Wednesday 26 October 2011

Bab 4

Dah beberapa hari berlalu,SPM bermula pada hari ini.Sakinah terasa dirinya sudah bersedia kerana sudah banyak meluangkan masanya dengan belajar.
  "Harap saya sudah bersedia"Sakinah berkata di dalam hati sebelum memulakan peperiksaan itu.Selepas dia membaca doa dia mula menjawab.Itulah yang dipraktikkan oleh Sakinah sepanjang peperiksaan.Dia berasa begitu berdebar-debar.
 Beberapa hari berlalu...
 "Cepatnya masa berlalu.Hari ni dah hari terakhir peperiksaan"Sakinah berkata di dalam hati.
 Kring!!!!Kring!!Loceng berbunyi menandakan waktu menjawab sudah habis dan kertas akan mula dikutip.Hati Sakinah begitu gembira kerana tiada lagi bebenan buat dirinya.Sakinah melangkah keluar dan terus balik ke rumah.Dia menyiapkan kerja secepat mungkin dan tidur.Dia terlalu penat.
 Pada hari mengambil keputusan...
 "Sakinah mana ko pergi selama beberapa bulan ni?"tanya Sakinah.
 "Aku ada kerja kat rumah.Ibu aku bagi.Jadi aku tak boleh datang"jawab Sakinah.Memang benar yang dikatakan Sakinah.Selama beberapa minggu itu memang dia berada di rumah kerana ibunya banyak memberikan dia kerja.Mentang-mentang peperiksaan sudah habis.Ibunya memberikan semua tugasan kepada Sakinah.Selepas itu keputusan keluar,Sakinah melihat keputusannya.
 "Eh Sakinah ko dapat straight 'A' lah"Nysa berkata dengan nada yang begitu gembira.
 "Aku dapat straight 'A'"Sakinah berkata dengan nada yang begitu kuat.
 Sesampainya Sakinah memberitahu kepada ibunya.
 "Bagus lah tu.Kerja berlambak ko tak siapkan!!!"ibunya membentaknya dan Nysa dengan segera menyiapkan tugasan yang terbengkalai

