Thursday, 29 March 2012

Hanya Dirimu Bab 9




  Rania duduk di kerusi yang terletak dibawah pokok sebuah pokok rending.Dia cuba mengawal kemarahannya.Tangannya dikepal.Marahnya pada Aryana tidak dapat dibendung dari dahulu lagi.Ada sahaja jawapan yang Aryana akan jawab bagi melawannya.

“Geramnya aku!Kau tahu tak,kalau tak sebab kau sekrang mesti Aryan dah milik aku,Aryana!!”Rania membentak kuat.Dia berasa ingin sahaja dia menampar pipi mulus milik Aryana tetapi jika dilakukan begitu jatuhlah reputasinya yang sedang tinggi menjulang.

“Aryana,aku akan pastikan Aryana tu milik aku.Kau akan menyesal sebab dah rampas Aryan daripada aku.Dia tu milik aku dari dahulu lagi.Kau yang potong line!Argh!”Rania menjerit kuat.Dia menendang tanah yang berpasir.Pasir tersebut masuk ke dalam mata Rania menyebabkan Rania menjerit kuat.Dia menenyeh matanya.Orang ramai yang melihat aksi Aryana hanya tersenyum sinis.

……………………………………………………………….

  Aryan dan Aryana sudah sampai ke rumah.Penat lelah kuliah tadi masih terasa.Mereka berbaring di atas sofa.Aryana berbaring di atas peha Aryan manakala Aryan duduk.

“Fuh!Penatnya”Aryan berkata.Dia memejamkan matanya bagi mengurangkan penat.Bukan hanya disebabkan kuliah malah tadi mereka berkejar-kejaran satu sama lain semasa di universiti bagi mendapatkan tempat duduk.Gelagat mereka yang seperti keanak-anakan mendapat perhatian orang yang lalu.Semua hanya tergelak kecil melihat mereka.Sungguh bahagia dirasakan.

“Aryan!”Aryana memanggil Aryan.Hilang semua lamunannya sebentar tadi.Sengih yang menghiasi bibirnya juga berganti.Keningnya terangkat.

“Apa?”Aryan bertanya.Dia masih belum puas mengingati perkara yang berlaku.Indah dirasakan hidupnya dengan Aryana yang menyerikan hidupnya.Tidak disanga mereka akan berbaik.Disangkanya mereka akan bercerai selepas beberapa bulan tetapi kini sudah masuk 5 bulan mereka berkahwin dan hubungan mereka dirasakan semakin baik dari hari ke hari.

“Tengok!Mengelamun balik.Cakap sorang-sorang pulak aku!”Aryana berkata marah.Dia memeluk tubuh tanda protes.Aryan yang tersentak memandang Aryana.Dia tersenyum dengan gelagat Aryana memprotes.

“Ya!Aku sorry ok.Apa kau cakap tadi?”Aryan bertanya kembali.Dipandang wajah Aryana yang bersih tanpa jerawat dimukanya.

“Tak nak!Aku merajuk!”Aryana berkata.Dia memalingkan badannya membelakangi Aryan.Dia masih memeluk tubuh.Aryan tersenyum nakal.

“Ok!Kalau kau tak nak….”Aryan meberhantikan kata-katanya.Dia terus menggeletek Aryana.Aryana apalagi,terjerit kegelian lah dia.

“Ok…ok..stop…Geli ni!”Aryana berkata dengan sisa gelak.Dia memandang Aryan.Aryan memandang Aryana.Maing-masing menyembunyikan senyuman.Kemudian ketawa terburai daripada mulut masing-masing.

……………………………………………………….

  Hari ini Aryan dan Aryana pergi ke universiti seperti biasa.Aryana dan Aryan berjalan menuju ke dewan kuliah tetapi dipertengahan jalan dia diganggu dengan kehadiran seseorang yang tidak dijangka.

“Hai!”seseorang menyapa mereka.Aryan dan Aryana yang sedang berjalan berhenti.Mereka memalingkan badan mereka.Dilihatnya seorang lelaki yang berbadan tegap berdiri dihadapan mereka.Aryan dan Aryana masing terbeliak mata mereka.Tidak disangka dia disini.Di hadapan mereka.

“Hai!”Aryan dan Aryana berkata serentak.Masih terkejut dengan kehadirannya di sini.

“Lama tak jumpa kan?”lelaki itu bertanya.Dia tersenuym manis kepada pasangan sejoli ini.Aryana menelan liur.Dia pasti Aryan akan cemburu besar dengan kehadiran dia disini.

“Ha ah.Lama sangat tak jumpa kan.Kau sihat?”Aryana bertanya sekadar menjawab.Dia hanya senyum bagi memberikan jawapan.Aryana mengenggam tangan Aryan erat.Dia tahu Aryan sedang terbakar dengan kehadiran dia disini.Diharapnya dia hanya bersabar sahaja.

“Ok lah.Kami gerak dulu”Aryana berkata.Dia terus berjalan sambil memimpin tangan Aryan.Aryan hanya mengekori Aryana.Dia tahu Aryana memahami perasaannya sekarang.

………………………………………………………

  Aryana menjadi risau melihat keadaan Aryan.Dari tadi lagi Aryan hanya mendiamkan diri tidak berkutik.Selepas sahaja bertemu Aiman di universiti,Aryan terus sahaja menjadi seorang yang pendiam.Dia tidak langsung bercakap dengan Aryana.Mukanya serius apabila dipandang.Senyuman tidak menghiasi bibirnya sperti selalu.

“Aryan.Kenapa dengan awak?”Aryana bertanya.Dia memandang Aryan risau.Aryan hanya menyangkan muka tanpa perasaan.Aryana menjadi sedih dengan respon yang diberikan Aryan.

“Aryan.Apa salah saya ni?”Aryana bertanya nlagi.Dia cuba menahan kolam airmatanya daripada pecah.Aryan buat tidak dengar.Dia hanya memandang televisyen dihadapannya.Aryana menjadi semakin sedih.Entah kenap perasaan ini datang.

“Awak marah sebab Aiman tu ke?Saya tak tahu pun dia datang kat universiti kita ni”Aryana berkata serak.Dia tidak tahan.Dia terus bangun dan menuju ke tandas.Dia cuba menaahan airmatanya daripada mengalir tetapi dia tidak kuat.Dia tidak kuat dengan perangai Aryan yang tidak mahu melayannya seperti selalu.Dia menangis sepuas hati di dalam tandas.Aryan yang diluar bersalah dengan tindakannya tadi.Dia tidak sepatutunya berbuat begitu kepada Aryana.Aryana tidak bersalah.Aryana diselubungi perasaan bersalah kini.

………………………………….

  Setelah Aryana puas menangis,dia membasuh mukanya.Dia keluar dan menuju ke katil untuk tidur.Selepas  menangis tadi,tenaganya hilang.

  Dia membaringkan dirinya diatas katil empuk itu.Dia cuba memejamkan matanya.Kantuknya menjengah dan membawanya ke alam mimpi yang akan menghilangkan derotanya yang seketika tadi.

……………………………………………….

  Aryan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik Aryana.Dia membuka dan menutupnya perlahan.Jalannya  terjengket-jengket menuju ke katil Aryana.

  Pabila sudah sampai,dia memandang wajah Aryana walaupun lampu di dalam bilik dalam keadaan samar-samar.Wajah Aryana yang tenang seperti air di kali.Wajahnya juga kelihatn cantik dan tidak berkerut seperti selalu.Marah sahaja kerjanya.Betul lah kata mama bahawa muka sebenar seseorang boleh dilihat ketika tidur.Walaupun segarang mana seseorang itu tetapi jikalau tidur mukanya yang sebenar akan kelihatan juga.

Aryan pun menaiki katil.Dia membaringkan dirinya disebelah Aryana.Pinggang Aryana yang ramping dipeluknya erat.Dia mencium rambut wangi Aryana.

“Aryana.Aku minta maaf sebab abaikan kau tadi.Aku tak sengaja.Aku sebenarnya cemburu dengan Aiman.Aku takut dia ambil kau daripada aku.Aku syang kau sangat-sngat.Tidak dapat dibayangkan jika kau jatuh ke tangan dia.Aku minta maaf sangat-sangat,saying”Aryan membisikkan maaf ketelinga Aryana.Dieratkan lagi pelukannya dan makin lama makin berat matanya.Akhirnya dia tertidur dengan pelukan yang erat.

Bersambung….

Friday, 23 March 2012

Hanya Dirimu Bab 8



Sudah lenguh kaki Aryan menemani Aryan ber’shopping’.Tidak dia menyangka Aryana seorang rajin ber’shopping’.Tadi sesampainya di kedai yang dituju terus sahaja kakinya ringan masuk ke dalam kedai.Manakala mulutnya tidak henti mengritik baju yang dicuba.Apa nak jadi dengan Aryana ni….

Aryan duduk di atas kerusi yang disediakan oleh Sunway Pyramid sambil menunggu Aryana yang sibuk membayar baju-baju yang dibeli.Di tangan Aryan juga sudah penuh dengan baju-baju berjenama Aryana.Kalau setiap minggu macam ni,pokai lah duit Aryan.

Aryan melihat Aryana yang terkocoh-kocoh membawa beg kertas yang mengandungi pakaian yang dibayarnya.Muka Aryana juga kelihatan keruh.

‘Ni mesti ada ‘something’ ni.Baik aku tanya’Aryan berkata di dalam hati.Dia pun terus berjalan kearah Aryana.Dia cuba mengukir senyuman kepada Aryana.Dia memimpin Aryana untuk duduk bagi menghilangkan penatnya.

“Kenapa ni?”Aryan bertanya.Aryana disebelah dipandang lembut.

“Orang yang kat kedai tadi tu gedik sangat.Dia tak caya yang awak suami saya.Dia cakap tak mungkin sebab saya ni cerewet.Awak rasa saya memang cerewet ek?”Aryana berkata dengan nada yang sedih.Mukanya bertambah keruh.Dia betul-betul terasa hati dengan kata-kata yang keluar daripada mulut jahat jurukaunter di kedai tadi.

“Tak adalah.Kalau awak cerewet,saya tak adaah suka awak kan?Terima awak jadi isteri saya?Betul tak?”Aryan berkata bagi melembutkan hati Aryana.Dia berasa feram dengan kata-kata Aryana tadi.Jahat sungguh mulut mereka!

“Ye ke?Entah-entah sebab awak ada ‘dare’ ke ngan siapa-siapa.Tu lah yang tiba-tiba baik tu”Aryana membuat andaian.Aryan yang mendengar kata-kata itu cepat-cepat menggeeng.Itu tidak betul sama sekali!

“Tak.Awak jangan nak merepek dah!”Aryan berkata keras.Dia tidak selesa dengan andaian yang dibuat oleh Aryana.Sesungguhnya semua itu tidak betul.

Aryana yang mendengar suara keras Aryana terus sahaja menangis.Dia sudah tidak taha n untuk menahan air matanya daripada jatuh.Tidak dipedulikan orang ramai yang lalu-lalang.Dia terus menyembamkan mukanya pada dada bidang Aryana.Dilepaskan tangisannya disitu.Aryan hanya menepuk belakang Aryana bagi meredakan tangisannya yang mulai kuat.

“Aryana.Dah tak mau lah nangis-nangis ni.Buruk saya tengok”Aryan berkata.Dia menyapu sisa airmata Aryana dengan jari jemarinya yang runcing.Aryana ketawa apabila mengenangkan dirinya yang menangis di tengah-tengah mall.Aryan memeluk Aryana erat.Aryana membalas pelukan Aryan dan mereka bersama-sama berjalan menuju ke rumah setelah penat membeli-belah.

……………………………………………………

Aryana bangun daripada tidurnya.Dia merasa tidak selesa dengan keadaannya sekarang.Dia pun bangun untuk ke tandas.Tidak dipedulikan Aryan disebelah kerana begitu terasa tidak selesa dengan keadaannya.

“Argh!”Aryana menjerit kemarahan.Kenapa mesti sekarang?Eee…geramnya.Aryana pun keluar daripada bilik air dengan muka yang masam.Dia berbaring kembali di sebelah Aryan.Matanya kembai dipejamkan.

“Aryana!!!”Aryan memanggil Aryana yang sedang lena diulit terus bangun terduduk.Dia menenyeh matanya kerana silau dengan cahaya bilik.Pandangannya juga kabur.Setelah jelas,dia memandang lelaki yang mengganggu tidurnya tadi.

“Apa?”Aryana bertanya malas.Matanya juga semakin berat dirasakan.Aryan hanya memandang dengan senyuman sinis di bibirnya.

“Tak solat ke?”Aryan bertanya sinis.Aryana tersentak.Matanya terbuka luas.

‘Macam nak bagitahu ni’Aryana berfikir.Dia hanya mengetap bibir.

“Kan kena solat.Berdosa tak solat tahu tak?Masuk neraka.Kau nak ke?”Aryan bertanya sinis.Dia hanya memandang Aryana yang serba tidak kena.Aryana yang sduah tidak tahan diperli terus bangun dan mencari kertas dan pen.Dia menulis sesuatu kemudian dipaksanya Aryan untuk membacanya.

Perempuan kalau period tak payah solat kan?

-Aryana-

Aryan yang membaca nota tersebut hanya tersenyum.Aryana sudah tidak tahan.Diketipnya bibir kuat.

“Oh!Cakap lah awal-awal!”Aryan berkata.Terbit senyuman nakal dari bibirnya.Aryana hanya tersipu-sipu malu dengan kenyataan Aryan.

“Dah berapa hari ni?”Aryan bertanya.Aryana yang mendengar sudah mencampakkan batal ke arah muka Aryan.

“Eee…geramnya.Tu lah malas tu nak cerita kat kau!”Aryana menjerit.Aryana mengejar Aryan.Aryan yang melihat pergerakan pantas Aryana yang ingin mengejarnya terus sahaja meringankan kaki menuju ke bilik air.Dia tergelak bahagia.

………………………………………..

Aryana dan Aryan berjalan beriringan menuju masuk ke dalam universiti.Senyuman bermain di bibir masing-masing.Tangan mereka bertaut sambi berjalan masuk.Orang ramai yang melihat ada yang menjeling,yang mengejek dan tidak lepas bersorak.Aryana dan Aryan hanya menggeleng.

“Awak!Lawak lah diaorang ni.Tengok kita dah baik pun macam kita ni masih musuh”Aryana berkata sambil mencebik.Entah kenapa sekarang suka sangat Aryana mencebit.Menjadi tabiatnya yang baru mungkin.

“Biarlah dia orang!”Aryan berkata.Mereka pun meneruskan perjalanan untuk ke bilik kuliah masing-masing.Tapi malangnya di pertengahan jalan mereka di ganggu lagi.Kali ini Rania pula yang menganggu.

“Hai baby!!”Rania memanggil Aryan.Dia menolak Aryana dan memeluk lengan Aryan erat.Aryana sudah berasa tidak selesa.

“Rania!Boleh tak kalau tak pegang lengan I ni!Rimas tahu tak?!”Aryan menjerit ke muka Rania.Rania terkesima.Aryana pula hanya menekur memandang lantai.

“Kenapa ni baby?Selalunya you tak kisah pun”Rania berkata manja.Dia cuba memeluk Aryan kembali tetapi cepat-cepat dielak oleh Aryan.Dia memeluk Aryana.

“Untuk pengetahuan you!Ni isteri I.So jangan kacau I lagi boleh tak?”Aryan berkata.Rania kelihatan terpinga-pinga.

“Korang?!Suami isteri?!Bukan korang selalu bergaduh ke?”Rania berkata kuat!Orang yang lalu lalang hanya menadang pelik.Aryan sudah malu.

“Ya!Walaupun kita orang suka gaduh tapi kita orang dah baik!So, jangan kacau kita orang ok!”Aryana pula menjawab.Rania tidak puas hati.Dia menhentak-hentakkan kakinya.

“Kenapa you buat I macam ni!”Rania menjerit.Dia sudah terduduk di lantai universiti.Orang yang lalu lalang hanya menjeling tajam.

“Sebab you tu gedik.You tahu!Dah lah!Malas I layan you.Bye”Aryan berkata.Sejurus selepas itu,mereka pun terus berlalu pergi.Rania yang terduduk sudah tersedu-sedan menangis

-Bersambung-

Wednesday, 21 March 2012

Hanya Dirimu Bab 7.




Aryana bangun dan membersihkan diri.Dia masih lagi berfikir cara untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada Aryan.Jika Aryan tahu dia menyukai Aiman sewaktu dahulu,pasti cemburu besar dia nanti.

Aryana berjalan untuk ke dapur tetapi belum sempat dia membuka pintu bilik,dia sudah dipeluk erat daripada belakang.Dia tahu siapa yang memeluknya dan pasti orang itu akan meminta penjelasan mengenai peristiwa semalam.Aryana mesti menceritakan juga perkara yang sebenar walaupun dia tahu suaminya yang seorang ini pasti akan cemburur besar.

Aryana pun memandang suaminya yang tersenyum.Aryana membalas senyuman suaminya.

“Ni mesti nak tahu pasal semalam kan?”Aryana meneka.Aryan senyum lebar.Tahu-tahu aja!Dia mengangguk.

“Ok.Macam ni cerita dia..”Aryana pun menceritakan perkara yang sebenar kepada Aryan.Aryan berkerut-kerut mendengar cerita Aryana.Terbit rasa cemburur dalam diri tapi ditepis kerana itu cerita lama bukan sekarang pun.Sekarang Aryana milik dia yang abadi.

“Macam tu lah cerita dia”Aryana menghabiskan ceritanya.Aryan disebelah menjadi terpegun.Tidak disangka isterinya ini alah kepada kaum adam sepertinya.Dia juga berasa bangga kerana dia dapat membuka pintu hati Aryana yang tertutup.

“Jelous saya”Aryan berkata seakan-akan merajuk.Aryana hanya tersengih.

“Tahu tapi awak nak tahu sangat jadi,saya pun cerita lah.Jangan jelly.Cerita lama lah”Aryana memujuk.Dia memeluk Aryan erat.Aryan membalas pelukan Aryana.Dia tersenyum dengan pujukan Aryana.

“Ok.Saya tak jelous.Sekarang jom turun makan.Saya lapasr.Perut dah berkeroncang”Aryan berkata.Aryana tergelak.Mereka sungguh bahagia dengan kehidupan mereka sekarang.

…………………………………

Aiman berjalan mundar-mandir di dalam biliknya.Dia masih memikirkan tentang peristiwa semalam.Musnah rancangannya ingin memiliki Aryana.Gadis yang dicintai olehnya sepenuh hati.

“Argh!!!!”Aiman menjerit kegeraman.Dia masih tidak berpuas hati melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Aryana dan Aryan.

Tuk!Tuk!

Bunyi ketukan yang kuat di luar memberhentikan kemarahan Aiman yang meluap-luap.Dia membuka pintu bilik.Terjengul wajah ibunya di muka pintu.

“Apa?!”Aiman bertanya geram.Dia sedang berasa marah dan tiba-tiba diganggu oleh ibunya ini.

“Ibu tahu.Mesti Aiman tengah marah dengan Aryan yang merampas Aryana kan?”ibu Aiman meneka.Aiman mengangguk laju.

“Geram Aiman”Aiman berkata marah.Hancur semua!

“Aiman nak rampas balik Aryana?”ibu Aiman bertanya.Aiman mengangguk laju.Ibu Aiman tersenyum jahat.Dia membisikkan rancangannya ke telinga Aiman.Aiman berkerut memahami rancangan ibunya.Akhirnya senyuman kejahatan tebit di bibirnya.Dia gelak jahat bersama ibunya.

Rancangan yang bakal dilakukan olehnya pasti akan mengejutkan Aryana dan kepercayaan Aryan pasti akan hilang sama sekali.Peluang yang ada akan direbut oleh Aiman untuk mendapatkan Aryana.Dia akan melakukannya selangkah demi selangkah.Perlahan-lahan.Tidak boleh ada sedikit pun kesalahan.Jika kesalahan dilakukan,pasti akan rosak rancangan jahatnya ini.

Dalam fikiran Aiman sudah terbayang perkara yang akan terjadi terhadap hubungan rumah tangga Aryana yang bahagia.Pasti akan hancur seketika nati.

…………………………………..

Aryana menukar siaran di televisyen.Dari TV1 ke TV2 ke TV3 satu pun tidak menarik perhatiannya.Tukar dan tukar yang dilakukan olehnya.Aryan disebelah yang mebaca surat khabar menjadi geram dengan perilaku Aryana.Dia pun merampas remote daripada tangan Aryana.Aryana pun berpaling memandang Aryan.

“Bagi lah balik!”Aryana berkata geram.Dia cuba mengambil kembali remote daripada tangan Aryan tetapi Aryan lebih pantas mengambil kembali remote.Aryana yang tidak perasan jatuh tersembam pada dada bidang Aryan.Aryana terus mencubit Aryan.Dia ingat boleh macam dulu ke?Ambil kesempatan!

Aryana cepat bangun dan mengambil remote yang jatuh jauh tersasar.Dia menukar kembali siaran.Aryan bangun dan memandang Aryana.Geramnya!

“Ni yang geram ni!”Aryan berkata dan terus menggeletek Aryana.Aryana yang terkejut tergelak kuat.Kegelian yang tidak dapat dibendung lagi.

“Dah cukup.Geli!”Aryana menjerit dengan sisa ketawanya.Aryan senyum menang.

“Mesti saja je ni”Aryana berkata.Aryana mengangguk.

“Awak.Jom keluar nak tak?”Aryana meberi cadangan.Dia sudah bosan duduk di rumah.Kerjanya menonton televisyen sahaja.Aryan berfikir sejenak.

“Ok lah.Siap cepat.Lambat tinggal.Siapa siap dulu dia menang”Aryan berkata dan terus bangun mendaki tangga.Aryana di belakang menjerit memarahi Aryan.Aryan ketawa kebahagiaan.Dia suka dengan keadaan keluarganya begini.Aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan.

Bersambung….

Wednesday, 14 March 2012

Hanya Dirimu Bab 6.




Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam sudah berakhir setelah tempat yang dituju sudah berada di hadapan mereka.Aryana dan Aryan yang sedang tidur dengan lenanya dipandang oleh mama dan ayah.Gelak terhambur.Ini kerana melihat Aryana yang memeluk tengkuk Aryana manakala Aryan memeluk pinggang Aryana dan Aryana berdengkur kuat di muka Aryan.

Setelah gelak mama dan papa reda,mereka menuju ke arah Aryan dan Aryana.Senyuman mengiringi mereka ke tempat peraduan Aryana dan Aryan.

“Aryan!Aryana!Bangun!Dah sampai ni”mama menjerit membangunkan anak dan menantunya.Aryan dan Aryana terpisat-pisat bangun.Muka mereka kelihatan mamai tetapi pelukan masih tidak dilepaskan.Mama yang emlihat tidak dapat lagi menahan gelak.Dia gelak sepuas hati melihat gelagat anak dan menantunya.Papa disebelah juga ikut tergelak.Aryana dan Aryan pelik dengan mama dan papa.

“Mama dengan papa kenapa?”Aryan bertanya pelik.Dia masih tidak menyeydari perbuatannya kini.

“Ya Allah!Boleh tanya lagi?”mama berkata dengan sisa ketawanya.Aryan dan Aryana menggaru kepala.

“Kamu tak perasan siapa yang kamu peluk tu ke Aryan dan Aryana?”papa berkata.Aryan dan Aryan yang baharu sahaja perasan terus melepaskan pelukannya.Muka merah jelas kemerahan menahan malu.Mama dan papa hanya tersenyum kerana sudah penat gelak.Selepas itu mereka sekeluarga berjalan keluar dan menuju ke kaunter.

“Kamu berdua tunggu kat sini.Biar mama dan papa pergi kat sana”mama berkata.Aku dan Aryan hanya mendiamkan diri.Aku mengingati kembali kepada kejadian tadi.Kejadian yang memalukan sungguh.

‘Macam mana tadi boleh terpeluk si Aryan ni.Tau lah dah berbaik tapi jangan lah nak ambil kesempatan pulak!Buat malu kat mama dan papa je’Aryana berkata di dalam hati.

‘Biarlah diaorang tahu.Kan kita dah berbaik.Mesti diaorang gembira kan?’Aryan menjawab pula.Dia menjeling kepada Aryana.Aryana menjeling kembali Aryan.Tajam.

‘Eleh!Suka sangat lah tu.Tau lah nak diaorang tahu tapi kita juga yang malu tau tak?’Aryan berkata pula di dalam hati.

‘Macam-macam lah.Nanti awak nak berapa orang anak?’Aryan berkata di dalam hati.Tidak berani mereka mahu berkata kuat.Nanti mama dan papa gelakkan mereka lagi.Senyuman nakal terbit di bibir Aryan.Aryana yang perasan mencubit kuat Aryan.Aryan menjerit kesakotan.

“Hey!Kalau nak cubit tu perlahan lah sikit.Sakita tahu tak?”Aryan berkata.Aryana buat tak kesah.Dia masih galak mencubit Aryan.

