Friday 24 February 2012

Bab 14


Hubungan diantara Syahmi dan Nysa semakin baik sejak mengetahui tentang kandungan yang dikandung oleh Nysa.Ibu Syahmi dan ibu Nysa berebut-rebut mereka ingin menjaga Nysa.Nysa hanya menggelengkan kepala melihat kedua-dua ibunya yang bertengkar kerana ingin menjaga Nysa.Nysa tersenyum.Tiba-tiba dia merasakan pelukan dipinggangnya.Dia tidak terkejut kerana dia telah mengetahui siapa gerangan yang memeluknya.
"Sayang tengok apa?"Syahmi bertanya kepada Nysa.Dia melihat Nysa tersenyum.
"Tengok mak dengan mummy tu lah.Asyik bergaduh je sejak kita bagitahu yang Nysa mengandung"Nysa berkata.Dia tergelak kecil apabila melihat mummy dan mak yang sedang 'o-som'.
"Hish apa lah mummy ni.Buat malu je"Syahmi merungut.Dia amat menyukai keadaan ini.Melihat suasana yang bahagia.Sudah lama dia tidak merasa begini.
"Tau pun.Dah jom kita pergi tengok diaorang"Nysa berkata lalu menarik lembut lengan suaminya.Dia berjalan beriringan menuju kearah ibu mereka yang sedang bertaruh untuk menjaga Nysa.Nysa sudah berada ditengah-tengah diantara ibu dan mummy.
"Mummy...ibu..dah lah tu.Nysa akan pergi je kat mana.Lagi pun semua akan dapat jaga Nysa juga kan?"Nysa bertanya.Dia melihat ibu mertuanya dan ibunya memandangnya dengan pandangan tajam.Setelah sekian lama mereka memandang akhirnya ibu mertuanya bersuara.
"Aku nak jaga dulu"dia berkata sambil menarik lengan Nysa dan dibawanya ke belakang tubuh gempalnya.Dia berbuat begitu kerana tidak mahu ibu Nysa mengambilnya.
"Eh dia anak aku.Jadi aku kena lah jaga dia dulu"ibu Nysa pula bersuara.Dia menarik lengan Nysa dan digenggamnya erat.Mummy menjegilkan matanya dan terus menarik Nysa sambil berkata dia mahu menjaga Nysa dahulu.Ibu juga seperti itu.Mereka menarik tangan Nysa ke kiri dan ke kanan.Syahmi yang berada di samping ibunya yang tadi hanya melihat turut masuk campur untuk menyelamatkan isterinya yang seperti dibuat bahan permaianan.
"Dah!!"Syahmi menjerit.Ibu dan mama kedua-duanya kaku.Mereka melepaskan tangan Nysa perlahan-lahan.Mata mereka tajam melihat Syahmi.Syahmi sudah kecut perut melihat pandangan mama dan ibu.
"Syahmi!!!"ibu dan mama menjerit.Pitching mereka sudah keluar.Kalau masuk mentor mesti punya lah terkeluar.Syahmi hanya tersengih dan bersembunyi di belakang Nysa.
"Mama nak jaga Nysa dulu"mama berkata lembut.Ibu disebelah mencebik.Dia menjeling geram ke arah mama.
"Ibu dulu lah Nysa.Nysa sayang ibu kan?"ibu berkata kepada Nysa.Nysa mengangguk.
"Macam ni lah"Syahmi bersuara bagi menyelesaikan pergaduhan.
"Ibu dan mama datang rumah kita oarang.Dua-dua boleh jaga kat sana.Kan senang.Nysa tak payah ulang alik"Syahmi memberi cadangannya yang boleh dikira bernas.Kedua-duanya senyap.Kelihatan mereka sedang berfikir.
"Ok.Mama setuju"mama bersuara setelah lama keadaan senyap.
"Ok.Ibu pun setuju"ibu pula berkata.Syahmi dan Nysa tersenyum gembira apabila persetujuan telah dicapai.Akhirnya mereka masuk ke rumah dalam keadaan gembira.Tanpa mereka sedari ada mata yang melihat kegembiraan mereka.Bara kemarahan meluap-luap dalam dirinya.Perasaan ingin membalas dendam makin kuat.
............................................................................
Syahmi sudah berangkat ke kerja.Kini dirumah teres dua tingkat itu tinggal hanya Nysa yang sibuk mengemaskan rumah.Dia ke sana dan ke sini berlari mengemaskan rumah yang berselerak apabila ditinggal Nysa tempoh hari.Dia sudah tahu bahawa rumahnya pasti akan bersepah-sepah.Suaminya itu bukan seorang yang pandai mengemas.Semalam apabila sampai sahaja di rumah kelihatan plastik snek dihadapan pintu rumah.Syahmi hanya tersengih apabila Nysa membebel.Tanpa disedari tiba-tiba loceng rumahnya ditekan kuat daripada luar.Nysa berlari membuka pintu.Dia melihat tiada siapa tetapi kelihatan sampul surat yang besar terletak betul-betul dihadapan pintu rumah.Dia mengambil surat tersebut dan menutup pintu.Nysa berjalan menuju ke sofa dan duduk di situ.Dia membuka sampul tersebut perlahan-lahan.Dia mengeluarkan isinya.
"Apa benda yang ada ek?"Nysa bertanya sendiri.Dia mengambil sekeping gambar yang telah dikeluarkan.Dia terkejut.Terkaku dengan gambar yang dilihatnya sekarang.Tanpa disedari airmatanya mengalir perlahan daripada tubir matanya.Dia menyangka ini perbuatan daripada orang yang disayanginya.Dia mengambil lagi gambar lain.Lagi terkejut dia melihat gambar yang lain.
"Tak muungkin!"Nysa menjerit.Kepala digeleng.Dia mengambil lagi gambar lain.Setiap kaligambar lain dilihatnya,dia akan menggeleng.Nysa membaling semua gambar-gambar tersebut sambil menjerit.Nysa tersandar lemah.Dia kemudian menelefon suaminya supaya pulang sekarang.Dia mahukan penjelasan!
..............................................................................
Tuk!Tuk!
Pintu rumah diketuk daripada luar.Nysa berlari mendapatkan pintu dan membukkanya.Dia melihat Syahmi memandangnya cemas.
"Kenapa Nysa suruh abang balik?"Syahmi bertanya cemas.Dia begitu risau apabila isterinya memintanya balik dengan kadar segera.Dia bimbang jika dengan keselamatan isterinya.Mukanya isterinya dilihat dengan penuh cemas.
"Nysa nak banag tengok ni"Nysa berkata.Dia memberikan gambar yang dilihatnya tadi.Nysa melihat wajah suaminya bertukar.
"Nysa...abang boleh jelaskan"Syahmi berkata setelah gambar tersebut sudah habis dilihatnya.
"Memang Nysa nak penjelasan daripada mulut abang"Nysa berkata.Dia sendiri tidak percaya itu perbuatan suaminya.Dia pasti suaminya seorang yang bertanggungjawab.
"Ok.Kan abang kata haritu telefon bimbit abang hilang.Lepas hilang tu abang belilah telefon baru.Baru je abang letak nombor baru,tiba-tiba ada orang telefon abang.Dia kata suruh pergi Hotel Kenanga sekarang sebab Nysa kat sana.Dia kata Nysa pengsan.Abang pun cemaslah.Abang tinggalkan meeting dan pergi cari Nysa kat hotel tu.Bila sampai,dia telefon suruh pergi bilik 140.Abang pun cepat-cepat pergi.Bila sampai.abang lihat ada seorang perempuan duduk betul-betul depan bilik tu.Dia tarik tangan abang suruh masuk.Abang pun masuk.Bila masuk abang tengok tak ada pun Nysa.Abang tengok dia,dia pun senyum penuh makna.Dia dekat dengan bang dan dia cuba pegang abang.Abang tepis.Abang pukul dia dan bang buak pintu nak keluar.Sebelum abang keluar dia cakap dia akan bunuh Nysa.Abang tak hiraukan.Abang terus kelaur.Abang rasa masa abang masuk bilkmtu ada orang tangkap gambar abang"Syahmi berkata panjang lebar.Nysa sudah mengalirkan airamat penyesallan/Dia memeluk Syahmi.
"Nysa mintak maaf abang"Nysa berkata.Syahmi membalas pelukan Nysa.Nysa meletakkan kepalanya di dada bidang Syahmi.
"Abang rasa ada orang cuba aniaya kita"Syahmi berkata.
"Nysa pun rasa gak.Apa kata kita suruh orang siasat nak tak?"Nysa berkata.Syahmi berfikir sejenak.
"Ok gak.Nanti abang suruh kawan abang siasat.Kebetulan dia tu seorang polis"Syahmi berkata.Dia mengeratkan pelukannya.
Bersambung....

No comments:

Post a Comment