Monday 12 March 2012

Hanya Dirimu Bab 4




Aryan dan Aryana dalam perjalanan pulang.Mereka sudah meminta izin untuk pulang kepada mama dan papa untuk pulang.Aryana kini berada di dalam kereta.Dia berasa sangat marah dengan Aryan yang telah membuat janji.Tidakkah dia ingat yang Aryan akan menceraikannya dalam masa beberapa bulan akan datang?

“Aryan”Aryana memanggil Aryana yang sedang memandu membelah jalan yang lengang.Tidak banyak kereta pada ketika ini.

“Apa?”Aryana bertanya lembut.Dia ingin memandang wajah Aryana tetapi tidak boleh kerana sedang memandu.

“Kenapa awak cakap macam tu kat mama?Awak tahukan yang awak dah bagi harapan yang besar kat dia?”Aryana berkata geram.Aryana tersenyum sedikit.

“Alah janji je”Aryan berkata sambil lewa.

“Eh!Kalau dah janji kena tunai.Berdosa kau tau x?!”Aryana menjadi berang.Dia tidak suka dengan sikap sambil lewa yang dilemparkan oleh Aryan.Buat tak kesah sama sekali dengan perkara yang membawa kepada kepercayaan seseorang.Aryana paling pantang sekali jika sesuatu perkara yang telah dijanji tidak ditunaikan.

“Dah tu!Tadi patut saya nak cakap apa?Cakap kita ni tak campur lagi?Macam tu ke?!”Aryan mengherdik Aryana kembali.Aryana tersentap.Betul juga yang dikatakan oleh Aryan.Jika tadi mereka berkata begitu semestinya mama yang sedang sakit akan pengsan.

“Ye lah tapi tak semestinya sampai awak kena janji.Itu membabitkan kita.Kita tak pernah campur tau tak?”Aryana berkata kembali.Nadanya kali ini diperlahankan tapi masih terdapat kekerasan di situ.Aryan memberhentikan keretanya di pejalan kaki.Dia memandang Aryana tajam.

“Memang kita tak pernah campur.Lepas tu nak buat macam mana dah mulut saya yang gatal nak cakap macam tu.Nanti bagi je lah alasan lain”Aryan berkata.Dia meraup mukanya dengan tangannya.

“Alasan.Good idea tapi kalau diaorang tau yang kita tak pernah campur awak nak jawab apa?Orang tua ni boleh tengok tau tak?Dia boleh tengok dari muka pun”Aryana memberi amaran.Jika perkara tersebut nak dijalankan dia boleh aja.Tapi kalau sudah ditanya,pandai-pandai lah Aryan nak jawab.

“Hmmm…kalau awak nak teruskan penipuan yang dicipta boleh je.Awak jawab lah kalau dia Tanya saya ni itu ke ini ke?”Aryana menguji Aryan.Aryan sudah memulakan pemanduannya yang terhenti tadi.Dia hanya mengangguk lemah.Dia tidak tahu apa yang mesti dilakukan lagi.Dia buntu dengan perkahwinan aturan daripada keluarganya.Sudah dibilang tidak tapi dipaksa pula.

………………………………………………………….

Aryana melangkah lemah masuk ke dalam biliknya.Dia terasa pening yang teramat sangat.Tidak tahu apa yang membuatkan dirinya pening.Dia merebahkan dirinya di atas katil.Tidak lama kemudian dia terlena.

Aryana tersedar apabila badannya terasa diusap lembut.Badannya juga tersa panas.Mungkin demam Aryana berfikir.Mak!Yana demam mak!.Jika Aryana demam selalunya ibunya akan memeluknya erat dan mengusap badannya lembut.Dia merasa begitu sekarang tetapi sesuatu kelainan pada tangan yang mengusapnya.Seperti kasar dan keras.Tidak sama dengan tangan ibunya yang lembut dan licin.Aryana cuba membuka matanya perlaahan.

Kini terlayar wajah tampan milik Aryan dihadapannya kini.Hanya beberapa inci dari muka dan lelaki tersebut tersenyum kearahnya.

“Dah sedar?”Aryan bertanya lembut.Dia memandang wajah mulus milik Aryana.Teringat sewaktu tadi semasa dia baru sahaja pulang dari kolej.

“Assalamualaikum!Aryana!”Aryan memanggil Aryana.Dia pelik apabila tidak terlihat wajah isterinya di kampus tadi.Selalunya pasti terlihat wajah milik isterinya itu.

“Assalamualaikum!”Aryan menjerit memanggil Aryana.Sudah hamper masuk setengah jam dia tercongok di hadapan rumahnya menunggu kelibat Aryana muncul tetapi hampa kerana tiada sahutan atau bayang yang terlihat.Aryan tiba-tiba menjadi cemas apabila memikirkan keselamatan isterinya.Mungkin Aryana diapa-apakan?Di dalam kepala Aryan sudah terbayang sesuatu yang tidak patut berlaku.Lantas kepalanya berfikir dimana letaknya kunci.Dia cuba mengingati di mana isterinya suka menyimpan kunci jika dia lambat pulang.

“Aha!”Aryan menjerit kesukaan.Dia baru sahaja mengingati di mana tempat isterinya suka menyimpan kunci.Dia bergegas ke pasu yang paling jauh dengan pintu utama.Dia mengorek pasu tersebut.Terlihat sekarang kunci rumah mereka.Aryan berlari dan terus membuka pintu.Dia mengunci dan terus ke bilik.Sesampainya d bilik dia melihat Aryana yang sedang terbaring.Wajahnya kelihatan pucat lesi.

