Thursday 5 January 2012

Maafkan daku





“Kahwin….kahwin….kahwin”Aleesya berkata dengan nada yang kasar.Dia mencampak semua barangnya dan duduk.
“Kau ni kenapa?balik-balik dah bising macam ni.Kenapa?”sahabatnya bertanya.
“Mak aku tu lah.Asyik paksa-paksa aku untuk kahwin je.Lepas tu kau tau tak,mak aku dah terima lamaran orang.Ish….geramnya.Tak pasal-pasal aku kena kahwin ngan dia.Dan kau tau tak,dia nak kahwin hujung bulan ni jugak.Tak ke gila tu namanya.Kenal pun tak.Aish….geramnya”ujar Aleesya panjang lebar.
“Bagus lah tu.Tak lah kau nanti kena fitnah ke?Best lah.Semua makan minum dia yang tanggung.Kau tak lah nak susah-susah”Ameera sahabatnya berkata.
“Ish cakap ngan kau ni memang susah.Hmmm aku nak pergi mandi jap.Malam ni makan apa?”Alesya berkata dengan nada yang diturunkan sedikit.
“Malam ni makan nasi goring cukup lah.Aku dah malas nak masak”Ameera berkata sambil tangannya memegang ‘remote control’ untuk  ‘on’ televisyen.
“Hmmm ye lah aku tak kesah”Aleesya berkata dan terus naik ke atas.
………………………………………………….
“Mak tak kesah.Sya kena jugak kahwin ngan dia.Mak dah terima dah”ujar mak Aleesya dengan nada yang agak tinggi.
“Sapa suruh mak terima.Sya tak nak kahwin dengan lelaki tu”Aleesya membantah.
“Lelaki tu ada nama Sya!Nama dia Muhammad Haikal.Dan keputusan mak muktamad”mak berkata dengan tegas.Tak semena-menanya air mata Aleesya mengalir.Dia berlari keluar dan dia ingin balik.Hanya itu di dalam fikirannya.
“Hello.Ameera kau kat mana.Kau ambil aku kat sini.Aku nak balik.Aku dah tak tahan”Aleesya berkata teresak-esak.
“Ok kau kat mana?Aku ambil kau”ujar Ameera.
“Kat perhentian bas yang selalu tu.Kau ambil lah cepat ek.Thanks tau”Aleesya berkata lemah.
“Ok no problems.Kau kan bestfriend aku”sebaik sahaja berkata begitu,talian pun diputuskan.
……………………………………………….
“Aku terima nikahnya Nur Aleesya binti Kamal dengan mas kahwin RM100 ringgit tunai”dengan sekali nafas aku sudah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Haikal itu.Walaupun tidak dikenalinya,dia tetap kena berahwin dengannya.
    Apabila waktu membatalkan air sembahyang,Haikal menyarung kan cincin kepada jariku dan aku juga menyarungkan cincin ke jarinya.Aku menyalamnya lama kerana disuruh oleh maknya dan dia mencium dahiku lama.
“Lamanya nak cium aku.Cepatlah.Aku dah bosan”Aleesya berkata di dalam hati.Sebaik sahaja dia berkata begitu,ciuman di dahinya terus di lepaskan. “Macam tau-tau je aku tengah marah.Bagus lah macam ni”Aleesya berseloroh di dalam hati.
Selepas itu acara makan-makan dan kami pun mula lah melayan tetamu.Penat sangat.Asyik senyum.Jari Aleesya tidak sekali-kali dilepaskan oleh Haikal.
“Kenapa lah si Haikal ni.Asyik pegang-pegang tangan aku je.Dah pegang pun bukan nak lembut tapi kuat-kuat”sejurus selepas Aleesya berkata begitu,Aleesya pun manarik tangannya kerana tidak selesa di genggam oleh lelaki itu.Haikal yang perasan hanya membiarkannya kerana dia tau perempuan di hadapannya itu memang membencinya.Mak Aleesya yang perasan akan kelakuan anaknya itu hanya menggeleng.
“Anak aku ni buat malu je”mak Aleesya berkata di dalam hati.
………………………………………………
“Aduh penatnya.Banyak sangat tetamu tadi”Aleesya mengeluh perlahan.Dia pun baring di atas tilam pengantin yang sudah dihias cantik.
“Kesian isteri abang ni.Nak abang picit?”Haikal berkata dengan nada yang lembut menyapa telinga Aleesya.Aleesya terus bangun.Dia terkejut bukan kepalang lagi.
“Bila masa pulak si Haikal ni masuk bilik.Aku tak perasa pun”Aleesya berkata di dalam hati.Haikal yang duduk di sebelahya di tenung .
“Kenapa tenung abang macam tu?”Haikal bertanya kepada isterinya.
“Eh sapa ko nak panggil diri kau abang hah”Aleesya berkata dengan nada yang tinggi.