Bab 3

Sejak sebulan pemergian ayah ibu angkatku telah begitu banyak perubahan dan perangainya menjadi-jadi.Dia selalu memaksa Sakinah membuat perkara-perkara yang menyakiti Sakinh dan SPM juga tinggal beberapa hari saja lagi.Sakinah tidak sempat untuk belajar langsung.Dia hanya sempat belajar ketika di sekolah dan ketika waktu ibunya dan adik tirinya keluar beli-belah.
  "Sekarang dah habis kerja.Nak call Nysa lah belajar sama-sama."kata Sakinah di dalam hati.Dia pun menelefon Nysa kawan karibnya itu.
  Tuk!Tuk! bunyi ketukan.Sakinah pun berlari untuk melihat orang yang datang.
  "Hai Sakinah."ucap Nysa.Disebelahnya ada seorang lelaki yang amat dikenali oleh Sakinah.
   "Syafiq!"Sakinah berkata dalam hati.
   "Nysa sini kejap"kata Sakinah sambil menarik lengan baju rakannya itu.
   "Kenapa awak bawa Syafiq datang sini?Awak tahu kan saya tak suka dia"Nisa bercakap dengan nada yang keras tetapi perlahan.
   "Bukan saya yang bawak dia yang nak ikut saya pergi rumah awak ni.Dia caka dia nak belajar ekali dengan kita"jawab Nysa.Mereka pun berpaling dan mengambil buku memulakan pelajaran.
 1 jam kemudian....
  "Sakinah mana tandas?"tanya Syafiq kepada Sakinah.
   "Dekat dapur.Carilah"Sakinah berkata dengan nada yang malas
  Kemudian Syafiq pergi ke tandas.
"Aaaaahhhhhh"jerit Syafiq daripada dapur dengan suara yang begitu lantang.
 "Opocot mak kau"Sakinah melatah.
 "Apasal pulak leki ni.Ada aja masalah dia nak timbul.Issh!!"Sakinah berkata dalam hati.Sakinah pun berjalan menuju ke dapur.
  "Kenapa ni?Ada masalah apa?"Sakinah berkata dengan suara yang malas.
  "Ada li....li...."jawab Syafiq terketar-ketar.
  "Li ape?"tanya Skinah.
  "Lipas!!!!!Argh!"jerit Syafiq.
  "Eh ko takut lipas?Hahahahahha"gelak Sakinah kuat.
  "Apahal ni?"tanya Nysa sejurus selepas Sakinah gelak.
  "Syafiq takut kat lipas Nysa.Hahahahahaha"jawab Sakinah sambil gelak.
  "Lipas?Hahahahaha.Ko takut lipas Syafiq.Aku ingat ko kuat.Semua orang takut kat ko.Dia orang cakap ko garang.Kat lipas pun ko takut.Hahahaha"ejek Nysa.
  Syafiq duduk di hadapan tandas janya tunduk malu.Sakinah dan Nysa berjalan menuju ke tandas.
  "Eh jom kita kenakan Syafiq nak?"tanya Nysa kepada Sakinah dengan nada yang perlahan supaya tidak didengari oleh Syafiq.
  "Boleh jugak"jawab Sakinah pantas.
 Kemudian mereka berjalan dan mengambil lipas yang berada di dalam sinki.Kemuadian mereka berpaling kepada Syafiq dan terus membaling lipas tersebut ke kepala Syafiq.
  "Lipas!!!lipas.Korang buang lipas ni.Aaahhhhh!!"jerit Syafiq ketakutan sambil eminta tolong.
  Syafiq berlari-lari sekeliling rumah untuk menjatuhkan lipas yang berada di kepalanya.Tiba-tiba Sakinah mendengar handphonenya berdering.Dia melihat nama ibunya tertera.
  "Almak.Senyap korang!!!Mak aku telefon shhhh!!"Sakinha berkata dengan nada yang kuat supaya didengari.Apabila keadaan sudah senyap dia menjawab.
  "Assalamualaikum ibu.Ada apa?"tanya Sakinah.
  "Ha!!Dah siap semua makanan. Ibu dah nak sampai rumah dalm 10 minit lagi ya."ibunya berkata.
  "Oh ok."jawab Sakinah.
  Selepas itu dia emlihat keadaan rumah.Bersepah dan kotor gara-gara Syafiq yang berlari di rumahnya.
  "Ok mak aku dah nak balik.Jadi aku nak korang tolong aku kemaskan rumah.Syafiq ko terutamnya"Nysa berkata.
  "Yelah kita orang tolong kau"jawab Nysa dan Syafiq serentak.
Selepas itu mereka mengemaskan rumah secepat mungkin sebelum ibu Sakinah pulang.
 "Terima kasih Nysa dan Syafiq"ucap Nysa sambil menghantar mereka ke pintu utama.
 "Sama-sama.Ok kita orang balik dulu.Takut mak kau balik pula.Ok bye"ucap Nysa.
 Selepas mereka pulang,ibu pulang.
 
 

Bab 2

 Keesokan harinya,di sekolah Sakinah demam tapi ibu aku terus memaksa Sakinah untuk aku ke sekolah.Aku terpaksa ke sekolah juga.Di dalam kelas badan Sakinah badan begitu panas dan kepalanya juga pening.
      Ketika Sakinah sedang berjalan di koridor untuk mengambil ubat pening.Kebetulan di dalam kelas tidak ada orang kerana pada waktu rehat.Tiba-tiba kepala Sakinah pening.
 "Kenapa dunia ni macam berpusing?"tanya Sakinah di dalam hati.
       Badannnya juga menjadi tidak seimbang dan dia mula rebah.Kebetulan Syafiq lalu di kawasan koridor kelas dan dia terlihat Sakinah yang hampir jatuh itu dia pun menagkap Sakinah.Sakinah yang perasan terus membuka mata tetapi tidak sesegar yang selalu.Dia melihat mata Syafiq dan mereka bertentang mata.Kemudian Sakinah cepat-cepat mengalihkan matanya dan ingin bangun tetapi tidak boleh.Badannya begitu lemah.Syafiq menolongnya untuk bangun.
 "Awak kenapa Sakinah?Awak tak sihat ke?"tanya Syafiq.
 "Tak adalah saya sihat aja"jawab Sakinah.
 Tanpa persetujuan Sakinah tiba-tiba Syafiq memegang dahi Sakinah."Eh awak demam ni"Syafiq berkata dengan nada yang terkejut.
  "Tak saya tak apa-apa"jawab Sakinah.Dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan Syafiq dan bapanya.Dia takut ibunya tahu dan mncubitnya.
   Sakinah pun berjalan keluar koridor.Dia menggagahkan dirinya juga untuk berjalan.Tetapi dia berjalan tidak teratur.Terhuyung -hayang dia berjalan.Selepas rehat pula,dia tidur.Cikgu yang juga tidak perasan.Syafiq yang melihatnya begitu memberikan bahunya untuk Sakinah menyandarkan kepalanya.
   "Panasnya kepala dia ni!"Syafiq berkata.Memang kenyataan itu lah yang dirasa di dahi Sakinah.
   "Sakinah!Bangun!".Dia membangunkan Sakinah beberapa kali tetapi Sakinah tidak menyedarkan diri.Dia pun bangun dan memberitahu guru yang mengajar.Guru tersebut mengarahkan Syafiq untuk membawa Sakinah ke bilik kesihatan.

  Sakinah membuka matanya perlahan-lahan.
"Aku kat mana ni?"tanya Sakinah.Syafiq masuk dengan membawa segelas air dan roti.
  "Dah sedar dah awak.Awak kat bilik kesihatan ni.Lepas ni saya ingat saya nak call ayah awak."Syafiq berkata.Muka tampak begitu ceria.
  "Jangan!!"Sakinah berkata.
  "Kenapa?Awak kan demam.Awak kena di bawa ke klinik."jawab Syafiq.
  "Tak boleh sebab nanti ibu tiri saya akan marah dan cubit saya"terang Sakinah.Tanpa disedari airmatanya gugur.Syafiq memberinya sapu tangan untuk dilap airmtanya.
   "Kalau boleh saya tahu kenapa ibu tiri awak cubit awak?"tanya Syafiq
   Sakinah terpaksa menceritakan hal mak tirinya kerana sudah terlepas cakap.Dia juga berasa bersalah juga.
   "Oh ok saya faham"Syafiq berkata.
   "Awak jangan cerita kat sesiapa tau.Itu rahsia saya.Ayah saya pun tak tau"Sakinah berkata lagi
   Tiba-tiba Nysa datang.Dia kelihatan begitu risau.
   "Awak tak ape-ape ke?"tanya Nysa dengan risau
   "Saya tak ape-ape.Awak tak payah risau.

Di rumah aku tetap harus melakukan tugasan harian ku walaupun aku demam.Aku tidur begitu awal pada malam itu

Peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan lagi tetapi aku tidak melakukan satu pun persiapan tidak dilakukan.Haya sekadar belajar satu jam sehari namun Suri telah dihantar ke tuisyen sana sini.Keadaan ayah pula semakin lama semakin teruk.Sekarang ayah tidak bekerja dan dia tidak boleh bergerak.Keadaan ayah makin teruk.
   "Ayah tak apa-apa ke?"tanya Sakinah apabila kelihatan ayah batuk teruk.
   "Tak,ayah tak apa-apa.Sakinah boleh tak hari ni tidur dengan ayah."tanya ayah.
   "Boleh"jawab Sakinah.Sakinah pun tidur di dalam pelukan ayah pada malam itu.
.........................................................
  Keesokan harinya ketika Sakinah sedar daripada tidur dia terlihat ayah ayah yang masih lena.Dia pun mengejutkan ayah.
   "Ayah!Bangun!"Sakinah membangunkan bapanya.Berkali-kali dia berbuat begitu.Bapanya masih tidak menyedarkan dirinya.Dia memegang badan bapanya.Badannya sejuk.Dia memanggil ibunya.
   "Kenapa panggil ni?"tanya ibu.
   "Ayah.......ibu"sambil suaranya teresak-esak.
   "Kenapa dengan ayah?"tanya ibunya cemas.
   "Ayah dah meninggal dunia"Sakinah menjawab sambil airmata membasahi pipiny yang gebu itu.
   "Jangan nak main-main dengan mak.Biar mak periksa ayah"maknaya berkata.
   Airmata ibunya mengalir laju.
"Abang!!!abang!!!"ibunya berteriak.

Ramai orang membanjiri rumah.Tidak henti-henti orang datang untuk melihat ayah.Datang juga Syafiq di situ bersama keluarganya.Baru aku tahu yang Syafiq sekeluarga adalah kawan rapat ayah.

Bersambung...

Bab1


Jam loceng yang berada di atas meja di tepinya berbunyi mengejutkan tuan punya badan yang sedang nyenyak tidur.Serta merta Sakinah yang sedang nyenyak tidur terbangun dan tangannya yang berada di atas bantal tergapai-gapai menuju ke meja di sebelah katilnya.Tangannya sudah sampai dia ats meja dan jam loceng yang berada di atas meja diambil dan diletakkan di bawah meja.Serta merta jam tersebut senyap dan Sakinah yang masih mamai itu bangun dan berjalan terhuyung-hayang menuju ke tandas.Sebelum masuk ke tandas,tuala yang digantung di tepi bilik air diambil dan…

Bumm!!!

Pintu bilik air ditutup kasar.Setelah Sakinah mandi,dia keluar dan mengambil baju.Baju sekolah barunya disarung dan tudung juga diambil dan dipakai kemas.Setelah itu,beg yang sarat dengan buku di sandangnya dan katil dikemas.Baju tidurnya diletakkan di dalam bakul.Sebelum keluar,suis yang berada di tepi biliknya ditekan untuk menutup segala barang elektrik dan Sakinah sedia untuk ke sekolah baharunya.Sakinah menuruni tangga.Sesekali matanya mengerling ke arah jam yang tergantung didinding.Sakinah yang tadinya menuruni tangga dengan perlahan,kini melajukan langkahnya.

  "Ibu,saya pergi dahulu"ucap Sakinah kepada ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.Tangan dihulur tanda dia ingin bersalaman.Jam baharu sahaja menginjak ke jam 7 pagi tetapi Sakinah sudah gelabah tidak tentu pasal.Dia takut terlambat.Setelah hulurannya disambut,Sakinah mengambil basikal baharunya yang diletakkan ditepi pagar rumah.Dia mengayuh laju basikal tersebut.

 Sesampainya di sekolah dia meletakkan basikal dan terus menuju ke tapak perhimpunan.Hari ini adalah tahun hari pertamanya di sekolah yang bernama SMK Bukit Beruntung.Ini kerana baru minggu lepas dia berpindah ke Bukit Beruntung kerana ibunya dinaikkan pangkat dan dia terpaksa berpindah ke sini kerana ia dekat dengan tempat ibunya bekerja.

Sesampainya di pintu pagar sekolah,Sakinah menolak basikal seperti yang biasa Sakinah lakukan disekolah lamanya.Setelah sampai di tempat meletak basikal,Sakinah meletakkan basikalnya dan dia mengunci basikalnya.Setelah basikalnya berkunci,dia berjalan menuju ke kawasan perhimpunan.Sakinah yang baharu sahaja sampai di kawasan perhimpunan ternganga.Dia terkejut melihat bagitu ramai murid disitu.Dengan murid yang begitu ramai,dia pasti susah untuk mencari barisan kelasnya.Sakinah yang kebingunan hanya duduk sahaja di barisan kelas yang dia lihat.Disebabkan hari ini merupakan hari Selasa,jadi perhimpunan khas tidak ada pada pagi ini.Selepas bacaan doa dan sedikit pengumuman di buat,semua murid dikehendaki masuk ke dalam kelas masing-masing.Sakinah yang sememangnya tahu hanya nama kelas kebingunan.Dia cuba menegur orang yang berada dihadapannya.

“Boleh tumpang Tanya tak?”Sakinah memulakan bicara setelah orang yang tadi dicuit memandang kebelakang.

“Tanyalah”perempuan tersebut bertanya bersahaja.Sakinah yang mendengar sudah tersenyum dengan reaksi perempuan tersebut.

“Hmm…kelas 5 Elite dekat mana?”Sakinah bertanya sopan.Perempuan tersebut kelihatan berfikir.

“Kak naik tingkat 4,kak Nampak tak kelas yang nombor dua daripada kiri.Tu lah kelas 5 Elite”terang perempuan tersebut sambil jarinya menunjuk ke kelas Sakinah.Sakinah yang mendengar hanya menganggukkan kepalanya tanda memahami butir bicara perempuan tersebut.

“Terima Kasih”ujar Sakinah.Senyuman dihulur dan perempuan tersebut menundukkan kepalanya dan terus berjalan meninggalkan Sakinah disebabkan kelas sudah mula bergerak untuk masuk ke kelas.Sakinah yang berdiri di situ berjalan sama untuk ke tingkat 4.

Sesampainya di kelas,Sakinah memandang kelas yang penuh dengan murid.Dia melangkah masuk dan dia mencari meja.Dia terlihat meja yang kososng.Dia berjalan ke situ dan dia melabuhkan punggungnya.Beg yang tadinya tersandang di bahunya diletakkan dan matanya meliar memandang kelas baharunya itu.Cantik kelasnya.Ini kerana warna kelasnya yang berwarna hijau bercampur putih menyegarkan mata yang melihat.Sedang asyik dia memandang kelasnya tiba-tiba telinganya menangkap seseorang sedang bercakap.Sakinah yang duduk cuba memasang telinga walaupun dia sudah memarahin dirinya untuk tidak mendengarnya tetapi telinganya etap degil dan dia pun mendengar.Salahkan telinga Sakinah!

