Saturday 11 February 2012

Bab 8


Sakinah berjalan masuk ke rumah.Dia melihat ada sebuah kereta Wira terparkir di hadapan rumahnya.
'Siapa yang datang?'Sakinah berkata di dalam hati.
"Assalamualaikum"Sakinah memberi salam.
"Waalaikummussalam"Syahmi menjawab.
"Sakinah dah balik?Pa dan ma ada tu kat ruang tamu.Berlakon tau"dia berbisik.Sakinah hanya mengangguk.
"Assalamualaikum ma.Pa"aku memberi salam.
"Waalaikummussalam.Sakinah sihat?Macam mana rumah ni ok tak?"mama Syahmi bertanya.
"Alhamdulillah sihat.Rumah ni pun ok dan selesa.Thank you mama"aku berkata smabil memeluknya.
"Sayang.Pergi buat air ya?"Syahmi berkata setelah mama melepaskan pelukannya.
"Ya.Abang layanlah dulu mama dan papa.Sayang pergi buat air jap"Sakinah berkata.Sakinah pun berjalan ke dapur.Dia mengambil jug dan membasuhnya kemudian dia menuang air kordial ke dalam jug.Kemudian dia memenuhkan jug dengan menuang air sejuk.Dia meletakkan jug ke dalam talam dan meletakkan gelas.Dia kemudian menghidangkan air tersebut.Sakinah kemudiannya membuka peti ais dan menggoreng karipap yang disediakan di dalam peti.
Dia membawa semua makanan tersebut ke hadapan dan menghidangkannya.
"Jemput minum.Makan sekali ya"Sakinah mempelawa.Mama dan papa Syahmi mengambil minuman kordial dan meminumya.
"Sedap air Sakinah buat.Selalu ke buat?"mama bertanya.
"Selalu juga sebab Syahmi ni selalu sangat suruh Sakinah buat.Dia kata air Sakinah paling sedap"aku berkata.Sengaja ingin membuat Syahmi marah.
"Ha ah.Sedap sangat air dia buat"Syahmi berkata.Sengaja di tekan perkataan 'sedap'.
"Oh.Baguslah tu.Isteri kena lah macam tu.Layan suami tu elok-elok"mama berkata.
"Eleh cakap je pandai.Diri sendiri tu layan suami.Semua dia suruh laki dia yang buat.Penat papa layan mama awak ni"papa berkata.Mama mencubit papa.
"Tengok.Cubit pun suka"sambung papa lagi.
"Mama dengan papa datang sini mesti ada something kan?"Syahmi serkap jarang.
"Tau pun.Kita orang datang sini sebenarnya nak bagi tiket untuk kamu berdua"mama berkata.
"Tiket apa?"kami bertanya serentak.Mereka tersenyum.
"Tiket honeymoon!"papa berkata dengan wajah gembira.Kami pucat lesi.
"Bila papa?"Syahmi bertanya.
"Besok"mama menjawab.
"Kat mana?"Sakinah bertanya.
"Dekat Cameron Highland je.Kita orang tak dapat nak cari yang jauh sikit sebab kamu berdua kan tengah belajar"papa berkata.
"Tak apa"Syahmi berkata.
"Besok kamu berdua siap.Kita pergi sana sama-sama"mama berkata riang.
"Pergi sama-sama?"aku bertanya.
"Yelah.Papa dan mama pun ikut juga nak honeymoon balik.Mengembalikan memori dulu"papa berkata sambil memeluk bahu mama.Kami tersenyum hambar.
"Sakinah,mama harap lepas balik daripada honeymoon ni Sakinah bagi cucu kat mama?Boleh tak?"mama merayu.
"Eerr..."Sakinah terkelu.
"Bo...bo...boleh je mama"Syahmi berkata tergagap.
"Ok mama tunggu.Kalau tak ada jugak dalam masa 1 bulan lagi,kita orang akan buat sesuatu di luar jangkaan"mama berkata penuh makna.Kami hanya tersengih.
"Ma dan papa balik dulu lah.Dah lama kat sini"papa berkata setelah lama mendiamkan diri.