“Nak bermesra pun tak kan kat lobi kot?’seseorang mengejutkan mereka.Aryan dan Aryana yang terkejut memandang ke arah suara tersebut.Dia melihat seorang lelaki yang kacak berbaju kemeja berwarna merah memandang tajam ke arah mereka.Aryana menjadi kaku.Dia terkejut dengan kehadiran dia di sini.

“Hai Aiman!”Aryan menyapa Aiman.Aiman yang tadi memandang Aryana terus menoleh kepada Aryan yang menyapanya tadi.Aryana yang terkejut itu dikejutkan dengan genggaman erat.Dia tersenyum ke arah Aryana apabila Aryana memandang Aryan.Aiman yang melihat tangan Aryana digenggam oleh Aryan hanya tersenyum.

“Hai Aryan.Sihat?”Aiman bertanya.Aryan tersenyum.

“Always.Macam kau tak tahu aku”Aryan menjawab.Aiman mengangguk.

“Ni siapa ni?”Aiman bertanya.Dadanya menahan debar untuk mengetahui jawapan Aryan nanti.

“Dia bini aku lah yang aku selalu cerita kat kau tu.Cantik kan dia?”Aryan menjawab.Aiman yang tadi gembira dengan kehadiran Aryan menjadi kau.Dia tidak menyangka Aryana lah wanita yang selalu diceritakan oleh Aryan selama ini.Wanita yang dicintainya sepenuh hati dahulu.Sekarang dia kembali untuk memberitahu niatnya ingin mengahwini Aryana dan dia amat mencintai Aryana.

“Aryana!Lama tak jumpa kau.Makin cantik ek kau sekarang..Pandai kau cari bini Aryan”Aiman berkata.Jelas terpancar kehampaan di wajahnya tetapi dia cuba menutupnya dengan senyuman.

“Oh kau dah kenal dengan Aryana rupanya.Aku biasalah kan.Tak adalah!Kau pulak?”Aryan berkata.Aryana yang disebeah sudah kegelisahan dengan kehadiran Aiman.Kekasih dahulu yang dicintainya sepenuh hati tetapi apabila dia baharu sahaja ingin memberitahu perasaannya lelaki itu sidah menghilangkan dirinya.Baru sekarang dia kembali dan dia sudah berkahwin.Cintanya hanya kepada Aryan seorang sahaja sekaang.Tiada galang gantinya.

“Aku macam kau tak tahu.Mana nak ada.Au tunggu seseorang lah”Aiman berkata bagi menyedarkan Aryana.Dia menjeling ke arah Aryana.Aryana tersentak pabila mendengar perkataan ‘seseorang’ yang disebut oleh Aryan.Apakah dirinya?Aryana berfikir.

“Hmm..kau memang.Dari dulu aku tanya kau jawab tu je lah.Tunggu seseorang”Aryan berkata gembira.Selepas itu mereka berbual-bual kososng.Aryana disebelah tidak mahu masuk campur kerana bukan berkaitan dengan dirinya pun.Fikirannya melayang kepada peristiwa dahulu.Peristiwa yang membuatkannya membenci seorang kaum iaitu kaum Adam.Hanya kehadiran Aryan yang membuka kembali hatinya yang sudah tertutup lama.

Aiman merupakan rakan baik Aryana daripada kecil lagi.Aiman selalu menjadi pelindungnya semasa dia dalam kesusahan.Aiman juga merupakan guru kepada Aryana kerana Aiman selalu mengajar Aryana.Ini kerana Aryana yang tua setahun daripada Aryana membolehkan Aiman mengajar Aryana.

Peristiwa itu berlaku apabila Aryana mendapat surat daripada bahawa Aiman mahu menemuinya di tasik.Dia dengan berdebar-debar hanya ke sana bagi berjumpa dengan buah hatinya yang dicintai dalam diam.

Apabila dia sampai di sana dia melihat Aiman sudah setia menunggunya di kerusi tasik.Kerusi yang selalu mereka duduk apabila bermain di tasik ini.Aryana pun berjalan menuju ke arah Aiman dan duduk disebelahnya.

“Ada apa Aiman nak jumpa Aryana?”Aryana berkata bagi mengawal debaran di dada.Aiman disebeblah dipandang.

“Aiman nak tahu perasaan Aryana pada Aiman”Aiman memberitahu hasratnya.Aryana tersentak.Dia sudah menganggak pasti ada sesuatu Aiman mahu bertanya.

“Kenapa Aiman tiba-tiba tanya?”Aryana bertanya.Aiman disebelah sudah tidak dipandang.

“Sebab Aiman nak pastikan perasaan Aryana kepada Aiman.Aiman nak tahu betul ke tak yang Aiman dengar yang Aryana cintakan Aiman”Aiman memberitahu sebabnya.

“Betul lah tu”Aryana mengiakan kebenarannya.Aiman jelas terkejut.Aryana cuba mengawal debaran pabila melihat riaksi Aiman sebentar tadi.

“Ye ke?”Aiman bertanya.Aryana disebelah dipandang penuh tanda tanya.Aryana mengangguk.Selepas itu Aiman terus meninggalkan Aryana.Aryana yang ditinggalkan termangu-mangu.Dalam hatinya berdoa agar Aiman tidak membencinya.

Keesokan harinya dia mendapat tahu bahawa Aiman sudah berpindah.Aiman tidak langsung memberitahunya tentang perpindahannya.Aryana menjadi sedih.Sejak tiu dia llangsung tidak membuka hatinya untuk orang lain sehingga Aryan datang mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat selama ini.Kini dia bahagia bersama Aryan.

“Aiman!”mama memnggil Aryana dan serentak dengan itu mengembalikannya ke alam yang nyata.Dia memandang Aiman yang sedang menyalami mama dan papa.Kemudian mereka berbual-bual mesra.

“Awak berhutang dengan saya.Awak tak cerita pun macam mana awak kenal dengan Aiman”Aryan berkata seakan berbisik.

“Nanti saya bagi tahu macam mana saya kenal dia.Tahulah dia tu jelous dengan Aiman kan?”Aryana bertanya seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh suaminya.Aryana hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Ok lah.Kami masuk bilik dahulu”mama berkata bagi mengakhiri perbualan mereka.Aiman hanya mengangguk dan bersalaman dengan mama dan papa.Dia kemudian berlalu pergi.

“Ha!Jom masuk bilik.Nah kunci”mama berkata lalu memberikan kuci bilik.Aryan menyambutnya dan terus menuju ke bilik.Sesampainya di hadapan bilik,Aryan memasukkan kad dan mereka membuka pintu.Aryana yang kepenatan terus sahaja membaringkan dirinya di atas katil.

“Awak!Esok saya cerita boleh?”Aryana berkata.Matanya terpejam.

“Boleh.Saya pun penat.Nak rehat”Aryan berkata lalu membaringkan dirinya disebelah Aryana.Dia memeluk Aryana.Aryana yang kepenatan hanya membiarkannya dan membalas pelukan Aryan.Dia lena dalam pelukan hangat Aryan.

Bersambung…..

Monday, 12 March 2012

Hanya Dirimu Bab 5




Kini demam Aryana sudah kebah.Badannya yang lemah juga sudah semakin segar.Dia juga sudah boleh melakukan sedikit kerja-kerja rumah kerana Aunty Sally pergi menjaga mama di hospital.Papa tidak boleh menjaga mama kerana kesibukannya yang memaksa dirinya ke sana dan kesini.Tiada masa boleh diluangkan untuk menjaga mama yang kesakitan di hospital.

“Awak!”Aryan mamanggil Elyana yang sedang khusyuk menonton televisyen.Menonton cerita Korea iaitu cerita Personal Taste.Kacaknya muka si Minho ni.

“Apa?”Aryana bertanya.Aryan di sebelah tidak dipandangnya sama sekali.Sibuk dengan cerita sahaja.Aryan menjadi geram dengan sikap isterinya yang tidak memandangnya.Ditutupnya televisyen.

“Awak!Jangan tutup awak!Kesian Minho tu!Awak!”Aryana menjerit kegeraman.Muka Aryan kini dipandangnya tajam.Aryan tersengih.

“Bagi balik remote tu.Aryan!”Aryana memanggil Aryan sambil tangannya mengacau Aryan untuk mengambil remote televisyen.Aryan meletakkan remote di udara.Aryana terlompat-lompat untuk mengambil remote tersebut.Dia memukul dada bidang Aryan.Tanpa Aryan perasan dia terlanggar meja dan jatuh terduduk di atas sofa.Begitu juga dengan Aryana yang tidak dapat mengimbangkan dirinya.Aryana jatuh betul-betul di atas Aryan.

“Aduh!”mereka mengaduh serentak.Mereka berpandangan.Pandangan mereka bertaut buat seketika.Tanpa mereka sedari bibir mereka juga bertaut.Lama mereka begitu hinggalah rumah mereka diketuk daripada luar.Baru terlepas kucupan mereka tadi.

“Kejap!”Aryan menjerit.Aryana cuba bangun tetapi Aryan terlebih dahulu mengangkat badan Aryana.Diletaknya Aryana di atas sofa.Terbit senyuman nakal diwajah Aryan.Muka Aryana sudah merah bak so cili.Malu sungguh dengan kejadian tadi.Aryan terus berjalan kea rah pintu.

“Assalamualaikum!”kedengaran orang memberi salam daripada luar.Aryana terus membetulkan kedudukan duduknya.Dia mengangguk untuk membolehkan Aryan membuka pintu.Terjengul wajah mama dan papa dihadapan rumahnya.

“Mama!Papa!”Aryana menjerit kegambiraan.Dia terus membuka pintu dan memeluk mama.Mama membalas pelukannya.

“Aryana sihat?”mama bertanya.Aryana hanya mengangguk.

“Jom masuk”Aryan berkata.Mereka semua masuk ke dalam rumah.Mama dan papa duduk di ata sofa manakala Aryan dan Aryana duduk di atas kerusi.

“Mama macam mana pulak?Dah sihat?”Aryana bertanya kegembiraan.Dia sungguh gembira dengan kehadiran mama di sini.Mama mengangguk.

“Mama.Kenapa mama datang sini?”Aryana bertanya pelik.Tidak selalunya mama mahu datang sini.Mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh mama dan papa.Aryana yakin tentang itu.

“Awak lah bagitahu”mama menyuruh papa.Papa hanya tersengih.

“Kitaorang nak bagitahu yang mama nak bawa kauorang berdua bercuti!”papa berkata gembira.Aryan dan Aryana melompat kegembiraan.Mereka berpelukan antara satu sama lain.

“Kat mana ma?”Aryana bertanay kegembiraan.Mama dan papa yang melihat kejadian tadi sudah tersengih hingga ketelinga.

“Kita orang nak bawa kauorang cuti dekat-dekat je.Dekat Port Dickson”papa berkata.Aryana dan Aryan sudah tersenyum.Gembira mereka dapat berjalan.Bosan sudah hanya terperap di rumah ni.

“Bila pergi?”Aryana bertanya teruja.

“Besok”papa dan mama berkata serentak.Aryana hanya mengangguk dengan senyuman yang tidak lekang daripada mukanya.Dia menggenggam erat jari jemari Aryan.

…………………………………………………….

Kini Aryan dan Aryana sudah bersiap dengan barang-barang yang akan dibawa.Mereka di Port Dickson selama seminggu.

“Awak!”Aryana memanggil Aryan.Aryan yang sedang sibuk memasukkan beg ke dalam kereta memandang isterinya.Keningnya terangkat.

“Yes?”Aryan bertanya.

“Semua barang dah ada?”Aryana bertanya.Aryan mengangguk sambil tersenyum.Setelah semua barang diletakkan mereka pun memulakan perjalanan ke Port Dickson.Yang mebawa mereka bukan sesiapa dari kalangan mereka.Yang membawa mereka ialah pemandu papa.Mererka hanya duduk di belakang.Papa dan mama duduk di kerusi barisan kedua manakala mereka duduk di kerusi barisan ketiga.Perjalanan mengambil masa selam dua ke tiga jam jikalau tiada kesesakan jalan.

Di dalam kereta pula gamat dengan suara mereka bergelak ketawa tetapi apabila lama hanya tinggal mama dan papa yang berbual sesame mereka.Apabila mereka memandang ke belakang,Aryan dan Aryana sudah lena dibuai mimpi.Mereka tidur sungguh romantic di mata mama dan papa.Aryan tidur diatas peha Aryana.Aryana pula meletakkan tangannya diatas tangan Aryan.Mama dan papa gembira dengan perubahan diantara Aryan dan Aryana terhadap hubungan mereka.

Bersambung….

Hanya Dirimu Bab 4




Aryan dan Aryana dalam perjalanan pulang.Mereka sudah meminta izin untuk pulang kepada mama dan papa untuk pulang.Aryana kini berada di dalam kereta.Dia berasa sangat marah dengan Aryan yang telah membuat janji.Tidakkah dia ingat yang Aryan akan menceraikannya dalam masa beberapa bulan akan datang?

“Aryan”Aryana memanggil Aryana yang sedang memandu membelah jalan yang lengang.Tidak banyak kereta pada ketika ini.

“Apa?”Aryana bertanya lembut.Dia ingin memandang wajah Aryana tetapi tidak boleh kerana sedang memandu.

“Kenapa awak cakap macam tu kat mama?Awak tahukan yang awak dah bagi harapan yang besar kat dia?”Aryana berkata geram.Aryana tersenyum sedikit.

“Alah janji je”Aryan berkata sambil lewa.

“Eh!Kalau dah janji kena tunai.Berdosa kau tau x?!”Aryana menjadi berang.Dia tidak suka dengan sikap sambil lewa yang dilemparkan oleh Aryan.Buat tak kesah sama sekali dengan perkara yang membawa kepada kepercayaan seseorang.Aryana paling pantang sekali jika sesuatu perkara yang telah dijanji tidak ditunaikan.

“Dah tu!Tadi patut saya nak cakap apa?Cakap kita ni tak campur lagi?Macam tu ke?!”Aryan mengherdik Aryana kembali.Aryana tersentap.Betul juga yang dikatakan oleh Aryan.Jika tadi mereka berkata begitu semestinya mama yang sedang sakit akan pengsan.

“Ye lah tapi tak semestinya sampai awak kena janji.Itu membabitkan kita.Kita tak pernah campur tau tak?”Aryana berkata kembali.Nadanya kali ini diperlahankan tapi masih terdapat kekerasan di situ.Aryan memberhentikan keretanya di pejalan kaki.Dia memandang Aryana tajam.

“Memang kita tak pernah campur.Lepas tu nak buat macam mana dah mulut saya yang gatal nak cakap macam tu.Nanti bagi je lah alasan lain”Aryan berkata.Dia meraup mukanya dengan tangannya.

“Alasan.Good idea tapi kalau diaorang tau yang kita tak pernah campur awak nak jawab apa?Orang tua ni boleh tengok tau tak?Dia boleh tengok dari muka pun”Aryana memberi amaran.Jika perkara tersebut nak dijalankan dia boleh aja.Tapi kalau sudah ditanya,pandai-pandai lah Aryan nak jawab.

“Hmmm…kalau awak nak teruskan penipuan yang dicipta boleh je.Awak jawab lah kalau dia Tanya saya ni itu ke ini ke?”Aryana menguji Aryan.Aryan sudah memulakan pemanduannya yang terhenti tadi.Dia hanya mengangguk lemah.Dia tidak tahu apa yang mesti dilakukan lagi.Dia buntu dengan perkahwinan aturan daripada keluarganya.Sudah dibilang tidak tapi dipaksa pula.

………………………………………………………….

Aryana melangkah lemah masuk ke dalam biliknya.Dia terasa pening yang teramat sangat.Tidak tahu apa yang membuatkan dirinya pening.Dia merebahkan dirinya di atas katil.Tidak lama kemudian dia terlena.

Aryana tersedar apabila badannya terasa diusap lembut.Badannya juga tersa panas.Mungkin demam Aryana berfikir.Mak!Yana demam mak!.Jika Aryana demam selalunya ibunya akan memeluknya erat dan mengusap badannya lembut.Dia merasa begitu sekarang tetapi sesuatu kelainan pada tangan yang mengusapnya.Seperti kasar dan keras.Tidak sama dengan tangan ibunya yang lembut dan licin.Aryana cuba membuka matanya perlaahan.

Kini terlayar wajah tampan milik Aryan dihadapannya kini.Hanya beberapa inci dari muka dan lelaki tersebut tersenyum kearahnya.

“Dah sedar?”Aryan bertanya lembut.Dia memandang wajah mulus milik Aryana.Teringat sewaktu tadi semasa dia baru sahaja pulang dari kolej.

“Assalamualaikum!Aryana!”Aryan memanggil Aryana.Dia pelik apabila tidak terlihat wajah isterinya di kampus tadi.Selalunya pasti terlihat wajah milik isterinya itu.

“Assalamualaikum!”Aryan menjerit memanggil Aryana.Sudah hamper masuk setengah jam dia tercongok di hadapan rumahnya menunggu kelibat Aryana muncul tetapi hampa kerana tiada sahutan atau bayang yang terlihat.Aryan tiba-tiba menjadi cemas apabila memikirkan keselamatan isterinya.Mungkin Aryana diapa-apakan?Di dalam kepala Aryan sudah terbayang sesuatu yang tidak patut berlaku.Lantas kepalanya berfikir dimana letaknya kunci.Dia cuba mengingati di mana isterinya suka menyimpan kunci jika dia lambat pulang.

“Aha!”Aryan menjerit kesukaan.Dia baru sahaja mengingati di mana tempat isterinya suka menyimpan kunci.Dia bergegas ke pasu yang paling jauh dengan pintu utama.Dia mengorek pasu tersebut.Terlihat sekarang kunci rumah mereka.Aryan berlari dan terus membuka pintu.Dia mengunci dan terus ke bilik.Sesampainya d bilik dia melihat Aryana yang sedang terbaring.Wajahnya kelihatan pucat lesi.

Aryan berjalan mendekati Aryana dan cuba membangunkan Aryana tetapi gagal.Aryana tetap kaku tidak berkutik di tempatnya.Aryan memegang dahi Aryan.Panas!Rupa-rupanya Aryana demam dan itu sebabnya Aryana tidak membuka pintu rumah tadi.

“Aryan!Awak dah kat mana tu?”Aryana mengusik Aryan dan sekaligus memberentikan lamunan Aryan.Aryan tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas.

“Hehehe.Kat sini je lagi”Aryana berkata membalas kata-kata Aryana.Aryana memukul lengan Aryan.

“Awak ni.Awak bila balik?Sorry tak dapat nak sambut tadi”Aryana berkata menyesal.Aryan hanya menggeleng.

“Tak apa.Tadi nasib saya ingat kat mana awak simpan kunci kalau tidak duduk lah saya kat luar”Aryan berseloroh.Aryana hanya tersengih.Dia kemudian bangun.

“Nak pergi mana?”Aryan bertanya.Aryana memandang wajah Aryan.

“Nak pergi tandas.Nak ikut?”Aryana bertanya.Aryan mengangguk laju.

“Jangan nak merepek dekat sini ye cik abang”Aryana berkata seraya mengambil bantal berbentuk hati dan mencampaknya mengenai wajah Aryan.Aryan ketawa.

…………………………………………………………..

Pagi sudah menginjak ke malam.Semua manusia sedang bersiap untuk tidur sama juga seperti Aryan dan Aryana yang sudah bersiap untuk tidur.Aryana di biliknya dan Aryan sudah semestinya dibiliknya.Aryana membaringkan dirinya.Dia melelapkan matanya.Tetapi apabila sudah beberapa minit kemudian dia tercelik kembali.

“Apahal ni mata?Takkan tak nak tidur kot.Kan demam kau demam.Mesti cepat je nak tidur tapi lain pulak sekarang ni”Aryana berkataa.Dia pelik dengan dirinya yang tidak tidur-tidur.Aryana menggolekkan dirinya kekiri dan kekanan tetapi matanya tetap tidak mahu tertutup juga.

Aryana memandang jam di sebelah katilnya.Sudah menginjak jam 1 pagi dan dirinya tidak tidur lagi.Apa nak jadi?Tiba-tiba dia mendengar bunyi bisikan halus.Bisikan itu makin lama makin dekat denga dirinya.Aryana menjadi takut.Bulu romanya sudak menegang.Dalam fikirannya hanya satu iaitu memanggil Aryan.

“Aryan!Aryan!”Aryana memanggil kuat nama Aryana.Sesungguhnya dia takut dengan keadaan sekarang.Bunyiderapan kaki menandakan bahawa Aryan sudah masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa ni Aryana?”Aryan bertanya cemas.Tadi dia baru sahaja menutup televisyen untuk masuk ke dalam biliknya.Apabila mendengar jeritan cemas Aryana dia terus menuju ke bilik Aryana yang bersebelahan dengan biliknya.

Aryana yang mendengar teguran Aryan terus memeluknya erat.Seperti tidak mahu melepaskannya.Aryan terkedu.Dia membalas pelukan erat Aryana.

“Kenapa ni?”Aryan bertanya lembut.Aryana tidak menjawab malah makin earaat dirasakan pelukan Aryana.Aryan pelik juga dengan perangai isterinya yang tercinta ini.Ya!Dia mencintai Aryana dan perasaan sudah mulai bertumbuh dalam dirinya sejak pertama kali malihat wajah Aryan di kampus dulu.Lelaki yang telah mebuatkan dirinya gila bayang terhadap Aryana sehingga sanggup bergaduh besar dengan gadis itu.

“Takut..”Aryana berkata perlahan.Mukanya diletakkan pada dada bidang milik suaminya.Dia suka berbuat begitu kerana terasa seperti dilindungi.

“Dah…dah..Tak ada apa-apa dah”Aryan cuba menenangkan Aryana yang sedang ketakutan.Dia mengusap lembut belakang Aryana.

Kini Aryan sudah duduk di biarai katil.Dia sedang menidurkan Aryana.Terdengar dengkuran kecil dari Aryana.Dia pasti Aryana sudah lena dibuai mimpi.Dia berkira-kira mahu masuk ke dalam biliknya walaupun hatinya menegah.Tak sanggup rasanya ingin meninggalkan Aryana seorang diri.Aryan bangun tetapi belum sempat dia melangkah pergi,dia sudah dihalang oleh Aryana.

“Tolong temankan saya tidur.Saya takut”Aryana berkata lemah.Hati Aryan sudah bersorak riang dengan pelawaan Aryana.

“Ok”Aryan menjawab.Dia merebahkan dirinya disebelah Aryana.Tanpa dipinta,Aryana terus sahaja memeluk Aryan erat.Sekali lagi Aryan terkedu.Aryan membalas pelukan Aryana.Dia mencium dahi Aryana penuh syahdu.Setelah lama di situ bibirnya turun ke hidung milik isterinya.Aryana hanya membiarkan sahaja kerana dia rela apa yang akan berlaku.Dan akhirnya bibir merah milik Aryan turun ke bibir munggil Aryana.Lama diciumnya bibir itu dan pelukan mereka makin erat.

Bersambung…

Friday, 9 March 2012

Hanya Dirimu Bab 3.




Aryana bangun daripada tidurnya yang sungguh lena.Badannya terasa panas seperti di peluk erat oleh seseorang.Pelukannya lembut dan erat.Seperti pelukan ibunya.Tiba-tiba rindu kepada ibunya yang disayangi.Aryana pun membuka mata.

Aryan melihat wajah Aryan yang hanya beberapa inci daripada mukanya.Jika tergerak sedikit pasti akan tersentuh bibir dengan biri.Aryan menjadi marah.Dia cuba memboloskan diri daripada pelukan erat Aryan tetapi tidak boleh malah pelukan Aryan makin erat dirasakan.

Marah Aryana membuak-buak.

“Aryan!!!”Aryana menjerit.Aryan disebelah terus melepaskan pelukannya.Aryan bangun dan kelihatan dia masih mamai dengan keadan sekarang.

“Apa ni jerit pagi-pagi buta ni?Nak tidur pun tak lena.Ish!Kacau”Aryan berkata malas.Dia membaringkan kembali badannya yang tadi berdiri tega kerana jeritan singa Aryana.Aryana sudah tidak tahan.Dia terus menarik comfeter.Aryan yang baru sahaja membaringkan badan tergelongsor turun.Dia memisat-misat matanya.

“Apa dia Aryana?Pagi-pagi buta dah kaca aku?”Aryan berkata.Dia memandang Aryana.Dia menguap sedikit.

“Eh!Dia yang buat aku bangun pagi-pagi buta ni.Kau pergi peluk aku tadi kenapa?Sedap-sedap je”Aryana berkata.Aryan kelihatan kebingungan.Dia tidak mengetahui perara tersebut.Jika dia mengetahui dia terpeluk si Aryana ni mesti sudah lama dia menjauhkan diri.

“Aku mana nak perasan.Aku tidur lah”Aryan mempertahankan diri.Dia tidak mahu dipersalahkan melulu tanpa usul periksa.Aryana menjadi bengang.Dia menarik dan melepaskan udara.Beri sikit oxygen kepada badan.Dia kemudian pergi ke bilik air untu membersihkan dirinya dan meninggalkan Aryan yang terpinga-pinga dengan kelakuan Aryana.

……………………………………..

Aryana turun ke bawah selepas selesai mandi.Dia menjenguk ke dapur untuk mencari Aunty Sally.Di dapur tiada.Dia mencari di bilik pula.

“Aunty Sally!”Aryana memanggil.Dia masuk ke dalam bilik.Dia melihat sekujur tubuh yang berbalut dengan selimut sedang tidur dengan nyenyaknya.Aryana pelik dengan perangai Aunty Sally.

‘Dah buang tabiat ke?’Aryana berteka-teki di dalam hati.

‘Takkan lah.Tak mungkin nya.Semalam ok je.Mesti ada sesuatu ni’kepala Aryana terus bermain dengan teka-teki.Dia pun mendekatkan dirinya ke Aunty Sally.Dia menggoncang-goncangkan badan Aunty Sally.

“Aunty.Bangun aunty.Dah pagi ni”Aryana cuba membangunkan wanita tersebut.Wanita tersebut tersedar dan memisat-misat matanya.

“Ada apa?”Aunty berkata lemah.Aryana dengan perangai auntynya yang lemah gemalai.Selalunya punyalah semangat sampai Aryana juga terikut-ikut dengan perangai auntynya yang seorang ini

“Aunty kenapa tak bangun lagi?Selalunya dah bangun”Aryana berkata lembut.Sebenarnya pelik dengan kelambatan Aunty bangun.

“Oh.Aunty demam ni.Dari semalam lagi”aunty berkata lemah.Aryana pun memegang dahi aunty.

‘Mak aihh!Punya lah sejuk.Macam tak demam je’Aryana berkata di dalam hati.Tidak pula dia menyuarakan pendapatnya ke auntynya itu takut tergores pulak hati.Orang tua lah kata kan.

“Oh!Aunty nak apa-apa ke?Nak bubur?”Aryana bertanya.Berpura-pura baik supaya aunty tidak nampak kecurigaan di setiap perilakunya.

“Aunty sebenarnya rindulah bunyi kanak-kanak kat rumah.Aunty nak rumah ni meriah.Bila lah Aryana nak mengandung”aunty berkata lemah.Terlepas keluhan daripada bibir munggilnya.Aryana menjadi serba tidak kena.Dia takut rahsianya dan Aryan yang disimpan kemas akan terbongkar.

“Err..mungkin tak ada rezeki lagi kot”Aryana menjawab kegelisahan.Dia pun terus meminta diri untuk ke bawah.Aunty Sally yang di dalam bilik hanya tersenyum dengan perangai anak saudaranya yang kegelisahan apabila cepu emas ditanya secara tiba-tiba.Sengaja dia berbuat demikian untuk melihat reaksi Aryana yang kegelisahan mencari jawapan untuk soalan yang diajukan.

........................................................

Aryan,Aryana dan Aunty Sally tergesa-gesa ke hospital apabila diberitahu bahawa mama dimasukkan ke hospital.Tidak menyempat mereka ingin makan tengah hari diluar apabila dapat panggilan daripada papa yang mama dimasukan ke hospital.

Sesampainya di hospital,mereka terus ke billik yang menempatkan mama.Nombor yang dihantar oleh papa apabila mereka menanyakan keadaan mama.Sebenarnya tak adalah parah cuma mereka yang terlebih risau dengan keadaan mama.

Tuk!Tuk!

Mereka mengetuk pintu sebelum masuk.Terjengul wajah mama yang pucat seperti tiada darah.Mama sedang makan bubur yang disuapkan oleh papa.

“Mama!”ak terus memeluk mama.Mama membalas pelukan Aryana sambil tersenyum manis walaupun dalam keadaan sedang sakit.

“Kenapa datang juga?Kan mak dah kata yang mama tak sakit sangat.Menyusahkan Aryana je,Cuma jatuh dalam bilik air je.Tu pun nak risau juga”mama berkata setelah pelukan terlerai.Aryana tersenyum.Dia kemudian meramas tangan mak yang sejuk.Mungkin kerana bilik yang sejuk dengan aircond.

“Tak apalah mama.Aryana pun rindu kat mama.Tak sempat nak jenguk mak.Dah sibuk dengan universiti”Aryana berkata bagi nmenyedapkan hati mama.Mama tersenyum mendengar kata-kata Aryana.

“Hm..ye lah.Mak tak kisah.Mak sebenarnya bosan juga bila Aryana tak ada.Tak ceria rumah.Lainlah kalau Aryana nak bagi mak cucu”mama berkata.Aryana tersentak.Soalan yang sama ditanyakan kembali.Kali ini jawapan yang sama juga ke?

“Tak ada rezeki lagi mama.Mngkin dalam masa yang terdekat insyaallah”Aryan berkata.Secara tidak langsung dia telah membuat janji kepada mama.Janji yang mesti ditunaikan dalam masa terdekat!

“Oh!Kalau macam tu mak yakin mesti tahun depan mak dapat cucu daripada korang berdua.Tak sabarnya!”mama berkata gembira.Terpancar kebahagiaan di wajah mama.Aryana menjadi serba tidak kena dengan kenyataan dan janji yang dibuat oleh Aryan.

Aryana hanya tersenyum bagi menyembnyikan kegelisahan yang bertandang.Tiba-tiba dia merasa tangannya di genggam erat oleh seseorang.Dia melihat tangannya digenggam oleh Aryan.Dia memandang wajah Arya.Aryan tersenyum penuh makna ke arahnya.Aryana tidak mampu mentafsir senyuman tersebut.

Bersambung…

Thursday, 8 March 2012

Cintaku Pada Seorang Pengajar Bab 1


Iman memperlahankan langkahnya walapun dia mengetahi bahawa dirinya sudah terlambat ke sekolah.Dia sengaja membuat begitu.Dia tahu tak ada yang akan marah kan dirinya.
Sesampainya di kelas dia memberi salam dan dengan selambanya masuk.Cikgu yang mengajar hanya memandang dan menyambng kembali pengajarannya.Mesti anda tertanya-tanya mengapa Iman tidak dimarahi.Ini kerana Iman merupakan seorang pelajar yang nakal tetapi pelajarannya tidak terjejas malah dia merupakan pelajar harapan.Dia seorang yang brutal,rakannya pula semuanya juga merupakan tomboy gitu.

“Page berapa weyh?”Iman bertanya.Rakan di sebelahnya memandangnya.Dia mengangkat kening sedikit.

“Oh!Page 12.Kan sengaja lambat kan?”rakannya atau teman rapatnya.Namanya Aisyah.Selalunya dipanggil Cyah oleh semua murid dan guru.Dia jga merupakan pelajar harapan sama seperti Iman dan perangai memang sekepala dengan Iman.Tak ada beza diaorang.Berkawan sejak tadika lagi.Malah ibu bapa Iman sudah rapat dengan Aisyah.

“Hehehehe.Macam tak tahu aku.Syok!Ambil angina sikit!”Iman berkata.Dia kemudian menumpukan kepada pengajaran guru dihadapan.Aisyah disebelah sudah faham dengan perangai Iman.Apabila dia menyepikan dirinya maknanya dia sedang cba menumpukan perhatian.
…………………………………………………….
Kring!Kring!

Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat.Aisyah dan Iman berjalan beriringan menuju ke pagar sekolah.

“Weyh!Tadi aku ada dengar dah ada cikgu yang ganti cikgu Salmiah.Cikgu tu tak salah lelaki.Aku dah tengok muka dia.Bpak hensem beb!”Aisyah berkata teruja.Iman disebelah hanya mendengar.Dia tidak mahu ambil tahu pun tentang cikgu baru atau lama.Hensem atau cantik.Baginya apa yang diajari sudah masuk akal sudah mencukupi.

“Hm..Aku tak kisah lah muka macam mana pun.Takkan kau tak tau aku punya perinsip macam mana kot?”Iman bertanya.Aisyah disebelah hanya tersengih.

“Aku tau kau tak kisah tapi dia masuk esok.Aku rancang kita kenakan dia nak?”Aisyah bertanya.Iman disebelah sudah tersenyum.Otaknya mula bertukar kearah kejahatan.Pelbagai cara sdah terpahat diotaknya.

“Ok!Esok kita datang awal.Kita cek dulu cikgu tu masuk bila baru kita jalan kan projek nak?”Iman memberi cadangan.Aisyah disebelah hanya mengangguk.

“Tapi apa rancangan kita?”Aisyah bertanya.Iman disebelah sudah tersenyum kejahatan.Dia membisikkan rancangan tersebut ketelinga Aisyah.Berkerut-kerut kening Aisyah cuba memahami rancangan Iman.Dia kemudian tersenyum mendengar rancangan Iman.Kemudian mereka gelak.Sepanjang perjalanan balik,mereka hanya gelak dengan rancangan yang bakal mereka jalankan esok.
…………………………………………………………
Iman dan Aisyah terhendap-hendap berjalan masuk ke bilik guru.Mereka sebenarnya tidak dibenarkan mask tetapi kerana ingin menjayakan rancangan jahat mereka,Aisyah dan Iman sanggup.
Iman terus berjalan ke papan yang menempatkan jadual guru dan yang menggantikan kelas.Dia mencari nama guru yang akan mereka kerjakan.Nama yang baharu.
Sedang Iman sibuk mencari nama,tiba-tiba dia terpandang nama seseorang yang lain.Yang tidak pernah didengar disekolah ini ataupun yang di sebt oleh guru-guru.Dia membaca nama tersebut.

“Iman Qaiser”

Iman tersentak.Nama yang hampir dengan namanya.Serta merta dia teringat kepada lelaki yang bernama Iman Qaiser sewaktu dahulu.Lelaki yang dua tahun tua daripadanya.Lelaki yang telah membuat dirinya menjadi seorang brutal.Tiba-tiba dirinya teringat peristiwa yang tidak pernah dilupakan oleh dirinya….

~Flashback~

Sekarang Iman baharu sahaja berumur 10 tahun.Baru semalam harijadinya disambut.Dia berasa sangat gembira apabila ibu dan ayahnya membuat keputusan untuk menyambut harijadinya yang 10.
“Weyh Iman!”Panggil seorang budak lelaki.Tak lain tak bukan Iman Qaiser.Lelaki yang amat dibenci oleh Iman.Tetapi benci-benci Iman pun dia ada hati pada lelaki yang amat diminati oleh satu sekolah.

“Apa?”Iman bertanya malas.Dia menatap wajah Iman Qaiser yang kacak.Jauh berbeza dengan dirinya yang selekeh dan comot.Perangai pun menggedik lah kan katakan.

“Ikut aku jap.Nak tunjuk hadiah harijadi ka”Iman Qaiser berkata.Iman menjadi gembira dan riang mendengarnya.Dia tidak meyangka.Tanpa berfikir panjang,dia ters mengikut Iman Qaiser.Dia membawa Iman ke stor.

Apabila sampai di stor,Iman Qaiser mengunci pintu stor.Iman disitu hanya tersenyum riang.Dia tidak sabar ingin melihat hadiah yang bakal diberikan oleh Iman Qaiser.Lelaki yang diminatinya.Iman Qaiser mendekati Iman.Dia kemudian menolak Iman sehingga Iman jatuh.Iman tersentak.Dia menjadi takut melihat wajah bengis Iman Qaiser sekarang.

“Kenapa ni?”Iman bertanya gentar.Iman Qaiser mendekatkan wajahnya ke wajah Iman.Iman tertunduk.Tiba-tiba Iman Qaiser mencengkam kuat rahangnya.Iman kesakitan.Dia cuba untuk melepaskan cengkaman Iman Qaiser tetapi,cengkamannya tangannya semakin kuat mencengkam.

“Auch!”Iman mengaduh sakit apabila Iman Qaiser meletakkannya di lantai stor.Iman Qaiser kemudian menendang perut Iman.Iman meronta-ronta kesakitan tetapi tidak dihiraukan oleh Iman Qaiser.

Setelah selesai,dia meninggalkan Iman dalam kesakitan,Iman bangun dengan perlahan-lahan.Dia berjalan ke pejabat.Walapun kakinya sakit tetapi digagahnya juga.Dia memberitahu kepada guru yang berada di pejabat tersebut.

Di rumah pula,dia meminta ibu dan ayahnya memindahkannya ke sekolah lain.Ibu bapanya bersetuju apabila Iman memberitahu cerita yang sebenarnya.Bukan bagi lagi tapi digalakkan.Sebelum dia bertukar sekolah,dia mendengar cerita Iman Qaiser di hukum teruk oleh guru disekolah.