  "Hari ni ada apa kat sekolah ni?"tanya seseorang yang duduk dihadapannya.Sakinah yang memasang telinga tetap khusyuk mendengar walaupun lelaki tersebut hanya bertanya satu ayat sahaja.Rakannya yang sedang sibuk itu memandang rakannya yang bertanya.


"Entah.Aku tak tahu lah"jawab rakannya.Kemudian mukanya kembali ke bukunya yang berada di atas meja.Sakinah yang tadi mendengar berasa menyesal kerana perbicaraan mereka yang hanya tanya sepatah jawab pun sepatah.Sakinah kembali memandang kelasnya.


 Sakinah yang sudah berasa bosan melihat sekeliling kelasnya mula memandang orang yang duduk dihadapannya.Kini Sakinah memerlukan kawan utntuk dibawa bercakap.Sedang Sakinah sibuk mencari seseorang untuk dibawa bercakap,tiba-tiba matanya menangkap rakan lelaki tadi yang sedang berseorangan.Sakinah ingin ciba bertanya kepada lelaki ini.Dia menarik nafas dalam-dalam dan menhembusnya kembali.Dia sudah bersedia untuk bertanya.

 Sakinah bangun dan dia mencuit bahu lelaki tersebut.lleaki tersebut yang sedang sibuk dengan bukunya mengalihkan pandangannya kearah Sakinah..Senyuman dikoyak kepada lelaki itu.


"Hi!"Sakinah memulakan bicara.Lelaki itu memandang Sakinah.Kening lelaki tersebut terangkat.

‘Tau lah kening kau tu lebat.Tak payah lah nak angkat-angkat pulak.Menyampah aku.Tau lah kening aku ni nipis je’Sakinah mengutuk lelaki itu.Dia memandang lelaki itu.


"Hmmm...boleh saya tanya tak?"tanya Sakinah teragak-agak.Lelaki itu hanya mengangguk dan keningnya terangkat sekali lagi.Itu membuatkan Sakinah menyampah dan raut wajahnya tadi bertukar tetapi disebabkan bosan punya pasal dia sanggup menukar kembali reaksinya.

‘Macam budak baru je.Tak pernah pulak aku Nampak budak ni’lelaki tersebut berbicara di dalam hati.Dia memandang wajah perempuan tersebut.Sah-sah budak baharu.

“Hmm…saya nak tanya sekolah….”belum sempat dia bercakap lelaki tersebut sudah terlebih dahulu memotong.

"Cop!Cop!Eh awak murid baru ya?"tanya lelaki itu sebelum sempat Sakinah ingin memulakan misinya untuk bertanya.Sakinah menganggukkan kepala tanda 'ya'.Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya.Matanya pula galak memandang Sakinah.

‘Cantik juga budak baharu ni’sempat lelaki tersebut memuji Sakinah di dalam hati.Sakinah yang diperlakukan sebegitu tidak selesa.

"Awak nak tanya apa tadi?"tanya pengawas itu.Senyuman dihulur untuk SakinahSakinah yang terlihat senyuman lelaki tersebut terkesima.Sungguh kacak lelaki tersebut dengan senyuman yang tersungging di bibirnya.

"Saya nak tanya ni kelas 5 Elite ke?"tanya Sakinah yang ingin mendapatkan kepastian.Lelaki tersebut yang mendengar sudah menepuk dahinya dan ketawa kecil kedengaran dicuping telinga Sakinah.

Sakinah yang kebingunan itu hanya mengangkat  kening.Lelaki tersebut yang sudah hamper berhenti ketawa kini ketawa lagi dan ketawanya semakin kuat kedengaran.Sakinah yang sememangnya kebingunan hanya menunggu lelaki tersebut berhenti ketawa.Selepas lelaki tersebut berhenti ketawa,dia cuba membetulkan tekaknya dan dia memandang Sakinah.

“Kenapa tadi awak gelak?”Sakinah bertanya.Lelaki tersebut dilihatnya cuba membetulkan duduknya sebelum memulakan bicara.

“First sebab awak Tanya ni kelas 5 Elite ke?Of course ni kelas 5 Elite.Dah kalau bukan 5 Elite kenapa awak masuk kelas ni? Secong sebab awak buat kening terangkat tu tak jadi”lelaki tersbut menerangkan sebabnya sambil tergelak.Sakinah hanya mencebik dan lama-lama dia juga turut tergelak.

"Nama awak siapa?Nama saya Muhammad Syahmi Syafiq.Panggil je saya Syafiq"Sakinah mengangguk.

"Nama awak?"Syafiq menegur Sakinah. Sakinah tersenyum sebelum memulakan sesi perkenalan mereka.

"Oh nama saya Nur Sakinah.Panggil je saya Sakinah.Selamat berkenalan"balas Sakinah.Syafiq hanya menganggukkan kepala.
..................................................

Kring!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba.Sakinah yang mendengar menolak kerusi dan mengemas semua alatan tulisnya yang bersepah diatas meja dan dalam sekelip mata mejanya sudah kemas.Setelah berpuas hati dengan keadaan mejanya,dia pun berjalan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.Ini kerana kelasnya yang berada di tingkat empat dan kantin yang berada di tingkat bawah sekali yang memaksa Sakinah bersesakan untuk ke tingkat bawah.

Sesampainya di kantin,Sakinah terlopong.Dia terkejut memandang kantin yang begitu luas dan cantik.Sekeliling dinding kantin yang diliputi cat berwarna warni dan juga terdapat pokok hiasan menambahkan lagi kecantikan kantin tersebut.

"Wah!Cantiknya kantin sekolah ni.Jauh berbeza dengan kantinnya sekolah aku dulu"Sakinah berkata sendiri.Matanya memandang kantin yang semakin lama semakin penuh itu.

"Tapi mana aku nak beli makanan?"Sakinah bertanya sendiri setelah agak lama melihat sekeliling kantin tersebut.Mata Saki nah meliar ke kirinya.Terlihat gerai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan.Lehernya dipanjangkan untuk melihat makanan yang sesuai dengan seleranya.Tiba-tiba matanya tertancap pada gerai yang berada di hujung sekali.Gerai yang menjual makanan kegemarannya iaitu bihun sup.Sakinah yang terlihat makanan kegemarannya itu berjalan laju ke arah gerai tersebut.Dompet yang berada di dalam poketnya dikeluarkan dan dia mengeluarkan beberapa not duit untuk dibayar pada penjual nanti.

Sesampainya disitu,dia melihat ramai murid berebut-rebut untuk membeli makanan.Sakinah yang berbadan kecil itu cuba menyelusup untuk ke hadapan.Setelah sampai kehadapan,dia membayar dan mengambil makanannya.Setelah itu dia terus berjalan meninggalkan tempat tersebut dan kini kakinya melangkah untuk ke mencari kerusi untuk dia duduk dan menikmati makanannya itu.

Sakinah memandang sekeliling.Dia tidak tahu untuk duduk dimana,Tiba-tiba matanya tertancap pada tempat yang sudah kosong.Kakinya laju melangkah ke sana.belum sempat dia ke sana untuk duduk,tiba-tiba seseorang melanggarnya dan dalam sekelip mata,makanan yang berada di dalam pegangannya tadi jatuh dan tertumpah.Mata Sakinah yang tadinya terbuka kini tertutup.

Dengan perlahan-lahan dia membuka matanya dan dia melihat Syafiq yang sudah bermandi bihun sup.Sakinah yang terasa ingin gelak cuba menahan diri.Ini kerana Syafiq kelihatan seperti raksasa kerana mangkuk dan bihun yang tadi berada elok di dalam magkuk sudah berada di atas kepala Syafiq.Syafiq yang terkena,kelihatan terkejut.dia membersihkan kepalanya yang penuh dengan bihun dan Syafiq memandang Sakinah yang berada di hadapannya.

“Sorry!”Sakinah meminta maaf sambil tangannya lincah membersihkan makanan yang tertumpah.Syafiq yang berang dengan Sakinah menjadi lagi berang kerana Sakinah kelihatan seperti main-main meminta maaf.Seperti tidak ikhlas.Syafiq hanya mendiamkan diri dan terus pergi meninggalkan Sakinah.Sakinah yang lihat berasa bersalah.

…………………………………….

   
      "Assalamualaikum!"Sakinah memberi salam.Dia risau dengan keadaan bajunya yang kotor itu.Dia pasti ibunya pasti marah dengan kekotoran yang tercalit dibajunya ini.

  "Waalaikummussalam!"jawab ibunya.Apabila pintu kayu dibukaSebaik sahaja pintu terbuka,bulat mata ibu Sakinah memandang baju Sakinah yang penuh dengan kotoran.

  "Eh Sakinah,kau buat apa kat baju kau ha?"marah ibu Sakinah.Sebenarnya ibu yang sedang dilihat olehnya dan menetap dengannya bukan ibu kandung Sakinah.Ibu kandung Sakinah sudah lama meninggal ketika melahirkan adiknya yang ketiga.

 "Kamu basuh baju kamu sendiri.Aku nak tengok baju ni bersih seputih yang pagi tadi!"bentak ibunya lagi keras.Sakinah hanya berjalan masuk ke rumah.Dia sudah lali dimarahi oleh ibunya.Ibunya juga ada membawa anaknya yang bernama Suria.Suria sebaya dengan Sakinah tetapi perangai Suria jauh berbeza dengan Sakinah.Suria amat membenci Sakinah.Setiap masa dia disuruh membuat itu dan ini..Paling tidak pun dia pasti akan dipaksa oleh Suria untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

Sakinah yang sudah habis dimarahi oleh ibunya,mendaki tangga untuk ke tingkat atas untuk menukar bajunya dan merendam bajunya yang kotor itu.Di pertengahan jalan,Sakinah bertemu dengan Suria.Suria memandang Sakinah dan memukul belakangku dengan pukulan yang begitu kuat.Sakinah yang dipukulnya tidak mengaduh sebaliknya dia hanya berjalan menuju ke bilik di tingkat atas dan menyalin pakaian.Kemudian dia akan membuat tugasan hariannya seperti memasak makanan tengah hari,mengemop dan sebagai nya.

       Pada waktu malam,dia akan tidur paling lambat kerana dia akan menggosok pakaian sekeluarga.Dia kebiasaanya akan tidur pada pukul 12 tengah malam.Itu telah menjadi kebiasaan bagi dirinya.Ketika Sakinah sedang sibuk menggosok pakaian,dirinya tiba-tiba teringatkan ayahnya yang sudah meninggalkan.Sterika yang dipegangnya diletakkan dan dia duduk di atas kerusi yang tersedia di situ.Kepalanya kembali kepada ayahnya.

~Flashback~

Pada hari ini Sakinah berasa terlampau penat.Dia cuba untuk tidur tetapi badannya sahaja yang penat tetapi tidak kepada matanya yang terbuka luas.Sakinah yang tidak dapat tidur hanya bangun dan melangkah keluar daripada biliknya.Tiba-tiba dia mendengar batuk daripada luar.Sakinah berjalan perlahan-lahan dan dia melihat bapanya yang sedang sibuk mengurut dadanya.

  "Ayah,ayah tengah buat apa ni.Ayah tak sihat ke??"tanyaku.Ayah yang sedang mengurut dadanya kelihatan terkejut tetapi cepat-cepat dia menukar reaksinya.

 "Taka da lah.Ayah tak dapat tidur.Batuk ni sikit-sikit je.Kenapa Sakinah tak tidur lagi ni?Besokkan nak sekolah"ujar ayah lembut.Sakinah yang mendengar hanya menggaru kepalanya

“Tak dapat tidur lah ayah”Sakinah berkata.Sakinah berjalan dan melabuhkan puggungnya di sebelah ayahnya.

“Kenapa?Masuklah tidur”ayahnya berbicara.Sakinah hanya mengangguk.

“Boleh tak tidur dengan ayah?Malam ni je”Sakinah memohon kerana dia berasa tidak sedap hati.Ayahnya yang mendengar hanya menganggukkan kepalanya.Sakinah yang melihat berasa gembira atas kebenaran ayahnya.

 Keesokan harinya apabila dia bangun,dia cuba untuk menggerakkan bapanya tetapi percubaannya sia-sia.

“Ayah!Bangun lah ayah!”Sakinah menggoncang badannya ayahnya yang kaku itu.Sakinah yang tidak tahu untuk membuat apa lagi menjerit memanggil ibunya.

“Ibu!ibu!”Sakinah memanggil ibunya.Ibunya yang sibuk memasak di dapur pun masuk ke dalam bilik.Dia melihat Sakinah yang teresak-esak menangis.Ibunya menjadi pelik melihat Sakinah begitu.

“Kenapa?”ibunya bertanya.

“Ayah!Ayah tak bangun”Sakinah memberitahu ibunya.ibunya yang mendengar terkesima.Dia cepat-cepat berjalan ke arah suaminya.Dia juga cuba membangunkan suaminya tetapi percubaan mereka hanya sia-sia.Ayahnya tetap tidak bangun.Mereka berdua bersama-sama menangis.

~End of flasback~

Sakinah yang duduk di kerusi sudah menangis teresak-esak mengingati bapanya.Sakinah yang sedang menangis mengerling ke arah jam yang berada di sebelah.Sakinah terkejut kerana jam menunjukkan jam 2:30 pagi.Sakinah yang menangis terus mengesat air matanya dan dia menapak ke arah katilnya.Dia merebahkan badannya dan lama kelamaan matanya memberat.Sakinah pun tidur.

…………………………………………………

       Keesokan harinya,dia bangun lambat.Sakinah tergesa-gesa menyiapkan dirinya.Dia berbasikal ke sekolah dengan secepat mungkin.Sebaik sampai di sekolah,dia bertuah kerana namanya tidak diambil.Dia dengan langkah yang cepat terus duduk di tapak perhimpunan.Tiba-tiba dia di tegur oleh seorang perempuan yang berikat tocang.

 "Hai.Awak murid baru kan?Semalam saya dengar dari kawan saya awak baru berpindah di sekolah ini kan.Nama saya Nysa."terang perempuan itu.Senyuman pula terukir di bibir perempuan itu.Sakinah yang mendengar menganggukan kepala dan membalas senyuman Nysa.

 "Nama saya Sakinah.Selamat berkenalan”ujar Sakinah gembira tangan dihulur untuk bersalaman.

Di dalam kelas,Sakinah ditegur oleh Syafiq yang baharu sahaja sampai di dalam kelas
"Ha!Awak kena ganti balik baju saya semalam.Susah kot saya nak basuh baju tu.Siap guna  Clorox tapi tak hilang-hilang kesan dia”Syafiq menjerkah Sakinah.Sakinah pula sudah rasa bersalah.

 "Alah!Saya dah minta maaf.Ok lah.Macam ni aja lah.Boleh tak saya buat benda lain selain daripada ni?"pinta Sakinah.Mukanya dibuat-buat simpati.Syafiq yang lihat terkesan.Dia cuba untuk memikirkan cara lain untuk menghukum Sakinah.Tiba-tiba mentol di kepalanya bercahaya tanda dia sudah mempunyai idea.

 "Boleh!Awak cuci tandas selama seminggu"jawab Syafiq.Sakinah yang mendengar hanya mengangguk.Akur dengan permintaan lelaki itu.ini juga salah dia kerana berjalan tidak memandang kiri kanan.

 "Ok.Mula hari ni.Ok?"Sakinah berkata.Dia berpura-pura untuk menyukai hukuman tetapi hakikatnya tidak.

 "Memang aku nak suruh kau buat hari ni pun!"jawab Syafiq gembira.
…………………………………………
       Sakinah pun mula membersihkan tandas pada waktu rehat.Dia tidak makan pada waktu rehat kerana tidak ingin melakukannya pada waktu balik.Selesai membersihkan tandas,dia keluar dan masuk ke dalam kelas.Begitu lah yang dilakukan selama seminggu itu.

      "Weyh aku nak tanya sikit ni"tanya Sakinah kepada Nysa sambil menaiki basikal untuk sampai di rumah.Sakinah dan Nysa sudah menjadi seperti rakan baik walaupun baharu sahaja mengenal Nysa tak lebih seminggu.

  "Apa dia"Nysa bertanya teruja.Basikal pula diperlahankan untuk mendengar butir bicara Sakinah dengan lebih dekat.

 "Aku nak tanya Syafiq tu memang macam tu ek perangai dia.Teruk betul"tanya Sakinah.Nysa yang mendengar soalan Sakinah hamper terjatuh daripada basikal.Dia ingat perempuan ini ingin bertanya mengenai apa.Rupanya ini sahaja yang mahu ditanya.

 "Dia memang macam tu.Dari tingkatan aku sekelas dengan dia perangai dia memang macam tu.Ada pernah sekali dia letak gam dekat kerusi cikgu.Kesian cikgu tak dapat bangun.Sampai terkoyak dibuatnya kain cikgu tu"jawab Nysa.Sakinah yang mendengar tergelak kecil.rumah Nysa dan Sakinah hanya terpisah di barisan rumah.Barisan rumah Sakinah barisan yang kedua manakala Nysa yang pertama.sesampainya di situ mereka berpisah.Sebelum berpisah tangan dilambai tanda selamat tinggal.