Thursday 26 July 2012

Cintaku Pada Seorang Pengajar Bab 2


Aisyah dan Iman berjalan perlahan menuju ke meja guru baharu itu.Baru Aisyah mengetahui bahawa Iman Qaiser adalah guru baharunya yang akan menggantikan Puan Ameera yang tengah cuti bersalin.Puan Amera a.k.a Puan Cerewet adalah guru yang dibenci oleh semua orang di sekolah ini.Guru tu kalau bagi kerja memang tak betul.Selalu belok-belok.Iman Qaiser juga akan menjadi guru kelas Iman buat sementara waktu.Apabila hal ini diketahui tadi oleh Aisyah,bukan main melompat lagi minah seorang.Suka sangat Iman Qaiser menjadi guru kelasnya tetapi lain bagi Iman.Ia bagaikan renjetan elektrik bagi Iman yang mematikan semua sarafnya.Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia nanti.Adakah dia akan selamat?

"Iman"Aisyah bisik perlahan.Iman tersentak.Dia memandang Aisyah dengan muka penuh tanda tanya.

"Kata nak mulakan misi kita tu"Aisyah berkata dan serentak dengan itu Iman menepuk dahi.Dia terlupa niatnya yang satu itu setelah fikirannya melayang jauh entah kemana.

"Hehehehe.Sorry.Termengelamun pulak"Iman berkata sambil tersengih.Aisyah pula hanya menggeleng melihat sikap Iman.Mereka sudah sampai ke meja cikgu baharu mereka itu.Meja cikgu itu terletak di bahagian belakang jadi lagi menyenangkan kerja-kerja 'pembaik pulih' dilakukan oleh Aisyah dan Iman.

Dengan pantas,mereka memulakan kerja 'pembaik pulih' meja cikgu baharu mereka itu.Senyuman tidak pernah lekang daripada bibir mereka sehingga mereka habis dan masuk ke dalam kelas.Semua yang dalam kelas melihat mereka memandang pelik.Tiba-tiba je minah dua orang yang kuat membuli ni jadi senyum hari.Dah gila ke apa diorang ni tetapi itu semua tidak diambil kesah oleh Iman dan Aisyah.Janji kerja mereka sudah siap sudah menjadi keutamaan bagi mereka.Iman dan Aisyah pun mengambil tempat ketika sampai di kelas.

Baharu sahaja punggung Iman mencecah kerusinya,cikgu yang mengajarnya hari ini masuk.Sebaik sahaja cikgu itu melangkah masuk ke dalam kelas,Iman tersentak.Dia terkaku di tempat duduknya.Tidak mampu bergerak lagi.Dia terkejut.

"Bangun kelas!"Aiman iaitu ketua kelas 5 Berani memberi arahan.Semua murid bangun kecuali Iman.Iman masih terkejut memandang orang yang dihadapannya itu.Lelaki.Ya,lelaki yang sudah lama tidak ditemui oleh Iman.

"Weyh!Bangun lah.Cikgu pandang kau!"Aisyah berbisik tetapi tidak dihiraukan oleh Iman.Iman tetap statik di tempat duduknya.Tidak ada tanda-tanda mahu bangun.Dia tetap di situ.

"Selamat pagi cikgu!"Aiman memberi salam.Suaranya yang kuat dan jelas mengejutkan Iman.Dia tersedar daripada lamunannya.Dia memandang lelaki dihadapannya.Lelaki tersebut memandangnya tajam.Iman hanya berlagak tidak menghiraukan langsung pandangan lelaki itu.Dia hanya duduk.Tidak mahu bangun.

"Selamat pagi.Kamu semua boleh duduk"Cikgu itu memberi arahan.Semua murid duduk mendiamkan diri.Iman Qaiser berjalan mendekati Iman.Aisyah disebelahnya pula sudah mencubit-cubit dirinya tetapi Iman tidak sedikit pun kesah.Kini Iman Qaiser sudah berada betul-betul dihadapan Iman.Iman memandang Iman Qaiser yang berada di hadapannya.

"Ada apa?"Iman bertanya kasar.Dia menjadi benci melihat muka lelaki ini.Jikalau dahulu dialah orang yang tergila-gilakan Iman Qaiser sehinggakan dia menuruti semua kehendak lelaki itu tetapi kini dia tidak menjadi perempuan seperti itu lagi.Dia sudah berubah.Jauh berbeza daripada sikapnya yang dahulu.

"Kenapa awak tak bangun tadi?"Iman Qaiser bertanya penuh kelembutan.Dia tidak mahu bersikap kasar.Dia juga sudah mengetahui bahawa perempuan yang dikatakan tomboy di sekolah ini rupa-rupanya Iman.Iman yang dahulu pernah dicederakan oleh dirinya.Iman yang kini lain daripada yang dahulu.Iman yang kini tampak lebih ayu walaupun tidak bertudung dan rambutnya pendek.Bagi Iman Qaiser,Iman yang sekarang sudah jauh berbeza berubah.Draipada semua aspek dilihat Iman berubah.

"Tak salah pun kalau saya tak bangun kan kawan lama"Iman berkata.Dibibirnya tersungging senyuman penuh sinis.Iman tersentak.

'Dia ingat lagi aku.Aku ingat dia dah lupakan aku'Iman berkata senang di dalam hati.Dia memandang Iman.

"Ya!Hai kawan lama.Sudah lama akau tak jumpa kau.Makin sihat ek kau sekrang?"Iman berkata tanpa mengingati bahawa dia pernah menyakitkan Iman.

"Ya!Kawan lama.Kawan lama yang sudah mendera saya.Kawan lama yang telah membuatkan saya lebih berani mengahadapi lelaki macam kau!"Iman menjerit lantang.Dan serentak dengan itu berdentum bunyi meja di ketuk kuat oleh Iman.Satu kelas memandang mereka kini.Iman Qaiser tersentak.Tidak teringat pula dirinya mengenai dia memukul Iman sewaktu masa dahulu.

"Kenapa senyap?"Iman bertanya penuh sinis.Dia hanya memandang Iman Qaiser yang berdiam diri tidak berkutik.

"Aku dah mintak maaf kan?Jangan lah ungkit kisah tu lagi"Iman Qaiser berkata penuh lirih.Dia tahu dia sudah membuat kesalahan besar dengan Iman tetapi itu semua kisah lama.

"Mintak maaf?Mintak melalui bapak sendiri dan bukan datang dekat aku.Oh no!Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila pun!"Iman berkata.Dia ingat lagi bapa Iman yang datang kerumahnya meminta maaf dan bukan Iman Qaiser sendiri yang datang tetapi bapanya.Betapa bencinya Iman dengan sikap Iman Qaiser yang pentingkan diri sendiri.

"Panas rasanya aku duduk dekat sini!Aku nak keluar lah!"Iman berkata dan terus keluar meninggalkan Aisyah yang terpinga-pinga dan Iman Qaiser yang bersalah.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment