Wednesday 26 October 2011

Bab 4

Dah beberapa hari berlalu,SPM bermula pada hari ini.Sakinah terasa dirinya sudah bersedia kerana sudah banyak meluangkan masanya dengan belajar.
  "Harap saya sudah bersedia"Sakinah berkata di dalam hati sebelum memulakan peperiksaan itu.Selepas dia membaca doa dia mula menjawab.Itulah yang dipraktikkan oleh Sakinah sepanjang peperiksaan.Dia berasa begitu berdebar-debar.
 Beberapa hari berlalu...
 "Cepatnya masa berlalu.Hari ni dah hari terakhir peperiksaan"Sakinah berkata di dalam hati.
 Kring!!!!Kring!!Loceng berbunyi menandakan waktu menjawab sudah habis dan kertas akan mula dikutip.Hati Sakinah begitu gembira kerana tiada lagi bebenan buat dirinya.Sakinah melangkah keluar dan terus balik ke rumah.Dia menyiapkan kerja secepat mungkin dan tidur.Dia terlalu penat.
 Pada hari mengambil keputusan...
 "Sakinah mana ko pergi selama beberapa bulan ni?"tanya Sakinah.
 "Aku ada kerja kat rumah.Ibu aku bagi.Jadi aku tak boleh datang"jawab Sakinah.Memang benar yang dikatakan Sakinah.Selama beberapa minggu itu memang dia berada di rumah kerana ibunya banyak memberikan dia kerja.Mentang-mentang peperiksaan sudah habis.Ibunya memberikan semua tugasan kepada Sakinah.Selepas itu keputusan keluar,Sakinah melihat keputusannya.
 "Eh Sakinah ko dapat straight 'A' lah"Nysa berkata dengan nada yang begitu gembira.
 "Aku dapat straight 'A'"Sakinah berkata dengan nada yang begitu kuat.
 Sesampainya Sakinah memberitahu kepada ibunya.
 "Bagus lah tu.Kerja berlambak ko tak siapkan!!!"ibunya membentaknya dan Nysa dengan segera menyiapkan tugasan yang terbengkalai

No comments:

Post a Comment