Friday 23 March 2012

Hanya Dirimu Bab 8



Sudah lenguh kaki Aryan menemani Aryan ber’shopping’.Tidak dia menyangka Aryana seorang rajin ber’shopping’.Tadi sesampainya di kedai yang dituju terus sahaja kakinya ringan masuk ke dalam kedai.Manakala mulutnya tidak henti mengritik baju yang dicuba.Apa nak jadi dengan Aryana ni….

Aryan duduk di atas kerusi yang disediakan oleh Sunway Pyramid sambil menunggu Aryana yang sibuk membayar baju-baju yang dibeli.Di tangan Aryan juga sudah penuh dengan baju-baju berjenama Aryana.Kalau setiap minggu macam ni,pokai lah duit Aryan.

Aryan melihat Aryana yang terkocoh-kocoh membawa beg kertas yang mengandungi pakaian yang dibayarnya.Muka Aryana juga kelihatan keruh.

‘Ni mesti ada ‘something’ ni.Baik aku tanya’Aryan berkata di dalam hati.Dia pun terus berjalan kearah Aryana.Dia cuba mengukir senyuman kepada Aryana.Dia memimpin Aryana untuk duduk bagi menghilangkan penatnya.

“Kenapa ni?”Aryan bertanya.Aryana disebelah dipandang lembut.

“Orang yang kat kedai tadi tu gedik sangat.Dia tak caya yang awak suami saya.Dia cakap tak mungkin sebab saya ni cerewet.Awak rasa saya memang cerewet ek?”Aryana berkata dengan nada yang sedih.Mukanya bertambah keruh.Dia betul-betul terasa hati dengan kata-kata yang keluar daripada mulut jahat jurukaunter di kedai tadi.

“Tak adalah.Kalau awak cerewet,saya tak adaah suka awak kan?Terima awak jadi isteri saya?Betul tak?”Aryan berkata bagi melembutkan hati Aryana.Dia berasa feram dengan kata-kata Aryana tadi.Jahat sungguh mulut mereka!

“Ye ke?Entah-entah sebab awak ada ‘dare’ ke ngan siapa-siapa.Tu lah yang tiba-tiba baik tu”Aryana membuat andaian.Aryan yang mendengar kata-kata itu cepat-cepat menggeeng.Itu tidak betul sama sekali!

“Tak.Awak jangan nak merepek dah!”Aryan berkata keras.Dia tidak selesa dengan andaian yang dibuat oleh Aryana.Sesungguhnya semua itu tidak betul.

Aryana yang mendengar suara keras Aryana terus sahaja menangis.Dia sudah tidak taha n untuk menahan air matanya daripada jatuh.Tidak dipedulikan orang ramai yang lalu-lalang.Dia terus menyembamkan mukanya pada dada bidang Aryana.Dilepaskan tangisannya disitu.Aryan hanya menepuk belakang Aryana bagi meredakan tangisannya yang mulai kuat.

“Aryana.Dah tak mau lah nangis-nangis ni.Buruk saya tengok”Aryan berkata.Dia menyapu sisa airmata Aryana dengan jari jemarinya yang runcing.Aryana ketawa apabila mengenangkan dirinya yang menangis di tengah-tengah mall.Aryan memeluk Aryana erat.Aryana membalas pelukan Aryan dan mereka bersama-sama berjalan menuju ke rumah setelah penat membeli-belah.

……………………………………………………

Aryana bangun daripada tidurnya.Dia merasa tidak selesa dengan keadaannya sekarang.Dia pun bangun untuk ke tandas.Tidak dipedulikan Aryan disebelah kerana begitu terasa tidak selesa dengan keadaannya.

“Argh!”Aryana menjerit kemarahan.Kenapa mesti sekarang?Eee…geramnya.Aryana pun keluar daripada bilik air dengan muka yang masam.Dia berbaring kembali di sebelah Aryan.Matanya kembai dipejamkan.

“Aryana!!!”Aryan memanggil Aryana yang sedang lena diulit terus bangun terduduk.Dia menenyeh matanya kerana silau dengan cahaya bilik.Pandangannya juga kabur.Setelah jelas,dia memandang lelaki yang mengganggu tidurnya tadi.

“Apa?”Aryana bertanya malas.Matanya juga semakin berat dirasakan.Aryan hanya memandang dengan senyuman sinis di bibirnya.

“Tak solat ke?”Aryan bertanya sinis.Aryana tersentak.Matanya terbuka luas.

‘Macam nak bagitahu ni’Aryana berfikir.Dia hanya mengetap bibir.

“Kan kena solat.Berdosa tak solat tahu tak?Masuk neraka.Kau nak ke?”Aryan bertanya sinis.Dia hanya memandang Aryana yang serba tidak kena.Aryana yang sduah tidak tahan diperli terus bangun dan mencari kertas dan pen.Dia menulis sesuatu kemudian dipaksanya Aryan untuk membacanya.

Perempuan kalau period tak payah solat kan?

-Aryana-

Aryan yang membaca nota tersebut hanya tersenyum.Aryana sudah tidak tahan.Diketipnya bibir kuat.

“Oh!Cakap lah awal-awal!”Aryan berkata.Terbit senyuman nakal dari bibirnya.Aryana hanya tersipu-sipu malu dengan kenyataan Aryan.

“Dah berapa hari ni?”Aryan bertanya.Aryana yang mendengar sudah mencampakkan batal ke arah muka Aryan.

“Eee…geramnya.Tu lah malas tu nak cerita kat kau!”Aryana menjerit.Aryana mengejar Aryan.Aryan yang melihat pergerakan pantas Aryana yang ingin mengejarnya terus sahaja meringankan kaki menuju ke bilik air.Dia tergelak bahagia.

………………………………………..

Aryana dan Aryan berjalan beriringan menuju masuk ke dalam universiti.Senyuman bermain di bibir masing-masing.Tangan mereka bertaut sambi berjalan masuk.Orang ramai yang melihat ada yang menjeling,yang mengejek dan tidak lepas bersorak.Aryana dan Aryan hanya menggeleng.

“Awak!Lawak lah diaorang ni.Tengok kita dah baik pun macam kita ni masih musuh”Aryana berkata sambil mencebik.Entah kenapa sekarang suka sangat Aryana mencebit.Menjadi tabiatnya yang baru mungkin.

“Biarlah dia orang!”Aryan berkata.Mereka pun meneruskan perjalanan untuk ke bilik kuliah masing-masing.Tapi malangnya di pertengahan jalan mereka di ganggu lagi.Kali ini Rania pula yang menganggu.

“Hai baby!!”Rania memanggil Aryan.Dia menolak Aryana dan memeluk lengan Aryan erat.Aryana sudah berasa tidak selesa.

“Rania!Boleh tak kalau tak pegang lengan I ni!Rimas tahu tak?!”Aryan menjerit ke muka Rania.Rania terkesima.Aryana pula hanya menekur memandang lantai.

“Kenapa ni baby?Selalunya you tak kisah pun”Rania berkata manja.Dia cuba memeluk Aryan kembali tetapi cepat-cepat dielak oleh Aryan.Dia memeluk Aryana.

“Untuk pengetahuan you!Ni isteri I.So jangan kacau I lagi boleh tak?”Aryan berkata.Rania kelihatan terpinga-pinga.

“Korang?!Suami isteri?!Bukan korang selalu bergaduh ke?”Rania berkata kuat!Orang yang lalu lalang hanya menadang pelik.Aryan sudah malu.

“Ya!Walaupun kita orang suka gaduh tapi kita orang dah baik!So, jangan kacau kita orang ok!”Aryana pula menjawab.Rania tidak puas hati.Dia menhentak-hentakkan kakinya.

“Kenapa you buat I macam ni!”Rania menjerit.Dia sudah terduduk di lantai universiti.Orang yang lalu lalang hanya menjeling tajam.

“Sebab you tu gedik.You tahu!Dah lah!Malas I layan you.Bye”Aryan berkata.Sejurus selepas itu,mereka pun terus berlalu pergi.Rania yang terduduk sudah tersedu-sedan menangis

-Bersambung-

No comments:

Post a Comment