Tuesday 24 January 2012

Bab 6



 Sesampainya Sakinah di lobi,dia melihat Syahmi disitu.Syahmi sedang berdiri di badan keretanya sambil memandangnya.Sungguh kacak dia hati Sakinah berkata.Dia pun berjalan menghampiri Syahmi.Dia memakai baju t-shirt dan seluar slack warna hitam.
"Hai awak.Sorry kalau ganggu awak.Sebenarnya saya nak ajak awak pergi makan malam.Boleh?"dia bertanya sambil memandang aku.
"Erm...Boleh tapi baju saya..."aku memandang bajuku sambil bercakao.Aku memakai baju lengan panjang dan seluar slack.
"Ok lah ni.Dah jom"Syahmi menarik tangan Sakinah sejurus selepas berkata.Dia memimpin Sakinah menuju ke pintu kereta dan membuka pintu.Kemudian dia pun memasuki kereta dan memulakan perjalanan.Syahmi membawa Sakinah ke sebuah restiran mamak biasa.
"Jom"pelawa Syahmi.Aku pun keluar daripada kereta dan memasuki restoran tersebut.
"Awak nak order apa?"Syahmi bertanya sejurus selepas aku duduk.
"Nasi goreng kampung dan jus oren"Saakinah berkata.
"Saya pun sama"Syahmi berkata.
"Ada apa awak nak jumpa saya"Sakinah berkata.Dia berasa hairan.Mengapa Syahmi mengajaknya makan.Pasti ada sesuatu Sakinah berkata di dalam hati.
"Sebenarnya saya jumpa awak sebab....sebab....saya....nak minta awak kahwin dengan saya"Syahmi berkata.Sakinah terkejut plus tergamam.
"Apa?!!!"Sakinah menjerit bagai nak rak.
"Tak,mak saya mintak saya kahwin secepat mungkin.Kalau tak dia suruh saya kahwin ngan anak kawan dia yang gedik giller nak mampus"Syahmi  berkata.
"Ish!Tak nak saya.Giller nak kahwin.Umur awak 20.Saya 19.Muda lagi tu.Lagipun saya menyukai orang lain"Sakinah berkata.Dia sebenarnya masih menunggu Syafiq walaupun lelaki tersebut tidak pernah menemuinya.
"Please!!!Saya janji saya akan bagi semua kat awak.Saya akan buat macam kat awak.Saya akan tunaikan hasrat awak yang tak pernah capai.Apa-apa pun tapi please"Syahmi berkata dengan nada merayu.
"Hmm..."Sakinah berfikir.Sengaja dia buat lama supaya Syahmi berasa geram.
"Awak!Pleaselah"Syahmi berkata sambil menunjukkan muka simpati.
"Kalau nak kahwin,awak kena jumpa mak dan ayah saya.Saya ni milik dia orang.Kalau awak nak maj saya setuju bagi saya kahwin ngan awak ada syaratnya yang perlu awak patuhi.Dia tu complicated sikit"Sakinah berkata.
"Apa syaratnya?Tapi sebelum awak bagitahu,awak dah terima saya ke?"Syahmi bertanya.
"Ya tapi tak sepenuhnya.Sedikit dan ini hanya perasaan ingin membantu.Baiklah saya bagitahu caranya"Sakinah pun memberitahu caranya.
......................................................................
"Saya terima nikahnya Nysa Sakinah dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai.Dengan sekali lafaz Sakinah kini telah menjadi suami kepada Ahmad Syahmi.Selepas upacara pembatalan air sembahyang,Syahmi dan Sakinah mula melayan tetamu yang hadir.Sepanjang melayan tetamu yang hadir Syahmi tidak memegang tangan Sakinah dan Sakinah pun tidak mahu memegang tangan Syahmi.Ini kerana suatu kejadian pada minggu lepas.Setelah mendapat kepercayaan daripada ibu Sakinah.
"Nysa"Sakinah tersentak.Hanya seorang sahaja yang memanggilnya begitu.
"Syafiq".Sakinah berkata.Dia menoleh dan dia memandang wajah Syafiq.'Ah!Rindunya' Sakinah berkata di dalam hati.Syafiq memberi senyuman kepada Sakinah.
"Lama tak jumpa kau"Sakinah berkata sambil menatap wajah Syafiq yang kacak itu.
"Aku sihat lah kau ni pandang aku semacam  je"Syafiq berkata.
"Hehehee saja je.Kau apa khabar?"Sakinah berkata sambil memandang wajah Syafiq.
"Baik.Aku minta maaf kalau aku tak boleh pergi wedding kau sebab aku ada kerja.Aku sorry tau.Minggu depan kan?"Syafiq bertanya.
"Ha ah.Kau pulak takkan belum kahwin?"Sakinah bertanya.Dia terkilan kerana lelaki tersebut mengucapkan tahniah kepadanya.Adakah dia tiada perasaan terhadap aku?Tapi dia pernah mengucapkan perkataan keramat itu sebelum ini.
"Aku sebenarnya dah bertunang.Tapi tak jadi kahwin sebab......sebab.."airmata Syafiq kelihatan jatuh berguguran.Setitik demi setitik.
"Kenapa tunang kau?"Sakinah berkata.
"Dia ada tumor kat otak dia.Dia meninggal masa hari pernikahan kita orang"Syafiq berkata.Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.Sakinah berasa simpati.Sakinah pun memeluk bahu Syafiq untuk menenangkan perasaannya.Kebetulan,ketika peristiwa itu berlaku Syahmi sedang berjalan sekitar tempat tersebut untuk mengambil angin dan menghilangkan stress.
 Syahmi pun terlihat Sakinah yang sedang memeluk Syafiq.Dia berasa sangat geram.Dia berasa tercabar dengan kemesraan Syafiq dan Sakinah.Syahmi pun berjalan menghampiri mereka dan....

Bersambung...

No comments:

Post a Comment