Tuesday 7 August 2012

Hanya Dirimu Bab 13


Aryana berjalan perlahan menuju ke dewan kuliahnya.Dia hari datang awal kerana dia juga tidak tahu apa mimpinya.Pagi tadi selepas solat subuh matanya tidak mahu lelap.Dia juga pelik dengan dirinya dan sebab itu juga dia terpaksa hadir awal ke kuliah.

“Bosannya!”Aryana berkata.Dia memandang sekeliling untuk mencari Aryan.Jika Aryan ada boleh dia bercerita dengan Aryan ataupun main kejar-kejar.Macam budak becil.

“Tak ada pulak budak ni!”Aryana berkata kecewa.Pagi tadi semasa dia ingin ke university,dia sempat menjenguk Aryan tetapi kelibat Aryan tidak kelihatan.Aryana berfikir Aryan sudah ke university tetapi tidak kelihatan juga kelibat Aryan disini.Aryana melunjurkan kakinya kehadapan.Dia memejamkan matanya seolah-olah menikmati suasana nyaman pagi ini dan tanpa dia sedari seorang lelaki lalu dihadapannya dan melanggar kakinya.Lelaki tersebut terjatuh kerana kaki Aryana.

“Aduh!”lelaki itu mengaduh kuat dan serentak dengan itu Aryana membuka mata.Dia memandang kea rah suara itu

“Ya Allah!Sorry awak!Saya tak perasan”Aryana berkata.Lelaki tersebut mengangkat tangan tanda dia tidak apa-apa.Lelaki itu bangun dan memandang Aryana.Aryana yang tertanya-tanya siapakah gerangan yang jatuh kerana kinya membeliakkan matanya.

“Aiman!”Aryana menjerit terkejut.Aiman juga terkejut dengan kehadiran Aryana.

“Aryana!Lama tak jumpa”Aiman berkata.Dia memandang Aryana yang berada di hadapan matanya.Sungguh beragaya!Tidak seperti Aryana yang dahulunya comot dan selekeh.

“Memanglah.Kau belajar dekat sini ke?”Aryana bertanya.Aiman mengangguk sambil tersenyum senang.Aryana membulatkan matanya.

"Really?Tak pernah nampak pun"Aryana berkata.Dia memandang Aiman yang segak.Walaupun bajunya agak simple tetapi dia tetap kelihatan kemas dan segak dimata Aryana.

"Baru je transfer.Tu yang kau tak pernah nampak tu"Aiman berkata.Aryan mengangguk.Matanya tidak lepas memandang Aiman.

“Dah breakfast?Kalau belum temankan aku”Aiman mempelawa Aryana.Aryana berfikir sama ada dia ingin menerima atau menolak.

“Boleh je.Jom!”Aryana menerima pelawaan Aiman dan mereka berjalan seiring menuju ke cafe.

……………………………………………………….

Rania berjalan menuju kearah Aryan yang sedang bersendiriran.Selalunya Aryan akan bersama Aryana tetapi hari ini Aryan berseorang dan ini memberi ruang kepada Rania untuk mendekati Aryan.Punggung Rania yang bergoyang mengikut badan Rania menggoda semua jejaka yang berada di university itu kecuali Aryan.Rania pun tidak faham dengan Aryan yang anti dengan dirinya.

“Aryan!”Rania memanggil Aryan yang sedang khusyuk membaca novel.Lelaki baca novel?Lawak pun ada rasanya.Tidak selalu lelaki baca novel ni.

Aryan pun mengangkat kepala memandang sekilas Rania dan kembali tunduk mengahadap buku.Rania yang diperlakukan begitu begang.Mukanya cemberut memandang Aryan. Tetapi cepat-cepat di ceriakan kembali.

“You baca buku apa?”Rania bertanya ramah.Tangan Rania perlahan-lahan menjalar ke tangan Aryan.Aryan menjadi rimas.Dia menolak tangan Rania.Rania tergelak kecil.Apa yang lawak pun Aryan tidak faham

“Aryan!You dengar tak I Tanya apa tadi?”Rania bertanya bengang setelah beberapa seketika Aryan hanya mendiamkan diri.Aryan hanya mengangguk tanda dia mendengar.

“Dah kalau dengar tak boleh nak jawab?”Rania bertanya.Aryan sudah bangun.Dia bersedia untuk meninggalkan Rania.Hari ini dia datang awal ke universiti kerana inginkan ketenagan tetapi kekacauan pula yang dia dapat.

“Dah jawab dah!”Aryan menjawab.Dia bangun meninggalkan Rania yang baharu sahaja ingin memulakan adegan merajuknya.Menyampah!

…………………………………………………………….

Aryana berjalan laju ke arah Aryan.Geram betul dia dengan Aryan yang menghilangkan diri begitu sahaja.Sampai sahaja ke meja Aryan dia memukul meja dan serentak dengan itu dia menjerit.

“Aryan!”Aryana menjerit lantang.Aryan yang sedang minum air tersedak.Terbatuk-batuk dibuatnya dengan suara Aryana.Aryan menoleh memandang Aryana yang betul-betul ditepinya.

“Apahal dengan kau?”Aryan bertanya.Dia geram dengan perilaku Aryana yang tidak memberi salam.Aryan mengurut dadanya bagi menghilangkan sakit kerana tersedak tadi.

“Apahal dengan aku?Apahal dengan kau lah!Kau dari pagi tadi tak Nampak batang hidung pun”Aryana berkata.Aryan sudah menepuk dahi.Tu je,ingatkan apelah tadi.

"Kenapa?Kau risau ke?Kan semalam…..”Aryan berhenti berkata-kata.Dia baharu teringat mengenai perkara yang ingin dibicarakan oleh Aryana semalam sehingga dia sanggup menerjah bilik Aryana.Dia rasa ingin gelak dengan perilakunya.

“Kau nak cakap apa ek semalam?Yang kau suruh aku datang awal tu”Aryan bertanya.Aryana yang mendengar mengingati kembali kejadian semalam.Dia cuba ingat apa yang ingin dibicarakan dengan Aryan.

“Ha ah lah!Terlupa aku nak cakap.Aku sebenarnya nak jadikan kau sebagai model aku.Boleh?”Aryana bertanya.Aryan pelik.Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.

‘Model apa pulak’ Aryana berkata di dalam hati.

“Model ape?”Aryan bertanya.Aryana hanya senyum.Senyum penuh rahsia.Aryana berpura-pura tidak tahu dengan mengangkat bahunya.Wajah dibuat mimik muka.

“Adalah!”Aryana berkata dan terus berjalan dengan hati yang gembira kerana Aryan sudi menerima pelawaannnya untuk menjadi model kepada projeknya nanti.Nanti dia tidak perlu fikir mengenai model lagi.

“Alah!Aryana bagitahu lah!”Aryan merayu.Aryana hanya menggelengkan kepala.Aryan yang geram  mengejar Aryana.Aryana yang perasan langkah Aryan yang semakin laju mendekatinya mengorak langkah lajunya bagi meninggalkan Aryan.Sambil mereka berlari mengejar satu sama lain mulut mereka menjerit memanggil nama di antara mereka.Gamat universiti dengan suara mereka.

...............................................................................

Aiman dan Rania melihat adegan kejar mengejar di universiti itu mengenggam tangan.Bibir diketap dan rambut jangan nak kata.Dah serabai dah!

"Kenapa dengan kau?!Kau aku punya!"mereka berkata serentak.Mereka menoleh dan memandang satu sama lain.Kening juga terangkat sekali.

"Kau buat apa dekat sini?"Aimanbertanya.Kini mereka berada di sudut yang tertutup.Tidak ramai orang yang lalu di sini dan tempat ini tempat yang jelas untuk melihat apa yang berlaku di cafe sahaja.

"Tengah ambil angin"Rania menjawab.Aiman yang pelik mengangkat keningnya.Rania yang melihat sudah tergelak.Lurus bendul!

"Of course lah aku tengah nak jalan pergi tempat kuliah aku.Ni kan universiti.Tempat aku belajar"Rania berkata.Aiman yang malu hanya senyum.

"Tapi kenapa berhenti kat sini?"Aiman bertanya.Rania tersentak.Dia tidak tahu ingin menjawab apa.Tangannya digenggam.

"Saja"Rania menjawab sepatah.Aiman yang perasan sesuatu yang lain dengan diri Rania tersenyum.Dia pasti Rania sedang melihat sesuatu dari arah sini.Jikalau tidak kenapa dia ada di sini.Tempat yang sunyi ini.Aiman boleh berada di sini pun kerana kebetulan sahaja.

"Kau ada sembunyikan sesuatu kan?"Aiman bertanya.Tangannya merayap kebelakang Rania dan terus kebahunya.Rania yang diperlakukan sebegitu gelisah.Dia cuba menolak tangan sotong Aiman tetapi tidak berjaya.Beberapa kali dia berbuat sedemikian tetapi tangan Aiman tidak turun daripada bahunya malah lagi kuat dia memeluk bahu Rania.

"Lepas lah!"Rania berkata kuat.Aiman yang terkejut menekup mulut Rania.

"Kau ni.Cakap tu perlahan lah sikit.Orang dengar kang dia ingat aku apa-apakan kau pulak"Aiman berkata.Rania menolak tangan Aiman.Tangannya pula mengelap bibirnya kerana tangan Aiman menyentuhnya tadi.

"Biarlah ada orang dengar.Biar dia tengok apa kau buat dekat aku"Rania menjawab.Dia membetulkan kedudukan bajunya yang tadi kebawah kerana menolak tangan Aiman.

"Kalau ada orang nampak nanti dia report.Kau tak malu ke bila orang tahu apa yang dah kita berdua lakukan dan reputasi kau jatuh?"Aiman menjawab tenang.Rania menjadi geram.

"Whatever"Rania berkata.Dia kembali memandang ke hadapan.Dilihat Aryan sedang memeluk Aryana dan serentak dengan itu tangan Rania mencengkam kuat tangan Aiman.

"Auch!"Aiman mengaduh kesakitan.Rania berhenti menggengam.Dia memandang kesebelah dan keningnya terangkat.Aiman yang kesakitan menunjukkan pergelangan tangannya yang masih digenggam oleh Rania.Rania melepaskan tangannya dan memohon maaf.

"Kau kenapa?Kau tengok dekat Aryan ek?Kau minat Aryan ek?"Aiman bertanya.Rania teragak-agak untuk mengaku.Dia risau Aiman tidak pandaimenyimpan rahsianya.

"Kau jangan risaulah.Aku pandai simpan rahsia lah"Aiman berkata.Rania tersentak.Macam mana Aiman dapat tahu.Mukanya ada menunjukkan keraguan ke?

"Ya.Aku memang suka dekat Aryan"Aryan menjawab setelah didesak dan mendaoat kekuatan untuk mengaku.Aiman tersenyum puas.

"Kan senang kalau daripada tadi mengaku.Tak lah aku nak kena desak baru nak mengaku"Aiman berkata.Rania hanya senyap dan memandang kembali kearah pasangan sejoli di depan matanya.

"Kau nak bekerjasama dengan aku?"Aiman bertanya setelah suasana menjadi senyap.Rania menoleh mengadap Aiman.

"Kerjasama.Maksud kau?"Rania bertanya bagi mendapatkan kepastian.Aiman hanya menggeleng.

"Maksud aku kita kerjasama bagi mendapatkan wanita dan jejaka idaman kita tu.Nak?"Aiman bertanya.Rania mengangguk sambil mulutnya berbentuk 'o'.Rania berfikir sama ada ingin bekerjasama atay mendapatkannya sendiri.Jika dia cuba sendiri sah-sah tak jadi tapi kalau dengan Aiman tak tahu lagi.Jadi keputusan Rania.....

"Aku nak kerjasama dengan kau"Rania berkata.Tangannya dihulurkan untuk berjabat dengan Aiman.Aiman menyambut dan senyum terukir di bibir masing-masing
Bersambung……..





No comments:

Post a Comment