Wednesday 14 March 2012

Hanya Dirimu Bab 6.




Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam sudah berakhir setelah tempat yang dituju sudah berada di hadapan mereka.Aryana dan Aryan yang sedang tidur dengan lenanya dipandang oleh mama dan ayah.Gelak terhambur.Ini kerana melihat Aryana yang memeluk tengkuk Aryana manakala Aryan memeluk pinggang Aryana dan Aryana berdengkur kuat di muka Aryan.

Setelah gelak mama dan papa reda,mereka menuju ke arah Aryan dan Aryana.Senyuman mengiringi mereka ke tempat peraduan Aryana dan Aryan.

“Aryan!Aryana!Bangun!Dah sampai ni”mama menjerit membangunkan anak dan menantunya.Aryan dan Aryana terpisat-pisat bangun.Muka mereka kelihatan mamai tetapi pelukan masih tidak dilepaskan.Mama yang emlihat tidak dapat lagi menahan gelak.Dia gelak sepuas hati melihat gelagat anak dan menantunya.Papa disebelah juga ikut tergelak.Aryana dan Aryan pelik dengan mama dan papa.

“Mama dengan papa kenapa?”Aryan bertanya pelik.Dia masih tidak menyeydari perbuatannya kini.

“Ya Allah!Boleh tanya lagi?”mama berkata dengan sisa ketawanya.Aryan dan Aryana menggaru kepala.

“Kamu tak perasan siapa yang kamu peluk tu ke Aryan dan Aryana?”papa berkata.Aryan dan Aryan yang baharu sahaja perasan terus melepaskan pelukannya.Muka merah jelas kemerahan menahan malu.Mama dan papa hanya tersenyum kerana sudah penat gelak.Selepas itu mereka sekeluarga berjalan keluar dan menuju ke kaunter.

“Kamu berdua tunggu kat sini.Biar mama dan papa pergi kat sana”mama berkata.Aku dan Aryan hanya mendiamkan diri.Aku mengingati kembali kepada kejadian tadi.Kejadian yang memalukan sungguh.

‘Macam mana tadi boleh terpeluk si Aryan ni.Tau lah dah berbaik tapi jangan lah nak ambil kesempatan pulak!Buat malu kat mama dan papa je’Aryana berkata di dalam hati.

‘Biarlah diaorang tahu.Kan kita dah berbaik.Mesti diaorang gembira kan?’Aryan menjawab pula.Dia menjeling kepada Aryana.Aryana menjeling kembali Aryan.Tajam.

‘Eleh!Suka sangat lah tu.Tau lah nak diaorang tahu tapi kita juga yang malu tau tak?’Aryan berkata pula di dalam hati.

‘Macam-macam lah.Nanti awak nak berapa orang anak?’Aryan berkata di dalam hati.Tidak berani mereka mahu berkata kuat.Nanti mama dan papa gelakkan mereka lagi.Senyuman nakal terbit di bibir Aryan.Aryana yang perasan mencubit kuat Aryan.Aryan menjerit kesakotan.

“Hey!Kalau nak cubit tu perlahan lah sikit.Sakita tahu tak?”Aryan berkata.Aryana buat tak kesah.Dia masih galak mencubit Aryan.

“Nak bermesra pun tak kan kat lobi kot?’seseorang mengejutkan mereka.Aryan dan Aryana yang terkejut memandang ke arah suara tersebut.Dia melihat seorang lelaki yang kacak berbaju kemeja berwarna merah memandang tajam ke arah mereka.Aryana menjadi kaku.Dia terkejut dengan kehadiran dia di sini.

“Hai Aiman!”Aryan menyapa Aiman.Aiman yang tadi memandang Aryana terus menoleh kepada Aryan yang menyapanya tadi.Aryana yang terkejut itu dikejutkan dengan genggaman erat.Dia tersenyum ke arah Aryana apabila Aryana memandang Aryan.Aiman yang melihat tangan Aryana digenggam oleh Aryan hanya tersenyum.

“Hai Aryan.Sihat?”Aiman bertanya.Aryan tersenyum.

“Always.Macam kau tak tahu aku”Aryan menjawab.Aiman mengangguk.

“Ni siapa ni?”Aiman bertanya.Dadanya menahan debar untuk mengetahui jawapan Aryan nanti.

“Dia bini aku lah yang aku selalu cerita kat kau tu.Cantik kan dia?”Aryan menjawab.Aiman yang tadi gembira dengan kehadiran Aryan menjadi kau.Dia tidak menyangka Aryana lah wanita yang selalu diceritakan oleh Aryan selama ini.Wanita yang dicintainya sepenuh hati dahulu.Sekarang dia kembali untuk memberitahu niatnya ingin mengahwini Aryana dan dia amat mencintai Aryana.

“Aryana!Lama tak jumpa kau.Makin cantik ek kau sekarang..Pandai kau cari bini Aryan”Aiman berkata.Jelas terpancar kehampaan di wajahnya tetapi dia cuba menutupnya dengan senyuman.

“Oh kau dah kenal dengan Aryana rupanya.Aku biasalah kan.Tak adalah!Kau pulak?”Aryan berkata.Aryana yang disebeah sudah kegelisahan dengan kehadiran Aiman.Kekasih dahulu yang dicintainya sepenuh hati tetapi apabila dia baharu sahaja ingin memberitahu perasaannya lelaki itu sidah menghilangkan dirinya.Baru sekarang dia kembali dan dia sudah berkahwin.Cintanya hanya kepada Aryan seorang sahaja sekaang.Tiada galang gantinya.

“Aku macam kau tak tahu.Mana nak ada.Au tunggu seseorang lah”Aiman berkata bagi menyedarkan Aryana.Dia menjeling ke arah Aryana.Aryana tersentak pabila mendengar perkataan ‘seseorang’ yang disebut oleh Aryan.Apakah dirinya?Aryana berfikir.

“Hmm..kau memang.Dari dulu aku tanya kau jawab tu je lah.Tunggu seseorang”Aryan berkata gembira.Selepas itu mereka berbual-bual kososng.Aryana disebelah tidak mahu masuk campur kerana bukan berkaitan dengan dirinya pun.Fikirannya melayang kepada peristiwa dahulu.Peristiwa yang membuatkannya membenci seorang kaum iaitu kaum Adam.Hanya kehadiran Aryan yang membuka kembali hatinya yang sudah tertutup lama.

Aiman merupakan rakan baik Aryana daripada kecil lagi.Aiman selalu menjadi pelindungnya semasa dia dalam kesusahan.Aiman juga merupakan guru kepada Aryana kerana Aiman selalu mengajar Aryana.Ini kerana Aryana yang tua setahun daripada Aryana membolehkan Aiman mengajar Aryana.

Peristiwa itu berlaku apabila Aryana mendapat surat daripada bahawa Aiman mahu menemuinya di tasik.Dia dengan berdebar-debar hanya ke sana bagi berjumpa dengan buah hatinya yang dicintai dalam diam.

Apabila dia sampai di sana dia melihat Aiman sudah setia menunggunya di kerusi tasik.Kerusi yang selalu mereka duduk apabila bermain di tasik ini.Aryana pun berjalan menuju ke arah Aiman dan duduk disebelahnya.

“Ada apa Aiman nak jumpa Aryana?”Aryana berkata bagi mengawal debaran di dada.Aiman disebeblah dipandang.

“Aiman nak tahu perasaan Aryana pada Aiman”Aiman memberitahu hasratnya.Aryana tersentak.Dia sudah menganggak pasti ada sesuatu Aiman mahu bertanya.

“Kenapa Aiman tiba-tiba tanya?”Aryana bertanya.Aiman disebelah sudah tidak dipandang.

“Sebab Aiman nak pastikan perasaan Aryana kepada Aiman.Aiman nak tahu betul ke tak yang Aiman dengar yang Aryana cintakan Aiman”Aiman memberitahu sebabnya.

“Betul lah tu”Aryana mengiakan kebenarannya.Aiman jelas terkejut.Aryana cuba mengawal debaran pabila melihat riaksi Aiman sebentar tadi.

“Ye ke?”Aiman bertanya.Aryana disebelah dipandang penuh tanda tanya.Aryana mengangguk.Selepas itu Aiman terus meninggalkan Aryana.Aryana yang ditinggalkan termangu-mangu.Dalam hatinya berdoa agar Aiman tidak membencinya.

Keesokan harinya dia mendapat tahu bahawa Aiman sudah berpindah.Aiman tidak langsung memberitahunya tentang perpindahannya.Aryana menjadi sedih.Sejak tiu dia llangsung tidak membuka hatinya untuk orang lain sehingga Aryan datang mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat selama ini.Kini dia bahagia bersama Aryan.

“Aiman!”mama memnggil Aryana dan serentak dengan itu mengembalikannya ke alam yang nyata.Dia memandang Aiman yang sedang menyalami mama dan papa.Kemudian mereka berbual-bual mesra.

“Awak berhutang dengan saya.Awak tak cerita pun macam mana awak kenal dengan Aiman”Aryan berkata seakan berbisik.

“Nanti saya bagi tahu macam mana saya kenal dia.Tahulah dia tu jelous dengan Aiman kan?”Aryana bertanya seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh suaminya.Aryana hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Ok lah.Kami masuk bilik dahulu”mama berkata bagi mengakhiri perbualan mereka.Aiman hanya mengangguk dan bersalaman dengan mama dan papa.Dia kemudian berlalu pergi.

“Ha!Jom masuk bilik.Nah kunci”mama berkata lalu memberikan kuci bilik.Aryan menyambutnya dan terus menuju ke bilik.Sesampainya di hadapan bilik,Aryan memasukkan kad dan mereka membuka pintu.Aryana yang kepenatan terus sahaja membaringkan dirinya di atas katil.

“Awak!Esok saya cerita boleh?”Aryana berkata.Matanya terpejam.

“Boleh.Saya pun penat.Nak rehat”Aryan berkata lalu membaringkan dirinya disebelah Aryana.Dia memeluk Aryana.Aryana yang kepenatan hanya membiarkannya dan membalas pelukan Aryan.Dia lena dalam pelukan hangat Aryan.

Bersambung…..

No comments:

Post a Comment