Aryan berjalan mendekati Aryana dan cuba membangunkan Aryana tetapi gagal.Aryana tetap kaku tidak berkutik di tempatnya.Aryan memegang dahi Aryan.Panas!Rupa-rupanya Aryana demam dan itu sebabnya Aryana tidak membuka pintu rumah tadi.

“Aryan!Awak dah kat mana tu?”Aryana mengusik Aryan dan sekaligus memberentikan lamunan Aryan.Aryan tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas.

“Hehehe.Kat sini je lagi”Aryana berkata membalas kata-kata Aryana.Aryana memukul lengan Aryan.

“Awak ni.Awak bila balik?Sorry tak dapat nak sambut tadi”Aryana berkata menyesal.Aryan hanya menggeleng.

“Tak apa.Tadi nasib saya ingat kat mana awak simpan kunci kalau tidak duduk lah saya kat luar”Aryan berseloroh.Aryana hanya tersengih.Dia kemudian bangun.

“Nak pergi mana?”Aryan bertanya.Aryana memandang wajah Aryan.

“Nak pergi tandas.Nak ikut?”Aryana bertanya.Aryan mengangguk laju.

“Jangan nak merepek dekat sini ye cik abang”Aryana berkata seraya mengambil bantal berbentuk hati dan mencampaknya mengenai wajah Aryan.Aryan ketawa.

…………………………………………………………..

Pagi sudah menginjak ke malam.Semua manusia sedang bersiap untuk tidur sama juga seperti Aryan dan Aryana yang sudah bersiap untuk tidur.Aryana di biliknya dan Aryan sudah semestinya dibiliknya.Aryana membaringkan dirinya.Dia melelapkan matanya.Tetapi apabila sudah beberapa minit kemudian dia tercelik kembali.

“Apahal ni mata?Takkan tak nak tidur kot.Kan demam kau demam.Mesti cepat je nak tidur tapi lain pulak sekarang ni”Aryana berkataa.Dia pelik dengan dirinya yang tidak tidur-tidur.Aryana menggolekkan dirinya kekiri dan kekanan tetapi matanya tetap tidak mahu tertutup juga.

Aryana memandang jam di sebelah katilnya.Sudah menginjak jam 1 pagi dan dirinya tidak tidur lagi.Apa nak jadi?Tiba-tiba dia mendengar bunyi bisikan halus.Bisikan itu makin lama makin dekat denga dirinya.Aryana menjadi takut.Bulu romanya sudak menegang.Dalam fikirannya hanya satu iaitu memanggil Aryan.

“Aryan!Aryan!”Aryana memanggil kuat nama Aryana.Sesungguhnya dia takut dengan keadaan sekarang.Bunyiderapan kaki menandakan bahawa Aryan sudah masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa ni Aryana?”Aryan bertanya cemas.Tadi dia baru sahaja menutup televisyen untuk masuk ke dalam biliknya.Apabila mendengar jeritan cemas Aryana dia terus menuju ke bilik Aryana yang bersebelahan dengan biliknya.

Aryana yang mendengar teguran Aryan terus memeluknya erat.Seperti tidak mahu melepaskannya.Aryan terkedu.Dia membalas pelukan erat Aryana.

“Kenapa ni?”Aryan bertanya lembut.Aryana tidak menjawab malah makin earaat dirasakan pelukan Aryana.Aryan pelik juga dengan perangai isterinya yang tercinta ini.Ya!Dia mencintai Aryana dan perasaan sudah mulai bertumbuh dalam dirinya sejak pertama kali malihat wajah Aryan di kampus dulu.Lelaki yang telah mebuatkan dirinya gila bayang terhadap Aryana sehingga sanggup bergaduh besar dengan gadis itu.

“Takut..”Aryana berkata perlahan.Mukanya diletakkan pada dada bidang milik suaminya.Dia suka berbuat begitu kerana terasa seperti dilindungi.

“Dah…dah..Tak ada apa-apa dah”Aryan cuba menenangkan Aryana yang sedang ketakutan.Dia mengusap lembut belakang Aryana.

Kini Aryan sudah duduk di biarai katil.Dia sedang menidurkan Aryana.Terdengar dengkuran kecil dari Aryana.Dia pasti Aryana sudah lena dibuai mimpi.Dia berkira-kira mahu masuk ke dalam biliknya walaupun hatinya menegah.Tak sanggup rasanya ingin meninggalkan Aryana seorang diri.Aryan bangun tetapi belum sempat dia melangkah pergi,dia sudah dihalang oleh Aryana.

“Tolong temankan saya tidur.Saya takut”Aryana berkata lemah.Hati Aryan sudah bersorak riang dengan pelawaan Aryana.

“Ok”Aryan menjawab.Dia merebahkan dirinya disebelah Aryana.Tanpa dipinta,Aryana terus sahaja memeluk Aryan erat.Sekali lagi Aryan terkedu.Aryan membalas pelukan Aryana.Dia mencium dahi Aryana penuh syahdu.Setelah lama di situ bibirnya turun ke hidung milik isterinya.Aryana hanya membiarkan sahaja kerana dia rela apa yang akan berlaku.Dan akhirnya bibir merah milik Aryan turun ke bibir munggil Aryana.Lama diciumnya bibir itu dan pelukan mereka makin erat.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment