Monday 12 March 2012

Hanya Dirimu Bab 5




Kini demam Aryana sudah kebah.Badannya yang lemah juga sudah semakin segar.Dia juga sudah boleh melakukan sedikit kerja-kerja rumah kerana Aunty Sally pergi menjaga mama di hospital.Papa tidak boleh menjaga mama kerana kesibukannya yang memaksa dirinya ke sana dan kesini.Tiada masa boleh diluangkan untuk menjaga mama yang kesakitan di hospital.

“Awak!”Aryan mamanggil Elyana yang sedang khusyuk menonton televisyen.Menonton cerita Korea iaitu cerita Personal Taste.Kacaknya muka si Minho ni.

“Apa?”Aryana bertanya.Aryan di sebelah tidak dipandangnya sama sekali.Sibuk dengan cerita sahaja.Aryan menjadi geram dengan sikap isterinya yang tidak memandangnya.Ditutupnya televisyen.

“Awak!Jangan tutup awak!Kesian Minho tu!Awak!”Aryana menjerit kegeraman.Muka Aryan kini dipandangnya tajam.Aryan tersengih.

“Bagi balik remote tu.Aryan!”Aryana memanggil Aryan sambil tangannya mengacau Aryan untuk mengambil remote televisyen.Aryan meletakkan remote di udara.Aryana terlompat-lompat untuk mengambil remote tersebut.Dia memukul dada bidang Aryan.Tanpa Aryan perasan dia terlanggar meja dan jatuh terduduk di atas sofa.Begitu juga dengan Aryana yang tidak dapat mengimbangkan dirinya.Aryana jatuh betul-betul di atas Aryan.

“Aduh!”mereka mengaduh serentak.Mereka berpandangan.Pandangan mereka bertaut buat seketika.Tanpa mereka sedari bibir mereka juga bertaut.Lama mereka begitu hinggalah rumah mereka diketuk daripada luar.Baru terlepas kucupan mereka tadi.

“Kejap!”Aryan menjerit.Aryana cuba bangun tetapi Aryan terlebih dahulu mengangkat badan Aryana.Diletaknya Aryana di atas sofa.Terbit senyuman nakal diwajah Aryan.Muka Aryana sudah merah bak so cili.Malu sungguh dengan kejadian tadi.Aryan terus berjalan kea rah pintu.

“Assalamualaikum!”kedengaran orang memberi salam daripada luar.Aryana terus membetulkan kedudukan duduknya.Dia mengangguk untuk membolehkan Aryan membuka pintu.Terjengul wajah mama dan papa dihadapan rumahnya.

“Mama!Papa!”Aryana menjerit kegambiraan.Dia terus membuka pintu dan memeluk mama.Mama membalas pelukannya.

“Aryana sihat?”mama bertanya.Aryana hanya mengangguk.

“Jom masuk”Aryan berkata.Mereka semua masuk ke dalam rumah.Mama dan papa duduk di ata sofa manakala Aryan dan Aryana duduk di atas kerusi.

“Mama macam mana pulak?Dah sihat?”Aryana bertanya kegembiraan.Dia sungguh gembira dengan kehadiran mama di sini.Mama mengangguk.

“Mama.Kenapa mama datang sini?”Aryana bertanya pelik.Tidak selalunya mama mahu datang sini.Mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh mama dan papa.Aryana yakin tentang itu.

“Awak lah bagitahu”mama menyuruh papa.Papa hanya tersengih.

“Kitaorang nak bagitahu yang mama nak bawa kauorang berdua bercuti!”papa berkata gembira.Aryan dan Aryana melompat kegembiraan.Mereka berpelukan antara satu sama lain.

“Kat mana ma?”Aryana bertanay kegembiraan.Mama dan papa yang melihat kejadian tadi sudah tersengih hingga ketelinga.

“Kita orang nak bawa kauorang cuti dekat-dekat je.Dekat Port Dickson”papa berkata.Aryana dan Aryan sudah tersenyum.Gembira mereka dapat berjalan.Bosan sudah hanya terperap di rumah ni.

“Bila pergi?”Aryana bertanya teruja.

“Besok”papa dan mama berkata serentak.Aryana hanya mengangguk dengan senyuman yang tidak lekang daripada mukanya.Dia menggenggam erat jari jemari Aryan.

…………………………………………………….

Kini Aryan dan Aryana sudah bersiap dengan barang-barang yang akan dibawa.Mereka di Port Dickson selama seminggu.

“Awak!”Aryana memanggil Aryan.Aryan yang sedang sibuk memasukkan beg ke dalam kereta memandang isterinya.Keningnya terangkat.

“Yes?”Aryan bertanya.

“Semua barang dah ada?”Aryana bertanya.Aryan mengangguk sambil tersenyum.Setelah semua barang diletakkan mereka pun memulakan perjalanan ke Port Dickson.Yang mebawa mereka bukan sesiapa dari kalangan mereka.Yang membawa mereka ialah pemandu papa.Mererka hanya duduk di belakang.Papa dan mama duduk di kerusi barisan kedua manakala mereka duduk di kerusi barisan ketiga.Perjalanan mengambil masa selam dua ke tiga jam jikalau tiada kesesakan jalan.

Di dalam kereta pula gamat dengan suara mereka bergelak ketawa tetapi apabila lama hanya tinggal mama dan papa yang berbual sesame mereka.Apabila mereka memandang ke belakang,Aryan dan Aryana sudah lena dibuai mimpi.Mereka tidur sungguh romantic di mata mama dan papa.Aryan tidur diatas peha Aryana.Aryana pula meletakkan tangannya diatas tangan Aryan.Mama dan papa gembira dengan perubahan diantara Aryan dan Aryana terhadap hubungan mereka.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment