setelah itu talian terus dimatikan.Salina ketawa jahat.Dia sudah merancang apa yang akan berlaku.Semuanya telah disusun rapi olehnya.
Bersambung.....

No comments:

Post a Comment