"Ok.Assalamualaikum"Sakinah berkata.Dia menyalami tangan tua mama Syahmi dan memeluknya.
"Bye.Waalaikummussalam"mereka berkata.Kami hanya melihat mereka daripada jauh sehingga mereka hilang daripada pandangan.
...................................................................................................
"Dah ke belum tu?"Syahmi bertanya.
"Dah!Jap nak ambil beg sandang ni"Sakinah berkata.
"Syahmi jangan lah panggil macam tu.Dah kahwin kena panggil lembut-lembut"mama Syahmi menegur anaknya.
"Ye lah"Syahmi berkata.Sakinah pun muncul di hadapan pintu.Dia mengunci pintu dan memangganya.
"Jom"Sakinah berkata setelah slesai mengunci pintu rumah.Dia memaut lengan Syahmi.Syahmi terkesima.
"Jom"Syahmi berkata.Papa dan mama tersenyum-senyum.Mereka menaiki kereta dan menuju ke Cameron Highland.Kereta dipandu oleh pemandu.Ketika di dalam perjalanan menaiki bukit,jalan yang berpusing-pusing membuatkan Sakinah pening.Sakinah pun memaut lengan Syahmi erat.
"Kenapa ni Sakinah?"Syahmi bertanya.
"Pening"jawab Sakinah lemah.Mama dan papa sudah lama dibuai mimpi.
"Sini tidur atas riba saya"Syahmi berkata.Sakinah hanya akur.Dia merebahkan kepalnya di atas peha Syahmi.Syahmi memicit kepalanya.Dia juga meletakkan minyak angin di kepala Sakinah.Lama kelamaan Sakinah terlena.
"Sakinah.Sakinah bangun.Dah sampai sayang"Sakinah mendengar namanya dipanggil berulang kali.Dia pun bangun.Dia melihat Syahmi senyum ke arahnya.
"Dah ok ke kepala awak?Tak pening dah?"dia bertanya.
"Dah ok lah sikit tapi masih pening.Terima kasih Syahmi"aku berterima kasih dengan Syahmi.
"You're most welcome"Syahmi berkata.
"Dah jom keluar"mama Syahmi berkata.Mereka pun keluar dan mengangkat beg di bonet.Mereka berjalan ke dalam hotel.Mama dan papa Syahmi ke kaunter untuk mengambil bilik .Mereka duduk diatas kerusi yang disediakan.
Selepas beberapa minit.......
"Ni kunci bilik kamu berdua"mama memberi kunci bilik kepada Syahmi.Syahmi mengambilnya.
"Mama dan papa duduk bilik mana?"Syahmi bertanya.
"Kami duduk kat chalet.Kamu yang duduk dalam bilik"mama berkata.
"Oh.Ok kami gerak ke bilik dulu"Syahmi berkata.Mereka menaiki lif.Sesampainya di bilik,Sakinah meletakkan begnya dan terus berbaring di atas katil.
"Bestnya dapat tidur atas katil ni.Seorang"Sakinah berkata.Dia sengaja menekan perkataan seorang.
"Eh.Mana boleh seorang.Ni bilik kita berdua.Kita kenalah kongsi katil"Syahmi berkata.
"Eleh!Siapa yang baring dulu dia yang dapat"Sakinah berkata.Dia menjelirkan lidah.
"Ah!Tak kira.Aku akan tidur jugak atas tilam"Syahmi berkata.Dia pun merebahkan dirinya di atas katil sambil memejamkan matanya.Sakinah mencebik.
"Buat lah mulut itik tu,nanti saya jentik awak!"Syahmi berkata.
"Macam berani"Sakinah berkata.
Syahmi pun bangun dan berjalan mendekati Sakinah.Sakinah melangkah kebelakang.Akhirnya Sakinah sampai di dinding bilik hotel.Syahmi meletakkan tangannya ke dinding hotel untuk mengepung Sakinah supaya dia tidak dapat melarikan diri.Muka Syahmi makin dekat dengan muka Sakinah dan..........
Bersambung.........

No comments:

Post a Comment