“Iman!Iman!”Aisyah memanggil Iman beberapa kali.Iman tersentak.Hilang semua kenangan yang menyakitkan dahulu.Dia memandang Aisyah sambil mengangkat kening.Aisyah menunjukkan ke jamnya.Aisyah memandang jam dan mula mengorak langkah untuk meninggalkan pejabat.Dalam fikirannya melayang ke Iman Qaiser.Lelaki yang telah menderanya dahulu.Dia takut untuk menemui lelaki itu.Takut perkara dahulu terjadi kembali.

Bersambung….

Tuesday, 6 March 2012

new cerpen.

cerita di atas mungkin akan keluar pada tahun ini.Isyaallah..

Monday, 5 March 2012

Di Saat aku Mulai Mencintaimu.

 

Nazrul merupakan lelaki yang nakal dan amat terkenal di sekolahnya.Walau bagaimana pun,kenakalannya tidak pernah menjejaskan pelajarannya.Dia sentiasa medapat nombor satu di dalam kelas.Ini kerana jika dalam sesi pembelajaran,dia akan menumpukan perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan walaupun dia membenci guru tersebut.

"Weyh!Aku dengar hari ni ada murid baru.Perempuan.Cun gilos beb!”rakan baiknya,Nasrul berkata.Nazrul yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya memandang Nasrul.

“Wah!Ada ‘orang’ barulah nampaknya”Nazrul berkata jahat.Dalam kepalanya sudah terancang perkara jahat yang akan dilakukan untuk mengenakan murid baru di sekolahnya.Lagi-lagi murid tersebut seorang perempuan.Lagi banyak rancangan jahat yang akan dilakukan.

“Aku tahulah kau nak kenakan dia.Tapi aku tengok kesian kat dia lah.Dah lah cun”Nasrul berkata.Nasrul merupakan teman rapat Nazrul sejak dari tadika lagi.Perangai mereka berdua sama tapi ada satu perangai yang tiada di Dallam diri Nazrull iaitu seorang playboy.Nazrul dan Nasrul boleh dikatakan kembar tak seiras.Nazrul mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan manakala Nasrul mempunyai rupa paras yang boleh dikatakan cute.Mereka juga tidak lokek dan sombong dari segi harta.Mereka berdua merupakan anak Tan Sri tetapi mereka tidak pernah menunjuk.Itu lah mereka yang suci dan murni bak kata Nasrul.

“Ah!Aku tak kisah lah.Cun tak cun dia mesti kena dengan aku”Nazrul berkata tidak puas hati.Dia paling benci dengan erangai Nasrul yang suka mempertahabkan perempuan.Bagi Nasrul,peremouan merupakan permata di hati dia.Nazrul pun tak faham.

Tiba-tiba guru kelas mereka masuk dan disebalah guru mereka terdapat seorang perempuan yang cantik molek paras rupanya.Mukanya putih berseri tanpa sebarang jerawat.Memakai tudung dan yang paling manis sekali piinya yang kemerah-merahan itu menjadi penarik dirinya.

“Baik kelas!Hari ini kita ada murid baru.Nama dia ialah Siti Aisyah bt. Muhammad Hafiz.Sila perkenalkan diri anda”guru kelas mereka berkata.Nazrul terkesima melihat wajah perempuan tersebut.Memang dia mengakui kata-kata Nasrul yang berkata perempuan tersebut cun gilos.

“Saya Siti Aisyah.Panggil Aisyah sahaja.Saya dahulu sekolah di SMK Bukit Tinggi tetapi indah kerana mengikut bapa kerja.Saya orang baharu di sekolah ini dan saya harap anda dapat memberi kerjasama”Aisyah berkata lembut.Nazrul yang dok memerhati dah mulai cair mendengar suaranya yang merdu.Nasrul yang berada di sebelah hanya menggeleng.’Tulah!Tadi jual mahal,sekarang bukan main lama lagi dia tengok muka si Aisyah ni’Nasrul berkata di dalam hati.

“Awak dah boypren ke?”salah seorang classmate Nazrul bertanya.Siti Aisyah tersenyumDia sudah mengagak soalan tersebut akan keluar daripada murid di sekolah yang dia dipindahkan.

“Tak ada”Aisyah berkata.Dia sudah penat berdiri.Dia pun memandang sekeliling kelas.Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang ralit memandangnya.Dia memerhati wajah jejaka tersebut.Tanggapan pertama di kepala Aisyah ialah manis paras rupanya.

“Ok Aisyah!Awak boleh duduk sebelah Nazrul.Nazrul,sebelah awak tak ada orang kan?”cikgu bertanya.Nazrul yang oerasan guru sedang bercakap dengannya hanya menggeleng.Aisyah pun terus berjalan ke tempat yang telah ditunjukkan oleh guru.

“Hai!”Nasrul memulakan percakapan.Aisyah hanya tersenyum.Dia memandang Nazrul yang duduk disebelahnya.

“A.wak!Perkenalkan saya Nasrul dan ini rakan baik saya Nazrul”Nasrul berkata.Dia menyiku Nazrul yang sedang membuat kerja.Nazrul memandang Nasrul tajam.

“Nazrul.Awak jangan nak buli dia.Sekiranya cikgu data aduan,sia kamu”cikgu berkata.Nazrul sudah jelir lidah.Cikgu yang berada di hadapan hanya tersenyum.Semua cikgu disekolah sudah mengenali Nazrul.Bahkan ada yang sudah menjadi teman baik Nazrul.

……………………………………………………………………..

Kini sudah masuk sebulan Aisyah bersekolah di sekolah ini.Dia juga sudah mendapat kawan yang baharu dan dia juga mendapat musuh yang baharu.Nazrul.Nazrul yang menjadi musuhnya di sekolah ini.Walaupun dahulu Nazrul kelihatan baik sewaktu pertemuan pertama tetapi apabila hari kedua persekolahannya,Nazrul sudah mengenakannya dengan meletakkan katak di dalam beg sekolah Aisyah.Aisyah apalagi,menjerit lah dia ketakutan.Satu menggelakkannya.Nazrul yang mebuat hanya tersengih.

“Hari ini aku nak kenakan kau pula”Aisyah berkata.Dia membawa keluar ular getah yang di bawa daripada rumah.Dia menungguh kehadiran Nasrul.Setelah beberapa minit menunggu,dia meihat kelibat Nazrul yang sedang berbual dengan Nasrul.Aisyah yang melihatkelibat Nasrul bersama sudah terkaku.Aisyah sudah terpaut dengan Nasrul keran kebaikannya.

Nazrul makin dekat daa apabila sudah sampai dia duduk diats kerusi.Dia melepaskan lelah setelah penat berkejar-kejaran bersama Nassrul.Tiba-tiba dia merasa ada sesuatu di kaki.Menjalar naik ketas pehanya.Nazrul sudah takut.Dia melihat kakinya dan terpandang seekor ular di kai kanannya.Di apalagi,menjerit terlolong ketakutan.Aisyah yang melihat reaksi Nazrul gelak terbahak-bahak.Nazrul melihat orang disekelilingnya gelak tebahak-bahak.Nazrul mencebik.Dia tahu ini semua angkara Aisyah.Siap kau Aisyah Nazrul bertekad

………………………………………………………………………………………

Hari ini merupakan Hari Keusahawan yang dijalankan di sekolah Nazrul.Kelas Nazrul mengambil keputusan untuk menjual burger.Nazrul menjadi ketua untuk mengetuai kelasnya dan Aisyah dilantikan sebagai penolong.Di dalam kelas Nazrul terdapat ramai yang pandai membuat burger.Mereka menggunakan duit kelas yang dikumpul untuk membeli bahan yang perlu.

“Semua berada di tempat masing-masing”Nazrul memberi arahan.Semua bersedia menerima pelanggan yang akan dating.Tiba-tiba dia melihat pelanggan pertama yang datang ke gerai mereka.Yang bertugas untuk membakar burger dan rang lain yang ditugaskan sudah memulakan kerja-kerja mereka.Nazrul dan Aisyah yang memantau juga menolong memberi dan membungkus burger yang sudah siap.

Makin lama makin ramai yang dating ke gerai mereka dan untung yang mereka terima amat menguntungkan.Nazrul dan Aisyah gembira dengan kerja yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

“Nazrul!Bahan dah nak habis!”Nasrul menjerit kepada Nazrul.Nasrul dilantik oleh Nazrul untuk melihat bahan-bahan.Nazrul berjalan kearah Nasrul.Dia melihat bahan-bahan.Memang semua sudah sedikit.Nazrul kemudian memv=beritahu kepada Aisyah.

“Macam mana nak buat?”Nazrul bertanay.Aisyah kemudian berfikir sejenak.Tiba-tiba satu idea muncul.

“Apa kata kita suruh ayah aku tumpangkan kita orang ke kedai berdekatan untuk beli bahan?”Aisyah memberi cadangan.Nazrul tanpa berfikir panjang terus sahaja setuju.Aisyah pun membawa Nazrul berjumpa dengan ayahnya.

“Ayah”Aisyah memanggil ayahnya yang sedang sibuk bercakap dengan seseorang.Ayah Aisyah pun berpaling.

“Aisyah!Nak apa?”ayahnya bertanya lembut.Aisyah pun memberitahu masalahnya.Ayahnya bersetuju untuk mengahnatar mereka ke kedai berdekatan.

Selesai membeli barang yang perlu,mereka balik ke gerai dan memberi bahan kepada rakan-rakan mereka.Pelanggan juga terlalu ramai sampai mereka tidak menang tangan untuk mengawal keadaan.Nazrul dan Aisyah yang kesian pun menolong mereka.Mereka juga mesti mengahadapi pelanggan yang cerewet.Hanya kesabarn yang perlu ada.Nazrul dan Aisyah yang melayan pelanggan sudah merah muka menahan kemarahan yang akan meletus.Tetapi ditahan juga diri untuk memarahi pelanggan.Nama pun pelanggan.Mestilah layan pelanggan dengan baik,kalau tak macam mana nak dapat untung.

Masa sudah menginjak ke jam 4 petang dan pelanggan makin sedikit kerana sudah petang.Gerai Nazrul juga sedang membersihkan kawasan sekeliling.

“Fuhh penatnya!”Aisyah menjerit kepenatan.Nazrul pula sudah tidur di sebelah Aisyah.Semua kelihatan ingin pulang ke rumah masing-masing.Selesai membersihkan gerai,mereka meminta kebenaran untuk balik.Apabila semua sudah balik,Aisyah pun mengejutkan Nazrul.

“Nazrul…Nazrul.Bangun!Semua dah balik”Aisyah berkata.Dia melihat Nazrul memisat matanya.Dia kemudian menguap.

“Dah nak balik eh?”Nazrul bertanya.Aisyah hanya mengangguk.Nazrul pun bangun dan mengambil beg dan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.Kemudian Aisyah dan bapanya balik.

Ketika Aisyah berada di dalam kereta,Aisyah melihat Nazrul yang tidur di tepi jalan.Aisyah terus keluar daripada kereta dan mendekati Nazrul.

“Nazrul!Kenapa tidur kat sini?”Aisyah bertanya.Nazrul kelihatan pucat.

“Saya…saya…”belum sempat Nazrul menghabiskan kata-katanya,dia sudah terkulai di riba Aisyah.Aisyah memanggil bapanya dan membawa Nazrul ke klinik.Badannya yang panas sudah sedia malumlah bahawa dia demam.

Sesampainya di klinik,ayah terus sahaja membawa Nazrul ke bilik doctor.

“Macam mana doctor?”aku bertanya.Doktor duduk dan memandang kea rah kami.

“Dia ok.Cuma demam dia tinggi.Saya akan bagi ubat”doctor berkata.Aku melepaskan nafas lega dengan keadaan Nazrul.Tiba-tiba timbul satu perasaan yang aneh dalam diri Aisyah.Perasaan yang tidak pernah dirasai oleh dirinya.Tetapi cepa-cepat ditepis oleh Aisyah.

…………………………………………

Setelah Nazrul sedar,Aisyah bertanya alamat rumah Nazrul.Nazrul ketika itu kelihatan pucat dan mukanya tidak bermaya.Aisyah tiba-tiba berasa ingin sangat memeluk Nazrul erat.Dia sesungguhnya sangat simpati dengan keadaan Nazrul.

“Nazrul.Dekat mana rumah awak?Saya dengan ayah saya nak hantar awak”Aisyah bertanya lembut.Syahmi hanya mendiamkan diri.Dia tidak menjawab.Dia menukur memandang lantai.Banyak kali ditanya.Dia tidak langsung menjawab.Setelah di desak baru lah Nazrul berkata-kata.

“Saya dihalau dengan ayah saya kerana saya tak ikut dia pergi New Zealand”Syahmi berkata.Aisyah tersentak.Halau?Kesiannya.

“Kenapa tak nak ikut?”ayah bertanya.Syahmi sudah mengalirkan airmata.Aku terkesima.Nazrul menangis?Tak mungkin!

“Sebab saya nak pergi hari keusahawan dekat sekolah.Saya tak pernah berpeluang.Setiap kali ada hari keusahawan ayah saya mesti ajak saya bercuti.Jadi kali ini saa membantah”Syahmi berkata.Aisyah menjadi sebak.Dia tidak menyangka Nazrul sanggup membantah arahan bapanya demi hari keusahwanan.Ayah juga mendiamkan diri setelah Syahmi menerangkan perkara sebenar.

“Taka pa.Nazrul duduk rumah pak cik dulu”ayah berkata setelah lama mendiamkan diri.Aku tidak membantah keputusan ayah.

“Eh!Tak apa lah.Saya boleh duduk rumah ibu saya”Nazrul menolak.

“Ibu?”aku bertanya.Dia kemudian menutup mulutnya.Mungkin terlepas cakap.Dia mendiamkan diri.Tetapi lama kelamaan dia bercerita.

“Ha ah.Ibu dan ayah saya sudah bercerai.Saya selalu duduk dengan ayah.Apabila saya meminta duduk dengan ibu,mesti dia akan memarahi saya.Dia kata ibu jahat”Syahmi berkata.Suara bergetar.Mungkin sedang menahan empangan airmata yang akan pecah bila-bila masa lagi.

“Ya Allah!Kesiannya awak!”Aisyah berkata terkejut.Kemudian keadaan kembali sepi sehingga ke rumah.

……………………………………………………………………..

Pada malamnya,Aisyah menjaga Nazrul walaupun sudah ditentang hebat oleh Nazrul.Alasannya tidak mahu menyusahkan Aisyah.Aisyah tidak kisah dengan semua itu.Hanya satu sahaja yang dia mahu lakukan iaitu menolong rakannya.Aisyah meletakkan kain lap di dahi Nazrul.

Aisyah memerhati wajah Nazrul.Keningnya yang lebat,bulu mata yang lentik,hidung yang sederhana mancung,bibirnya yang nipis dan rambutnya yang disikat rapi amat menarik Aisyah.Aisyah sebenarnya sudah lama jatuh cinta dengan Nazrul walaupun Nazrul selalu bergaduh dengannya.Dia tidak kisah.Dia hanya mahu melihat wajah Nazrul sahaja.Wajah yang memberi keyakinan kepada Aisyah.Tanpa disedari lama kelamaan Aisyah tidur di tepi katil di atas lengan Nazrul.

……………………………………………………………………..

Sudah seminggu peristiwa itu berlaku.Hubungan di antara Nazrul dan Aisyah makin membaik.Peperiksaan SPM juga sudah hamper menjelang.Smua murid sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan yang menentukan jalan hidup seseorang.Begitu juga dengan Nazrul dan Aisyah.Mereka berdua sibuk mengulangkaji pelajaran yang lemah dan tidak ketinggalan yang senang juga.

“Weyh!”Nazrul memanggil Aisyah.Aisyah sedang sibuk mencari buku menoleh dan memandang Nazrul.

“Apa?”Aisyah bertanya.Dia mengambil buku dan duduk disebelah Nazrul yang kelihatan bingung.

“Ni!Macam mana nak buat?”Nazrul bertanya sambil jari telunjuknya ditujukan kepada soalan.Aisyah mengambil buku di tangan Nazrul dan meneliti soalan tersebut.Dia kemudian mengambil pensel.

“Ni senang je lah.Tu pun tak dapat nak buat”Aisyah sempat memerli Nazrul.Nazrul mencebik.Kemudian Aisyah mengajar Nazrul.

“Macam ni.Faham?!”Aisyah bertanya.Nazrul hanya tersengih menampakkan giginya yang teratur dan bersih.Mereka kemudian menyambung kembali kerja.Sambil itu juga,mereka bergurau senda bagi menghilangkan ngantuk yang akan menjejaskan waktu mereka sedang belajar

………………………………………………………………….

Hari ini merupakan hari terakhir SPM dan juga hari terakhir Nazrul bersekollah di sini.Dia terpaksa mengikut bapanya ke Australia atas urusan pertukaran tempat kerja bapanya.Aisyah berasa sangat sedih atas pemergian Nazrul keluar Negara.Dia pasti akan merindui Nazrul.Gurau sendanya,ejekannya dan lain-lain lagi.Semalam,semalaman Aisyah menangis.Dia tidak rela Nazrul ke Australia.Jika Nazrul ke sana,pasti dia akan dibuli oleh rakan-rakannya.

Keesokan harinya di sekolah,mata Aisyah sembab ke semalaman menangis tanpa henti.

“Weyh!Aku dah nak pergi.Kau jaga diri taau”Nazrul berkata.Aisyah menahan empangn airmatanya.Dia tidak mahu menangis di hadapan Nazrul.Aisyah pura-pura senyum.

“Aku tak tahu nak cakap apa.Aku harap kau belajar sungguh-sungguh tau.Aku pasti akan rindu kat kau.Kalau kau tak pasti aku akan dibuli.Aku amat menghargai kau.Kau lah sahabat aku selamanya”Aisyah berkata.Suaranya bergetar.Dia cuba menahan airmatanya daripada turun tetapi dia tidak kuat.Akhirnya airmata kesedihan turun deras.

“Eh!Tak maul ah nangis-nangis ni.Nanti aku jadi serba salah pulak nak tinggalkan kau.Aku akan balik.Percayalah.Aku cintakan kau”Nazrul mengucap kata-kata keramat yang membuatkan Aisyah terkesima.Dia memandang Nazrul.Terpancar keikhlasan di matanya.Aisyah terus memeluki Nazrul.

“Ops!Sorry”Aisyah berkata setetlah beberapa minit berpelukan.Nazrul hanya tersenyum.Dia suka diperlakukan begitu.Nazrul memandang Aisyah.

“Kau jaga diri baik-baik.Kalau si gedik tu nak pukul kau,kau buat macam yang aku suruh tau”ujar Nazrul.Aisyah tersenyum.

“Ya!Aku akan buat.Aku sayangkan kau.Balik cepat tau!”Aisyah berkata setelah Nazrul jauh.Nazrul melambai kearah Nazrul.

………………………………………………………….

5 tahun kemudian…..

Aisyah kini bekerja sebagai seorang doctor.Dia berjaya mencapai cita-citanya yang ditanam sejak kecil lagi.Aisyah juga tidak menyangka yang dia akan berjaya mencapai kejayaan sampai ke tahap ini.

Aisyah juga masih single.Boyfriend mana nak ada.Kalau yang minta,dia akan cakap yang dia sudah berpunya.Memang dia sudh berpunya.Dia milik Nazrul.Ya!Nazrul.Lelaki yang amat dirindui Aisyah setelah beberapaa tahun pemergiannya ke luar Negara.Cintanya kepada lelaki tersebut tidak pernah pudar.Akan bertambah dari sehari ke sehari.

Tuk!Tuk!

Bunyi ketukan pintu dari luar mematikan lamunan Aisyah.Aisyah membetulkan duduknya.

“Masuk”Aisyah berkata.Dia pura-puraa menyibukkan dirinya.

“Duduk encik”Aisyah berkata seraya memandang wajah lelaki yang menjadi pesakit.Alangkah terkejutnya apabila melihat wajah lelaki yang dirinduinya selama bertahun-tahun lamanya.

“Nazrul”Aisyah berkata.

“Aisyah”Nazrul berkata.

Mereka bertatapan lama.Aisyah terasa dunianya seperti di awing-awangan apabila memandang wajah Nazrul.Nazrul makin kacak sekarang.Jika dahulu rambutnya di sikat kebelakang,sekarang rambutnya di pacak sedikit.Mukanya yang dahulu sedikit tembam,sekarang menjadi berbentuk bujur.Badannya yang gempal seketika dahulu,menjadi kurus.

“Kau apa khabar?”Aisyah bertanya.Nazrul tersenyum.Dia memandang wajah Aisyah sepuas-puasnya.Penat dia mencari di mana Aisyah bekerja dan akhirnya dia baru sahaja mendapat tahu Aisyah bekerja di sini.Sudah menjadi doctor rupanya.

“Baik.Kau pulak?Aku tengok kau makin cantik”Nazrul memuji Aisyah.Aisyah tersipu-sipu malu.Tetapi itulah kenyataanya.Dahulu Aisyah sedikit gempal,kini dia badannya cantik berbentuk.Dahulu Aisyah hitam,sekarang Aisyah sedikit putih.Ah!Rindunya Nazrul berkata di dalam hati.

“Terima kasih.Kau pun hensem per.Dulu gemuk sekarang tengok.Dah kurus”Aisyah berkata.Nazrul ketawa kecil.Cara percakapan Aisyah tak pernah berubah.Macam tu je lah.Tak boleh nak sopan sikit.

“Eleh.Kau nak puji nak puji aku pulak.Kau pun apa kurangnya.Makin cantik aku tengok.Ni yang nak buat isteri ni”Nazrul berkata.Aisyah tersentak.

“Isteri?”Aisyah bertanya.Nazrul menangguk.

“Ya.Isteri.Aku nak memperisterikan kau.Dah lama aku tinggalkan kau.Rindu aku pada kau Allah je yang tau.Aku dah hantar orang merisik”Nazrul berkata selamba.Aisyah terkejut.Rupa-rupanya Nazrul lah yang menghantar rombongan merisik pada minggu lepas.

“Dan aku nak ucap terima kasih sebab sudi tunggu aku selama 5 tahun.Aku amat menghargai penantian kau”Nazrul menyambung kembali kata-katanya.Aisyah pelik.

“Macam mana kau tahu aku tunggu kau?”Aisyah bertanya.

“Si Nasrul cerita kat aku lah.Dia kan rapat dengan kau”Nazrul berkata.

“Ish!Nasrul ni tak boleh simpan rahsia lah”Aisyah berkata marah.Amanah yang diberikan kepada Nasrul untuk menyimpan rahsianya terbongkar.

“Tak pa.Aku berterima kasih at dia sebenarnya.Kalau bukan kerana dia,mungkin kau jadi anak dara terlajak lah!”Nazrul berkata.Aisyah memukul lengan Nazrul.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Kau ni sakit apa?”Aisyah bertanya.Nazrul tergelak.Dia mengangkat kening.

“Aku tak sakit pun.Aku cuma nak jumpa kau je.Rindu”Nazrul berkata.Aisyah sekali lagi memukul Nazrul.

“Ya Allah!Kau ni boleh buat macam tu.Dah keluar.Aku nak habiskan kerja”Aisyah berkata.Gelak Nazrul makin kuat.Dia kemudian keluar dan Aisyah sudah tersenyum gembira dengan kehadiran Nazrul kembali ke sisinya.

………………………………………………………………

Hari ini merupakan hari akad nikah diantara Aisyah dan Nazrul.Aisyah terasa berdebar-debar.Degup jantungnya berdegup seperti berlari seribu kilometer.Berdebar-debar.

“Pengantin lelaki belum sampai ke?”ibu tiriku bertanya.Aku hanya menggeleng.Aku mempunyai ibu tiri.Ibu tiri aku tu sebenarnya nurse kat hospital yang aku kerja.Tak tahu macam mana ayah boleh sangkut dengan dia.Huhuhu.

“Salmah!Salmah!”seseorang memanggil nama ibu tiriku.Ibu memandang kea rah orang yang memanggilnya.

“Ni ada call”dia berkata seraya memberikan telefon.Ibu mengambil.

“Apa?!”ibu menjerit.Aku terkejut mendengar jeritannya.Aku memandang ibu.Aku melihat titik-titik jernih turun di pipi ibu ku.

“Kenapa?”aku bertanya cemas.Ibu sudah terduduk di atas kerusi.

“Naz…Nazrul…dia kem…kemalangan masa dalam perjalanan”ibu berkata.Sperti panah petir ,aku jatuh terjelepok.Aku terkejut.Kemalangan.Air mataku mengalir deras.

“Ibu tipukan?”Aaku bertanya.Ibu hanya menggeleng.Aku menangis.Tangisan daripada Aisyah kedengaran.Ibu mengusap lembut belakang aku.

………………………………………………………..

Aku berjalan ke wad yang menempat kan Nazrul.Aku berasa berdebar-debar.Air mataku yang tadi kering kembali mengalir.

“Nazrul”aku memanggil Nazrul.Aku melihat wayar-wayar berselirat.Muka Nazrul yang pucat aku tatap.

“Kenapa kau buat macam ni kat aku Nazrul?Kau tau kan aku rindukan kau.Baru beberapa bulan kita berjumpa Nazrul”Aisyah berkata.Terdengar esakan kecil.Tiba-tiba Aisyah merasa usapan di belakang.Dia mengangkat muka dan terlihat wajah Nazrul.Dia tersenyum kearah Aisyah.

“Awak dah bangun.Jap saya panggil doctor”Aisyah berkata.Belum Aisyah memanggil doctor,Nazrul sudah menahannya.Dia menggeleng.Aisyah kembali duduk.

“Tak.Saya nak cakap dengan awak sekejap je”Nazrul berkata lemah.Aisyah memandang wajah Nazrul.

“Saya minta maaf dengan awak kalau saya dah lama sangat tinggalkan awak.Saya saying awak sangat…sangat…awak…”Nazrul kelihatan tercungap-cungap.Aisyah menjadi cemas.Dia ingin memanggil doctor tepai ditahan lagi oleh Nazrul.

“Sa…saya ….harap…aw…awak…tak….se…sedih…de…de..dengab….pem…pemergian saya….nanti.Awak…ke…kena…kuat….me…meng…menhadapi…du…duga…dugaan.

Saya sayang…kan a…a…a….awak”Nazrul berkata.Kemudian kelihatan Nazrul tidak bergerak lagi.Aisyah terus memanggil doctor.Doktor menyuruh Aisyah keluar.

Setelah beberapa minit kemudian…

Doktor keluar daripada bilik yang menempatkan Nazrul.Semua yang berada di situ menuju kea rah doctor tersebut.

“Saya minta maaf.Saya dah cuba sedaya upaya saya tapi dia pergi.Saya minta maaf”doctor tersebut berkata.Aisyah sudah menangis teresak-esak di dalam pelukan ibu.

…………………………………………….

Kini Aisyah di kawasan tanah perkuburan.Baru sahaja beberapa minit yang lepas Nazrul dikebumikan.

“Aisyah.Dah lah tu.Jom balik”ibu berkata.Aisyah memandang ibu.

“Kejap ibu.Nanti Aisyah menyusul”Aisyah berkata.Ibu berjalan meninggalkan Aisyah keseorangan.

“Nazrul.Saya akan doakan awak selalu di sana.Saya amat merindui awak.Saya sayangkan awak”Aisyah berkata.Dia kemudian meninggalkan kawasan perkuburan dalam keadaan sedih dan rindu yang tinggi kepada lelaki yang bernama Muhammad Nazrul

P/S:Cerita ni ada sambungan kedua.Jadi nantikan kalau saya rajin nak buat.Huuhuhuhu.

Thursday, 1 March 2012

new e-novel

Tak mungkin cintaku pada seorang pengajar!

Bab 16-end-



Baru sahaja Nysa keluar daripada kelasnya dia mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali.Pada mulanya dia tidak mahu mengangkat panggilan tersebut tapi apabila ia ditelefon banyak kali dan Nysa tidak tahan bunyi yang keluar,dia terus mengangkat.
"Helo"Nysa memulakan percakapan.Dalam hatinya membara kerana orang ini menelefon tak tahu nak berhenti.
"Helo.Kau dengar sini.Aku nak kau pergi Hotel Bestari dekat Port Dickson sekarang.Kalau kau nak mak dan ayah kau hidup datang secepat mungkin"berkata seorang perempuan di hujung talian.Nysa terpaku.Dia terkejut apabila orang tersebut membabitkan ibu dan bapanya.Orang yang Nysa amat sayangi.
"Dan kau jangan nak menggatal pergi telefon polis ataupun suami kau.Kau datang seorang.Kalau aku tahu kau telefon diaorang,nyawa mak dan bapak kau terancam"orang tersebut menyambung lagi.Selepas itu dia terus menutup telefon sebelum sempat Nysa menanyakan soalan.Nysa dengan perasaan khuatir terhadap keselamatan ibunya terus berlari pergi mendapatkan keretanya walaupun berlari tidak boleh kerana kadungannya.Dia mencucuk kunci kereta dan terus memecut keretanya ke tempat yang harus dituju iaitu Port Dickson.
..................................................................................
Sebaik sahaja sampai di destinasinya,dia mendapat lagi panggilan daripada orang tadi.Orang tersebut menyuruh Nysa pergi ke bilik 123yang terletak di tingkat 2 hotel.Nysa dengan cepatnya berlari ke arah lif dan menekan punat 2.
 Nysa keluar daripada lif dengan terburu-buru dia mencari bilik 123.Dia terlihat bilik yang bernombor 123 dan dihadapan bilik tersebut terdapat seorang lelaki.Nysa menyapa lelaki tersebut.
"Saya disuruh untuk datang ke sini"aku berkata seperti yang disuruh oleh orang tersebut sebelum dia ke sini.Lelaki yang berada di hadapan pintu itu berdiri dan mengikat tangan Nysa.Nysa merota-ronta dilepaskan.
  Nysa dibaling ke lantai bilik apabila sudah sampai.Dia melihat seorang perempuan berdiri di hadapannya.Dia cuba mengamati wajah perempuan tersebut.Dia cuba mengingati.
'Tak salah pernah jumpa'Nysa berkata di dalam hati.Apabila dia cuba mengingati,tiba-tiba dia teringat pada perempuan yang teringin dijodohkan dengan suaminya.'
Salina!'Nysa menjerit di dalam hati.Salina yang dihadapannya kini memakai baju yang cukup seksi dan menyeksa pandangan Nysa.Dia ingat lagi pada pertemuan pertama mereka,Nysa melihat Salina sungguh sopan tetapi sekarang penampilannya cukup berbeza.Jauh berbeza dengan yang dahulu.
"Dah puas tenung aku?"Salina bertanya.Nysa yang tadi asyik memandang Salina tersentak.Dia menundukkan kepalanya.Tidak berani bertentang mata dengan Salina.Wajah Salina ketika ini sungguh bengis.Tiba-tiba Nysa teringat ibu bapanya yang diculik oleh Salina.
"Mana ibu bapa aku?"Nysa bertanya kasar.Salina ketawa jahat tiba-tiba.Salina memandang pelik.
"Mana ada ibu bapa kau kena culik lah bongok?!Tu hanya perangkap je supaya kau datang sini"Salina berkata.Aku merenungnya tajam.Aku cuba untuk melepaskan diri tetapi belum sempat Nysa mehu menggerakkan badannya,Salina sudah menyuruh orang upahannya menrik Nysa.Nysa hanya ikut dalam keterpaksaan.
......................................................
 Kini Nysa di pantai Port Dickson.Pantai ini sunyi.Tiada langsung orang.Nysa diletakkan di pasir tetapi tangannya masih kuat di pegangan lelaki tersebut.Aku melihat Salina sibuk berkata di dalam tersebut.Tersungging senyuman sinis di bibirnya.
"Kau tunggu sini"Nysa berkata kepada aku dan orang suruhannya.Aku hanya akur kerana dileherku diletakkan pistol.
  Setelah lama menunggu tiba-tiba kelihatan susuk badan seorang lelaki yang dikenali oleh Nysa.Dia cuba mengenali lelaki tersebut.Lama kelamaan lelaki tersebut dekat dengan Nysa.Nysa dapat mengecam muka lelaki tersebut.
"Syahmi!"Nysa menjerit.Ingin saja sekarang dia berlari memeluk Syahmi tetapi hanya angan-angan.Dia hanya dapt melihatnya dengan linangan airmata yang keluar dari tubir matanya.
"Datang pun kau"Salina berkata.Syahmi kelihatan termengah-mengah.Mungkin penat berlari.
"Aku datang sebab nak selamatkan isteri aku.Bukan datang sebab kau lah!"Syahmi menjerit ke arah Salina.Salina gelak kuat.Dia mengeluarkan botol daripada dalam poketnya.Botol tersebut diberi kepada orang suruhannya.Dia meletakkan botol tersebut di mulutku.Aku sudah menggelabah.
 "Kau nak kadungan dalam isteri kau mati ke ataupun kau ikut cakap aku?"Salina bertanya.Syahmi sudah cemas dengan keadaan ini.
 "Kau jangan apa-apa kan isteri aku.Aku ikut cakap kau"Syahmi berkata.Nysa sudah menelan liur.Pahit dirasanya.Dia pasti Salina akan meminta sesuatu yang diluar jangkaan.
........................................................
"Aku mintak kau kahwin dengan aku"Salina berkata.Syahmi kelihatan terkejut dengan permintaan gila Salina.Salina berjalan mendekati aku.
"Kalau kau tak nak ikut..."Salina berkata sambil memetik jarinya.Botol di mulutku makin dekat dan cecair di dalam makin dekat dengan mulutku.Aku sudah berdoa di dalam hati.Adakah ini pengakhiran perjuanganku untuk mempertahankan kadunganku?Syahmi sudah gelabah.
"Ok!Aku ikut!"Syahmi menjerit kuat untuk memberhentikan pergerakan orang suruhan Salina.Salina tersenyum sinis.Setelah itu botol tersebut dibaling ke dalam laut.Aku diletakkan di pasir.Orang suruhan Salina juga telah melepaskan aku.Aku sudah berlinangan dengan airmata.Syahmi kelihatan serba salah.Tiba-tiba aku mendengar tembakan.Aku memjamkan mata.
Bang!Bang!
Aku membuka mata setelah keadaan menjadi senyap.Kelihatan Salina yang ketakutan.Orang suruhan Salina yang berlumuran.Aku mencari kelibat Syahmi.Tiba-tiba aku terpandang sekujur badan tidak jauh dari situ.Aku mendekati badan tersebut.Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat Syahmi yang berlumuran darah.Tanganku menjadi terketar-ketar.
"Syahmi"aku memanggil Syahmi.Tiada tindak balas daripadanya.Dia hanya diam disitu.Aku sudah menangis lagi.Aku menggoncang badan Syahmi tetapi Syahmi tetap kaku.Aku cuba memeriksa nadinya.Tidak terasa nadi.Badannya juga sejuk.Aku sudah menjerit memanggil namanya.
"Syahmi!Syahmi!"aku memanggil Syahmi.Sesungguhnya aku tidak bersedia dengan pemergian Syahmi.Tiba aku terasa usapan lembut di belakangku.Aku menoleh.Aku terkesima melihat wajah dibelakangku kini.
"Nysa"panggilnya lembut.Airmataku meleleh lagi.Aku memeluknya erat.
..............................................................
"Awak"Nysa memanggil lembut.Dia menoleh.Ditangannya kelihatan seorang bayi comel yang sedang nyenyak tidur.Nysa baru sahaja bersalin melahirkan anak sulongnya semalam.
"Comel kan anak kita bang?"Nysa bertanya.Lelaki tersebut mengangguk tanda steuju.Dia meletakkan bayi tersebut dan memeluk pinggang Nysa.Nysa hanya tersenyum.Dia senang dibuat begitu.
"Abang ni pandailah"Nysa berkata.Syahmi hanya tersenyum dengan kenyataan isterinya.Dia teringat kembali kepada kejadian dahulu....

"Syahmi!Bukan awak dah mati ke?"Nysa bertanya setelah melepaskan pelukannya.Syahmi tersenyum.Dia pun menceritakan yang terjadi.
"Macam ni,kawan abang ni ada upah penyiasat kerja dengan Salina.Dia ambil tahu semua benda.Dia laporkan kat abang yang sayang akan kena culik.Abang pun ambil keputusan untuk klonkan diri abang kerana abang takut nanti dia nak bunuh abang.Abang ambil seseorang yang pernah bersalah.Dia pun dengan sukarelanya nak jadi abang.Dia pakai topeng abang.Abang ajar dia semua benda.Dia pun seorang yang cepat belajar.Jadi senanglah.Dia buat seperti yang abang suruh.Tepat jangkaan abang yang dia akan ditembak"Syahmi menerangkan panjang lebar.Nysa memeluk suaminya erat.
"Terima kasih abang"Nysa berkata.Syahmi hanya mengangguk sambil mengusap lembut belakang Nysa.

"Terima kasih abang"Nysa berkata.Syahmi mengangguk.
Salina.Cerita pasal Salina,Salina sekrang dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana stress.Dia menjadi stress selepas kejadian yang berlaku.
"Sayang,abang harap rumah tangga kita akan kekal bahagia sampai ke akhir hayat"Syahmi berkata sambil mengusap lembut rambut Nysa.
"Nysa pun harap bang"Nysa berkata.Syahmi mengeratkan pelukannya.Kini hidup mereka aman dan bahagia.
-Tamat-