Wednesday 21 March 2012

Hanya Dirimu Bab 7.




Aryana bangun dan membersihkan diri.Dia masih lagi berfikir cara untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada Aryan.Jika Aryan tahu dia menyukai Aiman sewaktu dahulu,pasti cemburu besar dia nanti.

Aryana berjalan untuk ke dapur tetapi belum sempat dia membuka pintu bilik,dia sudah dipeluk erat daripada belakang.Dia tahu siapa yang memeluknya dan pasti orang itu akan meminta penjelasan mengenai peristiwa semalam.Aryana mesti menceritakan juga perkara yang sebenar walaupun dia tahu suaminya yang seorang ini pasti akan cemburur besar.

Aryana pun memandang suaminya yang tersenyum.Aryana membalas senyuman suaminya.

“Ni mesti nak tahu pasal semalam kan?”Aryana meneka.Aryan senyum lebar.Tahu-tahu aja!Dia mengangguk.

“Ok.Macam ni cerita dia..”Aryana pun menceritakan perkara yang sebenar kepada Aryan.Aryan berkerut-kerut mendengar cerita Aryana.Terbit rasa cemburur dalam diri tapi ditepis kerana itu cerita lama bukan sekarang pun.Sekarang Aryana milik dia yang abadi.

“Macam tu lah cerita dia”Aryana menghabiskan ceritanya.Aryan disebelah menjadi terpegun.Tidak disangka isterinya ini alah kepada kaum adam sepertinya.Dia juga berasa bangga kerana dia dapat membuka pintu hati Aryana yang tertutup.

“Jelous saya”Aryan berkata seakan-akan merajuk.Aryana hanya tersengih.

“Tahu tapi awak nak tahu sangat jadi,saya pun cerita lah.Jangan jelly.Cerita lama lah”Aryana memujuk.Dia memeluk Aryan erat.Aryan membalas pelukan Aryana.Dia tersenyum dengan pujukan Aryana.

“Ok.Saya tak jelous.Sekarang jom turun makan.Saya lapasr.Perut dah berkeroncang”Aryan berkata.Aryana tergelak.Mereka sungguh bahagia dengan kehidupan mereka sekarang.

…………………………………

Aiman berjalan mundar-mandir di dalam biliknya.Dia masih memikirkan tentang peristiwa semalam.Musnah rancangannya ingin memiliki Aryana.Gadis yang dicintai olehnya sepenuh hati.

“Argh!!!!”Aiman menjerit kegeraman.Dia masih tidak berpuas hati melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Aryana dan Aryan.

Tuk!Tuk!

Bunyi ketukan yang kuat di luar memberhentikan kemarahan Aiman yang meluap-luap.Dia membuka pintu bilik.Terjengul wajah ibunya di muka pintu.

“Apa?!”Aiman bertanya geram.Dia sedang berasa marah dan tiba-tiba diganggu oleh ibunya ini.

“Ibu tahu.Mesti Aiman tengah marah dengan Aryan yang merampas Aryana kan?”ibu Aiman meneka.Aiman mengangguk laju.

“Geram Aiman”Aiman berkata marah.Hancur semua!

“Aiman nak rampas balik Aryana?”ibu Aiman bertanya.Aiman mengangguk laju.Ibu Aiman tersenyum jahat.Dia membisikkan rancangannya ke telinga Aiman.Aiman berkerut memahami rancangan ibunya.Akhirnya senyuman kejahatan tebit di bibirnya.Dia gelak jahat bersama ibunya.

Rancangan yang bakal dilakukan olehnya pasti akan mengejutkan Aryana dan kepercayaan Aryan pasti akan hilang sama sekali.Peluang yang ada akan direbut oleh Aiman untuk mendapatkan Aryana.Dia akan melakukannya selangkah demi selangkah.Perlahan-lahan.Tidak boleh ada sedikit pun kesalahan.Jika kesalahan dilakukan,pasti akan rosak rancangan jahatnya ini.

Dalam fikiran Aiman sudah terbayang perkara yang akan terjadi terhadap hubungan rumah tangga Aryana yang bahagia.Pasti akan hancur seketika nati.

…………………………………..

Aryana menukar siaran di televisyen.Dari TV1 ke TV2 ke TV3 satu pun tidak menarik perhatiannya.Tukar dan tukar yang dilakukan olehnya.Aryan disebelah yang mebaca surat khabar menjadi geram dengan perilaku Aryana.Dia pun merampas remote daripada tangan Aryana.Aryana pun berpaling memandang Aryan.

“Bagi lah balik!”Aryana berkata geram.Dia cuba mengambil kembali remote daripada tangan Aryan tetapi Aryan lebih pantas mengambil kembali remote.Aryana yang tidak perasan jatuh tersembam pada dada bidang Aryan.Aryana terus mencubit Aryan.Dia ingat boleh macam dulu ke?Ambil kesempatan!

Aryana cepat bangun dan mengambil remote yang jatuh jauh tersasar.Dia menukar kembali siaran.Aryan bangun dan memandang Aryana.Geramnya!

“Ni yang geram ni!”Aryan berkata dan terus menggeletek Aryana.Aryana yang terkejut tergelak kuat.Kegelian yang tidak dapat dibendung lagi.

“Dah cukup.Geli!”Aryana menjerit dengan sisa ketawanya.Aryan senyum menang.

“Mesti saja je ni”Aryana berkata.Aryana mengangguk.

“Awak.Jom keluar nak tak?”Aryana meberi cadangan.Dia sudah bosan duduk di rumah.Kerjanya menonton televisyen sahaja.Aryan berfikir sejenak.

“Ok lah.Siap cepat.Lambat tinggal.Siapa siap dulu dia menang”Aryan berkata dan terus bangun mendaki tangga.Aryana di belakang menjerit memarahi Aryan.Aryan ketawa kebahagiaan.Dia suka dengan keadaan keluarganya begini.Aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment