Saturday, 4 August 2012

Hanya Dirimu Bab 12

 
Aryan memandang keluar tingkap.Dia masih memikirkan tentang subjek yang ingin dibicarakan oleh Aryana.Adakah perkara yang ingin dibacarakan itu penting?Ataupun sebaliknya?

"Argh!Apa aku kesah!"Aryan berkata sambil tangannya meramas rambutnya yang tadi tersikat kemas.Kini rambutnya menjadi kusut dan dia kelihatan serabai.

"Tapi aku betul-betul nak tahu apa dia nak cakap.Nak pergi tanya ke tak?"Aryan berkira-kira.Dia tidak tahu keputusan yang sesuai.

"Baik aku tanya daripada aku duduk sini macam orang pening kepala fikir benda alah tu"Aryan berkata dan dia berdiri dan berjalan menuju ke bilik Aryana yang terletak bersebelahan dengan biliknya.

..........................................................................

Aryana kini berada di dalam bilik air.Dia sedang bersiap untuk tidur.Sudah beberapa kali dia menguap dan ini merupakan hari yang paling awal dia pernah tidur awal mengikut sejarahnya.Ibunya dulu pernah menceritakan kepadanya bahawa dahulu paling awal dia pernah tidur pun pukul 10 malam dan hari ni dia tidur pada jam 9 malam.Awalnya

Setelah selesai semua urusannya dan menyimpan kembali alatan dia keluar daripada tandas dan berjalan menuju ke tempat beradunya.Katilnya juga seperti memanggil dirinya

"Aryana...tidurlah...tidurlah"itu yang didengari oleh Aryana dan laju kakinya melangkah ke katil.Dia merebahkan badannya dan memejamkan matanya.Belum sempat dia lena biliknya sudah diketuk kuat dari luar.

Tuk!Tuk!Tuk!!

Aryana merengus kegeraman.'Siapa pulak yang nak datang bilik aku malam-malam buta ni?Mengantuk lah!'Aryana berkata kegeraman di dalam hatinya.Dia berjalan perlahan.Kantuknya yang tadi sarat kini tidak lagi kerana ketukan kuat tadi.

Sementara Aryan diluar pelik.Dia menggaru kepalanya.

'Takkan dah tidur kot?'Aryan bertanya didalam hatinya.Dia berkira-kira untuk pergi setelah beberapa ketukan dan pintu tidak terbuka.Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi dan serentak dengan itu pintu terbuka daripada dalam.Terjengul wajah Aryana yang mengantuk serta bengang.Aryan kembali memandang Aryana.

"Ada apa datang bilik aku malam-malam buta ni?Kacaulah!Aku mengantuk giller ni!"Aryana berkata.Dia menekan perkataan yang desebutnya tanda dia sedang marah dan tidak mahu dikacau.Aryan hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas.

"Aku nak tanya pasal benda yang kau nak cakap ngan aku tadi pagi"Aryan berkata.Aryana sudah menjerit kegeraman.

"Tu je kau nak tanya.Tu boleh esok aku cakap!Aku mengantuk tahap terlebih daripada gaban dah ni!Ergh!"Aryana merengus kuat dan terus menghempas pintu biliknya kuat.Aryan yang berada betul-betul dihadapan pintu mengurut dada.

"Nasib aku tak mati"Aryan berkata dan menuju ke biliknya.

.......................................................

Rania membuka mata.Dia masih dalam keadaan pening-pening lalat kerana menegak air haram itu.Dia menutup matanya kembali dan memusingkan badannya menghadap kearah bertentangan.Dia membuka kembali matanya dan dia terus menjerit ketakutan

"Argh!"Rania menjerit kuat.Lelaki yang sedang nyenyak tidur itu terjaga.Rania bagun dan menarik selimut bersamanya.Dia tangan Rania terdapat bantal untuk dijadikan perlindungan.

"Ada apa ni?"lelaki tersebut bertanya.Suaranya serak menandakan dia baharu sahaja terjaga daripada tidur.

"Kau siapa?"Rania bertanya.Dia mengacu-acukan bantal tersebut ke muka lelaki itu.Lelaki itu yang baharu sahaja ingin melelapkan kembali matanya terjaga.Dia mencelikkan matanya dan memandang Rania.

"Kau pulak siapa?Macam kita boleh ada kat sini?"lelaki tersebut bertanyapelik.Dia memandang Rania tajam.Rania yang tidak mengetahui kisah sebenar hanya mengangkat bahu.Tangannya masih kemas menggengam bantal.

"Weyh!Tak payah lah kau nak pegang bantal peluk tu.Kau ingat kau pegang bantal tu aku takut.Aku tak heran lah.Aku ni bukan jahat so,tak lepas je lah bantal peluk tu"lelaki itu berkata.Dia hanya tersenyum memandang Rania.Daripada raut muka Rania jelas menunjukkan dia tidak pernah bergaul dengan lelaki.Rania yang mendengar butir bicara lelaki tersebut melepaskan bantal tersebut.Dia duduk di kerusi yang disediakan di situ.

"Eh!"Rania menjerit kuat apabila dapat mengenal pasti lelaki yang berada di hadapannya kini.Lelaki itu!Lelaki yang pakai baju merah hari tu lah! Rania berkata di dalam hati.Aiman yang tersentak memandang Rania dengan wajah yang penuh tanda soal.

"Kenapa?"Aiman bertanya.Dia memandang wajah Rania.

'Bila aku amati muka dia ni macam pernah jumpa....tapi dekat mana?Hah!Yang perempuan yang tak malu tu lah!'Aiman berkata di dalam hati.Fikirannya kembali mengingati kejadian yang terjadi kepada Rania yang menyebabkan dia tergelak kuat.Sampai tergolek-golek macam ayam golek.

"Kau!"mereka berkata serentak.Mata mereka bulat memandang satu sama lain manakala jari mereka kedua-duanya menunjukkan jari telunjuk.

"Kau yang gedik sangat tu kan?"Aiman berkata sambil menahan gelak yang hampir terhambur.Dia cuba untuk menutup nya tetapi tidak mampu.Rania yang mendengar sudah mengangkat penumbuk.

"Tak pe lah.Aku tak kesah tapi lebih baik kita perkenalkan diri.Aku Rania Alia.Panggil je Rania"Rania memperkenalkan diri.Tangannya dihulurkan untuk bersalam.

"Aku Aiman"Aiman pula memperkenalkan diri dan menyambut huluran Rania.Mereka sama-sama menyayangkan gigi mereka dengan senyuman penuh gembira dengan pertemuan mereka ini.Tetapi di dalam fikiran masing-masing sudah memasang strategi untuk meminta tolong atas satu sebab yang sama iaitu perebutan cinta

Bersambung....

No comments:

Post a Comment