“ Eh saya kan suami awak.Jadi tak pe lah saya panggil diri saya ‘abang’kan?”Haikal berkata dengan nada yang lembut.
“Kau?Suami?Aku tak mengaku pun kau suami aku.Aku pun benci kau”bentak Aleesya.Dia pun bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan meninggalkan Haikal yang terpinga-pinga.
Sejurus selepas Aleesya keluar dari bilik air,dia melihat Haikal yang terbaring.Dia merasa meluat nak tengok,dia pun mengorak langkah untuk turun.Di bawah dia keluar untuk mengambil angina.Tiba-tiba mak nya memanggilnya…..
“Sya sini jap”panggil mak Aleesya.
“Apa mak?”Aleesya bertanya mals.
“Awak ni kenapa Sya?Kenapa awak layan suami awak macam tu?”Tanya mak Aleesya.
“Mak saya kan dah ikut cakap mak kan suruh saya kahwin ngan dia.Saya pun tak suka dia tapi mak paksa apahal mak.Sya tak suka lah mak”bentak Aleesya.Maknya yang berdiri di situ hanya mengurut dada.Aleesya pun naik atas kerana malas melayan kerenah maknya.Di dalam bilik………
“Sayang pergi mana tadi?Penat abang cari”Haikal berkata dengan nada yang lembut.
“Tak gi mana-mana”Aleesya berkata dengan nada yang malas.Aleesya pun naik ke katil untuk tidur.Dia perasan Haikal di sebelahnya.
“Eh awak tidur lah kat sana.Buat apa tidur kat sini”marah Aleesya.
“Saya kan suami awak.Jadi tak pe lah kan?”Haikal berkata dengan lembut.
“Tak nak!Saya tak kesah.Awak tidur kat sana”bentak Aleesya sambil menunding jarinya ke sofa.Suaminya yang perasan akan perubahan isterinya it terus mengambil bantal dan tidur di sofa yang bersebelahan dengan katil.
…………………………………………….
Bangunnya Aleesya daripada tidur,dia melihat sofa kosong.Mana suaminya Aleesya bertanya di dalam hati.Tiba-tiba dia mendengar curahan air daripada dalam bilik air.Mandi kot Aleesya membuat andaian.Dia pun menoleh ke jam di sebelahnya.6 pagi.Awalnya bangun Aleesya berkata.Dia pun kembali menyambung tidurnya.Tiba-tiba Aleesya mendengar suara orang membangunkannya.
“Sayang….Bangun solat.Dah lambat ni”Haikal mengejut Aleesya.Aleesya yang perasan suara suaminya yang dekat dengannya terus bangun.Dia melihat jam,6:30.
“Awalnya awak kejut saya”Aleesya berkata lembut.Dia penat sangat.
“Tak lah saying.Sekarang dah lambat.Sayang solat ek?”Haikal memujuk Aleesya supaya Aleesya bangun daripada tidur.
“Ish dia ni kan saya dah cakap saya mengantuk lagi”Aleesya membentak.Aleesya penat sangat.
“Sayang solat lah dulu nanti tidur lah balik”Haikal tidak berhenti memujuk isterinya itu.
“Ish dia ni!”Aleesya marah.Dia pun bangun dan menuju ke bilik air mengambil wuduk untuk solat.Usai solat dia pun,mengemas tempat tidurnya.
“Sayang kenapa tidak tidur balik.Bukan penat ke?”Haikal bertanya.
“Dah awak dah kejut saya.Macam mana saya nak tidur balik!Ish”Aleesya memarahi suaminya itu.Haikal hanya menggeleng.
……………………………………………………….
Sedar tak sedar sudah sebulan dia dan Haikal menjadi suami isteri.Hubungan mereka makin lama makin membaik.Aleesya makin lama makin marah tetapi sedar tidak sedar dia sudah jatuh hati kepada suaminya itu.Haikal pula makin sayang.
“Assalamualaikum!”ada seorang yang memberi salam daripada luar.
“Walaikumussalam!”Aleesya menjawab salam sambil berlari mendapatkan pintu untuk dibuka.Dia melihat suaminya dipapah oleh seorang lelaki.
“Kenapa ni?”Aleesya menggelabah melihat suaminya yang pucat dan tidak bermaya.
“Saya kawan dia.Dia tadi nak beli awak hadiah harijadi lepas tu dia mandi hujan semasa hendak melintas.Lepas tu dia tak basuh kepala dia.Tadi dia pengsan.Dia demam”terang kawan kepada suaminya itu.
“Oh.Awak bawa masuk dia”Aleesya berkata.Lelaki itu pun memapah Haikal masuk dan diletakkan Haikal dia atas katil.
“Terima kasih “Aleesya mengucapkan terima kasih.
“Hmmm ni ubat dia.Awak saya rasakan Haikal ni sayang sangat awak.Hari tu kan masa awak jatuh tangga tu dia terus tinggalkan meeting semata-mata untuk tengok awak.Saya rasa kesian tengok dia bila dia cerita awak tak terima dia lagi.Baiklah saya balik dulu”lelaki itu berkata lalu pergi meninggalkan dia di situ.Tanpa disedari airmata Aleesya mengalir deras.Dia kemudian bangun dan berjalan menuju ke suaminya.Dia melihat muka suaminya yang tenang seperti air di kali.Selepas itu dia pun memegang dahi suaminya.Panas!Aleesya berkata.Aleesya pun terus bangun dan mengambil kain kemudian dibasahkan kain itu dan diletakkan di dahi suaminya.Kemudian Aleesya menangis apabila mengenangkan kata-kata sahabat suaminya itu.Aleesya pun menangis di tangan suaminya.
Haikal menyedari ada cecair yang basah di lengannya.Di pun membuka mata.Dia melihat Aleesya menangis.
“Sayang,kenapa ni?”Haikal bertanya sambil mengusap kepala isterinya lembut.
“Awak saya nak minta maasf kalau saya ada buat salah.Saya dah pulaukan awak Saya….”belum habis Aleesya menghabiskan kata-katanya Haikal telah mencium bibir isterinya itu.Aleesya terkejut dan tidak semena-menanya airmatanya yang kering tadi mengalir deras kembali.Selepas Haikal menarik bibirnya,dia pun memeluk Aleesya.
“Abang dah lama memaafkan Aleesya.Aleesya tak pernah salah apa-apa pun kat abang”Haikal membisikkannya di telinga isterinya dan mengemaskan pelukannya.Dan malam itu menjadi permulaan baru bagi suami isteri ini.
………………………………..........
“Abang!”Aleesya memanggil suaminya.
“Ya intan payung abang!”Haikal menjawab sambil berjalan menuju ke suaminya.
“Ish abang ni kan.Abang nak tau tak?”Aleesya bertanya kepada suaminya.
“Nak tau apa?Macam mana abang nak tau kalau saying tak bagitau.Ada apa sayang?”Haikal bertanya kepada isterinya sambil memegang pinggang isterinya.
“Abang nak tau.Aleeya mengandung!”Aleesya memberitahu Haikal.
“Ye ke?Alhamdulillah”Haikal berkata sambil memeluk isterinya.Erat.
“Ye abang.Baru 2 minggu”Aleesya berkata bersunguh-sungguh.Haikal pun memeluk isterinya mesra.
………………………………………
“Abang….abang”Aleesya memanggil suaminya.Suaminya pun bangun.
“Kenapa sayang?”Haikal berkata dengan nada yang risau.Dia melihat isterinya penuh dengan peluh.
“Air ketuban dah pecah abang”Aleesya berkata.
“Ye ke?”Haikal berkata.Haikal pun mencepung isterinya dan mengangkat isterinya turun.Sebelum turun dia memeberitahu ibu dan ayahnya.Memang sejak dua tiga minggu ni mak dan ayah Aleesya meminta Aleesya tinggal dengan mereka.
“Tapi bang,beg pakaian macam mana?”Aleesya berkata kepada suaminya.
“Dah ada dalam kereta dah”Haikal berkata.Haikal pun membawa kereta laju.Sesampainya di hospital dia membawa Aleesya dan menunggu di luar.
  Haikal mundar-mandir di hadapan bilik persalinan.Dia begitu risau.Beberapa jam kemudian doctor keluar daripada persalinan tersebut.
“Macam mana isteri saya?”Haikal bertanya risau.
“Isteri encik tak apa-apa dan anak encik juga selamat.Bayi lelaki”doctor berkata.
“Alhamdulillah.Terima kasih doctor”Haikal berkata.
……………………………………………
Aleesya membuka mata.Dia melihat Haikal memandangnya sambil tersenyum.
“Sayang dah sedar.Alhamdulillah”Haikal sambil mengusap kepala isterinya lembut.
“Abang nak tengok anak kita.Boleh tak?”pinta Aleesya.
“Boleh”Haikal berkata sambil menghulurkan anaknya kepada anaknya kepada Aleesya.
“Ala bucuk mama”Aleesya bermain dengan anaknya.
“Abang apa nama kita nak bagi dia abang?”Aleesya bertanya kepada suaminya.
“Muhammad Faiz.Boleh?”Haikal bertanya.
“Boleh juga”Aleesya berkata.
“Terima kasih sayang”Haikal berkata sambil menenung Aleesya.
“Bang nampaknya dapat lagilah kita cucukan?Haikal macam nak terkam Sya”mak Aleesya berkata kepada ayah Aleesya.Aleesya tersipu-sipu malu.
“Sayang,abang harap kebahagiaan kita akan berkekakalan  selamanya”bisik Haikal di telinga isterinya.
“Aleeya pun harap kebahagiaan kita akan berkekalan selamanya”bisik Aleesya ke telinga suaminya dan mereka hidup bahagia selamanya.

No comments:

Post a Comment