Tuesday 10 July 2012

Hanya Dirimu Bab 10

Aryana tersedar daripada tidurnya yang lena.Dia berasa tidurnya kali ini yang paling lena sekali.Aryana pun membuka matanya perlahan-lahan.Setelah matanya terbuka,dia memandang sekeliling dan dia cuba untuk bangun.Dia ingin menunaikan solat isyaknya yang terlajak tetapi tiba-tiba dia terasa seperti ada sesuatu yangberjalar di pinggangnya.Erat sekali seperti tidak melepaskan.Aryana memandang belakangnya dan tanpa dijangka dia memukul kuat orang yang dibelakangnya sambil menjerit kuat.

 Buk! Aryan terbangun daripada tidurnya apabila mendengar bising dan terasa sakit pada bandannya.



"Ada apa ni?"Aryana bertanya dalam keadaan mamai.Dia cuba membuka mtanya tetapi gagal.Aryan cuba lagi sekali dan kali ini dia dapat menyesuaikan matanya.Dia memandang bilik yang terang benderang.Jam yang disebelah dikerlingnya.



'Baru pukul 3 pagi'Aryana berkata di dalam hati.Dia memandang sebelah dan kelihatan Aryana yang sedang memegang bantal.Mukanya seperti takut.



"Ada apa ni Aryana?"Aryan bertanya.Aryana yang melihat orang yang dipukulnya tadi Aryan berasa bersalah tetapi dia juga hairan bagaimana Aryan boleh ada di dalam biliknya.



"Apa kau buat dalam bilik aku hah?!"Aryana bertanya kuat bagi menutup rasa bersalahnya tadi.Dia juga melihat Aryan seperti tidak mengetahui perkara yang berlaku tadi.



"Umm...aku...aku...tadi..tadi nak cari barang"Aryana kelentong.Dia tidak boleh memberitahu Aryana tentang tujuan sebenarnya masuk ke dalam bilik ini.Pecah tembelangnya nanti pasti dia dipukul kuat oleh Aryana.Dan yang pasti dia tidak menginginkan perkara itu berlaku.Cukup sekali dia pernah merasa pukulan hebat milik Aryana.Padahal baru sahaja tadi dia merasa sekali lagi pukulan hebat daripada Aryana.



"Barang apa kau cari sampai boleh tidur?"Aryana bertanya.Pelik dia dengan Aryan yang daripada tadi resah gelisah.Mata Aryan juga meliar tidak boleh duduk diam.



"Adalah!Aku tertinggal.Dah lah aku nak keluar.Duduk sini lama-lama boleh mati aku tengok muka kau yang tak semengah tu!"Aryan berkata dan terus menuruni katil dan berlari keluar daripada bilik Aryana.Aryana yang melihat hanya tergeleng-geleng.



'Ada-ada je Aryan ni dan daripada aku layan dia lebih baik aku sambung tidur'Aryana berkata dan seraya itu mulutnya menguap.Aryana yang masih mengantuk menutup lampu dan membaringkan dirinya yang masih mengantuk,
.............................................................
Aryan berlari menuju biliknya.Apabila sudah sampai dia menutup pintu dan menguncinya pantas.Jantungnya berdegup kencang.Dia mengurut perlahan dadanya bagi menghilangkan lelah kerana penat berlari dan juga bagi menghilang degupan jantungnya yang kencang tadi.Sungguh!Dia tidak betah duduk berdekatan dengan Aryana.Jika dekat dengannya pasti jatungnya akan berdegup kencang seperti sudah berlari 1 km jauhnya.

"Kenapa jantung aku macam ni?"Aryan berkata.

"Atau pun adakah aku sudah..."Aryan bermonolog sendirian dan kakinya melangkah perlahan menuju katilnya.

"Tidak!"Badannya di rebahkan keatas katil dan matanya memandang siling terus terbangun kembali.Dia menggeleng-gelengkan kepalanuya.Dia merebahkan kembali badannya.Termenung jauh memikirkan perasaannya kini.Dan lama kelamaan kantuknya menjengah.

Bersambung....


No comments:

Post a Comment